Hari – hari tengok anak kembar saya nangis lapar, bagi susu sikit – sikit dan cair, untuk jimat, pampers pon takde. Haritu saya mintak belikan pampers, muka suami berubah. Esoknya, dia beli iphone baru. Pampers, susu anak – anak masih tak beli.
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Mengadu di fb page ni adalah jalan terakhir saya. Nak cerita dengan orang takut jadi lagi teruk. Sekurang – kurangnya di sini orang tak kenal saya. Maafkan saya. Dulu masa bujang saya pernah mengajar alquran di surau – surau dan sekolah – sekolah sekitar.
Saya juga rajin berniaga online dan buat dropship. Hasil simpanan mampu beli cash myvi walaupun secondhand. Kahwin atas dasar match make. Masa tu ibu mertua memang beriya benar nak saya jadi menantu dia. Sekarang kami tinggal di Taiping dan kami ada sepasang kembar perempuan, usia 5 bulan.
Sejak berkahwin, suami tak izin saya bekerja atau berniaga. Segan dengan orang sekeliling katanya. Tapi suami saya ni tak pernah bagi saya duit belanja atau duit makan. Takpe, saya hanya makan apa yang ada di rumah. Lepas dapat anak kembar ni, m4kin teruk.
Susu dan pampers lepas 2 minggu mintak baru dapat. Alasan dia bagi ‘takde duit’. Anak – anak saya ni masih 100% berg4ntung pada susu. Susu badan tak cukop tampung 2 orang sekaligus. Takkan saya nak tengok je diorang nangis lapar.
Last – last saya beli sendiri. Suami saya keje jual c0way dan saya anggap mungkin dia betul takde duit tapi setiap hari balik rumah saya nampak resit kfc, dominos, starbucks. Saya memang kenal dia memang suka makan kat tempat – tempat gitu. TAK pernah makan w4rung. Padahal saya kat rumah hari – hari makan nasik lauk ulam petik tepi – tepi rumah je.
Awal – awal kawin dia selalu pinjam duit saya buat bayar kereta vios dia bulan – bulan, sampai suruh saya buat loan sebab kereta dia dah kena tarik tapi pinjaman bank tak lulus. Nasib baik. Haritu saya mintak belikan pampers tapi macam biasa, takde duit. Muka terus berubah.
Esoknya, saya tengok dia beli iphone. Baru. Pampers masih tak beli. Pernah saya mengadu kat mak mertua. Dia cakap suruh bersabar. “Biasalah mana – mana keluarga pon ada masalah kewangan. Isteri kena terima kekurangan suami.
Anak mak tu memang manja sikit sebab dari kecik tak biasa susah. Kalau Sue nak pegang duit sendiri kenalah kerja. Nanti mak suruh abah carikan kerja kosong kat bandar. Anak – anak tu sue bayar mak 500 je, biar mak yang jaga.”
Tapi smpai sekarang takde ape kerja pon. Suami pulak sejak dapat baby ni dah tak tidur sama – sama. Bercakap dengan saya pon asyik nak marah – marah je. Tiap hari keluar dengan kawan – kawan, dia seronok – seronok tapi balik rumah muka terus ketat.
Anak – anak langsung tak penah nak pegang. Buat macam bukan anak dia.Mungkin dia marah sebab saya pregnant cepat sangat kot lepas kahwin atau mungkin sebab saya kerap sangat mintak belikan susu dan pampers.
Mungkin dia dah benci kat saya.. Baru ni saya cuba gagahkan diri pergi pejabat agama dekat kawasan sini. Cuba cari saluran yang betul untuk mengadu. Sampai 3 kali saya pergi, pegawai takde. Ustaz – ustaz lain hanya memandang saya dengan sinis. “Puan mesti hadir bersama – sama dengan suami, tak boleh hadir sorang diri.”
“Astaghfirullah puan, bergegar tiang arsy kalau puan fikir mahu cerai.” Macam – macam lagi. Saya hanya mahu mengadu, bukan nak cerai. Kalau dorang nak suruh kami suami isteri hadir kaunseling, saya sangat – sangat bersyukur.
Tolong lah panggil suami saya, kalau dia setuju. Saya sangat harap mereka dapat bantu apa saja pon takpe. Tapi takde apa – apa. Saya hanya pulang ke rumah, penat. Saya sambung nangis di rumah. Sekarang kereta saya pon dah kene jual buat bayar kereta suami.
Saya dah tak boleh pergi pejabat agama lagi. Tak boleh keluar kedai. Duit simpanan saya habis terus. Hari – hari tengok anak – anak nangis lapar, bagi susu sikit – sikit dan cair, terp4ksa jimat, pampers pon takde. Minta dengan suami bukan tak dapat, tapi lambat.
Dia selalu duIukan keperluan sendiri dan belanja kawan – kawan dia. Nak mintak pon saya kene hati – hati susun ayat, takut nanti dia tergur1s lagi lambat nak dapat. Kadang – kadang saya terp4ksa mintak adik saya datang dari jauh belikan.
Sekali sekala bolehlah mintak tolong adik. Tapi nak kena fikir cara menipu dan nak tepis soalan – soalan dorang. Tanggapan keluarga mertua lagi seolah saya ni isteri tak reti bersyukur. Inilah ujian untuk saya. Mungkin tak akan ada pengakhiran untuk d3rita saya ni, saya redha.
Cuma baru ni saya ada macam meracau sikit. Tapi alhamdulillah saya tersedar dan terus solat dan taubat banyak – banyak. Saya berdoa semoga baby kembar saya ni kuat dan tak jatuh s4kit. TAK tahan saya tengok dorang nangis lapar. Saya hanya mampu nangis sama – sama dorang setiap hari.. Itu saja. Terima kasih untuk semua yang sudi mendengar.
Komen W4rganet :
زوجة عبدالرزاق : Adik, sayanglah diri sendiri dan anak – anak tu. Akak pernah saja sia – siakan hidup dengan lelaki yang tidak menghargai isteri dulu. 15 tahun akak sia – siakan, sentiasa memaafkan. Bila difikirkan, akaklah orang paling b0doh kerana sentiasa cuba positif dalam perkahwinan.
Mengharapkan dia boleh berubah. Ternyata tidak! Dari awal lagi suami adik sudah k3jam. Jadi eloklah awal – awal ni sebelum dirayu sehingga lahir pula anak ketiga keempat. Pernah kaunselor seorang ustazah sendiri nasihatkan akak. Katanya cukup padat. SAYANGIL4H DIRI SENDIRI. SEUMUR HIDUP ITU TERLALU LAMA.
Sri Dewi : Allahurabbi.. baca kisah – kisah rumahtangga orang yang d3rita begini buat saya lebih mensyukuri nikmat dan pinjaman Allah yg sementara ini. Walaupun Allah belum kurniakan nikmat kemewahan tapi Allah kurniakan pasangan yang bertanggungjawab dan memahami syukurrrrrr Alhamdulillah. Semoga Allah mudahkan urusan mereka yang diuji.. aminnn..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.