Kwn aku ckp nak join bisnes kena buat pinjaman 50k, nanti aku dpt bawak mak aku pergi Mekah

Siapa yang tak nak bawa mak ayah pergi umrah. Aku termakan kata kawan aku, buat bisnes untung juta – juta. Mereka suruh aku buat pinjaman modal 50k. Sebab aku kerja gomen memang mudah nak buat pinjaman. Masa nak buat pinjaman, pegawai bank tanya aku, dia bagi hint..

#Foto sekadar hiasan. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mungkin membaca confession aku sekiranya coretan ini disiarkan. Terima kasih kepada admin andai tulisan aku yang tak seberapa ini disiarkan.

Kisah yang hendak aku kongsikan ini adalah kisah yang memberi impak yang paling besar dalam hidup aku baru – baru ni. M.L.M… Siapa yang tak faham dengan akronim ini pada zaman orang sibuk mengejar kekayaan dan mengumpul harta ini?

Tambahan dengan kos sara hidup yang m4kin meningkat, ramai yang semestinya arif tentang perkara ini tetapi bukan aku. Tatkala orang dah berzaman dihancingkan dengan mainan perniagaan sedemikian, aku masih lagi menjadi seorang “pembaris” yang berjaya dihancingkan oleh kawan sendiri.

Macam mana aku boleh terjebak? Seperti biasa, latarbelakang sebagai “orang gomen” dan anak sulung berjaya dimanipulasi oleh jerung – jerung MLM untuk aku terjebak sekali. Aku bukan datang dari keluarga yang senang.

Sejak dari kecil aku dah melihat pelbagai kesusahan yang mak ayah aku alami demi membesarkan aku dan adik – adik aku. Mujurlah aku dikelilingi oleh adik beradik mak ayah yang tak lokek untuk berkongsi rezeki. Mereka pun hanya mampu membantu setakat yang ada kerana mak dan ayah pun bukan berasal dari keluarga yang senang.

Masing – masing berusaha untuk hidup yang lebih baik. Andai nak diceritakan selebihnya tentang keluarga, pasti tak cukup satu lembaran kisah ini. Berbalik kepada kisah keb0dohan aku. Sebagai anak sulung, hati ini semestinya akan tersentuh bila orang bercakap tentang keluarga kau kan?

“Kau dah start kerja ni, sepatutnya mak ayah kau dah boleh rehat. Tak perlu keluar kerja lagi.” “Sampai bila kau nak biar mak ayah kau duduk rumah sempit ni? Bila nak beli rumah?” dan dialog – dialog tersebut berterusan dari hari ke hari keluar dari mulut makcik – makcik dan pakcik – pakcik bawang di sekeliling aku.

Sekali dengar dialog, makcik and pakcik bawang kampung ni memang boleh sukses dalam bidang MLM. HAHAHA!!! Tapi aku terkena dengan kawan aku sendiri. Satu hari, setelah lama melihat post – post tentang the so called “business” yang kawan aku ni buat berlegar – legar di timeline FB aku, aku decide untuk pm dia.

Ha….saat inilah bermulanya kisah hitam aku. Modus operandi dia sama macam yang aku baca dekat fb setelah aku “murt4d” dari kumpulan ini. Aku tanya tentang modal, cara perniagaan, produk yang dia jual. Masa ni, dia hanya bagitahu sepintas lalu tentang bisnes dia.

Seperti MLM yang lain, dia pun dengan senang hati menawarkan diri untuk berjumpa dengan aku untuk menerangkan lebih lanjut sambil – sambil meeting dengan client dia kat sini. Disebabkan aku masih lagi sebatang pembaris yang baru dibeli dari kedai, aku terima “offer” dia untuk berjumpa.

Sudah semestinya orang macam ni akan bawa MENTOR untuk berjumpa dengan bakal m4ngsa kan? Tiba hari yang dinanti, aku minta restu mak nak keluar rumah. Kononnya nak keluar bincang peluang tambahkan duit untuk family.

Briefing berjalan macam biasa. Mentor “terbaik” menerangkan dengan bersungguh – sungguh tentang pelan pemasaran mereka. Aku hanya perlu menjual produk mereka mengikut target yang ditetapkan. Ayat, ilmu marketing, timeline untuk promosi akan diberikan oleh mentor.

Masa penerangan diberikan, sedikit pun tak dinyatakan bahawa aku perlu mencari downline untuk memastikan kelangsungan income aku dalam bisnes ini. Aku pun mendengar dengan teliti dan bila masuk ke bab modal, ini bahagian yang paling top.

Kawan aku kata DIA TAK KELUARKAN WALAU SATU SEN. Tapi lebih 50 RIBU RINGGIT MODAL diperIukan untuk memulakan bisnes ini. Kalau dah modal sedemikian, aku rasa korang semua dah tahu mana nak dapat duit macam tu banyak sebagai “orang gomen” kan?

