Besar sangat ke salah aku hisap rok0k sampai anak aku batuk – batuk, isteri langsung tak nak cakap dengan aku

Masalah timbul bila aku kena drive balik kampung dalam 5 jam perjalanan. Aku mengantuk sangat jadi aku pun hisap rok0k. Masa tu anak aku yang kecil duduk dalam carseat belakang aku. Belum 2 minit anak aku dah batuk – batuk. Aku ingat sekejap je aku habiskan rok0k aku sampailah dia batuk tak berhenti, aku jadi cemas..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin.

Aku seorang suami dan mempunya dua orang, sepasang iaitu perempuan berumur 5 tahun dan lelaki berumur 2 tahun.

Cerita dia macam ni, baru 2 minggu lepas anak yang nombor 2 aku masuk ward sebab jangkitan dekat paru – paru. Kena tahan 6 hari dekat hospitaI. Yang jaga dia isteri aku. Dia surirumah.

Yang sulung aku mak mertua aku yang handIe. Hantar ambil sekolah. Tidur pon kat sana.

Aku pulak balik kerja lepas mandi singgah jenguk anak isteri kat hospitaI. Doktor kata punca anak aku s4kit ASAP ROK0K. Jadi isteri aku ceramahlah aku sikit sebab aku yang merok0k.. Aku iyakan lah sebab punca memang dari aku.

Jadi dah keluar hospitaI, aku cuba jaga batas rok0k aku pada anak – anak aku. Hisap kat luar rumah. Lepas kerja mandi dulu baru main – main dengan anak.. So settle, isteri aku happy.

Masalah timbul bila Jumaat lepas kenduri kahwin adik aku. Aku dalam 5 jam nak sampai rumah mak aku. Sebab semua berkumpul sana. Masa tengah bawa kereta isteri dengan anak – anak aku tidur. Diam – diam aku merok0k sambil drive.

Belum 2 minit anak bongsu aku dah start batuk – batuk. Aku ingat batuk sekejap je, aku hisap rok0k tu sampai habis. Sepanjang perjalanan anak aku dah start batuk – batuk teruk.

Isteri aku bau rok0k dia dah mula membebeI. Aku jawab aku mengantuk tu aku merok0k. Kedudukan carseat anak aku tu betul – betul belakang aku jadi isteri aku kata asap rok0k aku direct ke dia la. Aku dah start drive sambil cemas.

Sampai rumah mak aku, letak – letak barang terus isteri aku ambil kunci kereta nak bawak anak ke kIinik. Aku bawak kereta, dia dukung anak. Sampai sana doktor bagi anak aku nab sebab berkahak sangat.

Dah settle bayar semua kami balik rumah mak aku. Start tu isteri aku dah diam dengan aku. Tanya satu jawab satu. Senyum pon macam p4ksa – p4ksa je. Masa hari kenduri tu dia tak tolong kat dapur sebab jaga anak aku kat bilik.

Dia tak nak anak kena peIuk c1um dengan orang. Nak jadi bertambah masalah mak dengan makcik – makcik aku mengata isteri aku, konon marah merajuk kat aku sampai tak nak join kenduri ramai – ramai.

Bila aku ngaku salah aku kat keluarga aku, semua cakap demam – demam batuk tu benda biasa. Budak – budak nak alih tahun. Aku diam. Isteri aku pon diam tak menjawab.

Habis kenduri, lepas kemas – kemas terus aku bawak anak isteri aku balik. Alasan anak aku mak1n meragam sebab merengek badan tak selesa.

Isteri aku pon tak ceria sangat balik kali ni so baik aku bawa dia lari cepat – cepat sebelum mak aku mengata dia.

Ni sekarang dah sampai rumah kami. Anak bongsu aku demam semula, batuk – batuk. Kalau berlarutan akan dibawa ke hospitaI semula. Dan hidup aku mak1n str3ss sebab isteri aku pilih untuk diam dari marah bebelkan aku.

Memang salah aku ni besar sangat ke sampai dia layan aku macam ni.

Komen Warganet :

Aina Sya Ashaari : Maaflah, isteri bukan marah tapi fed up dah sebab main dengan nyawa anak. Biarlah dia 0verpr0tective, anak dia kan. Dia yang jaga di hospitaI tengok doktor buat segala prosedur nak seIamatkan anak dia.

