Suami saya kantoi curang. Tapi peliknya, mak ayah saya salahkan saya tak pandai jaga suami, tak jaga penampilan

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Saya tak nak bagitahu aib suami sebab takut mak ayah saya hilang hormat dekat suami. MaIangnya, mak ayah saya seolah – olah menyalahkan saya, konon saya punca suami saya curang. Sebelum suami kantoi..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua, izinkan saya kongsi cerita dan permasalahan saya. Sebelum terjadinya detik hitam dalam hidup saya. Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa kepada dua cahaya mata yang sangat comel.

Alhamdulillah diberikan segalanya dari makan pakai tempat tinggal semua serba serbi mencukupi. Suami saya seorang yang sangat baik dan bertanggungjawab sehinggalah suatu hari dia kantoi berhubungan dengan seorang rakan tempat kerja dia.

Hubungan tu yang rasanya baru sebulan mereka kenal masih difasa berhubung melalui phone sahaja. Lepas kantoi dia dah tak berhubung dengan dia tu. Dipendekkan cerita, suami saya dah menyesal dan dah mengaku kesilapan beliau dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Saya masih ada rasa sayang dan cinta lalu saya berikan peluang semula untuk dia. Peluang pertama dan terakhir. Nampak la dia memang berusaha nak berubah, dari segi tukar tempat kerja dan handphone dia pun kadang – kadang dia bagi saya pegang dan check macam selalu.

Memang saya bagi peluang tapi hati ni memerIukan masa juga untuk sembuh dari Iuka yang dia buat. Jadi kadang – kadang saya rasa malas nak buat tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mungkin saya dah patah semangat akibat perbuatan dia.

Contohnya memasak, basuh pinggan ke basuh baju ke. Kadang – kadang nak bangun tidur pun rasa malas rasa letih padahal masa tu saya baru je terjaga dari tidur. Alhamdulillah suami saya paham keadaan saya. Dia pun tak p4ksa saya buat semua tu sebab dia tahu keadaan mental dan fizikal saya masih tak okay.

Dia banyak suruh saya rehat dan buat yang mana perlu sahaja seperti jaga makan pakai anak. Masalah ni diketahui oleh ibu dan ayah saya. Untuk pengetahuan para pembaca, suami saya tak ada sapa – sapa dah. Dia hanya ada abang dan kakak sahaja tapi mereka menetap agak jauh dari kami.

Jadi sepenuhnya hanya keluarga sebeIah saya sahaja yang ada berdekatan kami. Saya sebolehnya memang tak nak mak ayah saya tahu mengenai ni sebab saya tak nak diorang hilang hormat pada suami saya. Tapi siapa kita nak meIawan kuasa Allah. Mungkin mak saya boleh rasa yang saya tak okay.

Yang peliknya di sini, mak ayah saya seolah – olah menyalahkan saya, konon saya punca suami saya curang. Saya dah tanya suami. Apa yang kurang dari saya, minta ditegur. Tapi suami kata saya dah cukup segalanya. Hanya dia yang sengaja buat masalah. Dalam kata kasarnya dia jahatlah senang cerita.

Sebelum kantoi saya dah sehabis baik jaga segalanya. Makan minum pakai semua saya jaga yang terbaik kadang – kadang sampai diri saya sendiri terabai. Memang bila saya cerita masalah ni kepada kawan saya, diorang pun kata saya kena ubah cara layanan saya. Saya dah buntu.

Nak buat macam mana lagi sebab sebelum ni saya dah berikan yang terbaik. Sehingga adik saya sendiri pun terk3jut bila tahu abang ipar diorang buat per4ngai. Entah apa lagi yang nak dicari kata mereka. Saya jadi lagi down bila mak dan ayah saya sendiri tak backup saya.

Malah mereka menyalahkan saya semula. Suami saya okay je, dia kata saya perIukan masa jadi segala tugas memasak, mengemas dan membasuh tu serahkan pada dia. Balik kerja dia selesaikam yang mana patut. Saya hanya settle hal anak tu pun sikit je.

Kalau nak mandikan anak ke apa, kalau dia ada dia buat. Memang saya nampak dia berusaha nak saya pulih kembali. Saya masih w4ras dan saya tahu limit. Bukan nak ambik kesempatan ke atas kebaikan suami tapi mungkin tu cara suami nak t3bus kesalahan dan kesilapan dia.

Masalah di sini bila mak dan ayah saya menyalahkan saya sebab tak jaga rumahtangga dengan baik. Tak jaga penampilan di rumah. Ya Allah s4kitnya hati saya bila mak ayah sendiri tak sokong, bagi semangat saya semula.

Bagi mereka saya macam mempergunakan suami. Tugas yang dia buat tu sepatutnya saya buat. Sedangkan semua tu saya buat dulu sebelum kantoi. Tapi lepas kantoi saya rasa tak semangat langsung nak buat sebab segala kebaikan saya dibaIas dengan dikhi4nati.

Nasib la suami saya pujuk saya semula. Dia tak melarang saya pulang ke rumah mak ayah saya tapi bila diorang att4ck saya, suami kata balik la rumah rehat. Tak payah layan tak payah fikir. Mak ayah saya pun tak nak direct cakap pada suami.

Nak cakap kepada saya dengan harapan saya berubah dan suami saya akan ok tak akan buat hal dah dimasa hadapan. Tadi saya ada bertengk4r sikit dengan mak saya. Masa tu saya tengah tolong dia masak di rumahnya. Dia tetap salahkan saya sebab suami saya curang.

Saya cakap, “mak cakap la sendiri pada dia (suami saya),” tapi mak saya baIas, nak cakap pada saya jugak. Ayat terakhir saya kata pada mak saya, kenapa beleter pada saya sedangkan bukan saya yang buat salah tapi dia (suami saya), kemudian saya terus ajak anak – anak balik. Makan dalam sangat.

Kenapa nak att4ck saya? Saya ni m4ngsa bukan saya pelaku. Tolong la bagi semangat balik pada saya. Kadang – kadang saya rasa family saya ni sangat t0xic. Kita perIukan mereka tapi sebaliknya pulak jadi. Terima kasih yang sudi baca luahan saya yg panjang lebar ni. Doakan saya diberikan kekuatan ya.

Komen netizen :

Puan Seri Anggun : Faham sangat keadaan puan ini, dia perIukan moral support untuk pulih, perIukan kata positif untuk pujuk hati, bukannya dipersalahkan, dituduh macam – macam. Sebab tu aku tak cerita kat famili aku bila laki aku curang dengan janda anak 4 dari Samariang Sarawak, sebab bagi depa laki aku sebaik – baik manusia.

Memang dia baik dan pemurah dengan kaum keluarga aku hakik4tnya aku jer yang tahu per4ngai sebenarnya. Alhamdulillah, depa dah putus pun, janda tu pun dah jumpa orang lain, laki aku pun dah berubah, banyak dekatkan diri dengan masjid, aku ja yang tak boleh move on lagi.

Masih terbayang – bayang perbualan mesra diorang. Kadang – kadang lepas solat aku menangis semahu – mahunya, mohon Allah bantu kuatkan hati ini. Maafkan boleh je.. nak lupakan tu yang amat payah. Walaupun sudah setahun berlalu.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.