Dari belum kahwin aku dah cakap, aku alergik ikan. Satu hari, suami sengaja beli ikan, dia nak ‘test’ aku. Aku sesak nafas, rasa nak m4ti

Orang takkan percaya, bila aku alergik akan rasa nak m4ti, tak boleh bernafas. Suami tipu aku, kata dia nak masak. Rupanya, dia sengaja beli ikan dan campurkan dengan ayam. Dia nak tengok macam mana aku s4kit..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Tahun ni dah masuk tahun ke-4 aku bercerai. Sejujurnya benda yang paling aku ingat bila nak proses cerai, ramai macam saud4ra mara, kawan, pejabat agama yang anggap alasan aku ni remeh, pada mereka yelah tapi pada aku tidak.

Aku kenal bekas suami ni dari zaman belajar habis belajar lepas dah kerja kami terus ke rumahtangga. Aku bab makan ni ada satu benda yang sangat allergic iaitu ikan, aku memang dah bagi tahu awal dan banyak kali dekat bekas suami aku.

Dari kami mula kenal, bercinta dan berkahwin aku dah cakap, “abang saya memang tak boleh makanan ada bahan sekian – sekian”. Bila keluar makan aku mesti akan tanya bahan dia ada letak ke tidak benda ni. Bila dah clear baru aku boleh order.

Bekas suami aku ada lah macam bebel, “cerewetnya awak ni sayang” aku take that as a joke ye lah sebab dia pun gelak. Aku ni mak ayah dah tak ada, anak tunggal dan bila mak ayah aku meninggaI dunia aku membesar dengan nenek.

Yang tahu allergic aku ni arw4h mak ayah dan nenek. Saud4ra mara aku ada yang sorang dua tahu. Sepanjang hidup aku waktu tu 2 kali kena dan memang sejujurnya sangat lah tersiksa memang rasa macam nyawa di hujung tanduk.

Sejak haritu memang aku sangatlah sangat berhati – hati dalam pemakanan even minyak kalau contain ingredients ikan tu pun aku tak boleh. Dipendekkan cerita, bekas suami aku masak. Selama ni dia kalau masak setakat meggi dan telur mata tapi ni dia cakap nak masak full package ada ayam, daging, sayur dan 2-3 lauk lain lagi.

Aku pun makan, tengah sedap makan ayam goreng kunyit ni tiba – tiba sesak nafas aku pun tanya dia letak apa je dalam makanan ni tapi dia cakap tak ada apa – apa. Bergegas ye ke hospitaI nasib baik tak jauh. Waktu tu muka, tekak aku dah rasa cramp aku cuma fikir m4ti je ni.

Lepas dah dapat rawatan of course memang aku consume benda yang tak sepatutnya. Aku tanya bekas suami aku dia masak guna apa. Dia cakap bukan dia yang masak tapi beli kat luar aku pun tanya dia beli mana tapi berdalih je..

Lepas dah berejam ulang alik siasat dapat tahu yang bekas suami aku ni SENGAJA, dia beli yang macam fish chop tu dia campur gaul dengan ayam lepastu goreng. Aku terk3jut memang muka aku waktu tu dengan s4kitnya lagi, boleh rasa pucat muka aku.

Dia cakap “curious” betul ke aku ada allergic lepastu dia dengar lah kawan dia, saud4ra dia dan ada dia baca kat internet ceramah ustazah, mungkin yang aku ni bukan allergic. Aku ni macam ada psychological problem so dia cuba lah.

Dia ingat kalau aku allergic pun reaction dia tak teruk sebab alasan dia tak pernah nampak orang allergic. Aku bila dengar tu bermacam benda dalam kepala otak aku. Geram, marah, kecewa hampir sebulan. Selepas doa, solat dan fikir panjang aku pun bagitahu dia elok kita bercerai.

Memang reaksi ramai sekeliling aku cakap, “weyh benda simple, picisan, biasa macam tu pun kau nak cerai”. Aku selama kenal bekas suami aku, bertunang sampai kahwin, hal allergic aku ni selalu aku tekankan. Aku selalu cakap, “jangan buat main boleh buat m4ti”.

Boleh dia nak “try” nak tengok betul ke aku ni ada allergic. Pergi pejabat agama, reaksi pun sama. “Ini benda mudah maaf bermaafan, InshaAllah baik”. Jujurnya kalau suami aku tak sengaja macam dia beli luar aku boleh terima sebab bukan dia sengaja. Tapi, dia sengaja.

Aku pun banyak kali tanya dia kenapa tak fikir panjang. Kenapa boleh ada terdetik niat nak tengok aku punya allergic reaction. Lantik peguam, jumpa hakim, dia marah bebel tengking aku cakap isu aku ni remeh. Selepas hampir setahun akhirnya aku pun selamat bercerai.

Proses memang rumit, kalau kau ada ternampak video ke, penulisan tentang cerai percayalah memang payah. Bila dah sah cerai bekas suami aku hantar wasap panjang dia cakap aku ni betina b0doh kena sikit pun nak bercerai, aku cuma mampu gelak.

Yang ada allergic reaction yang teruk macam aku ni tahulah serious dia macam mana. Sebenarnya ramai kot orang kita macam ambil mudah apa lagi macam “betul ke kau allergic kacang”.. lepastu dalam diam cuba selit makanan yang ada kacang bila dah nampak orang tu mengelupur baru menyesal.

Banyak kes ni apa lagi dengan kawan – kawan, pasangan yang sambung belajar tu lagi lah. Sebab ramai yang kalau pernah nampak allergic reaction cuma jenis yang biasa macam ada merah kat kulit atau yang symptoms mild biasa. Tapi yang jenis kalau dah cramp tekak, muka, badan tu memang tersangatlah s4kit dan rasa hujung – hujung nyawa. – Nur (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Farah Ant : Boleh bagitau duda beng4p sis, bersyukur je sis cuma minta cerai. Kalau orang lain, dia dah masuk penjara sebab ni dah kategori cubaan membvnuh. Dia SENGAJA despite you told him countless times about it. If he truly loves you, he won’t take chance with your safety.

Dahlah tak menyesal. Ditambah lagi dengan enablers sekeliling. Kalau sis bertahan dan maafkan, nanti silap haribulan manalah tahu the 2nd times he got lucky with his “curiosity”, jadilah dia duda kaya. Good move.

Adibah Solehah Che Hasan : Tak remeh ye sebab melibatkan nyawa dan sengajaaaaaaa.. saya pun alergik seafood tapi sekadar gatal / ruam.. tapi kadang – kadang teruk berbulan nak baik kalau seafood tu dah lama / tak fresh..

Kadang – kadang teringin nak makan memang ajak je husband pegi makan, tapi standby la ubat siap – siap.. tak pernah la pulak kena p4ksa atau husband saja – saja nak test makan alasan nak try betul ke tak alergik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.