Anak saya pernah warded kes asap rok0k juga, walaupun husband tak merok0k. Bila pergi kedai makan ada yang merok0k sebelum warta tak boleh merok0k, anak balik semput. Terus kuarantin anak, benda mudah, tak boleh tolong jangan menyusahkan.

Nanti anak masuk wad cuba encik pergi jaga kat wad tengok macam mana doktor terangkan dan berapa kali anak neb dan macam mana anak buat perangai tak nak neb, tak nak makan ubat.

Sekarang kita cakap anak tak tahan asap rok0k, tak kisah pun sebab bukan diri sendiri nak hadap susah nafas. Aish, em0 plak bila teringat kes asap rok0k dan budak – budak yang sensitif ni.

Fida Said : Isteri tu yang mengandung melahirkan mesti s4kitnye lebih bila tengok anak s4kit. S4kit di zaman sekarang bukan biasa. Sebab imuniti anak – anak sekarang tak kuat. Zaman dah berubah.

Berapa banyak kem4tian kanak – kanak zaman sekarang? Baby pun boleh m4ti gara – gara dicium orang. Mungkin isteri Encik dah penat dengan perangai Encik. Kalau saya pun lebih baik diam.

Tumpu jaga anak yang akan sentiasa datang s4kitnya sebab ayahnya yang lebih utamakan rok0k dari anak sendiri. Redha je lah beritahu isterinya. Bukan senang nak berhenti rok0k.

Ayah saya berpuluh tahun cek1k benda tu penat Ibu dan kami anak – anak cakap akhirnya sekarang dah kena s4kit terus baru sendiri nak berhenti.

Ika Hawa : Bini kalau dah penat bebel tapi suami buat benda yang sama berulang. Memang ubatnya diam. Lagi banyak cakap takut jadi g4duh plak kan. Sebab tu isteri awak pilih diam.

Kalau anak s4kit teruk siapa yang kena jaga anak sepanjang dekat hospitaI? Isteri jugakan. Awak ingat mudah ke perasaan isteri bila tengok anak s4kit. Kita yang dah dewasa ni pun kalau sesekali s4kit, teruk benor keadaannya.

Apatah lagi anak – anak yang masih kecik dengan daya tahan mereka yang masih tak kuat mana.

Apa pun tindakan awak bawa balik anak – anak dan isteri secepat mungkin serta mengaku silapnya dari awak tu saya pujilah. Dari orang dok mengata isteri baik cepat bawa dia jauh dari situasi yang menambah s4kit hati

Semoga anak – anak awak sentiasa dalam keadaan sihat. Awak plak jangan ulangi kesilapan yang sama. Kalau boleh berhenti merok0k tu salute kat u lah. Jangan lupa cepat – cepat pujuk isteri semula. InshaAllah nanti dia ok.

Doa yang baik – baik. Jangan biarkan dia guna bahu orang lain untuk menangis. Pastikan dia pilih bahu awak .

Siti Azimah : Tak kisah pun awak nak merok0k, yang jadi masalah awak hembus keluar asap tu. Dah ko beli mahal – mahal rok0k tu, kenapa tak telan skali asap dengan puntung rok0k tu.

Atleast kalau nak m4ti pun jangan libatkan orang lain.

Maaf la nak cakap, orang merok0k ni tak ada adab, low class, sebab otak penuh asap rok0k. Kalau rok0k tu elok untuk kesihatan, dah lama org kempen suruh beli, makan, buat masak terus.

Tapi semua keburukan, tak ada sikit pun kebaikan dari merok0k tu. Nampak tak pasal rok0k, jadi punca masalah keluarga, isteri, anak – anak awak dan awak sendiri.

Kalau nak m4ti pun sila m4ti sorang – sorang jangan libatkan orang lain terutama anak – anak.

Zaida : Pada saya, anda memang bersalah sebab ini melibatkan nyawa anak walaupun anda tak berniat. Pada saya jika mengantuk,sepatutnya isteri anda pun rase bersalah sebab tinggalkan anda drive sorang.

Tapi satu saya puji, terima kasih sebab back up wife anda ketika orang sekeIiling mengata. Jadi cuba lah pujuk isteri, minta maaf dengan dia, kadang isteri ni bila suami minta maaf, mungkin dia akan rase cool down.