Aku terbayang ibu mertua yang selalu diam menunduk diperlakukan seperti h4mba oleh ayah mertua. Ayah mertua sering memalukan, mengatakan b0doh pada ibu mertua dan dia terima saja. Aku tak nak jadi macam tu..
#Foto sekadar hiasan. Terasa sempit ruang d4da. Sebenarnya minggu ini aku sibuk dan terkejar – kejar dengan kerja. Namun di belakang fikiran aku masih sempat teringat – ingat masalah peribadi. Seperti latar belakang muzik yang sentiasa bermain walau dunia nyata hiruk pikuk dan bingit.
Aku dan suami merupakan penjawat awam dalam bidang yang amat berbeza. Cukuplah aku beritahu yang gaji aku lebih kecil dan pekerjaan aku dipandang enteng dia dan kebanyakan keluarganya. Tidak sesibuk dan semulia kerjayanya.
Konflik bermula beberapa minggu lepas apabila keluarga mertua keseluruhannya nak datang ke rumah kami. Mereka menjemput diri sendiri tetapi tiada isu pun di situ kerana aku suka saja meraikan tetamu di rumah kecil ini.
Aku sangat – sangat percaya yang tetamu itu datang membawa berkat. Aku batalkan terus semua rancangan untuk ke majlis perkahwinan lain untuk fokus memasak buat keluarganya. Walaupun menu sederhana – sederhana dan tidak hebat langsung, tapi aku tidak cekap dan lambat di dapur.
Jadi aku memang mahu fokuskan sepanjang pagi dan tengahari itu untuk persediaan petang nanti. Kami sudah berbincang tentang menu dan suami bersetuju untuk membeli satu hidangan sampingan di luar sebagai tambahan.
Di hari kejadian, apabila dia pulang dari membelinya, aku bertanyakan kenapa hanya membeli satu bekas. Jumlah tetamu nanti ramai dan lebih baik berlebihan makanan dari kekurangan. Suami tiba – tiba naik angin dan memarahi aku dengan kata – kata kurang enak.
Aku yang terk3jut dan sudah penat ketika itu cuba bersabar dan cuba menerangkan lagi bahawa lebih baik jika ada makanan lebih kerana keluarga dia suka saja membungkus makanan, jadi tidak akan terbazir. Memang sesungguhnya di fikiran aku hanya ingin memberi justifikasi saja dan aku sudah menahan suara agar tidak berbunyi seperti herdikan dia tadi.
Suami menyuruh aku diam dan tiba – tiba menuduh aku sememangnya tidak sukakan keluarganya. Terus kemarahan aku meledak jua. “Kalau tak suka habis tu ni apa ni? Dah macam amah berjam – jam dari tadi tercongok kat sini, untuk siapa semua ni kalau bukan untuk keluarga kamu?”
Aku sangat – sangat kecewa kerana aku sangat – sangat bersemangat ingin menjamu. Dua tiga hari aku fikirkan menu, fikirkan kudapan untuk anak – anak buah yang ramai itu dan sebagainya tetapi tuduhan melulu ini yang aku dapat?
Bukankah aku cadangkan tambah menjadi dua bekas sebab memikirkan keluarganya juga? Takkan makanan ini untuk tembolokku sendiri pula? Aku benar – benar keliru dan marah. Hanya itu saja permulaan konflik kami. Hanya itu. Niat yang baik bertukar menjadi per4ng besar – besaran. Suara masing – masing m4kin meninggi.
Egonya besar, ego aku juga sama Ietupnya. Dia fikir aku hanya akan membatukan diri menerima amarah dia? Sudahlah tiada terima kasih untuk usaha aku, hanya mendapat m4kian pula. Dari satu isu ke satu isu. Apa – apa dia sebut aku akan jawab sepuas hatiku. Apa dia ingat dia saja boleh menghambur rasa? Aku pun boleh juga.
Dia menyuruh aku diam tetapi aku tidak peduli. Memang jika aku diam tidak menjawab, tentu per4ng itu dapat dielakkan. Tapi aku tidak mahu. Aku terbayang ibunya yang selalu diam menunduk diperlakukan seperti h4mba oleh ayahnya.
Ayahnya sering mengatakan b0doh pada ibunya dan dia menerima saja. Ayahnya bergurau kasar yang memalukan ibunya, juga ibunya tetap diam. Ya mungkin syurga tertinggi lah buat ibu mertuaku dan aku kagumi dia. Namun aku tidak mahu jadi sepertinya. Jalan ke syurga itu, bagi aku bukan hanya ada satu.
