
Aku bangun jam 3 pagi pergi kerja, balik rumah jam 2 petang, aku sambung buat bisnes di rumah. Pinggan kotor kat sinki pun tak dibasuhnya selama kami kahwin. Lepas makan, meja biar saja bersepah..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum w4rga fb, nama aku Ela, bukan nama sebenar. Aku hanya ingin meluahkan rasa yang terpendam selama 10 tahun. Aku berumur 36 tahun, mempunyai 2 anak berumur 2 tahun dan 9 tahun. Setiap orang mempunyai ujian masing – masing, ada ujian dengan mertua, ada ujian dengan anak, ada juga ujian dengan pasangan. Begitu jugalah dengan aku yang diuji dengan pasangan.
Aku telah berkahwin selama 10 tahun. Pada awal perkahwinan, kami duduk di rumah sewa yang disediakan mertua. Alhamdulillah, dikurniakan mertua yang baik. Aku menjadi suri rumah kerana memang impian aku menjadi suri rumah, menjaga anak dan suami.
Tapi aku juga menjual makanan dari rumah untuk mencari duit sampingan. Pada awalnya, okay saja, tapi sejak bisnes keluarga mertua sem4kin merosot dan suami tidak bergaji, aku mengajak suami berpindah mencari pendapatan lain. Kebetulan pula rumah yang didiami akan dipulangkan kembali.
Sejak berpindah ketika anak sulung berumur 4 tahun, bermulalah masalah demi masalah yang datang. Suami hari – hari keluar lepak, kadang-kadang sampai 3 – 4 pagi baru pulang ke rumah. Setiap bulan dia akan bagi RM1,000, itulah duit rumah RM700, itulah duit bayar bil.
Keperluan lain, duit makan pakai anak aku yang tanggung. Mujurlah aku sudah bekerja kembali. Setiap tahun, ada saja bulan – bulan yang aku kena tanggung semua sebab dia kerja kontrak. Kalau tak dapat kerja, tak ada duit. Berbuih mulut aku nasihat cari kerja lain, kerja tetap.
Sampai masa, rumah nak kena bayar, bil nak kena bayar, bukan suka – suka bulan ni bayar, bulan depan tak bayar. Sejak dapat anak ke-2, aku suruh dia tambah duit sebab duit yang dia bagi tu semua duit bayar hutang (rumah, bil api air). Duit keperluan tu tiada, nafkah hatta RM50 pun jauh sekali.
Mungkin itu salah satu sebab rezekinya sempit saja. Pernah satu ketika aku s4kit hati, pampers anak aku saja kena beli. Aku kata padanya, k3tum mampu beli, pampers anak tak mampu beli? Aku buang air k3tum dan h4ramkan air tu ada dalam rumah.
Nafkah zahir batin memang dah ke laut. Dah bertahun kami tak bersama sejak anak ke-2 lahir. Bilik pun tidur asing. Dia yang membuka ruang untuk kami sem4kin jauh. Bersentuh masa salam raya saja. Sebelum kahwin, memang dia seorang pendiam, tapi kalau dengan kawan – kawan lepak, bukan main rancak.
Bila kat rumah, duduk kat bilik main telefon. Selama hampir 10 tahun kahwin, kalau nak berjalan, hampir 100% duit aku. Dia cuma bawa diri saja. Aku pun bayar tanggungan, tapi aku inisiatif sendiri kumpul duit sikit – sikit untuk gembirakan anak – anak, bawa berjalan ataupun pergi makan.
Setiap kali ulang tahun dia, aku akan belikan hadiah, wish birthday. Tapi selama 10 tahun kahwin, satu hadiah pun tak pernah dapat. Jangankan hadiah, wish pun tak pernah. Tak pernah ke dia rasa nak balas jasa isteri? Walaupun sedih, aku reda. Itu hal kecil yang tak patut diperbesarkan. Mungkin suami aku seorang yang hati batu.
Kadang – kadang bila sunyi, adalah bisikan – bisikan yang suruh aku kenal dengan lelaki lain, tapi cepat – cepat aku istighfar. Ini ujian aku. Aku sibukkan diri dengan bekerja. Aku buat 2 – 3 kerja dalam satu masa. Aku bangun jam 3 pagi pergi kerja, balik rumah jam 2 petang, aku sambung buat bisnes di rumah.
Aku sangat penat kena bekerja dan aku kena buat kerja rumah. Suami tiada inisiatif untuk membantu. Kalau aku masak, dia kemas ke, tolong buang sampah ke. Pinggan kotor kat sinki pun tak dibasuhnya selama kami kahwin. Kalau aku bebelkan dia, basuh pinggan dia saja.
Lepas makan, meja biar saja bersepah. Aku lah kena kemas semua. Aku pun bekerja, sepatutnya bila sama – sama bekerja, dia pun tolonglah sama – sama kemas rumah. Bila aku tegur, berubah sekejap saja, lepas tu jadi balik. Aku sangat penat. Segala kudrat aku, aku dah kerahkan. Sampai masa aku mulai sedar aku dah sem4kin taw4r hati.
Aku dah tak bercakap langsung, dah berbulan rasanya. Bila nak komunikasi, WhatsApp saja. Dia sedar perubahan aku, tapi dia tak ambil kisah, tak pernah tanya keadaan aku. Aku perIukan sosok suami yang ambil berat. Cukuplah kalau tak mampu dari segi kebendaan.
Kemuncak aku dah taw4r hati. 3 bulan dah aku bayar semua benda. Walaupun tiap – tiap tahun macam tu, tapi kali ni terasa sangat sebab aku kerap cuti, kurang sihat, kewangan agak struggle. Dia hari – hari keluar, tapi duit tak nampak.
Kemungkinan ada perempuan lain? Wallahu a’lam. Aku tak pernah cek telefon dia. Tapi aku percaya dia tak ada perempuan lain sebab dia sendiri tak cukup duit nak pasang lain. Pinjam duit adik – adik dia. Adik dia sendiri yang inform aku. Anak nak naik sekolah, satu sen pun tak ada hulur.
Kalau bagitahu, pakai duit aku dulu ke, ni tak. Tanya pasal anak nak naik sekolah pun tak ada. Aku rasa macam ibu tunggal. Selama ni aku bertahan sebab anak – anak. Tapi kali ini, aku dah sangat penat. Kejam ke aku bila aku nak bercerai? Bila pandang anak – anak, aku menangis dalam hati. Tapi sampai bila mental dan jiwa aku nak tersiksa?
Komen Netizen :
Shafinaz Nordin : Jawapan sudah ada itu, sis. “Saya rasa macam ibu tunggal”… Jadi, sis bertahan apa lagi? Jangan fikir anak… Fikir masa depan sis dan anak – anak… Tidak k3jam pun kalau angkat kaki, lagi kejam sis biarkan diri sis tersiksa.
Hassani Slumber : Allahuakbar… Kesian sangat – sangat lalui rumah tangga macam itu. Dulu bercinta semua manis. Sudah kahwin baru kita betul – betul kenal pasangan kita. Perkahwinan satu ibadah dan tidak lari dari ujian – ujian. Puan sudah usaha macam – macam untuk bahagiakan rumah tangga. Tapi jika suami masih tidak hargai, puan berhak untuk pilih jalan hidup puan. Apa – apa pun, puan rujuklah pejabat agama dulu. Setiap isteri berhak untuk bahagia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.