Pelik suami m4kin sibuk kejar client, nafkah aku tak naik-naik. Aku cek HP suami bersepah gambar perempuan…

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Dalam tu ada gambar penyondol, gambar dia free hair, gambar makan western food tepi pantai sama – sama, eh macam – macam lah. Lepas send ke email, aku buang semua gambar tu. Jadi bini kena bijak, aku link kan whatsapp suami…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi, panggil saya Mommy. Mommy sekarang housewife. Dulu kerja boleh tahan jugak, tapi lepas anak no 3 tak sihat, mommy berhenti. Fokus anak dan keluarga. Jadi, berjalanlah hari – hari yang awalnya indah, tapi m4kin lama m4kin sayup pulak.

Pendekkan cerita, mommy kahwin dengan suami atas suka sama suka. Suami mommy handsome macam laki lopa. Bukan propa, tapi kalau dah memang ada keturunan mix, selalunya helokla ropernya. Mommy biasa – biasa ja, tak cantik, buruk pon idak. Cuma ada lesung pipit ja. Hahaha.

Suami mommy produk sekolah tahfiz, ok. Keluarga mertua pon jenis – jenis Islamic family gitooh. Mommy je ke laut dalam, cuma bila dah kawen ni, bolehlah bolehlah. Tudung dari 45 jadilah 50, kadang – kadang pakai tudung ostajah. Kuikui.

Dipendekkan lagi cerita supaya korang tak boring, mommy sebelum kahwin pon dah jumpa haiwan liar suka menyondol dalam hidup mommy. Siap dia boleh sound mommy okeh! Katanya mommy yang tak pandai jaga (tunang) mommy masa tu.

Dia tahu je suami mommy dah bertunang, tapi saja nak tengok dia boleh caras tak, suami mommy pulak time tu, gaji dah mula nak kepok – kepok. Alah yang ye nyer, suami mommy pon sama konon nak test market. Mentang – mentang ada rupa, hadoiiilahh.

Mommy jumpa ka haiwan itu? Jumpa. L4nggar dengan bulldozer? Idak. sebab mommy takda duit nak sewa bulldozer, mahal. Mommy dengan suami jumpa pompuan tu sesama. Memandangkan mommy ni jenis gamble, dan malas nak berg4duh, mommy bagi 15 patah perkataan, kat husband mommy masa tu ;

“Awak tunang saya, tapi tak semestinya jodoh saya. Tapi kalau awak nak perempuan ni, silakan. Saya boleh cari Fahrin Ahmad jadikan suami”, flip tudung bawal sambil pulangkan cincin tunang. Gituhh kekdahnya. Haa… Korang dok kire ke tu? Berapa patah perkataan? Lebih 15 kan. Memanglah, tengah tengah cakap tu, takdelah masa mommy nak kire. Kohkohkoh.

Mommy ni jenis senang. Malas nak g4duh. Malas nak feeling superwoman sangat rebut jantan, so bagi jee lah kalau ko nak skandal sangat kan? Tapi suami mommy cakap, dia tersilap langkah. Macam masuk smart tag, tapi nak keluar RFID. Kan tak boleh tu? Kene reverse la kan. Hahahaha ke laut perumpaaannya.

So, pendekkan lagi. Kawenlah kami. Tapi jeng jeng jeng, malam kami nikah tu, pompuan tu mesej suami mommy, luahkan perasaan, bagitau dia kecewa suami mommy pilih mommy, tinggalkan dia dengan lara. Bukan Lara, anak Awal Ashari tu.

Sedihla katanya dia takkan jumpa kebahagiaan lagi sebab kebahagiaan dia ada dengan suami mommy. Wow. Malam nikah ok. Mommy baca mesej tu, mommy baIas, mommy reply “Sian awak sis. Saya faham perasaan awak. Tapi…. Padan ukeee” mommy sent, delivered pastu delete. Koh!

Sampai sekarang suami mommy tak tahu pompuan tu ada mesej dia masa malam nikah kami. Tapi malam nikah tu, mommy cakap dengan suami mommy, “The broken is done. I always forgive, but I will not forget. Please take care of our life. It’s our responsibility now”.

Tataulah dia faham ke idak, sebab pastu dia tidur sebab letih kene cuci periuk belanga. Kahkah. Tapi penyondol tu, elok tak cukup setahun lepas tu, mommy dengar dia kahwen jugak. Lahhh ingat dok lara samapi tak nak kawen. Alhamdulillah. Janji bukan dengan laki aku. Haha..

