Saya terasa sebab dekat status WhatsApp macam – macam gambar makanan sedap adik tunjuk. Terliur la juga. Saya kalau nak beli, kena tunggu dia bayar RM40 tu dulu.. RM40 tu saya boleh beli ayam, ikan murah..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Naddy, sudah berkahwin. Tetapi ini bukan kisah rumah tangga. Rumah tangga saya alhamdulillah baik – baik sahaja. Tetapi ini kisah adik beradik. Mesti ramaikan yang ada pengalaman memberi orang pinjam duit, tetapi orangnya liat hendak membayar.
Kalau dengan orang luar itu senanglah sedikit saya hendak sindir bila liat hendak bayar hutang. Tetapi bila dengan adik beradik ini, susah betul saya rasa hendak buat begitu. Saya ada adik beradik yang suka sangat pinjam duit tetapi liat sangat hendak membayarnya. B0doh la juga saya sebab saya bagi kan.
Tetapi sudah nama pun adik beradik. Ada sahajaIah itu ayat “adik beradik sahaja apalah salah tolong – tolong”. Saya bukan anak sulung, bukan bongsu. Saya anak tengah – tengah. Tetapi boleh kata, dari zaman saya bujang lagi, kalau saya ada duit sedikit sahaja mesti emak saya suruh bagi sedikit kepada adik beradik yang lain.
Semasa bujang kerja sambilan, dapat sahaja gaji.. emak saya mesti, “berilah sedikit kepada A, upah kadang – kadang hantar pergi kerja”. Masa saya belajar, masuk sahaja duit biasiswa.. pun sama, “berilah A dengan B sedikit… RM100 pun ok”. Itu tidak masuk lagi bila tengah – tengah semester A dengan B mesej hendak pinjam duit.
Tetapi bayarnya tidak / lambat. Faham pelajar. Saya pun pelajar juga masa itu. Tetapi saya buat macam – macam kerja sambilan walaupun biasiswa lumayan. Berbalik kepada cerita sekarang. A dengan B alhamdulillah masing – masing ada kerja sendiri. Yang si B alhamdulillah ok.
Walaupun pendapatan dia tidak banyak, tetapi mungkin bujang.. komitmen tidak banyak. Jadi jarang sangat dia pinjam duit saya kecuali betul – betul terdesak. Tetapi dia betul – betul tepati janji dia. Macam dia kata lagi dua hari dia bayar balik, dan ya memang betul cukup dua hari dia bayar.
Kalau dia tidak dapat bayar, dia akan beritahu dahulu minta tempoh lagi 2-3 hari. Tetapi yang pasti, dia memang jenis bayar cepat. Bukan sejenis yang buat saya ternanti – nanti. Jadi yang B ini alhamdulillah lah. Masalah sekarang si A.
A suka sangat pinjam duit saya. Bayarnya lambat. Kadang – kadang tidak sama dengan jumlah yang dipinjam. Ada yang dia lupa terus pun ada. Semasa PKP ada pinjam. Lepas PKP pun ada pinjam. Tahun ini, sebelum puasa ada pinjam. Tetapi sampai sekarang saya tidak dapat lagi duit saya itu.
Memang tidak banyak. Tidaklah pinjam sampai ribu. Setiap kali pinjam itu, kadang – kadang RM50, kadang – kadang RM100. Tetapi kalau tidak bayar, lama – lama jadi banyak la juga kan. Duit tetap duit. Semua benda perlu duit sekarang ini.
Saya ini pun suri rumah sahaja. Suami saya sahajaIah seorang yang bekerja. Saya ada anak – anak juga. Tetapi saya tidaklah duduk rumah saja – saja. Ada juga buat affiliate Sh0pee dan TikT0k. Ada juga duit daripada duduk saja – saja.
Kadang – kadang bila emak saya tahu A pinjam duit saya, mesti akan cakap “alhamdulillah syukur adik beradik tolong – tolong.. kalau Umi m4ti nanti tidaklah risau pasal kamu adik beradik”. Ya lah. Masa adik beradik susah hendak pakai duit, semua cari saya.
Tetapi bila saya susah, semua pakat “tidak ada duit”, “duit ada tetapi hendak pakai ini”. A banyak kali pinjam duit saya. Saya ini pun banyak kali juga lah sudah kena dengan dia. Tetapi masih tidak serik, sebab fikirkan adik beradik.
