Kantoi ayah mesej curang dengan perempuan tapi ayah tak mengaku. Mak ikut ayah senyap – senyap nampak dia jumpa perempuan lain siap bercivm dekat parking kereta. Ayah lafaz cerai..
#Foto sekadar hiasan. Aku nak kongsi satu kisah yang aku yakin ramai yang mungkin mengalami fasa sama macam aku. Mak dan ayah aku bercerai waktu umur aku 15 tahun. Mak aku suri rumah sepenuh masa dan ayah aku ni bekerja dekat singapore.
Aku sebagai anak ni sebenarnya bukan ambil berat sangat kisah rumah tangga mak ayah aku. Tapi boleh perhati dan telan pendam sahaja sebab dalam rumah ni paling berkuasa ayah aku. Mak, aku, adik tak ada sorang boleh lawan cakap dia.
Mak aku ni, hal rumah, hal sekolah, keperluan ayah aku boleh di katakan mak yang buat semua 95%. Ayah aku pula bangun pagi mandi pakai baju yang dah mak aku gosok dan g4ntung siap seluar dalam stokin apa semua.
Atas meja pula dah ada sarapan dengan air basuh tangan dengan air kopi. Habis makan pinggan biar atas meja dekat situ pakai kasut dan gerak masuk singapore. Untuk pengetahuan, ayah aku bukan kerja yang kena gerak 4-5 pagi. Dia pukuI 9-10 pagi baru gerak.
Aku pula cuma ada adik sorang umur beza 4 tahun. Akhirnya, umur aku 15 tahun mak dan ayah aku bercerai. Puncanya ayah aku yang pergi curang dalam telefon mesej Iucah segala macam tapi ayah aku tak nak mengaku.
Tapi sekali bila mak aku ikut ayah secara senyap nampak dia jumpa perempuan lain siap bercivm dekat parking kereta tu ayah aku lafaz cerai. Bila dah siap urus segala dokumen cerai dan dah sah aku dengan adik ikut mak.
Waktu ni ayah aku dia punya mulut jangan cakap. Dia siap h1na dan doa nak kami ber-3 merempat tepi jalan minta sedekah. Tapi sebulan sekali ada kami melawat, mak aku cakap lawat sebab tetap ayah kandung. Bila datang kau tahu rumah tu macam tongkang pecah.
Baju seluar stokin kain semua merata satu rumah. Bau rumah tu giIa busuk nak m4mpus. Dekat sinki jangan cakap dia punya berkerak, pinggan tu aku syak dah berminggu tak basuh, bilik air tu lagi lah bau hancing. Aku dengan adik tak duduk lama sejam dua balik sebab ayah aku minta tolong kemas.
Waktu bercerai tu ayah punya sombong dia cakap dekat mak aku dia tak perlukan mak aku dia cakap rumah ni dia boleh urus sendiri sebab rumah dia. Datang lagi sekali melawat kali ni rupanya ayah aku lupa bayar bil air api berbulan jadi kena p0tong.
Selalunya yang bayarkan mak aku setiap bulan pergi bawa bil bayar. Baru setahun bercerai memang aku nampak keadaan ayah aku huru hara. Tapi mak aku tenang tak ada apa walaupun selama ni jadi suri rumah. Mak aku jual nasi lemak kuih apa semua dekat depan rumah yang kami sewa.
Tak ada nampak mak aku itu ini str3ss tengok lagi nampak sihat tak ada huru hara sebab ayah aku suruh itu ini. Baru setahun bercerai rumah ayah aku terbakar. Habis ye ranap rumah tu. Punca dia ayah aku lapar jadi dia masak meggi tapi separuh jalan masak terlupa.
Ayah aku ni dia memang jenis pelupa selalunya memang 100% mak aku yang ingatkan selalunya memang dari A-Z mak aku ingatkan sebab ayah aku ni memang jenis pelupa. Dah masak meggi tapi dia lupa dan keluar drive kereta nak makan luar.
Sekali balik memang dah habis rumah. Dokumen apa semua habis ranap. Terduduk lah nak mula dari awal. Dokumen penting semua terbakar. Akhirnya terp4ksa menyewa itu pun memang huru hara hidup dia nak ke sana sini untuk segala dokumen tu yang paling mustahak macam passport sebab ayah aku ni kerja singapore.
Dokumen kerja ranap terp4ksa berhenti kerja singapore dan kerja dekat Malaysia. Senang cerita lepas kejadian terbakar tu hidup ayah aku memang terumbang ambing. Nak bayar kereta bulanan RM900 lepastu motor selalu bawa kerja habis.
Duduk pula rumah sewa baru kos nak mulakan hidup dekat rumah baru lagi nak beli segala macam. Dari hidup dulu senang terus tak tenteram dengan kereta kena tarik sebab tak mampu bayar dengan savingnya tak ada. Kesian tu setakat kesian je lah mampu tapi silap ayah aku.
Mak aku ni dia ni isteri dan mak yang baik. Sepanjang aku membesar dalam rumah tu ayah aku tengking marah apa mak aku tak pernah marah ke tengking balik semua dia buat. Ayah aku selama ni dia anggap kerja suri rumah apa yang mak aku buat tu sebagai benda remeh dia boleh buat tapi ayah aku lupa yang dia hidup dengan mak hampir 20 tahun dan selama tu mak aku yang uruskan segala benda hal rumah.
Alhamdulillah mak aku masih hidup dan sihat lagi, mak aku sendiri pun buka kedai makan. Dari dulu setakat jual tepi jalan sekarang ada kedai sendiri. Ayah aku pun hidup lagi ada juga aku melawat tapi memang senang cerita hidup ayah aku tak sama macam dulu.
Macam yang aku cakap iya aku kesian tapi aku lebih kesian dan sayang dekat mak aku. Bagi aku benda ni silap dan salah ayah aku sendiri jadi dia yang harus tanggung sampai ke liang lahad. – Nad (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Fazidar Sabat II : Sedihnya baca. Buat suami – suami yang selalu cakap isteri ni takde jasa dalam membesarkan anak – anak sebab isteri hanya surirumah, sedar diri la kalian dengan cepat. Jangan ingat para isteri tak ingat ayat tu sampai m4ti.
Maya Riani : Padan muka haha. Tapi tips untuk gadis yang bakal berkahwin, buat keja rumah sama – sama dengan suami. Suami ni akan curang jika dia ada 3 benda yang berlebihan iaitu masa, wang dan tenaga. Jika semua wife yang buat, dia akan ada masa dan tenaga yang banyak untuk curang di luar sana.
Jadi involvekan suami untuk buat keja rumah. Badan dah letih, masa dah suntuk baru dia takde masa nak merapu di luar sana. Awal – awal kahwin boleh bentuk suami untuk rajinkan diri, kalau dah lama akan jadi buluh, liat dah.
Akied Rahman : Doakan bekas isteri dan anak – anak yang buruk – buruk. Last – last doanya kena kat diri sendiri. So pengajarannya di sini, jangan takut kalau dik4ta isteri derh4ka la, tak cium bau syurga la. Kalau dipihak yang benar, Allah pasti akan bantu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.