Aku pantang kalau tengok mak ayah aku jaga anak – anak kakak tapi dia sedap tidur di bilik. Memang aku simbah air dekat dia. Anak – anak dia macam bukan rupa manusia dengan tak mandi, lapar tak makan.. Bapak dorang ada dalam penjara..
#Foto sekadar hiasan. Cerita yang aku sampaikan ni bukan nak buka aib memandangkan kat sini takda siapa kenal aku dan ni platform yang sangat pantas untuk dapatkan nasihat yang matang dan bijak dari para pembaca semua.
Aku ada seorang kakak, anak sulung dari 5 beradik. Umur nak dekat 40-an da. Kakak aku ada 3 orang anak (7, 5, 2 tahun) dan sudah 2 kali berkahwin. Anak pertama jadi hasil terlanjur dengan suami pertama dan sebab terlanjur maka kahwin la kakak.
Berkahwin tak sampai setahun bercerai masa anak kakak masih 3 bulan. Punca suaminya selalu berlaku kasar dan kedekut dalam nafkah zahir. Setahun lebih macam tu kakak menjanda, dia terlanjur lagi dengan suami keduanya yang sekarang ni. So nak tak nak dikahwinkan lagi la kakak.
Dua – dua perkahwinannya kami semua tak restu termasuk ayah kami. Tapi ayah still jadi wali walaupun hati takmau. Hanya ibu yang memberi restu walaupun tak rela sebab hati ibu sangat lembut. Tapi kami still layan dia dan suami macam biasa la sebab nak buat apa benda da jadi.
Ibu la yang banyak berlembut hati sebab tu naik lemak kakak jadinya. Kedua – dua suami kakak w4rga asing ya jadi semua anak – anak kakak ada surat lahir tanpa ada maklumat ayah mereka. Suami kedua agak ok dari yang pertama tapi malas kerja kalau kerja pun duit gaji macam tak nampak sebab dia ambil barang terlarang (BATU).
Rasanya orang SM taktau kot batu ni. Batu popular di kalangan Sabahan. Versi murah dari D4dah kot. Sekarang suaminya tu dalam penjara sebab benda terlarang ni la. Sepanjang kakak berkahwin dorang anak beranak memang tinggal kat rumah parents kami.
Sudahnya kakak kahwin dengan suami tak guna mestilah dia takda duit kan nak menghidupkan anak – anaknya tu jadi mak ayah kami la yang memberi nafkah. Mak ayah kami tak kerja ya. Dapat duit dari kami anaknya yang lain.
Ibu aku pula diusianya yang sangat senja masih bertungkus lumus bangun awal pagi untuk membuat kuih untuk dijual. Dari situ la sumber kewangan mak ayah aku. Kakak aku? Macam tajuk di atas, dunia akhir4t dia tak hendak.
Dia pun malas nak fokus cari duit. Dia bekerja di kilang udang dengan gaji yang kadang – kadang paling banyak boleh dapat RM15 itupun sangat jarang kadang – kadang sehari dapat RM5. Alasannya berkerja di kilang dan takmau kerja tempat lain sebab senang cuti kalau ada urusan sekolah anaknya ataupun urusan lain.
Tapi sebenarnya dia kerja tu sekadar untuk lepaskan diri dari menjaga anaknya yang super nakal tu. Jadi anak – anaknya mak ayah aku la yang menjaganya. Duit gajinya tak pernah nampak ya. Jadi nak menghulur sama parents yang menjaga anaknya tu memang tidak la jawabnya.
Bukan saja malas cari duit untuk kehidupan yang senang. Sebab dalam pikirannya apa susah ada juga ibubapa yang akan bagi dia duit. Buat kerja nak tolong – tolong kat rumah tu pun dia takmau. Balik kerja mandi kadang – kadang tak mandi terus masuk bilik sebab penat kerja.
Kerja yang tak pernah nampak gaji tu. Anak – anaknya dia tak kisah sudah makan atau belum sebab dalam otaknya ada ibu yang boleh urus. Kalau aku balik ke rumah mak ayah aku lagi bila cuti, memang hanya berg4duh dengan kakak.
Kami memang tak sekepala bagai anjing dan kucing. Sebab aku sejenis yang pembersih. So kalau aku balik memang benda utama aku buat membersihkan rumah mak ayah aku yang mcm kapal pecah tu. Memang kakak pun aku akan suruh buat benda yang sama. Tapi sebab dia malas dan akhirnya kami berg4duh.
Aku pantang kalau tengok mak ayah aku jaga anak – anaknya tapi dia sedap tidur di bilik. Aku pantang kalau aku beli barang dapur, aku penat masak tapi dia sedap – sedap makan lepas tu tak nak bantu buat kerja rumah.
Aku yang ikhlas buat jadi tak ikhlas semuanya. Ibu da banyak kali masuk wad sebab penat dan banyak masalah kesihatan. So sebolehnya aku taknak ibu buat kerja rumah tapi disebabkan kakak tinggal serumah dengan ibu jadi ibu terp4ksa buat semua tu.