Sebagai seorang yang pernah berikrar untuk tidak terjebak dengan per4ngkap pinjaman peribadi ni, aku pun tak tahu kenapa aku boleh senang – senang berurusan dengan bank yang terkenal dalam kalangan geng – geng MLM untuk urusan ini.

Kali pertama aku ke bank, urusan pinjaman aku tergendala sebab seorang pegawai bank. Masa ni, aku masih tak nampak yang mungkin tu petunjuk Allah untuk aku batalkan niat aku. Tambahan dengan bakal mentor yang setia ditelefon sepanjang masa aku di bank tu, dengan kata – kata positif bakal mentor; “nak buat benda baik memang akan ada ujian dari Allah”, aku butakan mata hati aku dengan tanda – tanda yang mungkin Allah dah tunjukkan.

Esoknya, mentor call dan bagitahu aku untuk terus ke sebuah kedai mamak untuk berjumpa dengan banker yang turun khas dari negeri X. Sebelum aku tandatangan dokumen pinjaman pun encik banker ada bertanya perihal kenapa aku ingin membuat pinjaman dengan amaun sedemikian.

Aku bagitahu untuk tujuan modal perniagaan. “Diorang dah pakai mers or BMW ke sekarang?” tanya encik banker. Aku yang masih lagi pembaris, tidak melihat itu sebagai petanda semua ini akan berakhir dengan kegagalan besar hanya tersenyum.

Selesai tandatangan, esoknya mentor – mentor kesayangan call berkali – kali dan whatsapp berkali – kali untuk bertanyakan sama ada duit dah masuk ke belum. Sampai tahap suruh aku call banker tu untuk percepatkan duit tu dengan alasan family terdesak nak guna.

Astaghfirullahalazim kak. Bila aku fikir balik, tak takut d0sa kau kak suruh aku menipu sana sini. Aku mengiyakan saja tapi aku tidak melakukan apa yang disuruh. Mungkin itu salah satu sump4han jugak aku tak berjaya dalam bisnes ni sebab aku ingkar kata – kata mentor suci aku kan?OOPPSSS!!! HAHAHAA!!

Hari berganti hari, aku mula rasa tak sedap hati dengan perniagaan yang kononnya berlangsung ni. Sampailah ke satu hari, saat aku pergi untuk sesi “Coaching” kali kedua dengan mentor aku, dan di situlah aku dapat tahu tentang kebenarannya.

Bukan teknik marketing untuk menjual barang yang berkotak – kotak yang diajarkan. Tapi aku disuapkan dengan macam mana kau nak naik pangkat dengan mudah, macam mana kau nak dapat bonus berangka – angka untuk make sure income kau setiap bulan.

Syarat dia mudah, kau cari 2 orang untuk masuk bawah kau bermodalkan xx,xxx ribu ringgit setiap seorang dan kalau boleh, carilah “orang gomen”. Sebab dia, aku pasti korang semua dah tahu. Dengan ini, kau akan dapat bonus berangka – angka serta qualified untuk satu lagi reward yang selalu menjadi idaman setiap mereka iaitu trip percutian free.

Kalau boleh, setiap bulan mesti ada 2 orang. Dengan bersungguh – sungguh si dia meyakinkan aku untuk merebut peluang ini tapi sebagai yang dah tersedar beban yang akan aku tanggung untuk 10 tahun akan datang hasil bisnes ni, tak tergamak aku nak jerat orang lain t3rjun ke lubang yang aku dah jatuh tenggelam ini.

Ya Allah… Aku balik dengan rasa kosong. Melihat wajah mak ayah dan adik – adik, lagi membuatkan aku rasa sedih yang teramat. Sampai satu saat, Allah gerakkan hati seorang h4mba Allah ni untuk mesej aku secara personal tentang perkara ini.

Saat tu aku menangis sepuas – puasnya pada h4mba Allah ni menceritakan segala yang terjadi. Hinggalah perkara ini sampai ke admin page anti MLM yang terkenal. Aku pm semua admin page – page anti MLM untuk bertanya prosedur yang harus aku lakukan.

Kesemua mereka dengan baik hati telah memberikan sedikit panduan hinggalah aku sampai ke tahap melibatkan campur tangan pihak berkuasa yang lebih arif tentang perkara ini. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, aku sampai ke peringkat akhir perbincangan dan akhirnya hasil bantuan dari pihak berkuasa, aku berjaya mendapatkan kembali sejumlah duit yang aku laburkan pada awalnya.

Walaupun bukan keseluruhannya, tapi cukuplah daripada aku berdiam diri dan rugi dengan membiarkan semua barang – barang tersebut tidak terjualkan? Aku berterima kasih pada semua yang dah banyak membantu aku dari mula proses hinggalah aku dapat balik duit yang aku laburkan kerana keb0dohan aku dulu.

