Aku jaga anak jiran sebab aku sunyi 11 tahun kahwin takde anak. Aku ikhlas ambik bayaran murah. Awal subuh aku masakkan sedap sedap untuk adik dan abang. Sebelum suami balik kerja aku suruh dia beli jajan untuk mereka. Aku sampai demam sebab rindukan anak anak asuhan..
Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Aku seorang perempuan warga negara Indonesia, aku dah 3 tahun tinggal di Malaysia. Sebelum ni aku ada permit yang sah dan sekarang sudah 5 bulan aku hidup sebagai PATI setelah seorang warga tempatan yang berjanji bertanggungjawab untuk renew permit aku lari dengan duit 4k dan juga pasport aku.
Kat sini aku bukan nak cerita pasal ejen yang tipu aku tu. Aku nak cerita pasal jiran aku satu keluarga Melayu dan juga aku nak berkongsi kabar gembira dalam rumah tangga aku.
Aku berumur 30 tahun dan suami 45 tahun. Kami dah berkahwin 11 tahun tapi belum ada rezeki untuk memiliki anak. Aku tinggal di Malaysia bukan untuk bekerja tapi hanya untuk ikut suami sebagai suri rumah.
Kisahnya bermula dua bulan yang lalu. Jiran aku yang biasa aku panggil Kak No mempunyai 3 orang anak, yang sulung umur 9 tahun, yang kedua 5 tahun dan yang paling kecil 3 tahun. Sebelum ni Kak No selalu bercerita dengan aku pasal pengasuh dua orang anaknya yang nombor 2 dan nombor 3 yang biasa aku panggil abang dan adik.
Dia selalu cerita tiap tiap bulan tak cukup duit bayar pengasuh 600 satu bulan untuk dua orang anak. Satu hari tu aku terdetik nak menjaga dua orang anak Kak No tu. Ingatkan bolehlah jadi teman aku di rumah bila suami bekerja. Aku pun cakap dengan suami, suami pun setuju.
Jadi aku cakap dengan Kak No biarlah aku jaga abang dan adik, tak payah bayar mahal, cukup Kak No bayar aku 300 sebulan. Sebenarnya aku bukan nak cari duit, aku hanya nak seronok ada teman dan aku pun memang suka budak budak. Kak No pun bersetuju, mulai hari esok dia hantar abang dan adik ke rumah aku.
Aku rasa teruja sangat. Pagi selepas Subuh aku masak banyak banyak untuk abang dan adik, satu hari biar aku boleh habiskan masa dengan abang dan adik, tak payah aku nak ke dapur lagi. Begitulah setiap hari. Setiap suami balik kerja, aku selalu pesan suruh beli apa apa saja makanan, coklat dan biskut untuk adik dan abang.
Tak terasa sebulan berlalu, tibalah masanya Kak No sepatutnya bayar duit aku jaga abang dan adik. Kak No cakap dengan aku dia tak boleh bayar lagi sebab ada hal nak guna duit, penting sangat dan berjanji akan bayar seminggu lagi. Aku okey dan takde masalah sebab aku seronok dengan abang dan adik.
Sampailah bulan kedua, Kak No cakap belum juga ada duit. Aku pun okey lagi. Esoknya Kak No datang rumah aku untuk menjemput abang dan adik. Dengan nada marah dia cakap dengan aku, “Aku takde duit nak bayar kau, mulai esok aku dah tak hantar anak aku kat kau lagi.”
Aku jawab, “Kenapa Kak? Apa salah aku?” Terus dia jawab, “Aku kan dah kata aku takde duit nak letak anak aku kat kau.”
Lepas tu aku cakap, “Takde duit tak apa dulu Kak, bila bila akak boleh bayar. Janji akak bayar.”
Lepas tu dia cakap, “Kau tak payah berharap sangat aku nak bayar. Aku kan dah cakap aku takde duit. Kau kosongkan. Jangan paksa aku report kau kat polis.” Akak tu cakap macam tu.
Lepas tu aku cakap, “Kenapa buat aku macam ni Kak? Kalau akak tak nak bayar sekali pun, jangan pulaklah akak nak ugut aku macam tu.” Lepas tu dia jalan laju laju bawa anak dia balik.
Dari kejadi tersebut sampailah sekarang, aku tak nampak muka Kak No lagi. Aku ikhlas apa yang aku dah bagi kat anak anak dia dan aku ikhlaskan duit gaji aku jaga anak dia tu. Semoga Allah murahkan rezeki Kak No sekeluarga agar Kak No tak kesempitan lagi.
Dah seminggu aku demam sejak Kak No tak hantar anak anak dia ke rumah aku. Aku rindu sangat dengan budak budak tu, aku sayang betul dekat dorang. Tengah hari tadi suami hantar aku pergi klinik. Alhamdulillah aku dan suami sangat gembira, dah 11 tahun kami menunggu, akhirnya aku mengandung.
Kandungan aku dah 5 minggu. Mungkin ni juga ada berkat anak anak Kak No. Pagi esok aku akan ke Kedutaan Indonesia untuk menguruskan kepulangan aku ke Indonesia.
Warga FB, sudilah doakan aku semoga kandungan aku selamat hingga aku bersalin nanti dan dipermudahkanlah hendaknya urusan aku pulang ke Indonesia.
Komen Netizen:
Kezia Imannon
Wah, ada hikmah kau jaga anak anak tu kan. Tak apalah, memanglah sakit hati juga kan diperlakukan begitu, tapi secara tak langsung anak anak tu pembawa rezeki tu kepada kamu dan suami. Semoga kandungan puan baik baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan seterusnya. Tahniah!
Ahmad Muhammad
Semoga selamat. Rezeki yang tak disangka apabila kita ikhlas menjaga anak anak kecil. Saya sangat simpati dengan isu tak dibayar. Namun, andai puan reda, lebih banyak yang akan dipermudahkan. Semoga puan dan suami dilimpahi rezeki sentiasa. Jaga diri. Terima kasih atas keprihatinan anda. Allah s.w.t memberi sesuatu di atas keikhlasan puan dalam membantu tu. Teringin saya berjumpa puan dan suami kerana susah nak jumpa orang yang macam ni. Selagi kita mengucap dua kali masyahadah, selagi itu kita serumpun, tiada bezanya antara kita. Aamiin Ya Allah.