Saya mesej suami mintak tolong teman pergi jumpa doctor semalam. Tapi dia marah – marah, lepas tu dia mesej lagi, dia suruh saya jadi penjamin dan mintak gambar ic la, mintak address rumah parents la. Rupa – rupanya dia ada pinjam ahIong RM30k. Dia kata kalau saya tak nak jadi penjamin, saya kena bagi baby dekat dia untuk bagi kat ahIong.
#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca. Saya guna akaun kawan ni. Mohon jangan siarkan profile dia.
Cerita saya macam ni. Saya baru sahaja berkahwin dengan suami saya dalam 3 bulan yang bulan lalu. Umur saya 23 tahun sekarang. Suami berumur 28 tahun. Kami berkahwin atas dasar bercinta selepas nikah.
Saya memang tak kenal dia sangat sebelum kahwin. Pernah keluar sekali je dengan dia lepas tu dia ajak saya kahwin. Kenal pun melalui pun atas talian.
Saya pun bod0h masa tu, terikut ikut dengan trend kahwin muda ala islamik bercinta selepas nikah, saya pun setuju kahwin dengan dia.
Sepanjang kami kahwin, kami duduk asing – asing dengan dia sebab saya masih belajar. Dia pula ada bisnes sendiri. Bisnes kecil – kecil je. Makan minum saya masa jumpa tu memang dia yang akan belanja tapi duit poket dia tak bagi.
Saya hidup guna duit pinjaman PTPTN je, macam zaman saya bujang. Saya jumpa dia dalam sebulan sekali. Saya faham sebab dia pun tak berduit sangat. Lagipun ofis dia dekat selangor, saya belajar dekat selatan.
Konon – konon nak jadi isteri setia dimasa susahkan, saya pun terima seadanya.
Baru – baru ni saya mengaIami morning s1ckness, iaitu munt4h – munt4h dan Ioya. Peri0d pun tak datang – datang dah dekat 6 minggu. Kemudian saya asyik mengidam makanan.
Saya agak – agak saya dah mengandung kot. Saya text suami mintak tolong teman pergi jumpa doctor semalam. Tapi dia marah – marah. Mood dia tak bagus. Saya kecik hati.
Kemudian sejam lepas tu dia text lagi, dia suruh saya jadi penjamin la mintak gambar ic la, mintak address rumah parents la. Rupa – rupanya dia ada pinjam aIong RM30k. Patutlah 2-3 hari ni bila text dia jawab sepatah – sepatah.
H4ncur Iuluh hati saya. Dia cakap dia tengah serabut sekarang lepas tu saya pulak serabutkan kepala otak dia cakap pasal anak.
Kiranya macam masa yang salah la saya bukak cerita pasal mengandung ni. Padahal anak dia jugak bukannya anak laki lain.
Sekarang ni saya betul – betul tawar hati dan ada terdetik rasa menyesal kahwin dengan dia (saya tahu itu d0sa tapi nak buat macam mana, korang bukan ada kat tempat saya).
Dia cakap if saya tak nak jadi penjamin, anak dalam perut tu dia nak bagi kat aIong. Rasa menggigiI tangan ni. Tak tahu nak fikir lagi. Saya muda, saya naif, itu saya mengaku. La ni kat parents pun saya tak bagitahu lagi sebab takut.
Parents dia dua – dua dah meninggaI. Apa patut saya buat? Patut ke saya report polis atas ugvtan yang dibuat? Ataupun saya pergi mintak fasakh? Atau bagitahu parents saya?
Atau macam mana ye? Betul-betul buntu ni. Saya sekarang dekat rumah parents.
Saya sertakan screenshot perbualan antara saya dan suami :
Komen Warganet :
Nazia Suhaimi : Mohon puan bagitahu ibu bapa sebab sudah terang lagi bersuluh dia langsung tak mengendahkan bakal zuriatnya. Report polis atas sebab ugvtan dan mohonlah fasakh secepat mungkin.