Wallahi. Tak ada satu saat pun aku tak menyesali apa yang dah terjadi. Biarpun aku dah buang semua perkara tentang kawan aku dan mentor – mentor serta bisnes jahanam tu, setiap bulan aku pasti akan terkenang kembali perkara b0doh tu dan aku sedar perkara ini akan berterusan untuk 10 tahun akan datang; saat aku melihat slip gaji sendiri. HAHAHAHA!!!

Tapi aku bersyukur sangat – sangat. Dengan terkenanya aku, ramai lagi yang aku berjaya selamatkan secara “underground” dengan bantuan kawan – kawan aku. Mana yang baru berjinak – jinak untuk didekati oleh jerung – jerung ni, kami berjaya tarik jauh supaya mereka tak tenggelam.

Mana yang dah termasuk jerat, kami berjaya bantu dengan prosedur untuk mendapatkan kembali duit mereka. Aku masih lagi ada untuk mereka yang perIukan bantuan untuk keluar dari jerat MLM ini. Mungkin bukan dengan kewangan sebab aku pun dah hancing kan? HAHAHA!!

Tapi aku cuba membantu dengan khidmat nasihat serta langkah apa yang patut korang lakukan andai terkena. Yang paling aku syukur, empayar kumpulan jerung – jerung ni dikhabarkan telah pun jatuh dengan founder yang menghilang entah ke mana.

Tidak lagi dilihat gah nya mereka dalam event – event seperti yang mereka banggakan sebelum ini. Mungkin ada yang akan kata, “banggalah kau dah tutup periuk nasi diorang kan..” Tapi bagi aku, carilah cara yang lebih baik untuk berniaga.

Setitik air mata orang lain jatuh untuk duit yang kau dapat, takkan ada keberkatan dalamnya walau untuk 1 sen pun. Untuk kawan aku dan mentor – mentor, bertaubatlah. Sehebat mana kita kat dunia dengan harta dan duit yang kita kejar sampai sanggup menipu, m4ti nanti kita bawa amalan dan doa orang sekeliling jugak.

Andai orang yang kau kenakan tak nak maafkan kau, apa bekalan kau kat sana nanti?? Sekali lagi aku dapat berita kegiatan korang, aku dan ask4r – ask4r underground aku takkan berdiam diri. Aku akan cuba sedaya – upaya aku untuk pastikan tiada lagi orang yang kau jerat macam aku. – Cik Pembaris

Komen Warganet :

Nurul Othman : Pernah dulu member tetiba ajak lepak. GiIa tak excited, member sekolah kot. Sekali dia bawak aku kat area BTS, kat bawah tu banyak kete – kete mewah. Pastu ada pompuan tu dok pr0voke pr0voke sampai bila nak duduk kat rumah flat lah ape lah.

But no, modus operandi diorang tu da boleh baca sangat dah. Tak faham macamana orang boleh senang sangat percaya dengan benda ni. Member yang ajak tu kalau kaya takpe lah jugak. Sama je dengan aku dok umah flat.

Jass Alysya : Aku pernah kena dengan kawan aku sendiri . Tapi nasib baik aku sempat tersedar dari terkena dengan kawan aku tu. Dia siap cakap lagi nanti boleh bawak mak ayah pergi mekah. Aku memang hampir terkena 45k dan siap isi borang loan.

Lepas esok tu aku rasa takmau, aku habaq la kat depa yang aku takmau join. Tapi depa nie jenis p4ksa, sampai m4ti tempat kerja aku dok p4ksa – p4ksa aku jugak suruh join. Bukan dia sorang ja mai kacau kat tempat kerja aku, tapi ajak kawan dia 2 orang.

Akhirnya depa mengalah bila aku tegaskan diri yang aku takmau join. Disebabkan kes nie kami putvs kawan, tapi aku tak rasa rugi pon hilang sorang kawna daripada aku hilang 45k tu dan kena tanggung hutang tu, duit dapat kat orang lain.

Al Nazifah : Dulu pernah kawan sekolah (tak rapat pun) mesej kat fb ajak pi spa katanyaaa. Mula – mula tolak jugak pastu dia duk pujuk – pujuk so pergi la. Mula – mula cakap kejap je lepas tu balik terus, sekali sampai tengah malam, aku dah menyampah dah.

Rupanya spa tu duk tercongok atas kerusi b0doh apa ntah serap aura kejadah apa ntah sambil dengar ketua dia duk bebel – bebel. Habis je minta kumpul orang – orang baru ni kenalkan diri pastu jerit – jerit positif pebendaaaa lah.

Habis tu balik naik keta dia suh duk depan, sebab kawan dia tu nak brainwash la konon – konon, aku tak layan pun, jawab ye tidak ye tidak je, pastu dia tanya mengantuk ke, aku jawab haaa mengantuk. Sampai kolej dah lewat malam memang aku rasa nak ter4jang je dua ekor tu. Balik tu dia mesej tanya lagi, aku block segala nombor dia termasuk fb. Buang masa aku!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.