Kadang – kadang saya ada sahaja duit, tetapi mengenangkan saya tidak akan dapat balik duit saya, saya cakap sahaja saya tidak ada duit hendak bagi sebab bla bla bla. Walaupun kadang – kadang alasan tidak logik, tetapi lantaklah.
Sebelum – sebelum ini saya tidak terasa sangat. Kali ini saya tidak tahu kenapa saya terasa sangat – sangat. Mungkin sebab jualan affiliate pun kurang dan saya pun perIukan duit. Terakhir si A pinjam duit saya. Tidak banyak. RM80 sahaja. Dia bayar separuh.
Baki lagi RM40 dia kata hujung minggu nanti dia bayar. Tetapi sudah masuk minggu ketiga saya tunggu; sepi. Saya terasa sebab dekat status WhatsApp macam – macam gambar makanan sedap dia naikkan. Dekat kumpulan WhatsApp keluarga pun tunjuk makanan sedap. Terliur la juga.
Saya hendak beli makanan sedap itu pun, kena tunggu dia bayar dahulu duit saya yang berbaki RM40 itu. RM40 itu cuma baki yang dia pinjam terbaru ini. Yang sebelum – sebelum ini yang masih tidak lunas, yang itu saya tidak tahu lah hendak kata apa sudah. Tunggu masa dapat ayat “minta halal” sahaja kot.
Saya terasa sebab dia buat macam tidak ada apa – apa. Kadang – kadang dia mesej hendak video call dengan anak – anak saya.. saya macam masa dia hantar mesej itu dia tidak perasan ke mesej dia sebelum – sebelum ini kata hendak bayar baki RM40 itu hujung minggu nanti?
Atau dia padam terus ya perbualan? Sebab saya tidak pernah padam perbualan benda penting macam ini walaupun bukan saya yang meminjam. Nampak macam selesa sahaja makan sedap, berjalan tempat menarik. Saya yang di sini, ternanti – nantilah duit saya yang setakat RM40 itu.
RM40 kalau saya bawa anak – anak saya masuk kedai serbaneka, situ pun mereka sudah gembira sangat dah. Atau RM40 itu, lepas juga lah untuk saya beli ayam seekor, ikan murah 2-3 jenis. Boleh buat stok lauk seminggu.
Saya punya terasa sampai saya malas hendak hubungi keluarga sendiri. Rasa malas hendak balik kampung sendiri. Sebab orang ingat saya ini macam berduit sangat. Kalau suami saya ya lah berduit, sebab dia bekerja. Tetapi dia pun ada komitmen; duit dapur, duit saku untuk saya, simpanan untuk kec3masan. Saya pun tidak tahu lah kenapa. Saya ini jenis suka privasi.
Kalau saya, suami dan anak – anak makan di restoran ke, pergi tempat menarik ke, makan sedap / mahal ke.. memang kami betul – betul jenis yang menikm4ti saat – saat itu sahaja. Kami bukan jenis yang sibuk dengan telefon hendak ambil – ambil gambar, hendak muat naik di media sosiaI.
Memang tidak ada. Semua peribadi. Makanan sampai, baca doa.. makan. Pergi tempat menarik, hanya menikm4ti masa relaks anak beranak. Kadang – kadang telefon pun biar dalam kereta / beg sahaja. Ada la juga kadang – kadang ambil gambar, tetapi 1-2 keping sahaja, tidaklah beriya sampai hendak dapat gambar yang cantik.. dan setakat simpanan sendiri sahaja.
Hendak tunjuk kepada orang itu memang tidak ada termasuklah keluarga saya sendiri. Saya pun jenis sederhana sahaja. Pakaian / tudung pun beli di Sh0pee atau TikT0k sahaja. Baju pun banyak jenama Zucca / PANDAEYES. Kasut pun Grimo sahaja.
Beg? Beli di TikT0k yang tidak sampai RM30. Itupun lima tahun sekali baru tukar. Selagi boleh pakai, pakai. Barang kemas? Simpan. Pakai masa raya sahaja itupun seutas gelang tangan dan cincin nikah. Itu sahaja yang saya ada.