Aku surirumah jadi kalau balik ke rumah ibu bukan sehari dua tapi sebulan dua kadang – kadang setengah tahun. So sepanjang aku balik memang akan jadi ner4ka buat kakak. Tiap hari kami akan berg4duh sebab aku akan main lepas semuanya apa yang tak puas hati.
Anaknya buat nakal tapi dia sedap tidur memang air la jawapan untuk aku bangunkan dia. Dia di bilik tapi anaknya buat sepah, memang sampah hasil sepah anaknya tu akan masuk di biliknya. Bertapa aku berd0sa juga dengan anak – anak buah aku sebab aku pun akan pukuI dorang marah habis – habis kalau dorang nakal yang susahkan mak ayah aku tapi kakak buat tak kisah.
Banyak kali kami adik beradik suarakan pendapat suruh parents kami untuk halau kakak dan suaminya dari rumah untuk menyewa rumah lain. Supaya dorang suami isteri ada rasa tanggungjawab untuk anak – anak dorang.
Pernah kakak menyewa di luar mungkin dalam setengah tahun tapi rumah sewa dorang terbakar dan balik lagi ke rumah parents kami. Kami suruh cari rumah sewa lagi tapi mak ayah aku cakap kesian anak – anak kakak sebab semasa dorang tinggal di luar, anaknya macam bukan rupa manusia sudah dengan tak mandi lapar tak makan.
Hati mak ayah aku tak sanggup jadinya. Jadi sampai sekarang la mak ayah aku tanggung biawak hidup tu. Kadang – kadang aku rasa kakak jadi macam tu sebab salah mak ayah aku terlalu lembut hati dan bagi muka dengan kakak.
Kalau aku balik lagi ke rumah aku, memang bahagia la lagi kakak sebab tiada orang yang akan marah dia lagi. Aku memang tak boleh untuk ulang alik ke rumah mak ayah aku sebab jarak rumah kami jauh mau 10 jam untuk sampai.
Sebab tu aku kalau balik ke rumah mak ayah aku aku akan stay lama. Tapi sekarang macam must4hil sebab anak aku da bersekolah so balik pun hanya sekejap. Jadi berbahgia la kakak aku tiada sudah aku yang akan mengganggu hidupnya.
Aku kesian dengan kakak aku. Tapi m4kin dikesiankan m4kin naik kepalanya. Dulu masa dia menyewa rumah, selalu aku bersedekah padanya. Sebab maklum dia orang susah. Tapi dia balik lagi ke rumah mak ayah aku jadi hilang rasa aku untuk bersedekah sama kakak.
Kadang – kadang aku rasa berd0sa sebab kurang ajar padanya sebab aku adik. Banyak menasihati aku jangan terlalu kasar sama kakak sebab itu kakak aku dan apa – apa pun dia tetap d4rah daging aku. Air dicinc4ng takkan putus. Tapi ntah lah aku ego disebabkan sikap kakak sendiri.
Tak kisah dia tak boleh membantu kewangan, setidaknya bantu tenaga. Tahu diri. Ini tidak selalu b0doh sombong. Bantu kewangan tak mampu, bantu tenaga jauhhhh sekali. Lain lagi dengan sikapnya suka menjerit. Marah anaknya menjerit.
Malu kami dengan jiran – jiran. Siapa tak kenal dengan kakak orang yang suka menjerit tu. Rasanya apa la yang boleh kami lakukan sama kakak ni untuk dia berubah. Ingatkan suaminya da masuk penjara terbuka la hatinya untuk berubah. Terbuka la pikirannya untuk bertaubat dengan d0sa yang dia buat. Tapi tidak, m4kin jadi giIa dia sebab sedih suami takda masuk penjara. Kesian anak – anaknya jadi tempat lepaskan giIanya tu – Adik (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Kak Chip : Pernah dengar pepatah “lentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Memandangkan umur anak kakak 7, 5, 2 dah boleh slow – slow ajar untuk buat kerja rumah yang ringan – ringan. Kalau diorang main bersepah, ajar diorang untuk kemas.
Yang kakak tu memang dah tepu bebal. Kalau dia tu buluh, buluh yang dah tua. Dah tak boleh nak lentur – lentur lagi dah. Jadi saya harap tt berlapang d4da untuk tolong mak didik anak 3 orang tu untuk jadi manusia. Tak jadi macam kakak tu. Kalau tak selamatkan sekarang, naya ye in future ada 3 orang yang per4ngai macam kakak. Seram nak bayangkan.
Junaida Abdul Jalal : Report je pada JKM. Dah masuk kategori pengani4yaan pada kanak – kanak. Ayah mereka dalam penjara. Ibu dah kira unfit untuk bela anak sendiri. Datuk dan nenek dah w4rga emas. Buat laporan polis jugak. Kadang – kadang kita perlu jadi “jahat” untuk jadi baik. Kalau tidak, anak – anak buah TT ditakuti jadi budak – budak liar dan men4gih d4dah akhirnya. Na’uzubillah…
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.