Isteri nak hidup mewah 130K kena tipu masuk pelaburan. Tetap nak hidup mewah sampai hutang kad kredit sampai 73k!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bayangkan, tahun tu dah rugi beratus ribu, dia tetap nak nampak mewah. Beli Beg Tangan LV, Gucci, Coach dan gelang emas. Aku dapat tahu isteri gadai rantai emas arw4h nenek aku. gelang hantaran kahwin dan rantai hadiah aku bagi..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, ini kali pertama nak menulis di sini, dan tentang perkara ini. Aku sudah berkahwin lima tahun… Dalam dua hingga tiga tahun lalu, isteri aku ini m4kin menjadi – jadi nak cepat kaya dan bermewah sangat dengan keduniaan ini.

Selalu sahaja naik angin dia bila berbincang tentang perbelanjaan untuk sesuatu seperti bercuti ke, ubah suai rumah ke, dia mesti minta yang lebih. Pada aku, walaupun aku mampu, tetapi sederhana lah. Berpada – pada sedikit.

Nak pendekkan cerita, kononnya nak cepat kaya punya pasal, nak cuba lah nak main saham beberapa tahun yang lalu. Habis keluar semua simpanan dan ambil tiga pinjaman dengan jumlah RM53,000! Cuba lah jadi punter /retail player, main kontra, spekulatif habis. Apa jadi?

Rugi RM35,000 hingga RM40,000. Kemudian ada baki tunai itu, cuba skim ala-Swisscash pula, habis beberapa ribu lagi kot. Yang nahasnya, setahun lepas tu dia cuba perdagangan forex atas talian. Deposit pula boleh pindah tunai atau caj sahaja pada kad kredit.

Siap pergi kursus lah, beli indik4tor dalam talian dan robot, minta aku belikan pencetak untuk dia cetak bahan bacaan lah. Akhirnya tengok, baki tunai yang ada itu habis, dan entah berapa puluh ribu sudah dicaj pada kad kredit.

Tengah tahun tu tukar kerja, gaji naik lebih RM2,000 lagi, ambil lagi beberapa kad kredit dan tiga lagi pinjaman, jumlah kali ini RM65,000 pula! Entah bagaimana lah boleh lepas (mungkin sebab mohon tiga pinjaman hampir serentak, jadi ketika pihak bank menyemak status kredit, data terbaru belum ada lagi).

Separuh duit itu digunakan untuk membayar balik kad kredit yang sudah dicaj berpuluh ribu itu, separuh lagi untuk deposit forex lagi secara pindahan tunai. Tambah lagi deposit dengan caj kad kredit yang baharu itu pula. Akhirnya tengok rugi sampai lebih RM130,000. Masuk akal ke?!

Yang lagi seronok itu, tengah rugi bertimbun – timbun itu, standard tetap mahu jaga. Siap beli beg tangan Louis Vuitton sampai RM3,950 dengan gelang emas RM8,500 (ini guna EzyPay 12 bulan kad kredit). Kemudian, beli lagi beg tangan dan dompet Gucci, Louis Vuitton dan Coach jumlah sampai RM13,000, semua gesek sahaja.

Bukanlah kata kita ini tidak mahu beli benda – benda itu, tetapi takkan lah setiap tahun nak beli sampai harga beribu – ribu. Bayangkan, baki kad kredit dia daripada RM15,000 pada Januari 2021, boleh jadi RM56,500 pada Januari 2022, dan bulan lepas sudah naik sampai RM73,000! Aarrrggghhh!!! Pening!

Dah lah itu, bulan Oktober 2022, terdesak nak duit punya pasal (dah banyak rugi + hutang kena bayar lah itu), siap gadaikan rantai emas peninggalan arw4h nenek aku dengan gelang emas untuk hantaran kahwin kami dan rantai tangan emas yang aku belikan untuk ulang tahun perkahwinan pertama dulu. Sedih…

Kemudian, tidak cukup aliran tunai, tahun lepas minta adik dia pula buat pinjaman RM15,000. Jadi jumlah sudah ada tujuh pinjaman, campur satu yang dia ambil tahun 2020 untuk kahwin dulu. Jumlah ansuran bulanan sahaja hampir RM3,500, belum masuk bayaran minimum kad kredit lagi itu.

Satu masalahnya, sebab semua ini dia sorok daripada aku. Ingat aku tidak tahu… Tetapi aku ada lah caranya. Itu yang tahu berapa banyak pinjaman dia buat, rugi main saham dengan forex itu! Dengan barang yang digadai itu sekali…

Dia ini pula panas baran. Tegur sedikit, dia melenting, percuma aku kena tengking. Nasib baik lah aku ini penyabar… Entah berapa kali sudah berg4duh, jarang lah aku tengking dia seperti mana aku kena dengan dia. Nak kata latar belakang orang kaya, tidak juga.

