Kami ada 3 orang adik beradik, dan kami semua anak angkat. Masa kakak sulung aku umur 20-an, mak halau dia keluar sebab tuduh kakak ada skandal dengan ayah. Baru sekarang aku tahu hal sebenar. Ayah memang layak kena penjara!
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Nona. Usia aku 20an. Aku ada 3 orang adik beradik dan kami bertiga adalah anak angkat (tidak disusukan). Aku bongsu, sulung perempuan, yang kedua lelaki. Sebelum tu maaf kalau penulisan aku ni tak teratur. Aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana.
Niat aku untuk meluah sebuah tragedi hitam yang berlaku ke atas kakak aku yang sulung, tapi kesannya mendalam bagi aku. Sepanjang hidup dia, ini kali pertama dia bagitahu aku tragedi hitam hidup dia. Mungkin sebab jarak umur kami agak jauh buat dia tak yakin nak cerita kat aku. Umur kakak aku sekitar 40an.
Semua kisah ni terbongkar gara – gara aku dengan kakak aku ada perselisihan faham dengan mak kami. Mulanya dia just meluah isi hati dia. Aku pun luah isi hati aku. M4kin lama cerita m4kin deep. Dia mula flashback kisah dia yang dulu dan punca dia keluar dari rumah mak ayah kami.
Kakak aku dituduh ada scandal dengan ayah kami sendiri. Yang meng3jutkan aku lagi, mak kami sendiri yang tuduh kakak aku scandal dengan ayah aku. Aku ingatkan lagi sekali, mak ayah kami adalah mak ayah angkat, dan kami dijaga dari baby lagi.
Kalau ikut akal yang w4ras, adakah logik pertuduhan macamtu? Kakak aku kena halau dengan mak kami masa umur dia awal 20an. Tak pasti umur sebenar berapa. Aku masa tu terlalu kecil nak faham apa yang berlaku. Aku tergamam. Soalan aku bertalu – talu aku tujukan kat kakak aku.
Bagaimana? Kenapa pertuduhan macam ni boleh berlaku? Dan kakak aku cerita tragedi hitam yang dia pendam selama ni. Kalau nak tahu, ayah aku sebenarnya dah rosakkan kakak aku sejak kecil. Sejak kakak aku sekolah rendah lagi, sehingga lah umur kakak aku 16 tahun.
Tu pun dia berhenti buat hal terkutuk tu sebab wujudnya aku, dan mak aku berhenti kerja. H4ncur hati aku. Aku menangis mengenangkan nasib kakak aku masa usia sekecil itu sehingga dia masuk alam remaja. Patutlah kakak aku berubah jadi tomboy, berpewatakan kasar seperti lelaki. Rupanya ada kisah hitam di sebaliknya.
Tapi kakak aku baik sangat. Dia sembunyikan perasaan dia dan layan mak ayah kami sehabis baik. Mak aku mudah je nak buat dia sayang kita. Taburkan duit je kat dia, dia akan sanjung kau melangit tingginya. Nak tahu tak, mak ayah aku tak pernah sekalipun minta maaf kat kakak aku.
Ayah aku pula, tak pernah berubah walaupun usia dia dah mencecah 70 tahun. Masih gian bermain nombor ekor. Masih gian dengan aktiviti sabung ayam. Aku memang tahu ayah aku suka bermain perempuan. Dah banyak kali kantoi pun dengan aku.
Video tak senonoh dalam phone berlambak. Aku tanpa segan silu memang akan bagitahu mak. Mereka berg4duh seperti tiada hari esok. Dan aku selalu kena marah dengan ayah aku dan digelar peruntuh rumah tangga dia.
Masa usia dia 60 tahun pula dia “kacau” seorang budak yang tumpang tinggal rumah kami. Ayah sanggup nak bayar dia kalau dia bagi ayah pegang “barang” dia. Tindakan mak aku pula, dia tuduh pula budak perempuan tu menggatal dengan ayah aku. Malunya aku dengan tindakan ayah aku.
Baru – baru ni pun ada juga kantoi dia rapat dengan balu arw4h abang dia sendiri. Semua perkara yang berlaku ni kantoi dengan mak aku. Tapi mak aku tetap menangkan ayah aku. Kalau korang cakap mak aku takut ditinggalkan ayah aku sebab akan hilang tempat berg4ntung, korang silap..
Sebab sejak aku sekolah pun ayah aku dah tak mampu nak bagi nafkah kat mak aku, apa lagi beli barang dapur, makan pakai, semua kakak aku yang tolong. Mak aku pula ambil upah mengasuh budak. Hmm. Aku tak tahu macam mana aku nak menghadap mak ayah aku selepas tahu perkara ni. Raya haritu aku tak balik rumah mak ayah aku.
Raya haji baru ni pun aku tak balik. Aku raya dengan family beIah suami je. Dulu aku tetap terima baik buruk ayah dan mak aku. Sebab seburuk mana pun mereka, mereka tetap mak ayah aku yang dah besarkan aku. Tapi lepas apa yang menimpa kakak aku ni, aku jadi tak boleh terima. Nak panggil ayah pun tak sanggup.
Mungkin ada lagi ramai m4ngsa ayah aku kat luar sana. Ayah aku bernasib baik je tak bertemu buku dengan ruas. Mungkin sebab kesian dan mungkin takut orang tak percaya dengan perbuatan ayah aku tu. Sebab ramai je yang cakap ayah aku ni baik.
Mak aku pula pandai mainkan emosi supaya orang kesiankan dia. Aku anak yang duduk lama dengan dia, aku je kenal per4ngai dia lebih dari kakak dan abang aku. Sepatutnya ayah aku layak disebat dan dipenjara. Apa pendapat korang? Apa harus aku buat? Perlu ke aku maafkan dan buat seperti tiada apa apa berlaku? Nak pandang muka pun aku tak berdaya. – Nona (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Saya Baik : Ramai ye bini macam ni. Tau laki r0goI anak. Tau laki cabuI anak. Tapi diam dengan alasan malu. Dengan alasan sebab anak. Aku dengan adik aku pernah melalui peristiwa hitam dengan bapak tiri aku. Mak aku tau sebab da pernah aku dan adik masa kecik bagitau.
Tapi dia Iempang, tuduh kitorang goda orang tua tu. Bila da tua da bercerai boleh mak aku cakap dia da lupa. Dia tak tau. Dia tersepit. M4ti – m4ti tak nak mengaku. Aku sampai sekarang s4kit hati sebab dia tak nak mengaku.
Dengan orang tua tu aku rasa aku boleh maafkan tapi dengan mak, aku waima aku rapat tapi ada rasa d3ndam marah sebab sampai sekarang dia tak nak confess tak nak mengaku tak nak mintak maaf. Konon dia v1ctim.
Nurul Zulaikha Ismail : Kalau sy4itan tu patut masuk penjara dan disebat, mak kau pun patut dapat hukvman yang sama. Sebab dia enabler yang bukan macam sesetengah bini yang tau laki dia jahat cuma takut nak bertindak, dia ni siap back up laki dia tuduh pempuan semua nak ke laki dia. Jijik! Kalau diorang tu cuma ada korang 3 je anak angkat dan takde anak sendiri, memang sebab ni la Allah tak bagi anak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.