Suami king control. Setelah berbelas tahun kahwin, 3 orang anak, baru saya tahu suami guna b0moh untuk dapatkan saya.. Saya lari..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami terlalu takut saya jumpa lelaki lain. Dia tak bagi saya kerja, keluar rumah. Setiap malam dia akan isi minyak kereta penuh supaya saya tak berhenti isi minyak jumpa orang. Akhirnya Tuhan nak tunjuk, apa yang suami sembunyikan…

#Foto sekadar hiasan / AI. Last week saya dapat tahu sisi sebenar suami saya. Saya tak sangka dia dalang untuk saya putus dengan bekas kekasih saya. Setelah berbelas – belas tahun baru Allah nak tunjuk semuanya. Masa saya belajar di upm, saya bercinta dengan Razid.

Tapi dengan suami ni, saya dah kenal dari zaman sekolah lagi. Ibarat kami ni macam best friend. Suami saya takde kawan – kawan lain, hanya saya ja. Tapi saya ramai ja kawan. Dari sekolah apa saya buat, semuanya suami tiru.. Kelab ke, sukan ke, semua join sama – sama.

Malah, rumah kami pun berdekatan ja. Ramai kat sekolah kata kami couple, tapi kami macam kawan – kawan ja. Saya pun takde perasaan pun kat suami. Actually spark tu macam pernah ada, tapi suami saya tak tunjuk apa – apa sign. Pernah rasanya saya tanya soal perasaan tapi dia menafikan. So lama – lama feel hilang macam tu ja la.

Kalau dari awal dia berterus terang tentang perasan dia, mesti saya terima ja. Walaupun dia rasa fizikal dia adalah kekurangan dia sebab tu tak berani cakap. Tapi saya tak pernah pandang fizikal dia pun. Habis spm, kami sebenarnya tak dapat u yang sama pun.

Tapi suami saya beriya nak sama dengan saya jugak. Spm kami ada beza. Jurusan yang dia pilih ikut sama macam saya. Tapi dia tak dapat pun. Tak salah saya masa tu kita letak 3 university pilihan. Tapi satu pun dia tak dapat. Saya tak ingat la dia buat macam mana tah. Pakai kabel sana sini jugak la kot. Buat rayuan semata nak upm jugak.

Oh ya, family suami saya agak berada. Ayah dia kenal ramai orang jugak. Suami saya empat beradik. Dia anak kedua dan dia sorang ja lelaki. Sebabkan dia anak lelaki tunggal, mak dan ayah dia sangat manjakan dia. Apa saja dia nak, semua mesti dapat.

Lagi satu, kaki suami saya macam tempang sikit. So memang family dia sangat utamakan dia berbanding sibling lain. Suami pun selalu jugak cakap dengan riak bongkak, apa saja dia nak, dia mesti akan dapat. Tak pernah dia tak dapat. Jadi, akhirnya dia dapat jugak masuk upm. Tapi jurusan kami tak sama.

Razid sama kos dengan saya. Mula saya tak pernah cakap kat suami pun pasal Razid. Suami saya kat u pun agak obses dan kongkong saya. Dia seolah – olah tak boleh terima gaya hidup saya kat u. Tapi saya abaikan semua tu sebab saya anggap dia care kat saya. Saya tetap macam diri saya.

Sampai la saya kenalkan dia dengan Razid. Masih saya ingat, muka suami saya agak down. Saya pulak rasa bersalah masa tu. Lepas tu lama dia senyap. Akan jauahkan diri dari saya. Dia buatkan saya rasa sangat bersalah. Akhirnya dia mengaku dia dah lama suka saya la.

Kononnya dia berniat nak meminang saya bila dah kerja nanti. Tapi saya dah suka kat Razid. Tak mampu nak mainkan hati Razid. Masa tu adalah satu saat yang paling str3ss dalam hidup saya. Macam – macam keadaan saya terp4ksa hadapi. Pun begitu, saya sayangkan suami as a good friend. Saya sangat selesa dengan dia. Cuma takde perasan cinta.

