Masa s4kit nak bersalin, mertua bebel, siapa nak bayar bil. Saya susah nak teran, suami marah takut kena czer bayar lagi mahal

Semasa saya meneran untuk melahirkan anak, saya alami sedikit kesukaran jadi doktor gunakan vacuum tapi sebelum tu, suami sempat merungut kat saya dan berkata kalau tak teran nanti kena operation dan nak bayar mahal..

#Foto sekadar hiasan. Saya seorang isteri dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Masalah saya adalah saya dah mula takde perasaan pada suami saya lagi. Kisah sedih saya bermula dari mulanya saya mengandung anak pertama.

Kami mendirikan rumah tangga atas dasar suka sama suka tapi suami saya lebih suka mendesak untuk berkahwin cepat, masa tu saya baru sahaja tamat pengajian dan baru sahaja mula kerja. Saya mengambil masa yang lama untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut dan akhirnya saya bersetuju juga dan beranggappan mungkin dah sampai jodoh.

Kami pun mendirikan rumahtangga sama seperti orang lain dan dengan majlis yang sangat meriah. Setelah beberapa bulan kami mendirikan rumah tangga saya mendapati saya mengandung. Saya sangat gembira dengan berita ni tapi berbeza dengan suami, dia sedikit pun tidak hiraukan berita gembira ni sebaliknya salahkan saya kenapa mengandung begitu cepat.

H4ncur luluh hati saya bila tengok respond negative dari suami tapi saya berjaya bertahan kerana saya masih mempunyai emak dan ayah yang sentiasa memberi sokongan pada saya sepanjang saya mengandung. Hari berganti hari, kandungan saya mulai besar dan badan saya mulai berat. Alhamdulillah saya tiada sebarang morning s1ckness sepanjang tempoh kehamilan.

Tugas saya sebagai seorang pendidik membuatkan saya cepat penat dan letih sepanjang tempoh kehamilan tambah pula saya terp4ksa berkerja sehingga malam. Ketika inilah suami saya tak pernah ambil tahu langsung keadaan saya yang tengah sarat mengandung anak sulung kami.

Suami lebih suka tido dari bertanyakan khabar kandungan saya walaupun kami duduk serumah (rumah mertua). Dia sanggup MC kerana letih bekerja katanya dari teman saya untuk pemeriksaan bulanan dia juga merupakan kakitangan awam yang mempunyai tugas yang tidak berat.

Saya terp4ksa pergi sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam dari tempat kerja ke kIinik kesihatan. Dalam keadaan yang sangat sarat saya terp4ksa berasak – asak masuk ke dalam keretapi komuter untuk pergi ke kIinik bagi mendapatkan pemeriksaan kandungan saya.

Suami tidak pernah ambil tahu langsung kandungan saya sehingga lah satu hari saya merajuk dan balik ke rumah mak saya selepas habis pemeriksaan bulanan bagi kandungan saya. Sepanjang saya di rumah mak saya dia sedikit pun tidak hiraukan saya termasuklah tiada langsung call saya untuk pujuk.

Sampailah ayah saya suruh saya pulang ke rumah mertua, suami masih lagi tidak hiraukan diri saya. Saya hanya pujuk diri sendiri pada ketika itu, lagipun emak saya selalu berpesan ketika mengandung jangan terlalu sedih nanti effect kat kandungan dan ayah saya juga selalu berpesan supaya sentiasa bersabar kerana sabar adalah jalan terbaik bagi semua ujian.

Jadi saya berpegang pada pesan mak dan abah saya. Dalam keadaan camtu suami saya masih tidak berubah. Saya cuti awal 2 minggu dari tarikh dijangkakan bersalin dan sepanjang tempoh ini saya balik ke rumah mak saya di hantar oleh suami saya.

Suami seolah – olah tiada respond dan tiada perasaan. Dia hantar saya dengan tangan kosong tanpa wang belanja dan nafkah. Suami suka spent masa dia dengan tengok tv sampai lewat mlm dan tengok cerita %*&(*& sehinggalah sekarang.

Bila tiba masa nak bersalin mak saya hantar ke hospitaI dan masa tuh saya dalam keadaan yang s4kit nak bersalin tapi belum boleh masuk labor room lagi. Suami dan mertua saya datang ke hospitaI dengan keadaan dan muka yang marah.

Mertua sound saya yang sedang s4kit contraction dengan mengatakan sapa nak bayar bil hospitaI nanti depan mak dan adik saya. Suami muka masam dan marah saya bila mertua dan mak saya keluar dari bilik hospitaI tu. Saya tahan sahaja perasaan tu tanpa sepatah kata.

