Masa birthday anak, suami bagi whatsapp ceraikan aku. Inilah hadiah untuk seorang isteri yang telah berk0rban lahirkan zuriat untuk dia. Kepada betina pencaras, u pegawai kan, sediakan duit secukupnya untuk belikan spender bakal suami u. Takut – takut dia tak mampu beli sendiri sebab banyak dia nak kena bayar tuntutan – tuntutan i nanti..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca budiman. Aku Lara Hannah (nama samaran), berumur 37 tahun dan bekerja sendiri. Pertama kali menulis di sini, sekadar berkongsi perjalanan hidup yang tidak pernah disangka akan aku hadapi, namun aku tetap masih mampu tersenyum di sebalik ujian ini.
Aku merupakan bekas pelajar jurusan undang – undang dari UIAM berbelas tahun yang lalu. Cukup manis kenangan yang dilalui sepanjang di sana bersama teman – teman tersayang, lebih manis apabila berkenalan dengan seorang coursemate satu batch cukuplah aku kenalkan sebagai Dani (nama samaran).
Selepas beberapa bulan kenal, kami couple. Ya kalau aku sebutkan di sini nama sebenar kami, sudah tentu coursemate kenal sangat sebab kami antara sweet couple di kalangan batch kami, auch hahah. Dani berpewatakan menarik, soft-spoken dan agak introvert.
Tapi dia sejenis yang agak rapuh, bila berdepan masalah dia bukanlah seorang problem solver yang baik dan agak nakal dari segi selalu tuang kelas serta kurang focus dalam sesuatu perkara. Akulah yang banyak memberinya semangat di kala dirinya down di atas masalah yang dia sendiri create contohnya kena marah dengan lecturer sebab absent.
Ya lah, sayang punya pasal kan. To cut it short, kami berkahwin pada December 2011. Bermula dari saat itu, Dani sah menjadi suami aku dan aku lah insan yang paling bahagia. Akulah peneman setianya ke hulu ke hilir menaiki kereta Kancil aku untuk apply kerja dan interview here and there sehinggalah dia direzekikan lulus ujian dan temuduga untuk menjadi pegawai t3ntera d4rat.
Hari yang sama dia lulus, hari itu juga aku dapat tahu yang aku pregnant anak pertama kami. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Fast forward, kami menjalani kehidupan berumahtangga dengan bahagia dan harmoni. Sangat jarang berg4duh, semuanya terasa indah belaka.
Dari anak seorang, dah jadi tiga pada Januari 2020. Dari berkereta kancil, kemudian Myvi, kemudian up lagi dengan 4WD. Dani juga telah beberapa kali dinaikkan pangkat. Aku pula bekerja sendiri, senang nak ikut Dani pindah ke mana – mana bila arahan posting keluar.
Seperti suami isteri yang lain, kami sentiasa support each other in terms of kerjaya, urusan rumah, anak – anak dan lain – lain perkara. Suamiku, sungguh aku sayang padamu. Sehinggalah pada pertengahan tahun 2021, aku perasan Dani mula berubah.
Berbulan – bulan dia dingin terhadap aku dan lebih banyak bersendirian. Dia seakan menjauhkan diri dari aku. Bila bersembang tak pandang mata, bila aku datang untuk berborak terus dia buat – buat mengantuk, nak pergi kerja pun dah tak salam peIuk civm macam selalu.
Aku cuba berbaik sangka, namun curiga m4kin menebal. Bila ditanya tentang perubahan dia, jawapan cliche yang aku dapat – penat, problem kerja, str3ss kerja, rasa tak sihat dan lain – lain. Aku pula langsung tak dapat akses handphone dia, security handphone dia ketat, ada fingerprint, then ada password, and siap whatsapp locked.
Aku clueless, tapi instinct menyatakan sesuatu. Sehinggalah pada suatu malam pada 4 Oktober 2021, aku sudah tak mampu membendung perasaan. Aku menangis semahunya, Dani nampak aku menangis tapi dia langsung tak memujuk.
Lepas reda sedikit perasaan, aku menghampiri Dani dan dengan selembut – lembutnya aku bertanya, “Abang, siapa perempuan tu? ” Soalan temb4kan rambang tapi mengena, dengan perlahan Dani menjawab, “Orang Perak, janda anak 1”.
Dinyatakan pada aku bahawa dia tidak bahagia hidup dengan aku, dia bahagia dengan perempuan itu. Oh suamiku, sampainya hatimu. Aku mula mencari maklumat tentang perempuan itu melalui klu – klu yang dinyatakan suami semasa pengakuannya.
Aku berjaya mengumpul maklumat dan menghubungi perempuan itu yang juga seorang pegawai t3ntera. Tiada pengakuan dari si peny0ndol, hanya penafian semata. Tapi boleh pula dia mengadu pada suami aku yang aku menghubunginya.
