
Isteri suruh aku kahwin dengan perempuan lain untuk dapat anak. Kami cari perempuan kampung, anak yatim. Kami sign perjanjian, kahwin dekat Thailand. Rahsia ni hanya kami bertiga je yang tahu. Isteri jadi saksi pernikahan aku…
#Foto sekadar hiasan. Kadang – kadang orang nampak hidup kita sempurna, tapi di belakang pintu rumah, hanya kita yang tahu apa yang kita rasa. Orang selalu puji aku dan Dania pasangan ideal. Kata mereka, kami ada semuanya. Kerjaya yang stabil, rumah besar, kereta mewah, dan gaya hidup yang ramai orang impikan.
Tapi aku selalu fikir, apa gunanya semua tu kalau hati aku kosong? Dalam senyap, aku simpan rasa yang aku tak boleh cerita pada sesiapa, termasuk keluarga sendiri. Kalau aku luahkan pun, orang mungkin akan kata aku tak bersyukur. Hakik4tnya, aku cuma nak rasa lengkap. Aku cuma nak ada anak.
Dah lapan tahun aku kahwin dengan Dania. Dia memang cantik, bijak, berjaya. Orang luar pandang, dia isteri sempurna. Rumah besar, kereta selesa, makan minum cukup. Semua nampak indah. Tapi hati aku kosong sebab aku nak anak, dia tak mahu.
Bukan sebab belum rezeki, tapi memang itu syarat dia sebelum kahwin. Aku diam je sebab sayang dia sangat. Aku anak tunggal, jadi rasa nak ada zuriat tu kuat. Kadang – kadang cinta saja tak cukup. Tiga tahun lepas, kami berg4duh besar. Masa tu aku kantoi langgan perempuan dekat platform sosiaI.
Aku mengaku memang aku salah, tapi masa tu aku tertekan. Dania m4kin dingin, alasan dia penat dan sibuk. Malam tu aku menangis depan dia. Aku minta dia faham yang aku nak sangat ada anak. Dania tenang je, tapi ayat yang dia cakap buat aku terdiam.
Dia kata, “Awak nikah sajaIah dengan perempuan tu. Dapat anak, lepas tu ceraikan.” Lepas tu kami setuju, rahsia ni hanya antara kami berdua. Beberapa hari kemudian aku cari balik perempuan tu. Nama dia Liyana, umur baru 20 tahun. Orang kampung. Tak secantik Dania, tapi mata dia macam ada banyak cerita.
Liyana anak yatim piatu, dibesarkan oleh pak su dia. Tapi pak su yang sepatutnya jaga dia tu rupanya perosak hidup dia. Dia pernah jadi m4ngsa, lari dari kampung, kerja siang malam. Tapi sebab nak sambung belajar dan kumpul duit untuk lari ke Australia, dia jadi perempuan lorong.
Aku buat perjanjian dengan dia. Aku akan nikahi dia dan tanggung semua kos pengajian dia. Bila anak lahir, kami akan berpisah. Rahsia ni cuma aku, Dania, dan Liyana yang tahu. Kami nikah di Thailand, Dania ikut sekali jadi saksi. Liyana tak banyak cakap masa lafaz nikah, tapi aku nampak air mata dia jatuh.
Balik Malaysia, Dania siap hadiahkan kami percutian pendek. Masa dengan Liyana tenang je. Dia masak, layan aku, ucap terima kasih sebab “selamatkan” dia. Lama – lama aku mula sayang dia. Empat bulan lepas tu, Liyana mengandung. Aku rasa macam orang paling bahagia dalam dunia.
Dania pun nampak gembira. Tapi Liyana lain macam. Senyum dia kelat, macam p4ksa. Kami tetap jaga dia elok – elok. Aku bawa dia pergi pemeriksaan kandungan, Dania sediakan semua kelengkapan. Sembilan bulan kemudian, Liyana lahirkan anak lelaki yang memang salin muka aku.
Kami tak hebahkan pada sesiapa. Maid yang jaga bayi tu, Dania pula sibuk dengan kerja. Aku jatuh cinta kali kedua, kali ni pada anak aku sendiri. Lepas pantang, Liyana minta izin pergi sambung belajar di Australia. Itu impian dia sejak dulu.
Hari hantar dia ke lapangan terbang, dia civm anak kami lama – lama sambil menangis. Dia peIuk aku dan bisik, “Terima kasih… sebab pernah layan saya macam ratu.” Sebelum dia berlepas, aku lafazkan taklik. Enam bulan selepas anak lahir, jatuh talak satu.
Sekarang anak kami dah dua tahun. Dania m4kin sibuk, maid banyak uruskan anak. Tapi aku tetap luang masa dengan dia. Setiap kali aku pandang muka anak aku, aku nampak Liyana. Matanya, senyumnya, garis halus di bawah dagu dia. Semuanya sama.
Kadang – kadang, bila aku bawa anak aku pergi taman, aku terbayang kalau Liyana ada sekali. Main sama – sama, ambil gambar keluarga, belikan aiskrim untuk anak. Aku terfikir macam mana hidup dia sekarang. Mungkin dia dah kahwin, mungkin dah ada anak lain, atau mungkin dia hidup seorang diri di negara orang.
Aku pernah cuba cari dia di media sosiaI, tapi tak jumpa. Kawan lama dia pun tak tahu. Aku cuma harap dia sihat dan selamat. Dalam masa yang sama, aku takut kalau Dania tahu aku masih cuba cari dia. Aku tahu Dania dah cukup kuat untuk terima semua yang lepas.
Tapi kalau aku buka balik cerita ni, mungkin aku akan Iukakan hati dia sekali lagi. Aku tak nak kehilangan sesiapa pun, bukan Dania, bukan anak aku, dan bukan kenangan aku dengan Liyana. Malam tadi, anak aku tertidur sambil pegang jari aku.
Rasa damai sangat. Dia tak tahu apa – apa tentang kisah hidup ayah dia. Tapi tanpa dia sedar, dia adalah penghubung aku dengan dua wanita. Satu masih di sisi, satu entah di mana. Kadang – kadang aku terfikir, kalau satu hari nanti Liyana balik, macam mana agaknya? Adakah Dania akan terima? Adakah aku akan sanggup lepaskan lagi? Aku tak ada jawapan. Yang aku tahu, rindu ni tak pernah hilang.
Komen Netizen :
Norsakinah Binti Mohd Lassim : Dalami agama lagi Adam andai ni kisah benar. Nikah kontrak tu hukumnya h4ram walau ko dah halalkan dia.. hmmm.. Solat taubat, sama – sama dengan isteri. Mana boleh kahwin, bilamana boleh mengandung tapi menolak untuk tidak ada anak. Kena dalami lagi agama. Semoga mendapat keredhaan Allah.
Shayna : Forget her. Hiduplah untuk saat ini, masa ini, hari ini. Hargai apa yang depan mata. Yang tak ada tu pasakkan dalam minda dia sedang bahagia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.