Suami aku akan kepoh sikit kalau bab anak d4ranya yang sorang ni. Si bapak terus bergegas ke bilik anak d4ranya dan bertanya. Tapi anak d4ra aku menjawab agak kasar. Aku termenung kejap kenapa anak d4ra aku cakap begitu.
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Qiqi Sakinah. Usia dah masuk peringkat nenek, seorang ibu, isteri dan pekerja. Kisah hidup aku biasa aje. Kalau kat luar mesti ramai yang tak percaya sebenarnya kehidupan aku ini. Tapi aku bahagia dengan cara aku.
Petang tadi aku jenguk bila anak d4ra aku. Remaja 16 tahun. Aku tegur perihal katilnya yang dah senget dan bagi aku s4kit belakang bila baring kat katilnya. Aku mintak abang – abang dia betulkan katil tu. Suara aku terdengar kuat sikit masa bagi arahan sampai laki aku dengar.
Seperti biasa laki aku akan kepoh sikit kalau bab anak d4ranya nan sorang ni. Si bapak terus bergegas ke bilik anak d4ranya dan bertanya permasalahan tu. Tapi anak d4ra aku menjawab agak kasar dengan katanya tak payah bantu dia boleh buat sendiri.
Aku cakap slow talk dengan dia biarkan abang – abang dia bantu dia betulkan. Cerita katil tu sebenarnya bapak dia beli semasa kami awal kahwin dulu untuk rumah sewa kami. Masa tu adik aku datang menumpang duduk dan laki aku baik hati belikan katil single tersebut.
Semenjak pindah ke sini dan kewangan kami merosot jadi segala perabot yang kami guna sekarang adalah 20 tahun yang lepas tetapi masih kukuh. Berbalik cerita anak d4ra aku tadi, terkujat aku dengan bicaranya, “Tak payah! Boleh buat sendiri. Tak perIukan bantuan lelaki untuk buat benda tu!”
Aku termenung kejap kenapa anak d4ra aku cakap begitu. Dia bising bila bapak dan abang – abangnya menyerbu bilik tidurnya. Tak perIukan lelaki! Boleh buat sendiri! Beristighfar aku dengar ayat dari mulut anak d4ra aku yang terkenal dengan sikap lemah lembut, comel putih gebu dan sangat bersopan santun bersama orang lain.
Adakah situasi kehidupan yang dilalui seharian menyebabkan dia menjadi agresif begitu? Bukan bersikap kasar tapi tak semengah menjawab begitu. Aku teringat aku kerap berbicara dengan si bapaknya yang tak bekerja dan hanya mengharapkan kewangan 100% dari aku untuk kelangsungan hidup kami. Ya, aku dah pelihara biawak hidup ini 15 tahun dah.
Struggled sendirian mencari rezeki semenjak dia tidak bekerja. Kadang – kadang aku tidak ikhlas bila dia meminta wang dari aku untuk membeli sesuatu yang bagi aku tidak penting seperti tisu dan air mineral. Air minuman masak ajelah.
Nak guna coway atau cuckoo dan seangkatannya aku tak mampu untuk bayar bil bulanan. Sikit bagi orang lain tapi hidup aku M40 terper4ngkap dalam B40. Jadi bantuan memang tak adalah walaupun aku sorang aje bekerja.
Aku kerap mengeluh kepada anak – anak agar berjimat duit belanja sekolah yang aku bagi. Berjimat guna letrik dan macam – macam cara lagi berjimat. Aku juga sudah lama tak bawa anak – anak aku keluar berjalan atau melancong. Dunia aku berkurung dalam rumah dan tempat kerja sahaja.
Balik kerja terus masuk rumah. Aku masih lagi bergaul dengan jiran tetangga berbeza dengan suami dan anak d4ra. Anak lelaki aku yang masih belajar dan tinggal jauh beberapa kali mesej aku, meluahkan perasaannya. Memohon doaku agar mendoakan kejayaannya.
Berjanji untuk memberi aku dan keluarga kehidupan yang lebih baik. Aku hanya mampu mengaminkan dan menangis membaca mesej tersebut. Anak – anak memang memahami permasalahan kewangan kami. Tidak menuntut perbelanjaan mewah.