Dia sebut tentang bab kewangan untuk menaikkan dirinya, aku bidas semula “bahagian mana yang kamu dah banyak bazir duit tu?” Bahagian duit kahwin? Hantaran kahwin kita w4r – w4rkan sekian – sekian tapi kamu beri aku separuh saja kan? Kamu ingat aku tiada peng0rbanan? Bahagian aku semua duit aku sendiri juga.
Bahagian kamu kongsi duit adik beradik kamu sebab gabung majlis. Tengok rumah kita ini, perabot atau alat elektrik mana yang aku tidak menyumbang sama? Kemudian aku ketawa sinis. Sungguh aku boleh menyambung kata lagi. Memang gaji aku kecil, tapi bukan bererti dia boleh perkecilkan pula aku.
Aku sudah terfikir waktu itu, anak aku baru dua. Aku boleh surv1ve dengan gaji kecil ini untuk membesarkan mereka dengan baik. Dia menghentak kabinet sana sini. Dan mengugvt untuk naik tangan. Mungkin aku pun sudah dirasuk jua, malah ini bukan kali pertama diugvt begitu, maka aku pergi sem4kin dekat dan menc4barnya. Telefon bimbit aku di tangan dan aku sedikit terketar tetapi aku gagahi jua.
Dia mengerling telefon aku dan berkata, “aku tahu kau nanti nak viralkan”. Aku ketawa lagi. Mestilah. Dalam dia mer0yan itu, masih boleh meneka tindak tanduk aku. Fikir aku, jika dia tidak malu dengan Tuhan, malu dengan manusia pun jadilah.
Kemuncaknya dia menc4mpak sesuatu di dapur hingga pecah dan aku menangis. Entahlah, mungkin bila aku menangis itu baginya dia sudah menang. Selepas itu aku masih menjawab – jawab juga tapi dia sudah tidak segiIa tadi. Kemudian dia mem4ksa aku memohon maaf. Tetapi aku buat pekak saja.
Aku angkat tangan tanda kalah, betul – betul angkat tangan macam orang kalah per4ng itu, hanya bila dia hampir menc4mpak juadah yang aku sediakan. Aku tahu dia tidak main – main dan akan lakukannya. Katanya “mungkin aku tak boleh pukuI tapi aku boleh buat ini” merujuk kepada tantrum c4mpak – c4mpak barang dan buat kerosakan.
Aku tidak mahu usaha aku berjam – jam h4ngus begitu saja jadi aku angkat tangan dan isytihar dia menang. Waktu itu, terasa bencinya aku pada suami. Ini bukan kali pertama. Rumah kami sudah ada kerusi meja rosak akibat dihentamnya. Pintu pun pernah rosak beberapa.
Dengan air mata, aku ucap dalam hati “ya Rabb, beri aku kekuatan untuk keluar jika perkahwinan ini tidak membawa kebaikan lagi, aku sungguh lemah dan tidak berdaya. Aku telah tersilap ya Rabb”. Tetapi dalam hati saja aku berbual dengan Tuhanku. Luaran aku masih isteri derh4ka.
Anehnya, suami sempat mengemas semuanya dan kami berdua berlakon dengan hebat sebaik saja tetamu tiba. Tentu keluarganya sangat mengagumi suami aku yang “ringan tulang” dan “penyayang” itu. Lagi pula ayah mereka tidak menyantuni isteri seperti suamiku itu.
Di mata mereka, tentu dia kelihatan hampir sama tarafnya dengan malaik4t. Aku turut berlakon sebaiknya. Hilang terus air mata bercucuran tadi, autom4tik diganti dengan senyuman isteri terbahagia. Dah sama – sama tidak betul aku ini agaknya, macam ada gangguan personaliti saja boleh terus bertukar.
Usai rumah terbuka kami yang gembira itu, tiada sesiapa antara kami yang memulakan maaf. Tiada lagi tidur sebilik, dan yang lebih pedih, tiada lagi solat bersama. Masing – masing membawa haluan sendiri. Majlis aku bersama keluarga aku tidak dia sertai tetapi tiada siapa mengesyaki apa – apa kerana dia sentiasa sibuk.
Kerjanya yang mulia itu menuntut banyak peng0rbanan masa. Aku selesa menjadi isteri yang “memahami peng0rbanan” suami sejak sebelum per4ng itu. Bila dia tiada di rumah, sejujurnya aku rasa tenang. Tiada komen, aduan atau jangkaan dari sesiapa jika hanya aku dan anak – anak di rumah.
Sekian saja kisah aku. Sudah berminggu begini namun tiada apa tindakan yang aku berani lakukan. Hanya bahagian baran ini saja yang merupakan kelemahan suami aku. Memang keterlaluan tetapi tidak kerap. Ada lah dalam tiga ke empat kali amvkan begitu sepanjang 6 tahun berkahwin.
