Anak tiri saya ada ibu angkat, cikgunya di sekolah. Mak mertua sayang betul dengan cikgu ni. Saya baca semua whatsapp dia dengan ibu angkatnya. Rupanya selama ini, ibu angkatnya banyak menghasut dia untuk benci saya dan suami..
#Foto sekadar hiasan. Nama saya Awin, asal dari Kuala Kangsar, Perak. Saya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang duda anak satu. Anak tiri saya lelaki. Di awal perkahwinan semua okey tetapi berubah setelah saya melahirkan anak sulung saya.
Saya tinggal bersama mertua, anak tiri, 2 orang adik ipar lelaki di rumah suami saya. Saya berpantang di rumah mak saya dan habis pantang saya terus pulang ke rumah suami. Di sinilah bermula keperitan hidup saya apabila ibu mertua dan anak tiri saya mula membenci saya dan anak saya.
Anak tiri saya berusia 7 tahun masa adiknya lahir, mertua saya tidak mahu menyentuh anak saya tetapi bila di hadapan anak – anaknya dia menunjuk bahawa dia saya tak bagi anak saya. Dia suka perli, mengejek nama anak saya dan selalu bercerita, memuji yang anak tiri saya comel, bijak dan lain.
Lama kelamaan saya jadi tak selesa dan mengajak suami pindah. Suami akur akan kehendak saya sebab dia tau akan sikap ibunya. Banyak kekurangan mertua yang suami cerita pada saya yang buat saya takut. Jadi kami decide berpindah dan menyewa tidak jauh dari rumah suami.
Keputusan itu saya buat sebab tidak mahu menjarakkan anak tiri dan ayahnya. Setelah berpindah hidup saya jadi lebih bahagia dan mudah sebab boleh free hair, bebas untuk buat apa sahaja. Semasa di rumah suami saya kena buat semua kerja termasuk memasak, mencuci kain satu rumah tapi mertua dan anak tiri seolah – olah membenci saya.
Saya selalu ingin mengajar anak tiri study sebab dia sangat lemah dalam akedemik tapi mertua seolah – olah tidak suka. Dalam diri mertua ibu tiri adalah jahat. Demi Allah saya tidak pernah jentik anak tiri saya sepanjang kami duduk bersama walau anak tiri sangat tidak mendengar kata.
Dia pernah mengh1na saya bangang dan menghalau saya dari rumah sebab menegurnya untuk memperlahankan televisyen. Jenis keluarga suami, speaker televisyen dan radio mesti habis kuat. Anak saya tidur sampai terk3jut – k3jut dan tidak boleh tidur lena.
Apa yang paling saya tidak, suka semua kehendak anak tiri mesti kena turut dan tidak boleh dik4ta tidak sebab opahnya akan marah, katanya anak yatim tiada ibu. Anak tiri saya ni seorang yang pemalas. Habis sekolah tak nak kerja sedangkan ayahnya.
Padahal suami saya, Pak Su dan Pak ngahnya kerja sendiri dan peluang untuk dia mengaut ilmu dan mencari duit memang mudah tapi dia tak mahu bekerja bersama mereka. Puas saya dan suami pujuk supaya kerja dengan ayahnya sementara tu dia boleh belajar dan boleh ambil alih bengkel abahnya nanti.
Tapi semua sia sia dan tindakan dia tu dibela oleh opah dan adik – adik suami. Anak tiri saya ada ibu angkat yang merupakan salah seorang gurunya di sekolah. Mertua sangat sayang guru ni sebab mampu beri apa sahaja pada anak tirinya.
Rapatnya anak tiri saya dengan guru itu sehingga setiap hari mereka keluar makan – makan dan jalan – jalan tidak kira masa, semasa cuti sekolah. Dipendekkan cerita, anak tiri saya mula minta motosikal untuk memudahkan dia bekerja.
Suami pada asalnya nak belikan moto biasa supaya dia boleh belajar menghargai tetapi dia mula member0ntak ingin moto yang mahal dan cash. Dia tak nak menanggung hutang katanya. Atas desakan semua suami pun belikan motosikal cash padanya.
Saya selalu berpesan supaya bawa moto perlahan sebab selalu nampak dia menunggang moto Paksunya terlampau laju. 2 bulan selepas itu dia kemaIangan bersama motosikalnya. KemaIangan dia amat dahsyat. Anak rakan saya saksi dia menunggang motosikal terlampau laju dan tak sempat mengelak lori di hadapannya.
Doktor sahkan peluang untuk dia sembuh seperti sediakala amat tipis. Sekarang sudah setahun lebih dia terlantar. Hentakan kuat pada kepala nya mengakibatkan dia terlantar.. Selepas dia kemaIangan kesihatan mertua saya merosot dan meninggaI dunia selepas beberapa bulan kemudian. Kini sayalah yang menjaganya di rumah.
Apa yang menyedihkan saya ialah selepas saya membaca semua whatsapp dia dengan ibu angkatnya membuat saya sedih dah terasa nak marah. Rupa – rupanya selama ini, ibu angkatnya banyak menghasut dia untuk membenci semua keluarga termasuk ibu ibu saud4ra dan bapa – bapa saud4ranya termasuklah sebeIah arw4h ibunya.
Saya dan suami adalah yang paling anak tiri dan ibu angkatnya buruk – burukkan.. mereka seolah – olah tercinta. Banyak sesi memujuk, memuji dan lain lain. Guru itu merupakan isteri orang yang berusia 49 tahun dan pjj dengan suaminya.
Saya dan suami redha akan ketentuan tetapi untuk memaafkan ibu angkatnya adalah must4hil. Lepas apa yang terjadi sebelum ini, pelbagai h1naan dan kata benci dari anak tiri, saya tetap jaga dia dengan ikhlas. Saya harap dia akan sembuh seperti sediakala dan sedar akan kesilapan yang lalu. Mungkin asbab kejadian ini, dapat membuka mata dan hati anak tiri, bukan semua ibu tiri di dunia ini jahat..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.