Aku pernah nampak kucing k3ncing dekat sofa, bakul kain. Haritu rumah tu buat majlis makan – makan, kemudian ada jiran tegur mak mertua aku kenapa tak lipat kain. Kain berlonggok. Aku yang malu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku berumur awal 30-an, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Alhamdulillah aku dikurniakan suami dan family mertua yang sangat baik. Aku sangat bersyukur untuk anugerah ini.
Aku nak meluahkan mengenai kebersihan. Aku bukanlah OCD atau terlalu cerewet. Kadang – kadang rumah aku juga bersepah dengan mainan anak – anak sebab tak sempat kemas. Tapi kekemasan dan kebersihan tu dua benda berbeza bagi aku.
Mudahkan cerita, keadaan kebersihan di rumah mertua sangat membuatkan aku tak selesa. Pertama kali aku tiba di rumah mertua ialah selepas aku dan suami berkahwin. Waktu tu musim hujan. Keadaan rumah terutama dapur dan bilik air tak bersih di mata aku.
Aku abaikan jer pada awalnya, sebab aku fikir mungkin sebab hujan, jadi sampah – sampah susah nak dibuang keluar, lantai pon basah sana sini. Tapi tanggapan aku meleset. Musim tak hujan pon sama je keadaannya. Biar aku cerita bab makan di dapur dahulu.
Tabiat makan di rumah mertua aku ni sangat berbeza dengan family aku. Jika waktu makan tu ada lauk yang perlu dicedok dengan sudu, family mertua memang akan cedok sudu tu guna tangan kanan yang baru disuap di mulut. Bergilir – gilir buat begitu untuk sudu yang sama.
Aku geli. Aku terbayang air liur lepas nasi disuap ke mulut melekat di tangan dan tangan yang sama pegang sudu lauk, kemudian orang lain repeat benda yang sama guna sudu yang sama sehingga selesai makan. Aku tak boleh macam tu.
Kalau makan ikan atau ayam, tulang – tulang akan diletakkan atas meja tanpa alas apa – apa. Aku terk3jut. Sebab mak aku akan marah kalau aku dan adik beradik buat begitu. Tapi lain situasinya di rumah mertua. Semua akan himpun tulang atas meja makan tepi pinggan masing – masing.
Selesai makan, tulang tu dibiarkan di situ tanpa dikutip. Double terk3jut aku dibuatnya. Last skali ibu mertua aku yang akan kutip tapi bukan sejurus selepas selesai makan, mungkin lepas menonton TV atau bila dia rasa nak kutip dia akan kutip.
Pinggan lepas makan sudah semestinya ada sisa makanan. Namun sisa tu dibiarkan jer dalam pinggan, kemudian pinggan terus letak dalam sink. Akhirnya sink tersumbat. Padahal tong sampah ada jer tepi sink tu. Sungguh aku tak faham.
Yang pandai makan tak pandai basuh pinggan pon ada. Yang pandai makan tak pandai angkat pinggan ke sink pon ada. Aku pelik dengan per4ngai masing – masing. Mula – mula kahwin memang aku kutip semua dan aku cuci semua.
Tapi bila selalu macam tu aku cuci yang aku jer. Malas dah aku. Dalam bilik air pulak ada kain baju terbiar atas lantai berhari – hari. Aku tanya suami, takde baldi ke? Jawapannya tiada. Bila beli, baldi tu nanti tak tahu ke mana hilangnya. Aku pelik. Tapi sampai situ jer aku tanya suami aku.
Aku geli bila baju ada atas lantai. Aku terbayang air k3ncing kena baju tu, air ludah lepas berus gigi kena baju tu. Macam – macam aku bayang. Bila masuk toilet, mesti ada khazanah yang tak dijirus. Aku takde pilihan lain, aku yang terp4ksa isi air dalam baldi untuk jirus sebelum aku guna toilet tu walaupun aku sangat – sangat tak tahan nak membuang.
Semua yang ada di rumah tu dah besar panjang, paling muda pon sekolah menengah. Aku nak bebel pon bukan adik – adik Aku. So aku diamkan. Suami aku tahu hal ni dan dia pon setiap kali balik kampung akan bebel hal ni. Tapi masing – masing tak mengaku hahahaha. Mane nak mengaku, aib kot hahaha.
Aku memang ada eczema so kulit aku mudah naik gatal – gatal. First time aku balik rumah mertua aku gatal – gatal lengan. Banyak biji – biji merah – merah. Aku rasa sebab cadar sebab aku ada terjumpa p0tongan kuku yang dip0tong atas tilam kami. Bukan kami yang p0tong kuku. Kuku siapa aku pon tak tau.
Dah bila jumpa kuku atas cadar tilam tu memang confirm laa cadar tu tak ditukarkan sebelum kami pulang, mungkin adik ipar yang guna sebelum kami, dia p0tong kuku atas tilam tu tapi tak kutip kuku sampai habis. Wallahualam.
