Ustaz kata suami kena gangguan jin perempuan minat kat dia. Patutlah, aku nampak badan suami penuh lebam. Kami dah tak tidur sebilik sejak anak keempat

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

gangguan jin

Tak tahu lah rumah tangga kami dingin sebab gangguan jin atau perangai suami aku sendiri yang 24/7 dengan HP, celik mata HP dia cari dulu. Kadang-kadang marah anak melampau sangat sebab kacau dia tengah tengok HP. Kalau melibatkan kerja aku tak marah, tapi dia ketagih layan FB, Tiktok. Anak tak layan pun, macam anak-anak ni tak wujud..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin, mohon hide profile aku ya. Aku nak tanya, ada tak yang pernah alami perasaan tawar hati dengan suami? Aku tak tahu perasaan aku ni disebabkan gangguan jin atau memang aku betul – betul dah tawar hati.

Dua bulan lepas, suami aku ada berubat dengan ustaz sebab ada jin perempuan yang minat suami aku. Tu pun sebab aku tegur badan dia ada lebam – lebam, aku cakap macam kena gigit hantu, baru lah dia pergi berubat. Aku perasan benda ni jadi lepas kami tak tidur sebilik selepas kelahiran anak keempat, kadang – kadang dia tidur bilik belakang seorang diri.

Kadang – kadang dalam bilik anak lelaki aku dan kadang dekat ruang tamu dengan alasan nak teman anak tidur dan tak tahan aircond. Anak kedua aku masih fasa belajar nak tidur sendiri. Aku rasa kemungkinan juga jin ni ikut suami bila dia balik lewat malam.

Suami aku kadang – kadang balik lewat dalam pukul 1 hingga 2 pagi bila join aktiviti sukan, contohnya dia join futsal atau badminton company. Antara faktor lain yang menyebabkan aku tawar hati, aku pernah suarakan hajat nak jaga bapa aku lepas bapa aku bercerai dengan bekas mak tiri.

Dia tiada tempat berteduh lepas kena halau dengan bekas isteri dia, tapi suami tak izinkan. Mungkin sebab suami pernah dengar daripada nenek aku yang bapa aku ni tak pernah bertanggungjawab atas kami adik beradik lepas bercerai dengan mak aku.

Aku akur sebab aku dah jadi suri rumah, mungkin membebankan dia, tapi aku tetap terkilan sebab tak dapat jaga ayah aku. Aku cuma sempat jaga sebulan saja di rumah aku. Sekarang bapa dalam jagaan adik aku. Sampai sekarang aku sedih bila teringat dan rasa bersalah sebab adik beradik lain semua bekerja tapi aku tak dapat jaga bapa walaupun tak bekerja. Rasa useless sangat.

Suami aku ni selalu sangat dengan HP 24/7, celik mata HP dia cari dulu. Kadang – kadang marah anak melampau sangat sebab kacau dia tengah tengok HP. Kalau melibatkan kerja aku tak marah, tapi most of the time dia layan FB, page dan sebagainya, tak layan pun anak, macam anak – anak tak wujud. Aku pernah tegur tapi macam angin lalu je nasihat aku tu.

Lagi satu, dia amalkan favoritism. Aku memang pantang favoritism ni sebab aku pernah rasa macam mana dianaktirikan. Sedih sampai anak aku seorang tu cakap dia tak suka ayah dia. Sedih dengar luahan anak aku sebab aku dah buat macam – macam untuk kuatkan bonding anak – anak dengan ayah dia.

Dia juga panas baran tapi tak pernah naik tangan dekat aku setakat ni. Kalau dia naik tangan dekat aku memang aku terus minta cerai, tapi dia kadang – kadang naik tangan dekat anak – anak bila marah anak. Selalunya aku akan direct tegur suami on the spot, jangan berkasar dengan anak.

Sejak aku berhenti kerja 9 tahun yang lalu, simpanan aku hampir RM40,000 habis sebab tampung perbelanjaan anak – anak, beli perabot dan top up belanja dapur. Konon – konon buy first claim later, tapi bila aku bagi resit, dia macam buat – buat lupa. Kalau bayar pun, contohnya expenses beli persiapan sekolah anak – anak RM1,000, dia bayar RM300 je.

Suami aku bukan tak berkemampuan, dia chief engineer tapi entah lah. Nak cakap dia kedekut sangat pun tidak juga sebab dia selalu hadiahkan dan bawa bercuti bila ada tarikh – tarikh istimewa kami. Nak cakap ada perempuan lain pun tak pasti juga sebab segala aktiviti dia akan update dekat FB. Aku pernah juga jeling – jeling HP dia kalau ada aktiviti pelik pelik, setakat ni takde jumpa lagi.

Lagi satu yang paling aku sakit hati, kalau minta tolong drillkan dinding atau pasang kabinet, kadang – kadang sampai 2 hingga 3 tahun baru dia pasang. Tapi most of the time memang aku pasang sendiri sebab tak larat nak tunggu dia pasangkan.

Mungkin sebab dia tahu aku pandai pasang sendiri, dia abaikan je bila aku minta tolong. Banyak sangat aku independent buat benda – benda yang dia rasa remeh temeh tapi aku rasa macam takde laki. Aku cuba fikir segala kebaikan tentang dia tapi kadang – kadang rasa sedih sangat.

Bisikan syaitan kot kan nak meruntuhkan masjid dan mungkin aku sangat penat. Burn out is real. Aku cuba untuk bertahan sebab aku tak nak anak – anak aku rasa macam mana aku rasa masa aku kecil. Hidup tanpa keluarga yang complete sebab parents aku pun bercerai. Perasaan trauma ni hanya yang pernah alami je tahu.

Apa yang perlu aku buat ya untuk kuatkan tautan hati aku pada suami? Aku dah start amalkan doa pengasih ustazah Asma ajar tu tapi kadang – kadang terbit juga perasaan menyampah dekat suami. Doakan ketetapan hati aku ye suri – suri.

Komen netizen :

Saly Jamaluddin : Takde kena mengena dengan jin tapi masalah berbangkit antara suami isteri. Benda paling salah ialah memisahkan tempat tidur antara suami isteri. Yang patut berpisah tempat tidur sepatutnya anak dan ibu, bukan suami dan isteri. Doa kena datang dengan usaha. Tak boleh setakat doa tapi bila berdepan dengan suami buat macam takde apa. Betulkan bahagian tempat tidur tu dulu. Tu paling penting.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5154 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.