Aku minta nak bersalin dekat swasta, suami aku mengadu dekat bapak dia. Bapak dia call bapak aku, cakap aku ni kaki kikis

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Duit hantaran awal – awal suami cakap taknak bagi, duit mas kahwin nego punya dahsyat macam nak beli alas kaki dekat pasar malam. Aku rasa aku ni pandai dah sebab belajar luar negara tapi kena tipu jugak dan jadi isteri b0doh..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, saya P, perempuan, sudah berkahwin, tinggal di KL. Masalah saya tak besar (kot, entahlah), cuma nak meluah perasaan dalam hati saja. Soal nafkah (makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan isteri dan anak), si suami, sebelum kahwin, duk sibuk cakap tak payah risau pasal rezeki, gaji rendah tak apa, lepas kahwin murah rezeki, dia tanggung semua soal nafkah bla bla.

Bila aku ingatkan yang Allah suruh kita berusaha, bukan tunggu duit jatuh dari langit, dia pula bidas asalkan cepat kahwin Allah murahkan rezeki, tak elok lama – lama maksi4t bla bla. Padahal kami PJJ saja, kenal pun baru 8 bulan sebelum kahwin, jumpa pun kurang 10 kali sebelum kahwin.

Lepas kahwin, bila dah tak ada duit, duk sibuk minta – minta duit isteri suruh bayar itu ini. Padahal h4ram dan berd0sa suami suruh isteri bayar soal nafkah (tanpa redha isteri). Ingat aku b0doh ke soal agama? Susah payah mak ayah aku didik dan habiskan duit hantar belajar ilmu agama selalu dekat surau / masjid. B0doh buta cinta ada la kot aku ni, sebab tertipu pergi kahwin dengan dia.

Duit hantaran dia dah beritahu awal – awal, dia tak mahu bagi. Mas kahwin pun dia nak murah – murah saja sebab dia tak ada duit, okay aku letak RM5K saja. Nikah, sanding, tunang semua 100% aku tanggung beIah aku. Tak ada seposen pun aku ambil duit dia.

Homestay dan makan minum keluarga dia pun aku sponsor sepanjang diorang ada di kampung aku. Bila aku tanya duit dia pergi mana, kenapa tak ada simpanan langsung, panjang senarai dia bagi aku. Aku terima sebab senarai dia masuk akal, dia ada kerja, syarik4t bankrap yang tak bayar gaji, ada kena bayar penalti, dan dia memang jenis kaki travel ke luar negara, dll (panjang, malas aku nak cerita.

Tapi memang logik la, sebab tu aku terima dan kesian dia tak ada duit. Gaji dia tolak cukai pun tinggal dalam RM2.5K saja. Cuma silap aku, aku tak minta slip gaji dan penyata bank dia untuk sahkan. Tup – tup lepas kahwin baru aku tahu, tiap – tiap bulan dia habis RM500 beli p0rno dan dia dah mula membeli sejak 6 – 7 tahun lepas sebelum kahwin dengan aku. S4kit hati aku.

Sebelum kahwin, dia cuma pernah bagi aku duit raya RM10 saja sekali, duit hantaran tak mahu bagi, duit mas kahwin nego punya dahsyat macam nak beli alas kaki dekat pasar malam, keluar dating dia pernah belanja aku dua kali saja, dating lain – lain semua aku bayar.

Harga diri aku sebagai isteri dia yang sah, dan perempuan bermaruah yang tak pernah disentuh ni nampaknya lebih murah dan rendah dari perempuan p0rno dia tu. Bukan aku nak riak, tapi masa mak ayah aku jaga aku, kalau aku keluar rumah tak pakai stoking kaki atau baju labuh – labuh pun, habis kena tib4i dengan mak ayah aku.

Bertambah s4kit hati aku bila teringat dulu sebelum kahwin sibuk dia duk siasat aku, adakah aku perempuan bermaruah, aku ni d4ra lagi ke, aku ni per4ngai tak senonoh macam perempuan gelek – gelek dekat TikTok ke, aku ni ada ciri – ciri perempuan pengikut dajjal ke tak, aku selalu keluar dengan lelaki ke tak.

Huh, dia tu yang pengikut dajjalnya. Dia la satu – satunya teman lelaki yang aku ada, tu pun memang cari untuk niat kahwin. Macam aku cakap tadi, 8 bulan kenal terus kahwin. Sebelum kahwin duk sibuk cakap dekat aku dia pun tak pernah bercouple, lepas kahwin bila kantoi p0rno dan aku cek telefon dia, banyak pula ex dia (malah ada yang masih bermesej – mesej).

