Aku sedar aku dah terper4ngkap dalam cinta dengan suami orang. Aku belikan hadiah necktie untuk Khairul kerana dia belanja makan. Setakat ini kami sudah check-in di hotel dua kali ketika trip kerja. Cuma iman aku masih kuat..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Terima kasih sudi baca luahan ini. Aku perkenalkan diri sebagai Heidi (bukan nama sebenar), perempuan berusia lingkungan 20-an. Dengan luahan ini aku harapkan komen – komen yang baik dan bukan kecaman, kerana apa yang akan aku luahkan pasti mengundang kemarahan ramai terutama para wanita.
Segalanya bermula di tempat kerja aku. Aku bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarik4t. Syarik4t aku terlibat dalam memberi nasihat consultant kepada banyak construction companies. Ini adalah pekerjaan pertama aku.
Di syarik4t aku bekerja terdapat beberapa orang jurutera lain – lain bidang dan juga jawatan – jawatan lain yang dibahagikan mengikut department dan team dengan tugasan yang berlainan. Dari semua, hanya aku seorang perempuan kerana industri ini memang didominasi oleh lelaki.
Ramai yang bertanya bagaimana aku boleh terlibat dengan pekerjaan sekarang kerana perwatakan aku agak lembut, berkulit cerah dan agak cantik. Team aku hanya terdiri dari dua orang jurutera, iaitu aku dan seorang lagi yang aku namakan Khairul.
Khairul berusia 30an, sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. Oleh kerana kami dari bidang yang sama, kami memang ditugaskan bersama. Pekerjaan kami memang akan melibatkan pergerakan luar di mana kami perlu melakukan site visit dan perjumpaan bersama wakil – wakil syarik4t lain yang terlibat dalam projek pembinaan yang sama. Ini menyebabkan aku perlu keluar bersama Khairul secara kerap.
Tahun lepas, syarik4t kami terlibat dengan sebuah projek di satu lokasi beberapa jam dari HQ. Projek ini adalah sebuah projek construction yang agak besar dan memakan masa yang lama. Seperti biasa kami ditugaskan untuk tugas – tugas consultation yang berkaitan.
Oleh kerana lokasi projek di kawasan yang agak pedalaman serta tanah tinggi, satu – satunya cara untuk sampai ke lokasi adalah dengan menggunakan kend3raan 4WD. Khairul memang diberikan sebuah kend3raan syarik4t jenis 4WD untuk kegunaan peribadi dan kerja.
Oleh itu, kami memang terp4ksa menaiki kend3raan sekali, dan ini bukan kali pertama. Sebelum ini juga kami biasa akan bergerak sekali cuma bukan dalam pengetahuan isteri Khairul kerana memang betul – betul atas urusan kerja.
Cuma kali ini apa yang berlaku telah menyebabkan isteri Khairul berasa curiga dengan kebersamaan kami. Aku memang tahu Khairul sudah berkeluarga dan aku langsung tidak punya niat untuk mendekati Khairul. Niat aku hanyalah untuk tujuan kerja sahaja.
Isteri Khairul mula merasa curiga apabila melihat perbualan whatsapp antara aku dan Khairul. Whatsapp kami memang atas urusan kerja. Cuma ada beberapa kali aku memberikan emoji heart / love kepada Khairul. Niat aku hanyalah sebagai tanda terima kasih kepada Khairul kerana tolong scan dan hantar dokumen kerja, lukisan drawing kepada aku.
Memang aku selalu guna emoji heart sebagai tanda terima kasih kepada rakan – rakan perempuan serta dalam group whatsapp. Aku tidak bermaksud aku suka kepada Khairul dengan emoji tersebut. Isteri Khairul bertambah curiga apabila melihat ada rambut perempuan di tempat duduk kereta.
Dan itu memang rambut aku. Biasalah kalau naik kereta mesti ada rambut yang tertinggal di tempat duduk. Aku w4rnakan rambut dengan highlight w4rna per4ng. Jadi bila isteri Khairul lihat gambar – gambar aku di Instagram, memang dia tahu yang itu rambut aku.
Bila isteri Khairul curiga, Khairul maklumkan kepada isteri yang dia kerja dengan aku. Jadi isteri Khairul tahu aku siapa, dan juga IG aku. Tak susah pun nak tahu sebab kerap je rakan kerja lain tag gambar – gambar kami semua di FB dan IG.
Pada awalnya aku tidak tahu pun yang isteri Khairul curiga, kerana Khairul tak pernah beritahu. Ya lah, takkan nak beritahu. Oleh kerana kami kerap travel bersama untuk ke site projek, dan dalam seminggu ada dua atau tiga kali, kami terp4ksa teruskan juga walaupun isteri Khairul curiga.
