Janda suami tiba-tiba datang semula. Saya perasan per4ngai suami mula lain. Saya ugvt cerai, anak-anak tiri semua sokong saya

Anak – anak tiri saya  hairan dengan perubahan ayah mereka. Mereka tak suka ayah mereka berbaik dengan mak mereka. Tahulah saya selama ini, anak – anak tiri selalu dipontengkan sekolah, sebab mak kandung mereka malas, bangun lambat..

#Foto sekadar hiasan. Pernah saya terbaca seorang suami kecewa dengan isteri barunya yang tak ambil perhatian terhadap 2 orang anaknya. Si isteri pulak mendakwa anak – anak tirinya sudah cukup dewasa sudah boleh menguruskan bilik dan diri sendiri, sebaliknya sengaja bersikap kasar dan menyusahkan hidup ibu tirinya.

Tetapi berlainan pulak dengan perjalanan hidup yang ingin saya ceritakan minggu ini. Saya langsung tak ada masalah dengan anak – anak tiri, tetapi emak mereka yang menimbulkan pelbagai reaksi yang menyusahkan hidup saya, setelah saya berkahwin dengan bekas suaminya.

Perjalanan hidup saya ini mungkin lain daripada yang biasa anda dengar dan baca, iaitu tentang hidup kami suami isteri yang sentiasa diganggu oleh bekas isteri (janda) suami saya. Sebenarnya mereka sudah bercerai lebih 8 tahun lalu, tetapi sejak setahun lalu, mereka kembali mesra, macamkan pasangan kekasih.

Memang saya tak boleh tuduh dan mengata, sebab saya tak nampak, tetapi jiran dan saud4ra mara yang mengenali mereka yang menceritakan kisah hubungan suami dan bekas isterinya kepada saya. Awalnya m4ti balik hidup saya tak percaya dengan berita yang saya dengar, sebab suami saya Khaizan memang baran dengan per4ngai bekas isterinya, sebab itu mereka bercerai dua kali.

Kali pertama cerai talak dua, perceraian kedua dengan 1 talak, makna kata mereka tak boleh rujuk semua, sebab itu masing – masing bawa diri. Oleh kerana perjalanan perkahwinan saya ini tak tentu hujung pangkal, lebih baik saya cerita dari awal supaya pembaca boleh menerong susahnya hidup diganggu janda suami.

Lapan tahun lalu, Khaizan bercerai. Oleh kerana dia sibuk, maka dia serahkan rumah untuk didiami oleh bekas isterinya sebab si isteri berjanji hendak jaga anak – anaknya. Perjanjian dipersetujui bekas isteri mahu jaga anak anak. Dan Khaizan keluar duduk menyewa rumah.

Tetapi tak sampai setahun bekas isteri Khaizan mengeluh susah dan dia mengugvt hendak serahkan 3 orang anaknya kepada Khaizan. Antara sebabnya anak – anaknya suka ponteng sekolah. Dia malu kalau selalu pergi jumpa guru sekolah.

Oleh kerana Khaizan menyewa bilik, dia minta jandanya kosongkan rumah kerana dia hendak balik ke rumah tersebut demi anak – anaknya, lagi pun antara rumah dan sekolah tak jauh. Tetapi jandanya enggan keluar. Maka berlakulah perselisihan faham.

Setelah beberapa bulan bertekak dan berg4duh, akhirnya bekas isteri mengaku sanggup menjaga anak – anak, kerana dia tak ada kerja dan tak ada duit untuk sewa rumah. Walaupun Khaizan setuju, anak kembali duduk dengan bekas isterinya tetapi dia masih bimbang dan mencari sebab mengapa anak  -anak suka ponteng sekolah.

Menurut cerita Khaizan anak – anak tidak beri jawapan tepat mengapa mereka suka ponteng. Dua tahun lalu, sekali lagi bekas isteri mengugvt hendak serahkan anak – anak kepada Khaizan. Kerana terdesak tak ada jalan lain Khaizan terp4ksa jaga anak – anak sendiri dengan bantuan pembantu Indonesia. Bekas isterinya tinggalkan rumah kerana berkahwin lain.

