Masa suami cakap nak kahwin lain, mertua saya nasihat suami suruh ingat peng0rbanan saya. Akhirnya, mertua dan adik ipar ditinggalkan jadi ‘beban’ untuk saya. Lagi teruk suami ambil kereta, susah untuk saya bergerak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama akak, Maria semestinya bukan nama sebenar. Akak berumur 44 tahun. Sejak diceraikan suami, saya lah yang menanggung kehidupan keluarga. Bukan itu sahaja, saya juga yang menanggung kehidupan bekas ayah dan ibu mentua yang tinggal di dala rumah itu, selain adik ipar saya yang mengalami masalah penglihatan.
Kami membeli rumah itu sejak 10 tahun lalu. Ansuran bulanan saya yang bayar sejak bertahun lalu. Anak – anak kami sudah besar, masing – masing berumur 18, 16 dan yang bongsu 13 tahun. Anak – anak memang di peringkat remaja, semuanya memerIukan duit bagi tujuan pembelajaran mereka.
Yang sulung sudah ke kolej, yang kedua akan menghadapi SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) manakala yang kecil masih lagi bersekolah. Adik ipar saya pula memerIukan perbelanjaan untuk ke sekolah khas, manakala ayah dan ibu mentua pula sudah uzur.
Namun, saya masih bernasib baik kerana mereka berdua ini tidak menyusahkan saya kerana masih larat untuk berjalan dan menguruskan diri sendiri. Kalau terlantar di katil susah juga kerana memerIukan orang untuk menjaga mereka.
Tapi masalahnya, disebabkan saya asyik memikirkan bebanan kewangan, saya sering diser4ng d4rah tinggi dan dimasukkan ke dalam wad untuk berehat. Biarpun begitu, saya tidak sesekali menyifatkan bekas ayah dan ibu mentua serta adik ipar yang tinggal bersama sebagai membebankan, cuma agak terkilan dengan sikap bekas suami saya yang langsung tiada perasaan untuk menjenguk mereka.
Bukan itu sahaja, nafkah untuk anak – anak dan orang tua itu pun tidak pernah dihulurkan. Kini segala – galanya saya yang uruskan dari soal duit rumah, belajar, makan sehinggalah perubatan. Kehidupan saya agak terhimpit setelah bercerai.
Ada yang mengatakan kepada saya kenapa bermurah hati untuk menanggung ayah dan ibu mentua serta adik ipar, sedangkan anak kandungnya selepas kahwin hilang lenyap tanpa berita. Habis tu saya menjawab, saya hendak buat apa, takkan nak suruh mereka keluar dari rumah sedangkan mereka sendiri tiada tempat berg4ntung lain.
Hendak harap kepada anak yang seorang itu, entah ke mana hilang. Ibu dan ayah sendiri pun tidak dijenguk. Inikan pula hendak menghantar duit. Memang saya yang suruh mentua tinggal bersama sejak awal perkahwinan kami kerana di kampung mereka tinggal berdua dan tiada siapa yang menjenguk.
Di samping itu, dapat juga mereka melihat anak – anak ketika kami berdua pergi kerja. Ayah dan ibu mertua baik orangnya. Kami juga hidup dengan gembira. Mereka memang tidak menyusahkan saya dan sebolehnya membantu saya di rumah.
Cuma hal kewangan yang menjadi masalah dan memang mereka tak boleh nak bantu. Adik ipar itu pula bekas suami saya masukkan ke kelas khas untuk belajar tulisan braille. Ketika itu dia yang akan hantar dan ambil adik di Brickfield, namun setelah bercerai, saya tiada masa hendak hantar dia kerana saya sendiri tidak pandai memandu.
Bukan itu sahaja, kereta saya pun sudah diambil suami, menyebabkan sukar untuk ke mana – mana. Masih saya ingat, ketika suami luahkan hasrat nak beristeri lagi, ayah dan ibu mertua juga tidak merestui malah, mereka menyuruh suami saya memikirkan mengenai peng0rbanan yang saya lakukan selama ini tetapi tidak diendahkan.
Tatkala suami saya beristeri baharu, saya rasa sangat sedih dan putus harap. Saya sedih memikirkan peng0rbanan yang dilakukan selama ini. Saya yang berjawatan agak besar dan berpendapatan tinggi daripada bekas suami menyebabkan selama ini dia tak dibebankan dengan masalah kewangan dan pembayaran hutang.
Segala – galanya saya yang uruskan. Cuma saya berharap agar dia setia dengan saya dan memberi sedikit gajinya kepada ayah dan ibu serta adiknya sebagai tanda berkat. Tetapi kebaikan saya dibaIas sebegini rupa. Setiap hari selepas bercerai saya akan keluar rumah pagi lagi kerana perlu menaiki dua buah bas ke tempat kerja di Kuala Lumpur.
Sebelum itu saya perlu berjalan kaki keluar ke hentian bas, agak jauh juga. Risau juga saya kalau terserempak dengan peragut, namun saya cekalkan hati dan selalu berdoa agar selamat pergi dan balik. Apabila balik ke rumah pun hari sudah malam.
Paginya saya bangun awal untuk masak makanan bagi memudahkan ibu mentua saya memanaskan lauk itu untuk makanan sekeluarga sepeninggalan saya bekerja kerana dia sudah tidak larat hendak berdiri lama memasak. Semuanya saya buat sehinggakan saya rasakan tiada lagi masa untuk saya.
Setelah suami meninggaIkan dan menceraikan saya, ayah dan ibunya juga berasa sangat sedih. Malah mereka berasakan menyusahkan kehidupan saya kerana terp4ksa pula menyara kehidupan mereka. Namun saya menegaskan, mereka tidak membebankan dan saya rasa lebih selamat apabila mereka berada bersama saya.
Sekurang – kurangnya anak – anak saya ada orang yang menjaga. Namun, apabila saya balik ke kampung banyak pula mulut – mulut songsang yang mengapi – apikan saya. Mereka tidak faham kenapa saya perlu menyusahkan diri membela keluarga bekas suami sedangkan anak kandungnya sendiri (bekas suami) tidak mengendahkan mereka.
Saya hanya mampu memekakkan telinga. Mujurlah ibu dan ayah saya faham dan mereka mahu saya terus menjaga mentua. Kata mereka, biarlah kita merasa sedikit susah mudah – mudahan mendapat kurnia pahala yang berlimpah ruah daripada Allah
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.