Aku rasa aku ni pandai dah sebab belajar di luar negara bawah biasiswa, tapi macam mana la boleh kena tipu dan jadi isteri b0doh macam ni sampai pergi kahwin dengan dia. Entahlah. Bila bapak dia tahu kami g4duh, bapak dia call pula bapak aku kata aku ni isteri derh4ka sebab marah – marah suami. Eh, entahlah.

Mungkin bapak dia tengok blue juga kot. Call cakap dekat muka aku sendiri tak berani pula. Mentang – mentang bapak aku jenis cool relax dan tak campur urusan rumah tangga anak – anak, dia pergi burukkan aku dekat bapak aku.

Bapak dia pun asyik duk hantar post video dekat WhatsApp story cakap “isteri wajib taat suami, kalau suami suruh telan, isteri wajib kena telan.” Eii, apa la dah tua bangka, otak biru lagi. Islam dah kata mulut tu untuk benda elok – elok saja macam baca Quran.

Dia bagi bapak dia sebulan RM100 saja, tapi perempuan p0rno bagi sebulan RM500. Nak saja aku jerit dekat muka bapak dia, yang anak dia sayang betina lebih lagi dari sayang bapak sendiri. Tapi itulah, aib suami aku ni tak ada siapa tahu, aku tak cerita dekat sesiapa.

Yang orang tahu, aku ni isteri derh4ka sebab masam muka dengan suami aku. Huh. Tapi soal ni aku cerita la dekat bapak aku, sebab dah bapak dia pergi call bapak aku. Takkan aku nak biarkan maruah bapak aku kena pijak – pijak dengan jantan – jantan tak guna tu?

Soal duit seterusnya, sebelum aku setuju nak bertunang dengan dia ke tak, aku dah tanya dia yang aku nak bersalin di hospitaI swasta, tak nak kerajaan sebab aku nak suami aku teman aku sepanjang dekat hospitaI, aku takut. Dia okay dan janji nak bayar bersalin swasta untuk aku.

Eh, ni tup – tup lepas kahwin bila nak bersalin, aku tuntut janji dia, dia pergi mengadu dekat bapak dia kata aku mata duitan. Bapak dia apa lagi, sekali lagi call bapak aku marah – marah cakap aku gold digger nak susahkan anak dia.

Aku hormat saja sesiapa nak bersalin swasta atau kerajaan, cuma situasi aku ni, aku dah cakap awal – awal sebelum kami bertunang lagi dan part ni dia tak cerita pula dekat bapak dia. Yang bapak dia tahu, anak lelaki kesayangan dia tu terkahwin dengan perempuan mata duitan.

Kalau dia tak setuju, cakap jelah tak boleh masa aku tanya tu sebelum tunang, tak adalah aku kahwin dengan dia. Ni dah la aku dah kena sc4m, tiba – tiba kena tuduh mata duitan. Gaji aku tiga kali ganda dari dia, kalau aku mata duitan, awal lagi aku kahwin dengan lelaki lagi kaya dari aku.

Sebenarnya syarik4t aku ada insurans bersalin (aku tak beritahu suami aku awal – awal tu, sebab saja nak uji dia), tapi dah makan hati sangat, aku tak beritahu bapak dia pun. Sampai sekarang la bapak dia ingat anak lelaki dia tersangat hero level alpha sebab berjaya tunaikan permintaan isteri mata duitan dia tu untuk bersalin swasta, dengan kerja susah – susah keras – keras membanting tulang. Padahal seposen pun aku tak guna duit anak lelaki dia untuk urusan bersalin.

Kesimpulannya, betul ke duit tak penting dan tak boleh beli kebahagiaan? Pikir – pikir la sendiri. Aku tengok, orang miskin saja yang duk cakap duit tak boleh beli kebahagiaan. Banyak saja kawan – kawan aku yang kaya raya, baik, bahagia dan beriman. Duit tak boleh beli segalanya, tapi duit boleh bawa kebahagiaan.

Dan kepada bapak mertua aku (dan sesiapa) yang selalu s4kitkan hati aku, aku tak sabar nak ambil pahala korang dekat akhir4t nanti. Tak sabar nak masuk syurga laju – laju, dan hidup happily ever after dengan bidad4ra – bidad4ra Allah dekat syurga nanti yang hensem – hensem. 🙂 Insya-Allah, kepada Allah aku berserah. – P (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.