Suami pun lepas tu seolah – olah hormat tentang pilihan hati saya. Dia dah tak buat per4ngai psiko lagi. Lepas tu katanya nak berhenti upm. Dia kata dia tak boleh tengok saya dengan laki lain. M4kin rasa bersalah saya. Sebab benda ni melibatkan education dan future.

Saya banyak kali meng4muk kat suami jugak la. Razid time tu banyak tenangkan saya. Mintak focus pada pelajaran. Kami kan satu fakulti, so adanya Razid buat saya tenang sikit walaupun banyak dihimpit rasa bersalah kat suami. Tapi lepas tu suami tak jadi berhenti upm.

Walaupun dulu dia bagi alasan kos tu susah. Dia tak boleh bawak. Tapi lepas tu dia focus study dia. Kami dah jarang jumpa dan contact. Seolah – olah orang putus cinta. Walaupun s4kit sangat hati saya, tapi saya jugak hormat keputusan suami.

Hal ni family kami dapat tahu. Diorang masihatkan suruh focus study, jangan g4duh – g4duh. Lama lepas keadaan tu surut, satu – satu perkara tak baik pasal Razid kecoh. Kata dia langgan gro la, pakai guna – guna la. Dia sewakan dvd Iucah la. Dan macam – macam lagi la.

Razid pun agak str3ss pasal ni. Time tu zaman sms. Media social takde lagi. Saya jugak ada terima sms dari number tak kenal mintak jauhkan diri dari Razid dan sebagainya. Razid m4ti – m4ti tak mengaku semua tu. Dia cuma mengaku pasal sewa dvd tu ja.

Tapi tu pun sekali ja katanya. Jujurnya saya sangat tertekan dan tak boleh focus study. Ada subject sampai saya repeat. Saya hidup dalam keadaan serabut sebab kerap terima surat layang jugak. Masa tu hanya suami saja tempat saya bersandar.

Saya keliru dan str3ss banyak benda. Suami pulak masa tu cerita macam – macam perkara tak baik pasal Razid. Dia kata Razid seorang penipu. M4kin saya jadi keliru dan takut. Saya percaya bulat – bulat pasal semua fitnah suami saya. Razid dapat tahu hal ni, dia berg4duh dengan suami bila tahu suami fitnah dia.

Benda tu sangat kecoh time tu. Sampai nak bertvmbuk diorang tu. Akhirnya saya buat keputusan untuk putus dengan Razid. Walaupun saya sayangkan Razid tapi suami asyik menekan saya suruh putus. Saya memang tak tahu nak buat keputusan.

Suami tanya dia tak penting ke. Kenapa saya percaya Razid berbanding dia. Banyak soalan – soalan psiko dia memer4ngkap saya. Saya tak mampu bagi jawapan. Apatah lagi suami cakap pasal makan budi. Lagi saya tersepit. Lepas tu suami cakap dia masih sayang saya. Masih nak teruskan plan dia.

Saya cuma cakap saya nak focus study. Saya tak nak fikir cinta lagi. Suami macam lega lepas tu. Tapi diam – siam saya berkawan balik dengan Razid. Kan kami satu kos. Hati saya macam tak boleh terima Razid macam tu. Dia pun asyik pujuk saya ja masa tu.. Akhirnya saya couple balik.

Saya tahu Razid baik. Kita boleh rasa orang tu macam mana. Sebab tu saya kawan balik. Malah lepas habis degree, saya masih kawan dengan Razid. Tapi suami saya tak tahu. Hati saya berat nak bagitau dia. Cuma suami jugak menekan – nekan suruh terima cinta dia. Sebab dah habis belajar kan masa tu.

Tapi tak tahu kenapa, hati saya memang takde perasaan kat suami. Akhirnya saya berterus terang dengan suami yang saya nak kahwin dengan Razid. Suami agak berang ketika tu.. Kata saya tipu dia la apa la. First time suami saya meng4muk sakan.

Saya sampai takut dengan dia. Keluarga dia tenangkan dia. Suruh terima kalau tak de jodoh. Lepas tu dia macam ok sikit. Tapi lama – lama tu perasaan saya dekat Razid m4kin tenggelam.. Saya mula angau kat suami pulak. Mula – mula rasa risau kat dia. Fikir dia ok ke apa ke. Saya mula contact dia.