Ada beberapa kali aku tinggalkan barang – barang aku dalam kereta Khairul, ada yang aku tertinggal dan ada juga yang memang sengaja aku tinggal sebab barang – barang kerja. Aku pernah tertinggal rantai leher yang aku pakai dalam kereta Khairul.
Rantai leher itu memang aku terp4ksa tanggalkan sebelum masuk ke site kerana aku khuatir akan terjatuh dan hilang. Apabila pulang, aku terlupa rantai tersebut dan ini menyebabkan isteri Khairul bertambah curiga bila lihat rantai tersebut.
Aku faham je, kalau aku pun, aku tak suka. Tapi aku kan naik kereta tu kerana kerja, bukan saja – saja. Kereta aku memang tak boleh masuk ke kawasan site. Lagipun kereta Khairul memang kereta company. So Khairul beritahu aku yang isteri dia curiga dengan kami berdua kerana aku tertinggal rantai dalam kereta.
Aku pun cakap ‘Sorry tak sengaja, beritahu la isteri awak saya tertinggal rantai tu’. Aku ingat selesailah di situ. Kemudian aku ulangi kesilapan sama. Oleh kerana kami banyak trip ke site, aku tinggalkan beg yang ada dokumen dan barang – barang kerja di dalam kereta.
Khairul pun tahu kerana beg tu berat jadi dia kata tinggal ye la dalam kereta. Cuma dalam beg tersebut aku masukkan juga baju – baju aku. Tahulah, site projek kan berlecah dan berselut, jadi kadang – kadang selepas pergi site aku salin pakaian, dan memang aku bawa pakaian spare.
Isteri Khairul dapat tahu bila lihat baju aku dalam beg dan bertambah marah. Khairul beritahu aku yang isteri dia marah bila lihat pakaian aku. Aku mohon maaf banyak – banyak dari Khairul. Aku kata lepas ni aku akan pastikan tak tinggal apa – apa. Aku minta Khairul sampaikan permohonan maaf aku kepada isterinya.
Aku fikirkan semua terhenti di situ tapi tidak. Selepas kerap travelling bersama, kami sem4kin rapat. Untuk melalui kawasan di site projek, kadang – kadang kami terp4ksa lalui titi kayu kecil mengelakkan lopak – lopak air.
Jadi kerap kali aku terp4ksa dapatkan bantuan Khairul untuk pegang tangan aku dan bantu aku untuk melepasi titi – titi tersebut. Mula – mula seperti tidak ada apa – apa perasaan. Sehinggalah satu hari apabila Khairul memegang tangan aku, aku merasa seperti ada satu perasaan yang aku tak boleh jelaskan, seolah – olah aku mempunyai perasaan terhadap Khairul.
Aku cepat – cepat bantah perasaan tersebut dengan memikirkan bahawa Khairul sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Aku pun tidak pernah teringin kepada suami orang. Isteri Khairul bertambah curiga apabila suatu hari aku post gambar di Instagram, gambar makanan dan minuman. Ya kami singgah makan bersama dalam perjalanan pulang.
Aku tidak bermaksud pun untuk dating dengan Khairul. Aku cuma minta Khairul singgah di RnR untuk aku salin pakaian kerana pakaian dan kasut aku terkena kotoran di site projek. Cuma alang – alang dah singgah kami makan di café.
Seperti biasa aku akan snap gambar makanan dan post di IG. Dalam gambar tersebut ada dua minuman. Jadi terang – teranglah kantoi dengan isteri Khairul yang kami keluar berdua. Padahal aku tak bermaksud pun untuk keluar berdua dengan Khairul. Memang silap aku.
Isteri Khairul tidak puas hati dengan apa yang berlaku dan DM aku di IG. Aku maklumkan kepadanya yang memang aku yang khilaf dan aku tidak bermaksud pun untuk berdua dengan suaminya dan kami hanya singgah dalam perjalanan pulang.
Isteri Khairul minta aku untuk ke site sendiri dan tidak mengikut Khairul. Aku jawab baiklah, aku akan cuba cari kend3raan company yang lain. MaIangnya tidak ada, kerana semua kend3raan digunakan. Oleh kerana kami terp4ksa juga ke site, aku dan Khairul terp4ksa beralah, pergi bersama dengan tidak memberitahu isteri Khairul.
Cuma kali ini aku pergi dengan kereta sendiri dan tinggal kereta di luar. Cuma untuk ke dalam aku tumpang kereta Khairul. Kali ini kami ke site agak lama iaitu 2 hari dan tidur di kabin yang disediakan untuk pekerja kontrak.