Betul memang isteri kena taat suami tapi kalau tahap memudar4tkan macam ni, tak perlu taat pun. Jangan zaIimi diri sendiri. Stick to family sebab akhirnya keluarga yang kita ada. F1ght puan, Allah ada.
Mentari Senja : Kalau suami macam ni memang tak payah tunggu dah dik. Tak mat4ng., pentingkan diri semua cukup. Serius, bila baca whatapps dia, tak ada ciri – ciri seorang yang btanggungjawab pon.
Suh adik yang byar hutang dia. Bukan dia nak ikhtiar bayar sendiri. Kalau saya, lantaklah dia nak kena bunvh dengan aIong skali pon. Dasar jantan! Tak layak di buat suami jenis ni.
1. Bagitau yang adik da check. Tapi tak pregnant. Doktor bagitahu yang peri0d tak teratur.
2. Maklumkan dekat parents. Kalau diikutkan jenis macam ni tak ada jalan penyelesaian untuk terus bersama.
3. Report polis untuk keseIamatan diri adik kalau kebarangkalian terjadi apa – apa.
4. Pergi pejabat agama. Refer dengan yang lebih arif.
Be strong. Mulai sekarang better tak payah nak angkat panggiIan hp atau jawab segala mesej dia.
Nur Hayati : Anak sanggup jual, tak mustahil esok – esok sis habis belajar dia p4ksa jadi peIacur gara – gara dia nak guna duit.
Sekali dah buat macam ni, tak mustahil dia akan ulang lagi daripada sengs4ra seumur hidup, maru4h dijaja, anak dijual, lebih baik angkat kaki tinggalkan dia. Sis masih ada parents, masih boleh duduk dengan parents kalau dah jadi ibu tunggal.
Tak apalah ibu tunggal diusia muda pun, sis yang lalui p3rit kahwin dengan jantan macam ni. Mana tahu esok – esok ada jod0h yang lebih baik Allah hadiahkan. Utamakan diri dan anak sis, sayang diri sendri dan anak.
Fikir panjang, jangan sebab sayangkan jantan macam ni, anak sis yang jadi m4ngsa. Orang macam ni memang susah nak insaf ye.
Siti Noorbaizura Zulkefli : Ya allah ape guna suami macam ni sis, tolong guna akal fikiran sis. Jika awak nak jadi isteri solehah sekali pon tapi kalau smpai suami awak nak bagi anak awak dekat orang untuk langsaikan hutang dia, sampai bila – bila lah hidup tak senang dan tenang sis.
Awak cakap dengan keluarga awak, awak pergi pejabat agama. Jangan awak menyesal satu hari nanti sis jika awak buat keputusan yang salah. Anak ni harta dunia akh1rat awak, awak kena fikir tu pinjaman Allah s.w.t untuk awak.
Awak kena jaga sebaik mungkin, bukannya untuk jadikan dia sebagai dagangan suami awak. Anak ni je la yang awak ada, ramai lagi lelaki yang boleh jadi suami awak tapi bukan lelaki yang tak berguna macam ni untuk dijadikn suami.
Lain kali kenal dulu hati budi dan keluarga dia. Apa pon saya harap sangat semua urusan sis dipermudahkn. Fikir baik buruk apa je keputusan yang awak buat.
Shuhada Shafie : Better cerita kat parents sebab bende ni melibatkan keseIamatan awak..Tak apa hilang lelaki macam ni, jangan sampai kita yang susah nanti. Bagitahu parents benda ni sebab atas dasar keseIamatan awak juga.
Kalau dah macam ni tak perlu simpan lagi. Seorang suami harus jadi peIindung bukan lagi merbah4yakan keseIamatan isteri dan anak. Allah swt uji awak, dia sayang awak.
Lelaki boleh cari anak tak ada ganti awak, awak better buat report polis. Nanti bagitahu dia yang awak tak mengandung, mintak fasakh tapi wassap yang dia ugvt awak kalau boleh jangan delete. Saya doakan semoga dipermudahkan urusan awak.