Apalagi meng4muklah sang her0 bila her0innya diganggu. Suami benar – benar marah pada aku, katanya rakan – rakan pejabat sudah mengetahui isu dia berscandal. Aku disalahkan sebagai tidak pandai simpan rahsia rumahtangga sehinggakan orang tahu tentang itu.
Katanya disebabkan aku, nama dan reputasinya sebagai pegawai t3ntera yang berekod bersih telah tercemar. Amboi mudahnya baIing batu sembunyi tangan, ber4k merata tapi orang lain yang terp4ksa bersihkan. Aku kecewa, sungguh kecewa. Play v1ctim kau ya.
From that moment, suami terus mendiamkan diri dan sangat membenci diri aku. Aku bersedih namun pada 11 Oktober 2021, aku cuba menjadi ceria kerana tarikh tersebut adalah hari lahir anak pertama kami yang ke sembilan tahun.
Namun segalanya r4nap apabila pada tarikh keramat tersebut, aku menerima whatsapp dari suami yang menceraikan aku dengan taIak satu. Allahuakbar, kenapa harus tarikh tersebut yang dipilih untuk menceraikan aku? supaya mudah diingati?
Inikah baIasan peng0rbanan aku bert4rung nyawa melahirkan zuriatmu 9 tahun yang lalu. Demi seorang perempuan pengg0da yang baru dikenali kau taIakkan aku pada hari lahir anak. Kau zaIim, Dani. Maka dari tarikh tersebut, bertukarlah status Dani dari suamiku bertukar menjadi seorang stranger.
Dari seorang insan yang paling aku sayang, bertukar menjadi orang asing yang namanya sudah tidak mendetakkan degup jantung ini. Aku cuba memujuk, merayu untuk kami kembali bersama demi anak – anak namun hatinya sekeras batu.
Beberapa kali rayuan aku tidak diendahkan, aku fikir cukuplah, aku punya maru4h, aku perlu jalan terus ke hadapan. Maka pada hari ini, di saat coretan ini ditulis, Dani sudah aku buang jauh – jauh walaupun sukar dan perit.
Aku dan anak – anak kini berada jauh dari dia, biarlah dia dengan bahagianya. Dani, kau sudah menjadi orang asing dalam hidup aku. Aku cukup kuat untuk bangkit mengutip serpihan hati yang telah kau h4ncurkan. Selama ini akulah yang banyak mendorong kejayaanmu, semoga selepas ini dirimu tidak jatuh tersungkur di atas pengani4yaan ini. Terima kasih untuk segalanya, Dani.
Untuk Dani, segala tuntutan – tuntutan selepas perceraian telah aku failkan di mahkamah syariah. See you in court. Untuk si penyondol, tiada ruang kemaafan dari aku untuk setiap titis air mata anak – anak aku yang gugur disebabkan perbuatanmu. See you at padang mahsyar. – Lara Hannah (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum readers. Lara Hannah di sini. Terima kasih untuk kata – kata semangat yang diberikan. Satu persatu komen saya baca, jatuh air mata. Ada di kalangan “pengkomen” dan “penglike” ialah rakan – rakan saya sendiri.
Posting kali ini sekadar perkongsian tambahan bagi menjawab persoalan – persoalan dari commentators. Untuk tuntutan – tuntutan mahkamah, aku failkan segala tuntutan yang sepatutnya – nafkah anak, hak penjagaan anak, mutaah, harta sepencarian, dan juga hutang semasa perkahwinan.
Pernah menjadi peguam dan naik mahkamah, tak sangka kali ini Iawan aku adalah bekas suami sendiri. Ajaib percaturan Allah. Agak gementar, risau aku tak cukup kuat dan tak mampu bertentang mata dengan Iawan aku kali ini, bukan kerana takut tapi kerana dia pernah menjadi segalanya dalam hidup ini suatu ketika dahulu..
Hi betina pencaras, u pegawai kan, sediakan duit secukupnya ya untuk belikan spender bakal suami u, takut – takut dia tak mampu beli sendiri sebab banyak dia nak kena bayar tuntutan – tuntutan i nanti ehehe.. Berkenaan aduan kepada pihak atasan t3ntera – Ya, aku ada membuat laporan bertulis kepada pihak atasan t3ntera setelah sebulan lebih diceraikan.
Aku juga telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pegawai penyiasat. Namun rasanya sekadar itu sahaja prosedurnya kerana aku pernah dengar banyak kes yang dilaporkan selalunya pihak atasan akan “cover line” anggota mereka lebih – lebih lagi jika aduan melibatkan level pegawai.
Maksudnya tak sampai ke mana la aduan aku tersebut. Seperti kisah viraI Dr Najihah dan suaminya si Hanafi sik4t tepi, sebab itu aku faham kenapa Dr Najihah “meIetup” di media sosiaI, disebabkan isu coverline beginilah.