Fast track, turun naik kawen, semua baik – baik aja. Tapi suami mommy adalah kantoi beberapa kali tengah try jek, BBNU. Budak – budak pompuan sekarang memang jenis tak reti nak investigate ke apa, main sondol je.

Tapi sebab mommy ni dulu suka tengok Detective Conan, dengan mudah mommy patahkan percubaan suami mommy kekenonon nak try tu. Mommy cakap, Saya ni ada 8 sense. Awak kalih kiri saya tau awak tengok apa. Toksah nak bohong.

Selalunya memang lepas kantoi bunga – bunga tu, mommy terus boh petrol bagi kasi terbakar punya. Macam terbakar hutan belantara kat Indonesia tiap – tiap tahun tu. Haaa kekdahnyaaaa. Kisah penyondol terhebat berlaku masa anak mommy yang no 3 dah ada.

Masa tu dia setahun lebih kot. Yelah, bila company dah mula growing, suami mommy m4kin sibuk. Tapi percaya idak, mommy ni memang ada sense kalau suami mommy ni buat hal. Tapi sebabkan anak tak sihat masa tu, mommy just buat tak tahu sebab anak lebih penting untuk mommy kisahkan.

Yang jadikan mommy lebih suspicious tu bila suami mommy asik balik lewat, alasan jumpa client. Pergi entertain orang sana sini, cari projek sana sini. Balik lewat tu satu hal, yang satu hal lagi paling mommy berbulu, projek kemain banyak tapi elaun mommy tak naik – naik pun. Tiberrrrrr. Hahahaha.

Tah macamana, satu malam, suami mommy macam biasa balik lewat. Dia tertido, mommy tergerak ati nak tengok fon suami. Jeng jeng jeng. Lock gaisssss. Ada password gaisssss. Wow. Wow. Wow. Ini tak boleh jadi. Apekehei ada password? Getus mommy dalam hati. Mulalah anxiety datang. Kuikui.

Taklah.. tapikan, dah nama suami, password pon aku tahu. Ape buat password sama macam password yang biasa buat. Tak professional langsung! Hahaha. Mudah kerja mommy.. Buka – buka je, terpampang gambar penyondol itu di dalam gallery.

Maksudnya, sebelum tidur tengok gambar penyondol itewww dulu la kan. Wow. Mabuk kepayang. Takpe. Sedap dia kroh kroh, mommy select semua gambar di gallery dan dibackup email, (hp ada backup storage kan?) Mommy forw4rd ke email mommy.

Dalam tu ada gambar penyondol tu, gambar dia free hair, gambar kereta, gambar makan western food tepi pantai sama – sama, eh macam – macam lah. Gambar dalam family car kami pun adooo yerrrrr. Lepas send ke email, mommy buang semua gambar dalam storage tu, sekali dengan backup.

Mommy ambil no fon penyondol, mommy save kat handphone mommy. Mommy install dual apps, mommy link dengan HP mommy. Hebat bukan? So every chat dalam fon dia akan sama masuk dalam fon mommy. So, mommy tunggu sampai esok, supaya mommy dapat track apakah hubungan mereka dan setakat mana.

Kita kalau nak jadi isteri, kene jadi isteri yang bijak. Jangan melenting dulu. Ok. Buat je macam biasa, walaupon ko dah terdelete semua gambar dalam gallery tu tadi. Chill je macam tak da apa – apa. Nanti esok dia bangun tidur, dia akan sendiri tengok dan salahkan diri sendiri.

Sebab mungkin waktu tertidur tu dia yang tertekan delete. Hahahahahaha. Ada aku kesah dia hilang gambar tu? Nope! Haha. Penat tulis. Nanti tunggu part 2 mommy sambung ye. Apa yang umie discover lepas install dual app tu. Ni lagi syiok. Tunggu tau. Babai! – Mommy (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Khairunnisa Nizam : Saya suka penulisan mommy ini. Penceritaan yang sangat menarik. Saya dapat rasakan mommy ini seorang yang bijak. Tak cepat melenting. Even before kahwin pun, mommy dah ada pendirian. Dia kalau nak sangat dengan penyondol itu boleh jalan, tidak perlu meroyan.

But now since dah berkahwin, banyak kene fikir. Dan step yang nak ambil tu pun kene lebih hati – hati. Apa consequences dengan setiap langkah yang dibuat. Saya doakan yang baik – baik untuk mommy dan family.. Tak sabar nak tunggu part 2

Chek Wan : Ko ni kan mommy.. ko punya per4ngai sama macam drama cina ceo menyamar miskin kahwin kontrak dengan gadis penghantar makanan.. tengah – tengah sedap klimaks tetiba suruh langgan apps.. hanat! Ahahahaa

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.