Dia dah kahwin, isteri dia agak berumur tapi kaya. Dia cakap sebab isteri dia dah tua, dia nak cari yang muda pulak lagipun dia mampu. Ingatkan dia dah stop. Boss saya suruh mesej Dato’ alasan kerja..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, since dekat sini I ada baca beberapa cerita mengenai rumahtangga dan poligami kan. So I nak cerita lah sedikit pasal I kena kacau dengan laki orang dekat tempat kerja ni, bukan kacau je tapi ajak kahwin sekali ye, sampai masuk melamar.
Cerita dia start macam ni, I baru masuk alam pekerjaan, macam biasa je rasa dia, everthing normal sampai lah I jumpa dato gatal ni. Dia client company I, so ada sekali ni I kena berurusan dengan dia, Dato ni orang pantai timur tau so kadang – kadang slang dia I tak beberapa faham.
So setiap kali dia ajak sembang I just senyum je and diam I tak pandai nak baIas. So masa first jumpa ni I meeting dengan dia atas urusan kerja, since dia client kita kena dengar apa yang dia nak. I ikut je semua, dia nak macam ni macam tu kita follow lah.
First dia macam tanya – tanya je la pasal personal life I, so I fikir dia just nak jadi peramah yela dalam industri ni kena pandai bersocial kan bos I pun ajar I macam tu tapi I ni introvert. Tapi dia buat I tak selesa bila dia start ajak I makan lunch dengan dia.
Tapi normal je sebab bila kita meeting dengan client sampai waktu lunch orang tu akan ajak kita lunch sekali. Tapi I tolak sebab I ada bawak bekal setiap hari. Tapi dia ajak yang mem4ksa, dia ajak staff lain jugak yang dia kenal, then officemates I ni cakap, “orang dah nak belanja tu, pergi je rezeki jangan tolak”.
Jadi I pun terp4ksalah pergi jugak, sambil makan sambil dia tenung je I lama – lama pastu senyum – senyum lepas tu tanya umur berapa, dah kahwin ke belum, single lagi ke dan macam – macam lah, I tak jawab apa – apa, I senyum je dan diam. I malas nak layan sebenarnya.
Kalau tengok dari muka lelaki tu muda lagi baru early 30. Nak kata takde rupa, ada rupa orang nya, pun muda lagi lah dalam 10 tahun jarak dari umur I, LOL. Tapi serious cakap walaupun I memang nak cari dato tapi bukan laki oranglah t4rget kita.
Kemudian, kali kedua jumpa, meeting hal kerja dia ajak jugak lunch sekali, I tolak lagi. Tapi officemates cakap bende yang sama lagi I pun macam serba salah, part ni dia terus cakap, “saya minat betul dengan kamu lah, comei je tengok, kamu belum kahwin kan baru tunang kan, kahwin dengan saya nak?”
Aku punya terk3jut dia cakap macam tu. Aku tak pandang tak senyum, aku diam kaku sambil makan, dalam masa yang sama anggap dia nak bergurau. Masa makan tu I duduk sebeIah dia sebab dia suruh ugh. Lepas tu tiba – tiba tangan dia dekat bahu I, I terus bangun cakap, “I nak masuk office nak rehat”.
Lepas dia bayar, dia kejar I siot, sambil panggil nama I tanya banyak kali, “Saya serious ni nak kan awak, kahwin dengan saya eh? Saya tunggu jawapan, dapat terus saya masuk minang awak tau. (sambil lari kejar I sebab I jalan laju – laju sebab nak lari dari dia, takut weh)
Sampai depan pintu office lah dia pujuk ajak kahwin dengan dia. GiIa ke apa. Untuk maklumat korang dia dah kahwin isteri dia agak berumur tapi kaya. Dia cakap sebab isteri dia dah tua dia nak cari yang muda pulak lagipun dia mampu.