Bila bukaan dah buka sepenuhanya, saya dibawa masuk ke labor room. Disitulah rasa sedih dan geram saya pada suami dah tidak boleh dibendung lagi. Semasa saya meneran untuk melahirkan anak, saya mengalami sedikit kesukaran jadi doktor gunakan vacuum tapi sebelum doctor vacuum suami sempat merungut kat saya dan berkata kalau tak teran nanti kene operation dan nak bayar lagi mahal.

Sedih tak terhingga masa tuh dan semua bil hospitaI saya ayah saya yang bayar dan suami dan keluarga suami sedikit pun tak ucapkan terima kasih dan tak ambil peduli langsung. Anak saya lahir dengan selamat dan keesokan harinya saya dan anak pulang ke rumah emak saya.

Di sinilah bertambahlah kesedihan saya. Sepanjang tempoh berpantang mak dan ayah saya yang jaga mertua hanya datang lawat dan mula tanya kat family saya ni cucu sapa. Soalan tu sangat menyinggung perasaan saya dan family saya hanya menjawab ni cucu mertua d4rah daging dia.

Sepanjang tempoh berpantang suami tiada langsung jenguk saya, selepas sebulan baru dia datang jenguk padahal rumah mak saya dengan rumah mertua serta tempat kerja suami tak jauh pun dan kalau drive hanya makan masa lebih kurang 35 – 45minit sahaja

Sepanjang tempoh berpantang saya memang rasa tertekan. Suami datang selepas sebulan itupun sebab nak hantar hamper pada saya yang opis ayah dia bagi. Bermula dari saya mengandung sampailah anak lahir, suami merungut sahaja.

Tiada langsung suami tunjuk kasih sayang dia pada anak yang baru lahir. Dia kesah pun tidak pada anak. Keperluan anak dia beli sebab tangungjawab tapi tu pun sambil beli sambil merungut. Saya bersyukur sebab saya bekerja jadi kalau suami tak beli untuk anak saya yang akan belikan untuk anak termaksuklah keperluan anak.

Sepanjang saya berkahwin dengan suami dia tidak pernah langsung bagi duit nafkah pada saya dan kalau saya mintak dia akan cakap duit tak cukup, sehinggalah sekarang. Bermula saya berpantang sehingga sekarang saya duduk dengan mak dan ayah saya, mereka lah yang bagi makan dan pakai untuk saya dan anak.

Setelah habis pantang saya masih lagi duduk dengan mak dan ayah saya tanpa suami di sisi, saya dengan mak dan ayah saya bersama – sama besarkan anak. Suami hanya datang ambik saya untuk ke pejabat kalau kelas saya pagi, kalau petang saya akan pergi sendiri.

Itu pun akan merungut juga bila hantar saya ke tempat kerja. Hujung minggu, saya dan anak tanpa suami, suami tidak mahu ambl kami dengan alasan penat berkerja, dia nak rehat. Saya hanya diam tanpa soalan lagi bergitulah kami.

Kami hanya berjumpa dan jadi seperti pasangan normal yang lain bila ada jemputan tertentu sahaja tapi itu pun bukan semua majlis. Kadang – kadang kalau saya cuti seminggu jadi sepanjang semiggu tu lah kami tidak berjumpa langsung, tanpa khabar berita.

Kalau saya call suami dia tidak akan jawab call saya, kalau tinggalkan mesej pun tidak akan dibaIasnya. Jadi saya ambl keputusan untuk berdiam diri dan bersabar. Pernah satu hari saya s4kit dan dimasukkan ke hospitaI, saya call suami tapi dia tak angkat dan tak datang langsung tengok saya kat hospitaI sampai saya keluar hospitaI.

Mak saya call, mesej pun tak dibaIas. Saya sendiri keseorangan kat hospitaI sebab mak saya terp4ksa jaga anak sulung saya. Saya akui kadang – kadang saya rasa teramat sunyi hidup tak sama macam pasangan yang lain. Paling saya kesian adalah pada anak saya.

Perkembangan anak tidak sedikit pun suami ambil tahu. Sayalah yang uruskan tadika mana yang nak masuk, activity sekolah anak. Lain – lain keperluan anak saya, mak dan ayah saya yang uruskan dan kalau saya bagitahu suami dia hanya merungut.

Suami jumpa saya dan bawa saya blik ke rumah hanya untuk keperluan nafsu dia sahaja dan kepuasan tu dia sorang je yang nikm4ti saya umpama pelayan nafsu dia lakukan. Saya didapati mengandung anak kedua tapi kali ni sebab jarak anak pertama dengan anak kedua agak jauh jadi suami boleh terima kehamilan kali ni tapi masih kadang – kadang merungut dan biarkan saya hadapi morning s1ckness seorang diri di rumah mak ayah saya.