Walaupun mereka merindui kemewahan zaman kanak – kanak ketika bapak mereka masih bekerja kini situasi semasa berbeza, anak – anak redha menerima apa yang aku mampu sediakan. Alhamdulillah kami tak kelaparan walaupun ada ketikanya pernah catu makanan.
Ke mana gaji aku yang ribu riban tu? Hanya aku mampu tuding kepada suami aku yang membuat aku berhutang hampir 60% gaji aku naik ke angkasaraya tanpa dapat hasil. Anak lelaki aku hanya diam bila biasiswa tidak boleh apply seperti orang lain kerana slip gaji aku M40 hanya dapat sedikit sahaja untuk bantu kos pengajiannya.
Selebihnya aku gali lubang tutup lubang menampung perbelanjaan kami. Aku dah beberapa kali mohon cerai secara mulut, tapi suami aku abaikan aje. Dia tanya kenapa nak bercerai? Aku cakap dah tak tahan hidup macam ni. Nak tenangkan otak cuba hidup tanpa suami.
Dia tanya ada lelaki lain ke? Sebab dia tahu kalau dia tinggalkan aku, mungkin ada ramai lelaki lain yang akan merebutnya kerana aku ada rupa, ada duit gaji sendiri dan lain – lain. Aku jawab buat masa ni tidak ada, tapi masa depan tak tahu.
Aku hanya ingin punya hidup yang tak perlu memikirkan pandangan sinis orang lain mendapat tahu laki aku tak bekerja, laki aku yang tak bercampur gaul dengan orang lain. Laki aku yang malas ke masjid, laki yang masih mengharapkan duit r0kok dan kredit telefon dari aku, laki aku yang bergaya dengan kereta aku dan macam – macam lagi pandangan sinis tentangnya.
Aku tahu dia tidak tahu ke mana arah hendak pergi kerana kehidupannya aku yang tanggung. Rumah milik aku walaupun kecil dan bersesak dalam rumah sekurangnya aku tak perlu bayar sewa. Kend3raan ada walaupun beberapa ramai yang tegur bila aku nak tukar kereta dengan tangga gaji aku mampu sebegitu sebegini.
Tapi itulah luaran aku mampu berselubung menyembunyikan kuku yang sudah berkudis. Kesimpulannya, aku risau anak – anak yang member0ntak dalam diam kerana konfrontasi sembunyi – sembunyi antara aku dan bapak mereka. Sampai bila aku harus begini? – Qiqi Sakinah (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Puteri Santubong : Kak. Orang cakap bertahan kerana anak. Tapi, kerana anak lah, sepatutnya akak pergi dari persekitaran yang t0xic. Happy kids need happy mother. Which clearly they already know, you are unhappy.
Sun Doreen : Puan… Maaf sangat – sangat. Saya bukan nak bersangka buruk. Tapi, anak perempuan puan remaja, cantik, putih gebus. Setiap hari spend masa dengan ayah dan abang dia. Sebab tula asben puan taknak cerai dan taknak kerja, sebab dia dah ‘kesedapan’ di rumah mungkin.
Dan mungkin sebab tu juga anak perempuan puan taknak betulkan katil dia dan ada perasaan marah dekat abang dan ayah dia. Mungkin ada cerita di sebalik katil yang senget tu. Bawaklah anak perempuan keluar shopping me time berdua dan heart to heart. Mungkin ada benda yang dia nak ceritakan. Hopefully bukan apa yang saya fikirkan. Nauzubillah.. Mintak jauh.
Siti Nazura : Puan, berdoalah bersungguh – sungguh supaya Allah berikan ilham agar dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik kepada puan sekeluarga. Semua orang berhak untuk bahagia, puan.
Sahida Saidin : Hutang atas nama suami ke nama awak. Jika nama awak pergi ke Akpk. Struktur hutang semula. Kemudia failkan tuntutan nafkah di mahkamah. Jalan memang berliku. Susah. Tapi berbaloi. Kalau tak bercerai dia berusaha bekerja. Tapi dia dah selesa. Sebab puan terlalu manjakan suami.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.