H1nanya menantu miskin, dua anak aku s4kit. Mertua dan biras selalu perli anak aku. Suami pun malu nak bawak anak keluar

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak mertua aku punya jahat mulut tak puas buruk pasal aku dekat menantu, dia burukkan aku pula dekat jiran – jiran dekat rumah dia.. Aku pernah kena sound dengan jiran sebeIah sebabnya..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, sekadar luahan. Sebenarnya kan aku bukan nak berd3ndam selama ini apa yang orang buat dekat aku. Aku maafkan walau orang tu tak datang pun jumpa aku untuk minta maaf tapi kali ini tak tahu kenapa aku jadi susah sangat nak maafkan. Hati aku jadi s4kit sangat – sangat.

Ceritanya… keluarga suami aku ni memang tak suka dengan aku. Yelah, mereka tahu asal usul aku, orang miskin, hidup susah. Bila dah kahwin jadi pula surirumah, seolah aku ni hanya berharap duit anak dia, beban, tak macam menantu dia yang lain.

Kalau menantu tak kerja, keluarganya orang senang boleh je hulur. Jadi mereka layan mak mertua, ayah mertua, adik beradik suami baiklah pergi bercuti sana sini, bawa jalan. Aku ni apa pun tak ada. Aku pun sebenarnya tak adalah makan hati sangat kalau mereka layan seperti tu sebab aku dah biasa.

Cumanya yang buat aku terkilan sangat – sangat, aku ada dua orang anak, sepasang lelaki perempuan. Anak sulung aku ni dia agak lain sikit dari anak – anak yang lain. Dia pun dalam pantauan terapi tapi mereka tak ada kata anak aku ni ciri – ciri autisme sebab anak aku ni boleh je dengar arahan. Kita panggil pun tak ada masalah, cuma ada sedikit yang agak lain pada dirinya. Macam anak nombor dua aku pula, dia hanya lambat cakap, hanya dengar belakang-belakang je..

Jadi, menantu dia ni pernah dulu sindir aku, dia berbual depan mak mertua aku dan aku pula duduk dalam bilik. Masa tu aku mengandung anak sulung, aku baru siap buat kerja rumah, aku penat sangat tapi mak mertua burukkan aku, dia cakap aku ni duduk rumah dia tak buat kerja, duduk terperap je dalam bilik. Yang menantu dia pula bahagian batu api, bertambah tambah.

“Saya dulu mak mengandung sulung masih lagi kerja jual ais krim sampai nak dekat sarat mengandung lagi lah drive sendiri.. Kita dah jadi mak ni tak boleh lah malas, esok-esok dah beranak anak pun ikut pemalas,” kata menantu dia..

Itu pun sampai sekarang aku tak dapat terima kata-kata mereka. Mak mertua aku punya jahat mulut tak puas buruk pasal aku dekat menantu, dia burukkan aku pula dekat jiran sebelah rumah dia. Aku pernah kena sound dengan jiran sebelah, siapa lagi kalau bukan dia buat mulut aku tahu..

Walau aku tak bertegur sangat dengan menantu dia ni, aku tahu menantu dia ni jenis sombong sikit dengan orang, tengok orang juga dia nak tegur. Sekarang aku dah pindah tempat lain, tak duduk lagi rumah mereka tapi tak jauh mana pun.. Maklumlah kahwin anak mak, kena duduk dekat dekat.

Pendekkan cerita, aku sekarang dah dua orang anak. Kadang-kadang tu kan, adalah perasaan nak tambah anak lagi, tak tahu lah perasaan ni teringin sangat nak ada lagi anak, memandangkan anak pun dah besar sikit, teringin nak ada bayi..

Kau tahu tak apa keluarga dia cakap.. “Tak payah lah buat anak lagi. Mak dia jenis bermasalah, esok-esok dapat anak bermasalah lagi..” menantu dia pun kalau tengok anak aku, sindir-sindir sambil gelak..

Suami aku pun memang tak nak anak. Bila aku cakap jom tambah seorang lagi.. dia akan marah aku.. dia cakap cukup lah dua orang ni, buat apa banyak-banyak.. bila aku tanya lagi.. dia marah lagi, dia cakap “Last awak cakap lagi pasal ni, kau tak payah tegur aku lagi..” Memang hancur terus perasaan aku ni..

Dia galakkan aku ikat rahim supaya tak lagi mengandung.. sedangkan usia aku muda, 25 tahun.. aku cakap dengan dia.. “Tak perlu pun awak minta ikat.. cukup awak lepaskan saya.. biarlah saya bahagia dengan kehidupan saya bersama anak..”

Dia pun kalau dengan anak jadi malu nak bawa ke sana sini, apa lagi nak bawa jumpa keluarga dia sebab dia tak nak orang sindir.. Macam tu lah juga kalau niat nak pergi keluar kedai makan. Aku ni teringin nak makan di luar tapi dia tak nak sebab malu, hanya bungkus je bawa balik rumah..

Jujur hati dah tak ada dekat suami.. apa lagi nak lupa apa yang menantu dan keluarga dia cakap kat aku dan anak-anak memang berat sangat aku nak maafkan.. sedangkan aku tak pernah pun buat jahat kepada mereka sumpah cakap.. kalau andai kata tak suka kat aku.. kau suruh anak kau lepaskan aku.. kau juga cakap anak kau boleh cari yang lebih baik, kenapa tak minta dia lepaskan..

Jujur, hancur-hancur terus bila ingat balik kata-kata mereka.. tak henti air mata aku menangis..

Komen Netizen :

Mas Rina

Sabar ya sis.. Hidup memang macam tu.. Kalau semua orang sekeliling baik,, lain lagi dugaan yang datang. Tapi apa-apa pun,, kalau saya di tempat sis, saya memang tak akan tambah anak lagi.. Kalau rasa anak dah besar,, baik lagi sis luangkan masa cari income dari rumah.. Kalau pun mahu minta cerai benda first yang sis kena fikir, DUIT. Belum tentu husband tu mahu bagi duit belanja anak kalau dah cerai.. Terang-terang di situ dia ikut cakap family nya.. Tak sebelahkan sis pun.. Mulai hari ini,, sis cari lah apa-apa kerja online yang boleh buat income.. Good luck. Tak perlu fikir pun siapa tak suka kita.. Fikir saja pasal diri sendiri dengan anak-anak.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.