
Rumah dah beberapa hari takde air. Aku yang tengah sarat mengandung gagahkan diri tadah air. Suami sibuk main fon. Hari tu aku call suami, dia kata tengah tolong mak dia angkat air dari lori tangki.. Bini kat rumah pun kau tak tolong..
#Foto sekadar hiasan / AI. Kalau tajuk Fazura Fattah dulu, 7 Years Itch. Perkahwinan aku ni bolehlah disimpulkan sebagai 5 years itch. G4duh baik, g4duh baik, g4duh baik semula. Apa eh perasaan. Rumah sendiri tengah kalut takda air. Aku tengah masak, anak tiba – tiba bangun sebab aku.
Suami punya beng4ng aku k3jutkan anak sebab nak pakaikan pampers, dia boleh hemp4s baldi yang tengah tadah air tu. Aku tak nak anak k3ncing kat tilam, nanti nak basuh pakai apa. Tadi suami angkat anak tidur bilik dia tak nak pakaikan pampers terus.
Aku yang tengah sarat 7 bulan mengandung ni gagah pergi sambung tadah air, sedang suami tengah kat bilik main handphone melayan perasaan sentap tak puas hati sebab anak dah bangun gara – gara aku nak pakaikan pampers.
Kalau tilam tu basah, aku jugak yang kena kerjakan. Jadi apalah sebab suami aku tu nak emo tu. Dia tak puas hati sebab bila anak bangun, anak akan merunsingkan dia. Anak kecik biasalah runsing kan. Aku perasan, kalau Sabtu Ahad, bila suami pergi kerja… kami anak beranak aman.
Minggu ni job part time takda. Jadi suami kat rumah. Bila dah terlalu biasa asyik kerja je weekend tak sama – sama jaga anak kat rumah, bila hari tak kerja pun tahu nak arah aku je layan anak. Aku dah masak, kan tengah sarat.
Suami hanya tahu makan sendiri je. Aku jugak yang tolong suapkan anak tadi. Dah suap makan tumpah – tumpah aku jugak yang tolong lap, sapu. Suami buat apa? Suami mandikan diri dia lepastu pergi repair motor 125z dia kat depan.
Acah – acah bawak laju dengan kawan malam – malam kat highway lepastu motor tu rosak ha dah nak repair kat rumah. Banyak kali dah cakap, nak buat kerja sendiri, hobi sendiri, bantu lah setelkan anak dulu. Ni anak nak mandi dalam keadaan guna air tadah, dia lepaskan kat aku jugak. Siap cakap kalau tak nak mandikan anak, jangan mandikan.
Tadi aku terlepas cakap “b0doh betul” masa dia hemp4s baldi tu. Aku cakap air tangki semua dah kosong cepatlah tadah air tu. Lepastu dia boleh bagi silent treatment, ignore aku sebab aku dah buat anak bangun dan aku tercakap b0doh. Aku lah tadah dengan sarat perutnya.
Lepas dah g4duh – g4duh aku keluar pergi tolong rumah mak aku sebab ada kenduri. Aku dah masak nasi 5 pot, goreng ayam, masak sambal tumis sebabkan sentap suami boleh tak nak makan. Ya Allah s4kitnyaaaaa hati aku. Aku cakap kenapa tak cakap awal – awal tak nak makan.
Dia boleh psiko aku cakap, TAK SURUH PUN MASAK. Mentalll aku weyh. Selalu kalau g4duh macam ni lah aku kena. Dia akan tukarkan kesalahan tu pada aku. Aku dah malas bertekak. Siap – siap makan sendiri je. Aku nak kena pergi tolong masak rumah mak aku. Ada buat tahliI kat surau harini. Anak pun aku angkut.
Sekali bila malam call suami kat mana, dia kata apa… tengah tolong kakak adik dan mak dia angkut air dari lori tangki. S4kitnyaaaaa hati aku. Aku yang mengandung sarat 7 bulan kat rumah ko boleh tak nak tolong tadah air, rumah mak ko yang takda air ko boleh tolong sama – sama angkutkan air. Sedangkan ada abang lagi sorang kat rumah tu.
Aku? Hanya aku dan dia je yang dewasa dalam rumah kami. Anak aku baru 3 tahun. Kami selalu berg4duh tentang benda kecik macam ni. Suami aku ni pulak jenis yang suka mengarah buat itu ini, dah la bekerja, sama – sama bekerja. Kerja rumah, dia talakan kat aku sorang.
Kerja part time dapat gaji tak dapat kat aku pun. Semua pergi kat barang – barang motor dia je, tak pun kalau baik sikit beli toys untuk anak. Nak masuk anak kedua pun suami masih nak sentap tak tentu hala. G4duh lama – lama, silent treatment lagi. Kalini tak tahulah berapa lama silent treatment dia nak bagi.
Kenapa masih bertahan? Aku perIukan sosok lelaki untuk melindungi aku dan memberi aku title isteri orang untuk tidak diganggu. Kalau aku bercerai, orang yang pernah cuba menc4bul aku hanya tunggu peluang sahaja untuk menc4bul semula sebab dia adalah dari kalangan keluarga rapat aku sendiri.
Belum berani lagi aku nak laporkan ke pihak polis kerana memikirkan seluruh hubungan kekeluargaan yang akan terjejas. Aku pun tak tahu kenapa hidup aku boleh jadi macam ni sekali. Berkahwin tapi tidak bahagia, nak melepaskan banyak bah4ya.
Mudahkan lah urusan ku ya Allah. Suami dah berumur 36 tahun tapi masih berper4ngai macam budak – budak lagi. Semoga aku cepat keluar dari kemelut ini ya Allah. – Puteri (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Shima Ali : Bertahan dengan suami sebab nak elakkan diri dari dic4bul. Tak nak report polis sipenc4bul sebab tak nak hubungan keluarga terjejas. Sanggup k0rbankan kebahagiaan sendiri demi orang tak guna. Adakah adik seorang yang naif?
Tengah sarat mengandung pun dikerah masak untuk kenduri. Hidup di kelilingi orang yang tak ada perasaan simpati. Sanggup diperlakukan apa sahaja. Seumur hidup nak mend3rita ke dik? Semoga adik diberi kekuatan untuk mempert4hankan diri. Berehatlah bila rasa penat. Pedulikan orang sekeliling, bila laki tu lapar, taulah dia cari makan sendiri. Semoga suatu hari adik nanti berjaya menemui kebahagiaan.
Noorsuriati Ahmad Fauzi : Taknak cerai sebab harapkan suami jadi pelindung ? Celah mana yang dia MELINDUNGI? Sebab tengok u surv1ve sendiri je. Lagi satu, cerita panjang – panjang lepas tu mengandung. Dalam suami tak tunjuk dia boleh bertanggungjawab, proses pulak anak kedua. Kalau tak kesian kan diri sendiri, kesian kan anak tu nanti. Tolonglah, cukup setakat dua ni je. Nanti cari lah kerja, hidup dengan anak – anak je.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.