
Sekarang dah 5 tahun suami aku kahwin dengan perempuan tu tapi perkahwinan tergantung. Suami tak nak daftar sebab takut kantoi dia tak mampu, tak kerja. Dia tahu mahkamah takkan benarkan. Duit coway pun aku kena tanggung..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi admin. Harap luahan aku ni admin siarkan untuk orang lain bagi pendapat. Lama sangat dah aku pendam. Tentulah tentang hal rumahtangga. Pasal suami aku yang curang. Tak tahu la sesuai tak guna istilah curang tu.
Apa yang aku tidak faham, suami aku berscandal dengan kerani tempat kerja dia. Banyak kali kantoi gambar dan perbualan mereka. Ya, dia pernah bagitahu niatnya nak berkahwin dengan kerani itu tapi aku tanya balik kepada dia, macam mana nak berkahwin sedangkan dia mempunyai hutang hampir RM800,000 hasil daripada perniagaan yang tak menjadi, ditipu dan seangkatan dengannya.
Dia tak mampu pun nak tanggung isteri lagi satu, yang ada sekarang pun dia tak tanggung. Selepas daripada itu, aku serahkan kepada-Nya. Aku malas nak serabutkan fikiran dan aku bersangka baik. Sebab suami aku memang seorang yang baik. Takkanlah dia sanggup berkahwin lari, luar pengetahuan aku.
Tiga tahun aku tak pernah bertanya hal itu lagi, sikit pun aku tak ungkit. Aku fokus kepada keluarga kerana pada masa itu anak aku masih kecil – kecil lagi, 3 orang. Aku bekerja pun biasa sahaja, kerja kilang waktu pejabat. Sementara suami aku ini banyaklah masanya kerana dia bekerja menjaga perniagaan orang lain.
Ya, hutang RM800,000 itu antaranya sebab salah guna duit orang. Dan apabila dia tak mampu lagi menanggung beban hutang itu, dia berhenti kerja. Dia tidak mengaku pun bahawa dia telah salah guna duit syarik4t itu.
Selepas itu, dia mencuba pelbagai perniagaan tetapi tidak menjadi. Dugaan yang dia hadapi tidak pernah habis. Dan akhirnya dia mengaku bahawa dia telah melakukan kesalahan kerana telah menipu aku. Dia mengaku bahawa sebenarnya dia dah pun berkahwin dua tahun yang lalu di sempadan.
Aku langsung tak sedar apa – apa perubahan yang menunjukkan dia dah berbini dia sebab setiap hari dia tetap pulang ke rumah, tidur dengan aku dan kami masih baik sahaja di rumah. Sehingga hari ini, sudah lima tahun mereka bernikah g4ntung dan suami aku masih belum buat pengesahan perkahwinan mereka di Malaysia sebabnya dia terang terang tak mampu, takde pekerjaan tetap.
Duit pun mak yang bagi untuk hidup. Tempat tinggal pun di rumah yang mak bagi. Dia malu la tu, jatuh ego tapi nafsu tinggi nak kahwin dua. Dia sepatutnya hanya perlu mengesahkan perkahwinan itu sahaja. Tetapi dia mahu menutup aib dan mahu memohon poligami seolah – olah dia baru hendak berkahwin.
Namun, untuk memohon poligami pula dia tidak boleh kerana dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimana hendak memohon di mahkamah? Ya, selama ini aku bertahan dan berharap Allah melembutkan hati dia. Cukuplah sekadar menjaga aku dan tiga orang anak ini. Aku terima dia seadanya, baik buruknya.
Tetapi aku tak faham bahagian mana dia nak berpoligami. Sebab kehadiran orang ketiga dengan cara seperti ini menyebabkan aku mempunyai masalah kepercayaan terhadap dia. Mestilah aku tak boleh mempercayai dia dan kami sering berg4duh kerana aku selalu ditipu.
Dan waktu sianglah dia akan bertemu dengan isteri dia. Ada masanya aku boleh sibukkan diri dengan kerja. Tetapi ada masanya aku menjadi tak keruan memikirkan apa yang suami aku lakukan. Tapi semuanya dah tak bermakna sebab mereka dah kahwin pun.
Kesabaran aku ada hadnya. Jika terlalu kerap berg4duh, dia akan menegakkan hak dia untuk berpoligami. Hak sebagai seorang suami. Itu je lah hak yang dia tahu. Hak aku sebegai isteri, hak nafkah zahir dan batin, ke laut.
Ya, tidak salah untuk berpoligami. Tapi perkara yang paling b0doh adalah aku yang membayar Coway, aku yang membayar insurans anak – anak. Aku tak faham kefahaman mana yang aku harus pegang untuk memujuk hati ini.
Orang kata, jika aku bertahan pun b0doh. Jika aku angkat kaki pun b0doh. Sekarang umur sudah hampir 40 tahun dengan tiga orang anak. Takkanlah aku nak memulakan hidup baru. Letihlah hendak memulakan segala – galanya dari awal.
Aku hanya mampu berdoa agar Allah membalas perbuatan dia dan perempuan itu. Betapa tegarnya perempuan perosak rumahtangga di luar sana. Kenapa ya mereka tak bersyukur dan sanggup mengani4ya perasaan seorang isteri?
Entahlah. Aku tak faham dan tidak tahu hendak buat apa. Aku sekadar menulis luahan rasa hati dan memohon sahabat – sahabat mendoakan yang terbaik buat aku dan anak – anak. Terima kasih semua – Farisha (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Amira Zafirah : Hummm.. umur 40 kalau minta berpisah pun, tak salah. Lagi awal lagi bagus sebab dia bukan bagi nafkah. Better off tanpa dia.. minta child support dekat mahkamah. Lagi senang… Mental health kita penting, dari tiap masa asyik syak wasangka sini sana, sebab kita bila da berusia ni.. nak tenang – tenang je hidup
Chintia Gurney : Bertahan dah laki tu tak keje tetap, tapi akak ni okay je dengan alasan anak. Padahal dia sendiri okay je laki tak keje tetap, dia tanggung semuanya. Dulu okay je. Pastu bila laki kahwin lain, nohhh rokiah semua benda keluar. Semua benda ungkit. Salah siapa? Salah kau lah kak oiiii..
Bertahan biarkan suami lepas tanggungjawab. Memang sedaplah dia enjoy sana sini. Kau yang salah!! Cuba kau m4ti – m4ti p4ksa dia keje sampai takde masa layan betina, taklah jadiiii kisah kahwin – kahwin tu. Kau yang salah tak bagi dia rasa susah kawin tu macam mana.
Sekarang bila kawan tu dah sedap, nak marah kenapa? Dah terlalu lambat untuk kau ungkit coway, susu anak walau lesung batu sekalipun. Dah terlambattttttttttt. Silap kau dari awaaaalllll duluuuuuu… Laki kau tak keje tetapppp kau yang nak bertahannnnn. Sekian.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.