Agaknya mungkin terasa susah, akhirnya Khaizan berkahwin kali kedua dengan seorang gadis andartu yang sudah berusia 35 tahun. Walaupun pada awalnya dia setuju jaga anak – anak Khaizan tetapi setelah setahun, dia menolak.

Betul juga dia cuma menguruskan anak – anak orang, sedangkan dia sendiri tidak ada tanda – tanda akan ada anak sendiri. Lepas 2 setengah tahun berkahwin, mereka bercerai. Alasannya menguruskan anak – anak tengah remaja bukan kerja mudah kerana mereka bukan anak sendiri.

Jadi perasaan tak suka akhirnya menimbulkan rasa marah dan benci ibu tiri terhadap anak – anak tirinya. Itulah antara punca mereka bercerai. Dua tahun kemudian Khaizan berkahwin dengan saya. Saya merupakan ibu tunggal dengan seorang anak yang masih bersekolah rendah.

Tetapi sebelum kahwin, saya tanya apa punca Khaizan bercerai dengan isteri pertama dan kedua. Mesti ada sebab. Kata Khaizan isteri pertamanya hendak kahwin lain. Isteri kedua pula bosan jaga anak orang sedangkan dia sendiri tak ada anak.

Dan anak tiri tetap anggap ibu tiri jahat. Itu alasan isteri keduanya sebab mereka bercerai. Walaupun asalnya saya juga sukar terima Khaizan dan anak – anaknya, tetapi entah mengapa saya rasa kesian dengan anak – anak Khaizan.

Sebab dari raut wajah mereka, langsung tak menunjukkan mereka meIawan, sombong atau bangga diri apa lagi bencikan ibu tiri. Mereka saya lihat banyak mendiamkan diri dan bercakap bila ditanya. Setelah beberapa kali bertemu, akhirnya saya ambil keputusan berkahwin dengan Khaizan.

Saya tidak duduk di rumah lamanya, sebaliknya dia sewa rumah lain lebih dekat dengan sekolah anaknya. Ketika itu 2 anaknya sudah sekolah menengah, rumah lamanya Khaizan sewakan. Sebab katanya satu hari nanti rumah itu akan diserahkan kepada anak – anaknya juga.

Setahun berlalu dan saya lihat tidak ada masalah langsung dengan anak – anak tiri, malah mereka membantu jika saya ke dapur. Pinggan mangkuk pun ada yang suka rela mencucinya setiap kali lepas makan. Dari pengamatan saya anak – anak Khaizan bukan ponteng sekolah atau malas sekolah, sebaliknya mereka rajin ke sekolah walaupun pencapaiannya akademiknya tidak memberangsangkan.

Sepanjang setahun saya berkahwin, tak pernah bekas isteri Khaizan mencari atau menghubungi anak – anaknya. Tetapi hendak jadikan cerita satu hari saya dengar Khaizan berbual di telefon dan dari cakapnya ada menyebut soal anak – anak, saya syak ini mesti janda Khaizan.

Kata Khaizan bekas isterinya minta duit, kerana rumah mereka disewakan, jadi dia hendak duit sewa. Awalnya memang Khaizan tak layan tetapi bila sering ditelefon dan bila anak bongsu Khaizan beritahu emaknya datang ke sekolah dia mengadu susah dan minta Khaizan beri dia duit untuk belanja. Khaizan berkeras tidak benarkan anak – anak berhubung dengan ibunya.

Tetapi saya ingatkan Khaizan, dia tak boleh sekat hubungan ibu dengan anak – anaknya. Akhirnya Khaizan terp4ksa kendur dan dia sendiri terp4ksa serahkan RM200 kepada bekas isterinya, sebab bekas isterinya tak ada akaun bank.