Kemudian ingatkan sampai situ je. Bos suruh pulak I contact dia untuk hal kerja. Dan hal kerja tu memerIukan bayaran so I kena minta dia duit untuk dia bayarkan “kerja” tu sebab ada due lah and so. Pada mulanya I nak suruh orang lain staff lelaki contact tapi diorang pun taktahu apa – apa pasal kerja I, so I pun trylah jadi professional yela hal kerja.
So I contact dia, tapi macam apa yang I expect dia menggatal. Dia ajak I makan tapi I ignore je. Tapi dia call, like setiap kali I habis kerja. Dia tahu waktu office hour kami. Tapi I tak angkat sebab I tak save no dia. I ignore jela.
Ingatkan call je tiba malam – malam dia video call sekali. Bapak scary weh sumpah tapi I tak angkat, I nak je block tau no lelaki gatal ni. Tapi tak boleh lah sebab apa – apa hal I kena contact dia. Then satu haritu dia datang office sebab hal kerja tapiiii kalini kerja takde kena mengena dengan I tapi dia call I weh cakap nak jumpa I sebab dia datang office.
Sampai satu staff I ni panggil I sebab ada orang nak jumpa (lelaki gatal tu lah haish). I memang lari terus ke stor. Then I duduk tempat I balik, dia dari ruang meeting panggil nama I banyak kali. Tapi I memang tak pandang sebab I malas tapi banyak kali tau, I pun pandang jela, then dia cakap “rindu lah awak, kenapa tak angkat call, kita lunch together harini nak?”
Weh bukan I sorang je dengar officemates yang lain pun dengar weh Ya Allah malunya aku. Then staff – staff yang lain start tahu yang dato tu nak try I. Aduh memang serabut hidup aku. Then diorang start tahu yang dato tu nak masuk meminang.
Then after that, dia datang lagi office, dia jumpa bos. Then bos pun tahu dia nak dekat I. Lelaki gatal tu datang dekat I tanya “so macam mana dah fikir dah? terima saya tak. Kalau terima saya masuk minang ye.” Then I tunjuk cicncin tunang (walaupun I tak tunang lagi) I cakap je I dah tunang hujung tahun I nak kahwin.
Lepas tu dia cuit – cuit tangan I, b0do punya jantan. Lepas tu I lari lah elak dari dia. Then bos I panggil, boleh pulak bos I cakap “you layan lah dia buat masa ni, I nampak memang dia minat betul dekat you ya hahahaha”
Itu lah yang I nak cerita, tapi I nak selamatkan diri I sebab I taktahu apa yang akan jadi lagi after this. Memang tak boleh I nak layan jantan gatal tu walaupun I ni single lagi. Laki orang is a big noooo. Geli mat. I plan nak letak surat resign soon demi keselamatan dan kepentingan diri sendiri. Of course bukan sebab hal ni je.
Tapi I memang tak selesa weh. Taknak, terus terang I cakap. Tak kisahlah ada rupa ke kaya ke, I ni takdelah terdesak sangat nak kan laki orang. Setakat duit tu I boleh cari sendiri, I independent, lelaki dekat luar sana pun banyak lagi belum kawin yang single dan lagi better. So I ada banyak pilihan daripada jantan gatal tu.
So korang yang ada laki orang nakkan korang tu janganlah. Please elakkan macam I, duit kita boleh cari, tapi nak cari lelaki yang terbaik untuk kita ni susah. So pilihlah dengan betul. – Sia (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Noor Afidah Alias : Dia tanya nak ke tak nak, terus terang je la tak nak. “minta maaf, saya tak sudi”. Kalau dia kejar juga lepas ni, baru buat laporan gangguan. Kalau bos awak suruh layan juga, balas ke bos tu suruh la anak perempuan dia yang layan.
Noraziah Amdan : Isteri Dato lebih tua dari Dato tapi kaya. Dah tau motif kahwin, nak menumpang duit isteri buka niaga hingga berjaya dan bergelar Dato. Ingatkan pada Dato, peng0rbanan isteri bantu upgrade hidup.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.