Sehingga sampai satu masa suami saya kata ini ada satu garisan. Saya di sini awak di sana. Maksudnya, dia buat hal dia. Saya buat hal saya. Itulah arahannya pada saya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca budiman. Ini kisah saya, kisah rumahtangga saya yang entah apa statusnya, saya pun tak pasti. Saya sudah berkahwin hampir 35 tahun. Anak 9 orang. Suka sama suka.
Pelbagai masalah pahit manis yang saya tempuhi. Saya sebelum ni pernah hampir mengambil nyawa sendiri bila timbul issue orang ketiga. Malah orang ketiga juga tanpa rasa bersalah, saiko saya dengan pelbagai bukti. Bukti dia bersama dengan saya.
Saya s4kit hati dan menangis setiap hari. Suami tak pedulikan saya. Malah apa yang lebih menambahkan Iuka di hati, diajak nyer saya makan bersama. Sedangkan suami makan sepinggan, mesra bersama orang ketiga yang merupakan seorang janda.
Janda tersebut dan suami sengaja meny4kiti hati dan perasaan saya. Yang saya saya sendiri tak faham apa tujuan nyer. Saya hanya bersabar dan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku di depan mata saya. Boss suami saya dan clients yang ada pada masa itu.
S4kit hati dan malu saya hanya tuhan sahaja yang tahun waktu itu. Maruah saya dipijak oleh orang yang paling saya sayang, orang yang sepatutnya pertahankan maruah saya. Saya terp4ksa spot check balik rumah. Bila perempuan tu call kononnya dia ada di rumah saya. Rumah kosong.
Suami selalu balik rumah sebab pejabat dia dekat dengan rumah. Bila bercuti tak pernah bagi tau saya. Bila call pejabat, mereka kata suami bercuti pada hari tersebut. Tak tau apa sebabnya, dia bohong saya. Hubungan suami isteri pun dah tiada.
Sebab setiap kali nak berhubungan dia kata barang dia s4kit seperti ada jarum menyucuk katanyer.. Saya pelik dan lakukan pemeriksaan dengan doktor pakar. Semua ok dan tiada masalah. Saya str3ss kecewa dan tak tau apa nak buat.
Sehingga terp4ksa cerita masalah kepada rakan sekerja saya. Dia bersimpati dengan masalah saya. Setiap hari balik kerja dia akan hantar saya ke pejabat suami saya. Begitulah setiap hari. Ada masa masanya saya menunggu suami habis kerja agak lewat.
Saya duduk di guard house atau lobby tunggu dia. Kadang – kadang malam baru habis. Kadang – kadang langsung suami tak balik. Keesokan hari baru balik. Begitulah seterusnya.. Sehingga sampai satu masa suami saya kata ini ada satu garisan.
Saya di sini awak di sana. Maksudnya, dia buat hal dia. Saya buat hal saya. Itulah arahannya pada saya. Suka hati awak nak buat apa. Suka hati saya nak buat apa. Awak jangan ganggu saya. Saya juga tak mau peduli hal awak.
Maka dengan itu hubungan saya berakhir macam tu sahaja. Walaupun kami tinggal serumah. Bayangkan.. Nasib saya macam mana… Nafsu saya macam mana. Akhirnya saya mula kecewa dan saya bagi tau rakan sekerja saya.
Saya nak bvnvh diri pada waktu itu juga. Tapi dia nasihatkan saya supaya pikir anak – anak. Jangan pikir soal lelaki yang mental macam ni. Rakan saya bawa saya berjumpa uztaz. Mak saud4ra saya pun sama. Mereka ni yang memberi sokongan pada saya. Syukur..
Saya sembuh selepas itu. Tak jadi buat benda yang berd0sa besar tu. Teruskan sahaja kehidupan demi anak – anak.. Entahlah… Kadangkala bila saya sudah merutinkan diri saya dengan 5 surah.. Iaitu surah Al Anfal 1-5. Surah kahfi ayat 1 – 10. Surah Waqiah, Al Mulk dan Yassin 41 1x sahaja. Selepas maghrib dan selepas subuh.
Saya rasa sangt bahagia. Saya tak pedulikan lagi sebarang masalah timbul. Saya katakan pada diri saya. Saya ada Allah. ALLAH LEBIH MENGASIHI SAYA BERBANDING MANUSIA. Manusia mudah berubah. Tapi Allah tidak.
Saya rutinkan sunat subuh, sunat isyak sunat witir 1 rakaat dan tahajud. Saya mengadu pada Allah semua masalah saya.. Dan tak lupa juga tambah rutin saya dengan 1x penghulu istighfar setiap lepas solat. Atau bila – bila saya suka saya baca je. Surah Al Baqarah 2 ayat terakhir..
Alhamdulillah… Hidup saya lebih bermakna dan bahagia. Pada masa yang sama saya juga sering berdoa semoga rumahtangga saya bahagia hingga ke jannah.. Masih ada peluang, saya tunggu bila masanya suami akan berubah dan lihat saya dengan mata hati sebagai seorang isteri.
Dan Allah lindungi kami dari kejahatan makhluk yang Allah ciptakan walau di mana sahaja kami berada pada setiap masa di dunia dan akhir4t.. Aamiin.. YRA. – Julia (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Zueha Razak : Saya pernah dengaq 1 ceramah ustaz. Sekiranya musibah itu mendekatkan diri Kita dengan Allah, sesungguhnya itu rahmat Allah buat Kita. Tetapi jika sesuatu perkara itu menjauhkan Kita dari Allah, maka itu adalah musibah. Jadi puan, nikm4tilah rasa tenang dan bahagia yang Allah hadirkan dalam hati puan. Semoga puan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Insya-Allah. Teruskan berdoa puan.. aammin2 yra
Sherry Na : Tahniah sebab bangkit dengan mendekatkan diri kepada Allah. Umur pun dah senja, eloklah fokus pada persiapan nak berpindah alam je. Saya masa umur end of 30 dah start kejar akhir4t dan fokus family sendiri je. Kecilkan circle buat hidup jadi lebih tenang.
Zul Iman Ismail : Suami puan tak bersyukur atas nikmat yang dah Allah berikan ada isteri dan anak – anak yang sihat. Jenis tak ada masalah saja mencari masalah.. harap beliau berubah umur dah nk senja patut dah fikir hal lain.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.