Sejak itu setiap bulan Khaizan bertemu bekas isterinya beri duit. Lama kelamaan bekas isterinya kembali duduk di rumah lama mereka bila penyewa dikeluarkan. Alasannya dia terp4ksa bekerja, tak ada duit nak bayar sewa rumah dan RM200 tak cukup nak buat belanja.

Entak mengapa sejak hubungan mereka kembali erat, perasaan hairan saya bertukar jadi cemburu. Puncanya janda Khaizan sering telefon ke rumah dan marahkan saya konon tidak beri makan sepatutnya kepada anak – anaknya. Katanya anak – anaknya yang bercerita kepada dia.

Tetapi setahu saya bebudak itu tak suka berbual dengan emaknya di telefon. Sebaliknya mereka suka berbual di tepi jalan tak lebih dari itu, malah mereka seperti tak suka kalau emaknya hendak bercakap dengan mereka. Kecuali yang bongsu .

Selain itu saya dengar cerita dari saud4ra Khaizan sendiri, mereka pernah nampak Khaizan dengan jandanya berbual mesra dan sering ke supermarket beli barang makan. Lebih menghairankan per4ngai Khaizan juga banyak berubah, dia sudah mula tak senang duduk di rumah, sebaliknya ada sahaja kawan yang cari dia mengajak minum – minum di gerai.

Anak – anak Khaizan juga hairan dengan perubahan ayahnya, kecuali anak bongsu mereka yang kelihatan lebih gembira daripada biasa dan dia sering menyebut hendak pindah duduk dengan emaknya di rumah lama mereka.

Tetapi dua orang kakaknya membantah, mereka lebih suka duduk dengan saya. Bila saya selidik dan bertanya, barulah saya tahu sebenarnya bukan mereka malas atau ponteng sekolah masa bersekolah rendah dulu ketika tinggal bersama emaknya, tetapi mereka tidak dik3jutkan untuk ke sekolah, malah emaknya sendiri selalu bangun lewat sebab selalu keluar malam tinggalkan mereka tiga beradik dalam rumah.

Mereka kena marah oleh guru kerana tak datang sekolah, biasanya alasan mereka berikan bangun lewat, ditinggal van sekolah dan sebagainya. Mereka pernah jalan kaki ke sekolah bila ketinggalan van dan sudah tentulah terlewat.

Sebab itu bila emak mereka tinggalkan mereka untuk berkahwin, mereka menangis walaupun duduk dengan pembantu rumah. Perubahan sikap dan per4ngai Khaizan membuat saya sering nasihatkan dia, tak elok dok berjumpa selalu janda.

Bukan sahaja tak elok pada pandangan jiran, tetapi pada segi hukvm agama, sebab mereka sudah bercerai talak 3. Tetapi saya pulak kena marah konon memfitnah. Tetapi dia tak boleh nafikan naluri isteri dapat merasakan suaminya mula mencintai jandanya.

Lama kelamaan kesabaran saya terhakis, saya buat keputusan, jika Khaizan ingin kembali hidup bersama jandanya, saya sedia mengundur diri. 2 anak Khaizan member0ntak, kecuali si bongsu yang sering dihasut emaknya.

Mereka mendakwa tidak suka duduk dengan emaknya sebaliknya akan ikut duduk dengan saya. Terk3jut saya. Anak tiri boleh bercakap demikian. Akibatnya Khaizan terp4ksa kendur. Kini saya buat keputusan, kalau nak bantu jandanya salurkan melalui bank, buka akaun, dan kalau anak bongsunya ingin duduk dengan emaknya jangan disekat.

Tetapi masuk 4 bulan si bongsu kembali duduk dengan saya. Tanpa sebab. Saya bersyukur. Saya ingatkan Khaizan nasihatkan jandanya jangan ganggu hidup saya. Kerana terbukti dia tak pandai mengurus hidup anak – anaknya. Jika sekali lagi Khaizan ulang benda yang sama, saya akan tinggalkan dia seperti jandanya tinggalkan dia dahulu. Kini, hidup kami terasa aman.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.