Oleh kerana kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan air terjun, kami ke sana bersama pekerja – pekerja lain yang tinggal di situ pada sebeIah petang. Dalam perjalanan pulang ke kabin, melalui jalan denai yang agak licin, aku tergelincir dan terjatuh. Khairul yang berada di belakang bantu aku untuk bangun.
Waktu ini, pekerja – pekerja kontrak yang lain sudah pun berada di depan. Sewaktu aku bangun dengan berpaut di lengan Khairul, entah bagaimana ia berlaku, dalam keadaan separa w4ras, kami berpeIukan dan disusuli dengan civman.
Selepas beberapa saat, aku jarakkan diri dari Khairul dan terus berjalan di hadapan. Kami hanya diam tidak berkata – kata sehingga sampai di kabin. Apa yang aku dah buat ni? Aku sedar aku dah terper4ngkap dalam cinta dengan suami orang.
Keesokan pagi aku menumpang Khairul untuk keluar dari site dan menggunakan kereta sendiri untuk pulang. Dalam perjalanan pulang aku buat keputusan untuk healing di Genting Highlands, kerana jaraknya tidaklah berjauhan.
Di sana aku lihat ada beberapa orang juga dari site yang singgah di shopping di situ. Kebanyakan mereka dari company lain yang terlibat dalam projek sama. Sewaktu aku berjalan di deretan kedai, aku terlihat Khairul juga ada di situ. Aku teragak – agak nak tegur atau tidak.
Dalam pada itu, Khairul terlihat aku dan aku pun terp4ksa lambai dan senyum. Khairul keluar dari kedai dan kami berjalan bersama. Dia mahu belikan barang untuk anak katanya. Kali ini aku tak dapat elakkan lagi perasaan aku.
Aku rasa Khairul pun sama. Kami berpegangan tangan dan spent time together sampai petang. Aku belikan hadiah necktie untuk Khairul kerana dia belanja makan. Kalaulah isteri Khairul tahu apa yang berlaku.. Aku menipu Khairul dengan mengatakan aku harus pulang, walaupun niat asal aku nak tidur di sana.
Aku takut kami akan melakukan lebih dari berpegangan tangan jika bermalam di sana. Khairul menghantar aku ke kereta, kami berpeIukan sebelum berpisah. Instinct isteri Khairul amatlah kuat. Perbuatan kami diketahui. Dia dapat tahu yang aku belikan necktie kepada Khairul.
Entah Khairul cerita atau ada orang sampaikan. Aku dapat rasakan rumah tangga Khairul bergolak dan akulah puncanya. Tidak pernah terlintas di fikiran aku dari dulu untuk bercinta dengan suami orang. Isteri Khairul DM aku bertanya apa yang berlaku antara aku dan Khairul dan dia minta untuk berjumpa aku.
Kami berjumpa berhampiran dengan pejabat company. Khairul tidak ada, yang ada hanya isteri dan anaknya. Isteri Khairul tanya jika aku sayangkan K. Oleh kerana aku jenis yang tak biasa menipu, aku ambil sedikit masa dengan tergagap untuk jawab tidak.
Isteri Khairul tahu aku menipu dan p4ksa aku jawab betul – betul. Aku jawab tidak dengan nada perlahan. Dari situ memang dah kantoi yang aku sukakan Khairul. Isteri Khairul beri amaran untuk aku tidak mendekati Khairul lagi, jika tidak dia akan hebahkan kepada semua orang termasuk ibu bapa aku. Sudah tentu aku takut.
Selepas beberapa minggu berfikir, aku buat keputusan untuk cari kerja di tempat lain. Tapi hati aku sangat berat kerana kerja sekarang sudah sesuai dengan aku dan aku memang minat dengan kerja ini. Kenapalah aku tersuka dengan suami orang pula.
Untuk aku tukar department dan stay di company sekarang adalah must4hil. Aku pun tanya bapa aku jika dia tahu ada kerja kosong dalam bidang berkaitan di mana – mana syarik4t. Bapa aku bekerja di sektor korporat dan ada ramai kenalan. Aku hantar beberapa resume.
Selang beberapa bulan aku dipanggil interview. Interview tersebut amat meyakinkan kerana mereka nyatakan akan hantar surat taw4ran dalam masa dua minggu. Aku pun beritahu Khairul yang aku akan berpindah ke company lain. Khairul terk3jut dan rasa bersalah. Kerana dia aku terp4ksa berk0rban.
Khairul pujuk aku untuk tidak berpindah dan dia akan cuba bertindak professional dan tidak ada hubungan perasaan dengan aku. Aku katakan tak apa, lebih baik aku berpindah kerana aku sendiri pun takut untuk bercinta dengan suami orang.