Dia memang tak nak ambil kami dan duduk serumah sebab alasan dia leceh dan takde siapa nak jaga anak – anak bila kami pergi kerja. Semasa usia kandungan saya 6 bulan saya berhenti kerja kerana kontrak kerja saya tamat.

Saya cuba sehabisnya untuk cari kerja baru tapi tiada rezeki sehingga lah saya melahirkan anak saya. Dan kali ni saya dah bersedia dari segi mental kalau suami buat macam sebelum ni saya tak akan sedih macam dulu. Anak kami lahir dan saya berpantang di rumah mak saya dan macam biasa mak saya jaga saya dan mertua akan datang lawat dan wat hal lagi tapi kali ni lain pulak halnya.

Apa sahaja mertua buat pada keluarga saya, saya tidak pernah cakap dekat suami sebab tak nak panjangkan cerita dan ayah saya sentiasa berpesan supaya bersabar. Setelah abis berpantang saya sambung usaha untuk cari kerja dan di sini suami murungut lagi sebab saya tak kerja.

Bukan saya tak berusaha tapi belum ada rezeki. Dia mula ugvt saya dengan macam – macam masalah yang timbul. Saya bersabar dan dalam masa bersabar rupanya hal saya tidak bekerja dah jadi bualan hangat antara ipar duai dan sed4ra mara sebeIah suami.

Setiap kali saya berjumpa dengan keluarga beIah suami untuk hari Raya semua akan tanya saya soalan yang sama, “dah dapat kerja ke belum?” Saya bertambah tertekan tapi masih lagi bersabar. Dah lah tak berkerja, orang duk mengata saya sedangkan makan minum saya dan anak – anak keluarga saya yang tanggung.

Akhirnya doa emak, abah dan saya termakbul, saya dapat kerja tapi walaupun saya gembira sebab dah boleh mula bekerja tapi masalah lain pula yang timbul. Ayah saya didapati mempunyai s4kit yang sukar untuk diubati.

Saya, emak dan adik – adik sangat sedih apatah lagi ayah saya tapi kami bersabar dan terima ketentuan dariNYA. Akhirnya ayah saya meninggaI dunia.. Sepanjang ayah saya di hospitaI mak yang jaga ayah dan di sini suami merungut lagi sebab anak sapa nak jaga dan akhirnya saya dan suami berjaya mencari taska untuk jaga anak – anak dan perbelanjaan taska kami tanggung bersama.

Setiap kali saya pergi melawat ayah di hospitaI, suami pasti akan merungut sebab nanti kena bayar lebih kat taska. Padahal saya lebih banyak keluar duit termasuk bayar duit rumah dari suami. Bermulalah kami duduk satu rumah sama seperti pasangan yang lain.

Duduk di rumah sendiri memang seronok tapi saya sangat penat sebab semua benda saya kena wat sendiri tanpa bantuan dari suami. Suami hanya basuh dengan mesin dan sidai tu sahaja tugasnya. Kalau bab sampah kat dapur dia akan tunggu sampai sampah dah keluar ulat baru dia buang.

Penat saya ingatkan dia untuk buang dan alasan yang dia bagi sampah belum penuh lagi dalam tong. Malas nak panjangkan cerita saya buang sendiri sampah tu. Saya yang masak, saya yang jaga anak termasuk k3ncing ber4k anak saya yang uruskan. Suami tidak tolong tapi dia merungut.

Bila anak nangis, dia akan marah anak dan m4ki siaI pastu kalau nak yang sulong tu dia akan marah, m4ki dan akan naik tangan dekat anak sulung kalau bocor sebab k3ncing dan munt4h atas katil / kalau kuar jalan – jalan.

Saya masih bersabar lagi dan saya selalu selamatkan anak – anak dari kena pukuI. Kalau suami m4ki anak saya akan marah dan tegur suami. Bila saya tegur suami dia akan wat muka masam dia kat saya dan tak nak tegur saya.

Setiap kali dia merungut sebab tak puas hati pasal rumahtangga, dia akan tinggalkan saya. Pernah sekali suami pernah tinggalkan saya kat tepi jalan dan suruh saya balik sendiri ke rumah sebab dia tak nak tengok anak kat rumah mak saya.

Banyak kali suami buat macam ni dekat saya, tinggalkan saya kat mall dan tak hiraukan kami. Saya hanya bersabar dan berdoa supaya dia dapat baIasan suatu hari nanti. Pernah juga saya minta cerai sebab saya dah tak boleh tahan dengan sikap suami yang suka merungut dan buat kami macam ni tapi dihalang oleh ayah saya. Sekarang hidup saya dengan suami hanya lebih pada sehelai kertas sahaja.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.