Lepas tu macam rasa bersalah la. Kat office pun saya macam tak boleh focus kerja. Gelisah fikirkan suami. Lepas tu Razid pun seolah – olah macam berubah. Jadi panas. Kami kerap g4duh. Lepas tu putus terus. Saya bagitau suami saya tak jadi kahwin dengan Razid. Suami terus cakap dia betul – betul sayang saya. Nak jaga saya. Saya pun rasa sayang kat suami.

Akhirnya kami disatukan. Sekarang ada tiga orang anak. Selama jadi isteri dia, dia memang seorang yang kuat cemburu dan king control. Semua tu saya telan fikir ini adalah asam garam rumahtangga. Lain dari tu, saya cuma fikir dia agak protective.

Minyak kereta pun setiap malam dia pergi isi penuh – penuh. Tak nak saya berhenti isi minyak takut orang ngorat katanya. Dulu dia memang p4ksa saya berhenti kerja. Siap dia tangung family saya semata tak nak saya guna alasan kena kerja sebab nak bantu mak ayah.

Tapi saya nak jugak kerja sebab kadang – kadang saya str3ss jugak dengan dia. Akhirnya dia akur. Tu pun dengan syarat dia hantar dia ambik. Mula saya ok. Lama – lama saya str3ss. Saya habis kerja pukuI 4.30, dia pukuI 6 habis. Nak ambik saya dekat pukuI 7 baru sampai. Saya kena tunggu sorang – sorang berejam.

Lepas g4duh, dia belikan saya kereta. Tu pun sehari 100 kali akan call. Saya hadap ja semua tu. Minyak semua dia isi siap – siap macam saya cakap tadi. Dia tak nak saya jumpa sesiapa pun. Tempat kerja sekarang pun puas dia yang tapis. Dulu semuanya dia reject. Alasan macam – macam.

Orang lain kerja sebab nak duit, saya kerja sebab nak tenang – tenang. Bila fikir nak balik rumah, ya Allah serabutnya. Lewat seminit pun, 100 kali dia call tanya dah sampai ke tak. Sekarang hp dah canggihkan. Jadi dia akan video call nak tengok betul ke jem. Saya kat mana. Saya dengan siapa.

Bertahun kahwin pun per4ngai dia sama ja. Langsung tak berubah malah m4kin teruk. Mujur ada anak – anak, hilang sikit focus saya pada dia. Sebenarnya banyak lagi la per4ngai psiko dia saya telan sorang – sorang. Nak mengadu takut susahkan orang.

Kalau mengadu kat family pun orang just cakap sabar la.. Biasa la. Laki macam tu la. Akhirnya saya pun dah lali. Tapi berder4u hati saya bila dapat tahu dia yang fitnah Razid, dia yang gunakan ubat guna – guna pada saya dan Razid. Semua kejahatan dari awal – awal dia yang buat satu – satu tuhan tunjuk sekarang ni.

Alasan dia simple ja. Dia buat sebab dia sayang saya. Dia nak jaga saya. Dia yakin takde orang boleh jaga macam dia. Tapi kononnya saya lebih percaya Razid yang baru muncul dari dia. So dia takde pilihan sebab tu pisahkan kami. Semudah tu ja kan..

Sekarang macam mana saya nak hidup dengan orang macam ni. Saya pulak dah macam mental sekarang ni. Fikir dia buat apa – apa dekat saya ke. Letak apa – apa dalam makanan ke, sapu apa – apa ke. Ya Allah kenapa la berat sangat ujian saya.

Ayah dia senang ja cakap. Benda dah jadi. Anak pun dah tiga. Kalau takde jodoh semua tu tak jadi jugak. Maafkan anak dia dan hidup ja macam biasa. Fikir masa depan anak – anak. Apa yang suami buat, pandai la dia tangung sendiri. Senangnya korang ni kan.. Emosi aku mental aku macam mana???

Saya sekarang dah berhari kat rumah mak. Saya macam tak boleh tengok muka suami dah. Suami saya dok pujuk merayu macam – macam la. Tapi hati saya sumpah rasa sangat kosong… – Wawa (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.