Lepas kejadian tu, aku memang akan bawa cadar, selimut, bantal, tuala aku sendiri ke rumah mertua. Aku tak tinggalkan semua tu di rumah mertua sebab aku pernah nampak kucing k3ncing dekat sofa, bakul kain, almari dan dinding rumah tu. So better aku bawak je laa tiap kali balik kampung.
Anak aku yang sulung ada masalah kulit macam aku. Balik kampung haritu anak aku naik gatal – gatal sampai berkudis. Aku pergi kIinik, doktor kata tu alahan. Doktor tanya ada silap makan ke, aku kata anak aku makan benda sama jer dari dulu dan ini first time dia kena.
Oh ya, anak aku umurnya 1 tahun setengah. So doktor tanya ada kucing ke dekat rumah. Terus aku teringat kucing – kucing dekat rumah mertua. Kucing – kucing tu suka tidur atas tanah sekali dengan ayam – ayam kat belakang rumah. Naik atas rumah tido pulak atas sofa.
Anak aku memang suka main atas sofa. So memang sah dari kucing tu. Kucing – kucing tu memang tak dimandikan dan memang comot. Aku dari dulu memang geli dengan kucing – kucing tu. Kesian anak aku. So lepas jer benda ni jadi kat anak aku, suami aku bawa balik kerusi camping ke rumah mertua untuk anak aku duduk. Dan anak aku kami tak benarkan tak berbaju dalam rumah tu. Aku pon tak duduk atas sofa tu. Aku takut.
Baju – baju yang aku pakai mesti aku tukar lepas aku masuk bilik. Aku jadi paran0id. Baju makan lain, baju nak pergi bilik air lain, baju tidur lain. Sumpah aku paran0id. Banyak lagi benda yang tak kena di mata aku macam kain baju yang dah dipakai berlonggok berhari – hari atas lantai tepi mesin basuh, baju yang baru diangkat dari jemuran tak dilipat dan dik3ncing kucing, banyak sangat.
Haritu rumah tu buat majlis makan – makan, kemudian ada jiran tegur mak mertua aku kenapa tak lipat kain. Kain berlonggok dalam bakul besar tepi ruang tamu. Aku pulak rasa segan bila jiran tegur. Aku memang gatal tangan nak lipat tapi nanti pelik pulak, aku lipat bukan kain aku.
Sampah – sampah pulak akan dibuang jer dalam semak 50m belakang rumah. Buka tingkap dapur dah nampak sampah – sampah berlonggok dalam semak. Entah aku tak paham. Persoalan aku adakah aku cerewet bab kebersihan?
Tolong nasihatkan aku kalau aku salah. Doakan aku tak mudah str3ss sebab aku memang str3ss bila ada benda tak kena di mata aku. Nak nasihatkan family mertua memang aku tak berani. So aku hadap je. – Detergent (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Azira Nabila Abdullah : Baik nya husband dia. Dalam dunia ni ada banyak benda yang kita boleh syukuri. Terutamanya ada husband yang memahami dan cater apa yang wife risaukan. Pasal keluarga husband tu, jangan fikir sangat, datang pun sekejap – sekejap je kan.
Fikir yang baik – baik je contoh macam family mertua jenis bukan suka mengata, layan kita baik lembut – lembut, tak suruh kita buat macam – macam jadi h4mba abdi, tak tekan husband suruh bayar macam – macam dan lain – lain.
Boleh baca confession lain – lain, betapa teruk mereka yang lain kena. Saya faham, susah kita nak terima family yang dibesarkan dengan cara berbeza dari kita. Tapi awak kena terima hakik4t, awak akan hidup selamanya dengan keluarga macam ni dan awak kena terima risiko yang mereka ni tak akan berubah sampai akhir hayat.
Satu cara untuk kurang str3ss ialah terima keadaan ni, belajar untuk pejam mata dengan kekurangan, nikm4ti gelak tawa family tu, rasakan dan nikm4ti bahagia dapat makan sedap – sedap bersama keluarga. Begitulah hidup berkeluarga.
Kalau kita terima anaknya, kita kena terima satu keluarga juga. Ada banyak tahun lagi nak kena hadap ni, hadapilah dengan hati yang bersyukur, redo dengan keadaan dan belajar untuk bahagia. Awak sayang dan nak bersama suami hingga akhir hayat kan? Itu lah pro and cons nya.
Dunia ni ada 2 sides of a coin. Ada sisi baik, dan ada juga sisi yang kita tak berkenan. Jika kita nak tetap bahagia, kita kena terima sisi baik, sekali dengan sisi yang kita tak berkenan. Maaf jika rasa komen ni seakan t0xic positive.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.