Buat kali terakhir kami keluar bersama. Oleh kerana ini kali terakhir, aku luahkan perasaan aku kepada Khairul yang memang aku sukakan dia. Aku pegang erat tangan Khairul dan beritahu supaya lepas ini kita jangan berhubung lagi.
Mata Khairul bergenang. Khairul mencivm tangan aku dan p4ksa aku untuk tidak berpindah. Khairul cuba memeIuk dan mengucup bibir aku. Aku tolak dengan perlahan dan tinggalkan Khairul dari kereta. Beberapa hari kemudian, aku terima surat taw4ran kerja dari company baru.
MaIangnya, selepas dihubungi company baru, aku diminta untuk bertugas di pantai timur, beratus kilometer jauh dari di mana aku tinggal sekarang. Memang aku tahu company ni ada di beberapa tempat cuma aku tak sangka pula kena kerja di tempat yang jauh.
Sudahlah aku perempuan, takkan nak pindah jauh jauh. Apa pula kata parents aku nanti. Jadi aku terp4ksa tolak taw4ran kerja tersebut dan terus kerja di company sekarang bersama Khairul. Oleh kerana aku dah pernah luahkan perasaan aku kepada Khairul, hubungan kami memang betul – betul seperti pasangan couple, dan aku tak dapat elakkan lagi kerana terp4ksa bekerja sekali.
Selama beberapa bulan kami sangat mesra. Aku sentiasa rindu untuk berjumpa Khairul setiap hari. Setiap malam aku tidak sabar untuk kerja keesokan hari, berbual sambil Khairul belai rambut dan pegang tangan aku. Selepas aku reject taw4ran kerja tersebut, setakat ini kami sudah check-in di hotel dua kali ketika trip kerja. Cuma iman aku masih kuat dan kami belum terlanjur.
Aku katakan kepada Khairul yang aku belum bersedia ke arah itu. Tapi aku tak pasti sampai bila aku boleh bertahan begini kalau kami asyik berjumpa dan bersama. Setelah beberapa bulan, aku terima panggiIan interview dari company lain.
HR company ni memang beritahu yang mereka setuju untuk ambil aku bekerja dan lokasi pun tidak jauh dari tempat aku tinggal. So aku beritahu Khairul yang kali ini memang aku kena pindah. Aku kesiankan isteri dan anak Khairul.
Tapi maIangnya surat taw4ran yang aku terima taw4ran gajinya jauh kurang dari gaji aku sekarang, cuma ada beberapa kelebihan lain. Jika aku terima, ini akan menjejaskan komitmen perbelanjaan bulanan aku. Dan kurangnya bukan seratus dua, tapi hampir seribu.
Company lain yang aku hantar resume masih belum ada maklumbaIas. Sekarang aku dalam dilema, patut atau tidak aku pindah? Aku memang nak pindah tapi tak adil untuk aku kalau gajinya sangat rendah dari gaji aku sekarang.
Tapi kalau aku tak pindah, aku tak boleh janji yang aku boleh bersikap profesional dan jauhkan diri dari Khairul. Sebelum ni pun kami sudah gagal untuk kawal perasaan kami berdua sampai ke tahap yang tak sepatutnya.
Selepas ini, kalau terus berjumpa tak tahulah apa yang akan terjadi. Semoga kami dijauhkan dari perkara tersebut. Jadi pembaca – pembaca semua, apa yang perlu aku lakukan? Tolonglah bagi nasihat yang berguna dan jangan kecam aku. Aku pun tidak tahu yang aku akan terjebak dalam masalah ini. – Heidi (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Laila Nas Risi : Tak payah keliru sangat. Kalau takut, dah reject, abaikan dan jalan terus. Suami orang tu bukan susah nk move on, dia saja test market sampai dapat apa dia nak. Lepas dia dapat, dia buat main – main jer. Kisah sebegini dari zaman jahiIiah dah ada.
Salina Gunawi : First of all jangan perasan cantik ye! Per4ngai kena cantik dulu. Sebenarnya bukan lelaki tu tak boleh move on tapi you tak sedar diri dan suka hanya jadi spare tyre mereka. Tambah lagi you suka melayan jadi lagiIah mereka suka.
Put yourself in their wife shoe baru you akan ada fikiran. Setengah kaum lelaki ni memang suka yang h4ram sebab kalau dia tahu batas pergaulan dia tidak akan melayan perempuan luar berlebihan. Yang perempuan pun kekadang gedik semacam lentok terlebih. Itu saya biasa tengok.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.