Waktu per4ng itu, anak aku ada datang dan aku katakan “dia ayah yang baik tapi dia bukan suami yang baik, umi tersilap besar dan umi menyesal”. Bunyi macam klise tetapi memang anak – anak lah sebab utamanya aku masih dilema.
Anak pertama aku yang sebelum ini tidur di bilik kami memilih untuk tidur dengan ayahnya dari hari pertama hingga ke hari ini. Puas aku pujuk tetapi dia tidak mahu bersama aku. Memang aku berwatak umi garang dan suami berwatak ayah yang seronok selama ini. Anak kedua aku masih menyusu sebab itu dia tidur dengan aku.
Keesokan hari selepas per4ng, sampai ke hari ini memang suami uruskan kedua – duanya jika dia di rumah. Dia sangat cekap menguruskan mereka, jauh lebih baik dari aku. Bahagian nafkah dan keperluan sentiasa terjaga juga selama ini.
Gaji aku hanya menambah untuk menaiktaraf apa – apa yang aku mahu, seperti alatan – alatan rumah yang bukan keperluan. Dan setakat ini dia memang belum pernah memukuI aku, hanya ugvtan. Adakah aku akan digelakkan saja jika mengadu?
Adakah aku isteri yang terlalu ego? Atau hanya paranoid kerana selalu membaca mereka yang naik tangan pada pasangan bermula dengan memukuI barang dulu. Aku risau terlambat kerana tidak cegah sebelum kena. Apa asasnya nanti jika aku mahu menuntut fasakh?
Bagaimana aku boleh mendapatkan temujanji kaunselor perkahwinan tanpa ada sesiapa tahu? Pekan kami ini sangat kecil. Aku ada seorang kenalan (negeri sebeIah) yang bertauliah untuk memberi kaunseling. Namun dia berkahwin dengan suami orang jadi aku hilang kepercayaan.
Sempat pula dia bercinta dengan suami orang sambil mendengar luahan rumah tangga di bilik kaunselingnya. Jadi aku pun menangguh saja sebarang tindakan dan menyapu isu ini ke belakang fikiran. Aku dan suami pun memang sibuk sebenarnya.
Mungkin sebab itu masing – masing boleh selesa tidak berbuat apa – apa. Di mata aku, dia adalah rakan serumah yang senang dan boleh diterima. Hanya sesekali melihat kemesraan dan kasih tulusnya pada anak – anak buat hati aku tersentuh. Doakan istikharah aku mendapat satu jawapan yang tepat lagi menenangkan. Terima kasih atas kesudian mendengar dan nasihat – nasihat membina. – Bunga api (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Miya Ezakiya : Nampak macam cetusan tr4uma. Masa dia budak dah tengok ayah perlakukan emak dia macam itu. Tanpa sedar, dia pun jadi ‘baran’. Childhood programming dia macam itu. Bagi dia, kalau marah, trigger, mesti macam ini macam ini.
Contoh, lempar barang dan sebagainya. Kalau tidak, dia rasa tidak puas. Jadi, itulah yang dia buat. Dia kena sedar dan sembuh (healing), sebab kitaran itu akan berterusan kepada anak – anak kamu. Hentikan kitaran itu. Anak akan ikut sebijik macam ayah dia bila sudah dewasa.
Zila Zie : Bila suami isteri berg4duh, naik suara dan saling mengungkit, tiada siapa yang menang pun melainkan sy4itan. Suka dia tengok pahala yang dikumpul selama ini hilang bagai debu bila timbul ungkit – mengungkit ini.
Nabi sudah cakap jangan marah. Marah itu daripada sy4itan. Memang rasa puas bila dapat jerit semua rasa tidak puas hati itu bila tengah marah, tapi kena ingat waktu itu sy4itan tengah menang. Dan bila tengah marah, kita cenderung untuk bertindak berlebihan, mengatakan sesuatu yang kita tidak maksudkan.
Macam suami, mesti dia tahu puan bukan tidak suka keluarga dia, tapi bila marah segala logik hilang. Sudah, pergi minta maaf. Mengalah bukan tanda kalah, tapi tanda puan punya hati yang lebih besar daripada suami untuk tidak memanjangkan perg4duhan.
Juga tanda puan sudah berjaya kalahkan ego, nafsu dan sy4itan dalam diri yang sukakan perg4duhan dan permusvhan. Lepas sudah berbaik, baru bincang elok – elok tentang apa yang terjadi untuk penambahbaikan di masa akan datang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.