Mak tidak bekerja sejak mereka kecil, bapa sudah bersara pun habis sudah duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dia. Aku pun tidak ada lah kaya mana sangat pun, bapa sudah lama tiada dan mak cikgu sekolah sudah pencen duduk kampung.

Cuma mak aku sebab banyak simpanan dan dapat dua pencen (sendiri dengan arw4h bapa punya), kira okay lah. Mak dia dulu pun kerja jururawat kemudian lama sudah berhenti. Rasa pengaruh kawan – kawan, nak jaga status kot.

Ya lah, pangkat dia sudah Penolong Pengurus. Aku pula sudah lama Pengurus, baru naik Pengurus Kanan. Cuma aku ini santai sahaja, mungkin terlalu santai itu salah aku juga lah. Tetapi tidak ada lah nak terlalu mewah sangat. Asalkan decent sudah lah.

Lagipun, kena lah menyimpan untuk keperluan masa depan – anak, mak bapa yang m4kin lanjut usia, haji / umrah, dan sebagainya. Dah lah itu, aku tengok zakat pun dia bayar tidak cukup, m4kin sedikit ada lah padahal gaji m4kin naik.

Setiap kali selepas solat aku doakan isteri aku… doa “Rabbana hablana min azwajina…” itu, memang dalam hati pun aku sebut dan niatkan untuk isteri dan anak aku. Aku masih sayang isteri aku, ingat amanat bila terima nikah ialah nak jaga dia dunia akhir4t.

Aku sudah berbincang dengan ustaz (bagus orangnya pada aku lah), dia pun kata kalau cerai itu maknanya sudah putus asa. Nabi pun tidak putus asa dengan umat, aku tidak akan dengan isteri yang baru begini nak menyerah kalah sudah. Kena cari usaha lain…

Itu sebab dalam setahun dua ini aku nasihat dan berharap sampai satu tahap dia memang habis sudah cara – cara nak korek duit atau buat hutang lagi (aku rasa dia tidak berani ambil along lah). Dah sesak atau nazak baru minta aku tolong.

Tetapi sudah beberapa kali aku ingat dah nazak dah, ada sahaja jalan dia… Takut nanti, m4kin lama tunggu, m4kin parah. Kalau tidak pun, mungkin pinjaman – pinjaman itu sudah habis, boleh lah dia kekalkan gaya hidup orang kaya dia itu, sambil bayar faedah kad kredit sahaja entah RM700 hingga RM800 sebulan begitu sahaja. Bayangkan berapa banyak simpanan keluarga dan pelaburan boleh buat itu?

Aku ini berapa banyak sangat lah tinggal sebab semua bil, minyak, tol, kereta, makan minum, tadika anak, semua aku tanggung. Ada lah lebih sedikit – sedikit boleh lah nak simpan atau melabur. Aku sudah cadangkan pergi jumpa kaunselor, ustaz dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit pun ada.

Mak mentua aku pun sudah pernah cadangkan. Masalahnya aku rasa dia tahu dia banyak buat salah (bukan hal duit sahaja, hal – hal lain dalam rumah tangga pun ada), jadi bila cerita semua nanti, dia kata nanti aku pun ‘suka lah’ banyak salah dia terkeluar.

Aku pun mengaku aku ini tidaklah sempurna, sedia kena tegur. Jadi minda aku memang sudah bersedia kena tegur juga. Tetapi seperti aku cakap sebelum ini, dia ini baran dan memang susah nak kena tegur. Mak dia sendiri pun tak tahu nak buat bagaimana, minta aku bersabar sahaja.

Nasib baik mak mentua aku ini memahami, tetapi aku tak mahu membebankan dia terlalu banyak dengan masalah kami. Mungkin sebab aku ini penyabar, nak perbaiki diri, semangat kuat, itu sebab Allah uji. Entah lah… kalau ikutkan, ada lagi nak tulis ini. Mungkin lain kali kot…

Komen Netizen :

Bro Aman : Bro… sedih aku baca kisah ko nih.. Mungkin dia terpengaruh dengan kawan –  kawan dia, tapi betul ke kawan – kawan dia memang berduit tahap tu? atau siksa cam dia jugak dalam berhutang? Cuba ajak dia berfikir.

Maaf aku cakap, tapi aku rasa mungkin ko berlembut sangat dengan dia kot? Mungkin disebabkan pangkat dia assistant manager (sebenarnya bukan tinggi sangat pun), dia terbawak sikap bos tu sampai ke rumah.. Tak kisah la tapi kat umah ko adalah suami, dia pangkat PM sekali pun, tetap kena hormat ko.

Aku rasa ko kena bawak dia balik ke pangkal jalan dan jalan yang paling baik adalah agama. Kalau dia faham agama, dia takkan tengking ko camtu.. Dan  untuk berbelanja / berhutang dia akan mintak izin atau setidaknya inform ko. Perempuan ni, banyak berg4ntung pada macam mana kita bentuk dia.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.