Walau apa pun tindakan dari pihak atasan samada laporan aku disenyapkan atau dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk tindakan tatatertib, itu adalah terserah sepenuhnya kepada pihak yang berkenaan. Cuma yang mahu aku kongsikan di sini, respond daripada Dani selepas laporan aku tersebut.
Ya, dia betul – betul marah dengan aku. Dia kata aku k3jam. Dik4tanya aku cuba sab0taj kerjaya dia. Katanya aku dah susahkan hidup dia kerana handphonenya dir4mpas oleh pegawai penyiasat dan mungkin akan kena dakwa.
Katanya lagi aku dah susahkan hidup betina peny0ndol juga. Ditambah pula ada kawan – kawannya yang menjadi batu api mengatakan aku selayaknya dipukuI oleh Dani di atas kek3jaman yang aku lakukan. Wow, tak sudah – sudah play v1ctim kan.
Ye lah sayangku, kau tak pernah salah walaupun jelas di atas jalanan itu adalah naj1s yang kau tinggalkan. Berkenaan unsur sih1r, aku ada merujuk kepada beberapa perawat islam dan mereka mengatakan kemungkinan besar memang ada gangguan sih1r dalam rumahtangga kami.
Akan tetapi cara rawatannya adalah Dani yang perlu hadir untuk rawatan. Masakan dia mahu, dia sudah berkeras bahawa dia baik – baik sahaja dan tidak disih1r. Sesungguhnya aku masih dalam proses healing and recovery.
Anak – anak so far nampak ok mungkin kerana selama ini papa mereka selalu tinggalkan mereka untuk tugasan luar so tak terasa sangat ketiadaan papa mereka. Si sulung sungguh caring terhadap adik – adik terutamany adik baby yang baru masuk 2 tahun.
InsyaAllah aku yakin Allah akan membantu aku dalam urusan malaik4t – malaik4t kecil aku ini. Buat para suami, mantapkanlah iman demi keluarga tersayang. Carilah ilmu agama, bukan sibuk main game. Uruskanlah urusan rumahtangga bersama – sama isteri, bukan menyerahkan segala urusan ke atas pundak isteri.
Aku tak alim tapi nasib aku mendapat suami yang lebih jahiI dari aku dalam urusan agama. Buat si peny0ndol, usahlah rasa diri anda hebat bila berjaya mencaras suami orang kerana seorang suami yang hebat tidak akan pernah curang, anda hanya mendapat lelaki level jantan keparat yang sesuai dengan status anda sebagai betina sundaI, oppsss.
Terima kasih pembaca sekalian. Aku yakin inilah takdir terbaik yang tertulis untuk aku, tiada penyesalan di atas perjalanan ini. Pelangi pasti muncul selepas hujan. – Lara Hannah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Bai Zure : Lara Hannah, semoga semuanya akan baik – baik sahaj. Saya baca puan punya confession, gugur air mata saya pukuI 5 pagi ni. Saya ikhlas doakan puan semoga puan terus bahagia dan anak – anak berjaya, inshaallah amin.
Dari gaya penulisan, saya tahu puan ni seorang isteri yang sangat baik, dibesarkan oleh keluarga yang baik – baik. Puan tak meng4muk tak tentu hala, sangat matang dan profesional. No wonder puan once a lawyer. Saya doakan urusan puan dipermudahkan Allah dunia akhir4t.
Terus kuat melangkah dan f1ght for your life. Enjoy your life with your children. Spend more time with them. Cari Allah dalam tiap tahajjud. Inshaallah, Allah akan kurniakan ketenangan pada puan. Titipkan doa buat anak – anak di setiap tahajud agar mereka berjaya dunia akhir4t.
Marlia Ramli : Take care Puan. Kekal berdoa dan berju4ng. Bangkit semula. Buktikan Puan boleh bina kebahagian dan kejayaan hidup tanpa suami. Buat wanita lain, berhati – hati sebelum nak tinggalkan kerjaya untuk suami.
Sebahagian kes yang kita nampak, bila isteri k0rbankan kerjaya end up peng0rbanan jadi sia – sia. Akhirnya suami hanya pandang wanita bekerjaya lain di luar sana hingga sanggup tinggalkan anak isteri.
Jue Azrul Hisham : Semoga apa yang sis tuntut tu semua dapat. Biaq dia tinggai spender ja. Penyesalan akan tiba tapi pada masa tu tak dah erti apa – apa lagi dah. Biarlah dia hidup dalam penyesalan sementara tu sis slowly bangkit, cipta bahagia bersama anak – anak.
Lupakan dia dan jangan sesekali bagi peluang. Peluang memang tak layak untuk si Dani tu. Untuk peny0ndol pulak. H4ng suka – suka hati sondoI kebun orang, tak must4hil kebun h4ng pun bakal disondoI. Stay safe, stay healty and stay strong ya sis.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.