Makan di luar? 90% saya memang masak sahaja di rumah. Makan di kedai pun jarang – jarang. Jadi macam tidak tahu lah celah mana orang ingat saya ini ada sahaja duit. Saya kadang – kadang sedih, orang minta pinjam RM100. Saya bagi RM80 bukan sebab saya ada RM200, takut hendak bagi.. tetapi sebab memang RM80 itu sahaja yang saya ada.
Tetapi bila hendak dapatkan balik duit sendiri, rasa macam peminta sedekah pula. Kadang – kadang bila pergi rumah emak bapa saud4ra.. emak ayah saya mesti “hulur – hulur la duit. Bukan orang lain. Emak bapa saud4ra juga”.
Tidak ada pun hendak tanya “ada duit tak hendak bagi?”. Saya pula jenis datang bukan datang tangan kosong. Setiap kali datang mesti saya belikan barang asas; beras, telur, tepung, gula, minyak, susu, kopi, teh, sabun. Bahan asas la bahan kering.
Saya tahu tidak salah pun kalau beri, kongsi rezeki. Cuma ya lah, saya datang pun bawa buah tangan itupun saya sudah rasa rezeki. Sebab rezeki tidak semestinya terletak pada duit. Kadang – kadang terasa lah juga. Kalau ada ayat “ada duit tak?”.. mungkin ok sikit lah.
Saya pula jenis kalau saya hendak beri, saya beri. Ada.. saya beri. Tidak ada.. saya diam sahaja. Jangan suruh – suruh. Saya datang bawa bahan asas pun saya rasa macam cukup sangat sebab saya beli banyak, bukan sikit – sikit.
Terakhir, semalam si A naik gambar makanan sedap di kumpulan WhatsApp keluarga. Siap cakap boleh beli lagi. Saya dekat sini, hanya baca semua dalam WhatsApp itu, menantikan RM40 saya. Malas hendak masuk campur dalam kumpulan WhatsApp.
Saya cuma harap sementara hendak tunggu gaji suami saya masuk, tidaklah ada apa – apa hal kec3masan yang hendak kena pakai sampai 7-8 ratus. Kalau 3-4 ratus itu inshaAllah bolehlah dengan hasil affiliate yang ada ini.
Kamu semua kalau meminjam, walaupun RM10.. janganlah lengah – lengah kan untuk bayar ya. Tidak kisah lah dengan rakan ke adik beradik ke. Kadang – kadang nilai itu mungkin kecil pada kita, tetapi mungkin besar bagi si pemberi pinjam.
Macam saya sekarang ini, RM40 mungkin sedikit pada si A… tetapi untuk saya, RM40 itu macam – macam saya boleh buat, contohnya beli stok lauk untuk anak – anak saya, atau boleh belikan alat tulis untuk anak – anak saya. Belikan baju tidur RM10 di pasar malam.. itupun bahagia dah mereka rasa.
Doakan si A terbuka hati hendak bayar balik duit saya walaupun RM40 sahaja. Jumlah yang sebelum – sebelum ini saya malas hendak kira sudah. Dia bayar RM40 ini pun saya bersyukur sangat dah. Doakan juga affiliate TikT0k dan Sh0pee saya berjaya, ramai pembeli supaya dengan komisen affiliate itu saya tidak terdesak menanti RM40 dari si A.
Terima kasih sudi baca sampai habis. Semoga kamu semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dikurniakan rezeki yang tidak pernah putus dan dipermudahkan urusan dunia akhir4t. – Naddy (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Whatever : : 30 tahun dulu Abang saya ada pinjam dari saya RM1K. Sehingga sekarang pun dia masih lagi tak nak bayar walaupun hidupnya mewah, guna Merc yang no plate single digit. Anak dia kerja Pilot. Ada juga daripada anak – anaknya yang tinggal di London. Dulu ada juga saya minta dia bayar hutang saya tapi saya kena marah balik.
Sekarang setelah saya bersara dan tidak ada income langsung, saya teringat kembali duit RM1K itu. Saya ada suruh kakak saya minta bagi pihak saya tapi dia masih juga tak nak bayar. Seorang lagi kakak saya pun pernah minta pinjam RM1K dari saya tapi saya bagi dia RM500 sahaja. Dia juga tidak mahu bayar hutang itu. Sampai hati mereka buat saya begitu, saya ni dah lah tak ada laki, anak pun takde!
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.