
Bayangkan la cucu je ada 13 orang. Dewasa pulak ada 9 orang. Bilik tinggal 1 je untuk tukar baju, nak menyusu. Itupun tengah aku menyusu anak, ada je yang datang intai. Belum cerita bab pampers anak longgok depan tandas..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi semua. Nama aku Jalen, umur awal 30an, dah berkahwin dan ada 4 orang anak. Tahun ni, masuk tahun ke 10 perkahwinan aku dengan suami. Aku intro serba sedikit point yang aku rasa berkait dengan apa yang aku nak cerita.
Tiap kali masuk bulan Ramadhan, hati aku akan jadi berat sebab dah tahu apa yang perlu aku hadap Syawal nanti. Aku datang dari keluarga yang boleh dik4takan senang. Ibu dan ayah aku make sure tiap dari kami ada bilik sendiri, privacy untuk diri dan pasangan sangat diambil berat.
Bukan jenis yang terjah masuk bilik kelamin anak – anak walaupun bilik tu dalam rumah mereka. Aku dan suami aku tinggal di sebuah negeri di pantai timur jauh dari kedua – dua keluarga. Kedua – dua keluarga kami tinggal dalam sebuah negeri di selatan.
Sudah menjadi kebiasaan kami setiap tahun bila menjelang Aidilfitri untuk pulang ke kedua – dua kampung. Cuma raya pertama dan kedua di mana tu selalunya mengikut giliran. Kalau tahun ni raya pertama dan kedua di rumah ibu ayah aku, tahun hadapan akan beraya di rumah mertua dulu, dan raya ketiga keempat di rumah ibu ayah.
Aku kahwin muda masa usia di awal 20an. Waktu tu, aku baru habis degree dan ibu ayah buat keputusan untuk kahwinkan aku. Ibu ayah mendirikan rumahtangga lewat. Jadi, sebagai satu – satunya anak perempuan ibu ayah, mereka nak aku kahwin awal, nak menimang cucu katanya.
Aku kenal suami aku pun daripada kenalan kami. Kenal tak lama, dan berkahwin. Aku pun tak sempat kenal keluarga suami sebelum berkahwin. Okay, berbalik pada cerita asal. Suami aku berasal dari kampung. Keluarganya tinggal di rumah w4risan atok neneknya.
Aku tak kisah bab tu sebab walaupun aku dibesarkan dengan keselesaan, ibu ayah juga didik aku untuk sentiasa hormat situasi orang lain. Yang menjadi isu bagi aku ialah, rumah mertua aku hanya ada 2 bilik yang boleh digunakan. 2 lagi bilik lain, aku tak tahu disimpan apa.
More to barang – barang yang dah tak boleh digunakan. Mak mertua aku suka simpan barang – barang. Barang – barang yang disimpan tu mostly dah tak boleh guna / dimakan anai – anai dan kebanyakannya barang arw4h bapa mertua yang disimpan sebagai kenangan.
Masa aku kenal dengan suami aku pun, arw4h dah lama meninggaI. Jadi, bila raya, adik beradik suami aku semua dah kahwin. Dan adik beradiknya yang lain pesen raya rumah mertua aku dulu. Aku pun tak faham kenapa diorang tak beraya rumah mertua diorang.
Sebab alasan yang aku selalu dengar ialah diorang tak selesa rumah mertua diorang. Jadi tiap tahun, rumah mak mertua aku ni memang meriah la. Korang bayangkan la cucu je ada 13 orang. Dewasa pulak ada 9 orang. Adik ipar aku yang bongsu, duduk dengan mertua.
Jadi dari 2 bilik yang boleh digunakan, 1 adik ipar aku dah ambil sebagai bilik dia. Tinggal lah 1 bilik lagi untuk kami menyusu baby, tukar baju dan sebagainya. Bilik air ada 1 dan 1 tulah berebut semua. Adik ipar yang stay dengan mertua tu, ada anak – anak kecik yang masih pakai pempes.
Satu benda yang aku tak selesa ialah, pempes yang bern4jis tu dibiarkan berlonggok depan bilik air. Aku pun ada anak kecik. Tapi tiap kali balik kampung, memang suami aku kumpul pempes anak aku dan buang kat tong depan. Tapi adik ipar aku dengan suami dia tak.
Selagi mak mertua aku tak buang, dia memang biar je berlonggok penuh dan busuk. Aku tak boleh tau bab – bab kebersihan ni. Sebab aku ni cepat geli. Kat rumah aku, suami aku memang dah tahu aku tak suka benda kotor dibiar tak dibuang. Empat – empat anak aku pun aku train jaga kebersihan.
Puas dah tegur bab ni, tapi kesan dia macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sampai kadang – kadang ada antara beradik yang tolong buangkan sebab penuh berlonggok tepi bilik air. Lagi satu, aku datang dari family yang menjaga batas, jaga aurat.
Ibu ayah aku memang tekankan isu mahram, isu aurat ni. Tapi berbeza dengan keluarga mertua aku. Biras – biras dan ipar – ipar aku jenis selamba je keluar bilik air berkemban. Plus bila berkumpul ramai – ramai time raya, aku je yang bertudung tapi yang lain sorang pun tak pakai tudung.
Tapi bila keluar berjalan, masing – masing pakai tudung. Aku lemas dengan situasi macam ni. Sebab aku tak biasa, aku tahu benda tu d0sa, aku rasa macam aku termasuk dalam golongan tu sekali walaupun aku jaga batas – batas tu. Anak – anak buah aku yang dah besar – besar pun selamba je tukar baju open depan – depan hall. Aku yang malu tengok. Mak – mak diorang relax je.
Satu lagi bab ibadah. Family aku dah biasa solat jemaah, pergi tarawikh, malam raya bertakbir raya sama – sama. Tapi berbeza dengan family mertua aku. 10 ramadhan terakhir tu memang diorang isi dengan kejar buat kuih raya, anyam ketupat. Malam raya takde takbir.
And part yang sedih, ada yang tak jaga solat pun. Serious aku benci tau. Aku benci bila tiap tahun aku kena hadap benda tu. And aku tak boleh nak luah yang aku tak suka benda tu. Belum masuk lagi bab menyusu. Bila bilik ada 1 je, semua lah kejap – kejap masuk bilik tu.
Suami aku biasa akan suruh aku dan anak – anak tidur bilik tu sebab aku menyusu. Kadang – kadang tu malam – malam, aurat ada lah terbuka sikit sebab menyusu. Tapi ada je yang menjengah masuk. Kadang – kadang tu ada yang saja – saja ngendap tengok kita buat apa.
Kita tengah selak nak menyusu orang ngendap, kita nak tukar baju orang masuk je. Alasan alaaa sama je kau punya aku punya, kau punya bini aku punya. Str3ss tau. Kalau korang seorang yang menjaga aurat, korang mesti faham. Aku tak suka situasi tu.
Tapi aku tak boleh nak cakap pada suami aku yang aku tak suka beraya sana. Mesti suami aku akan kecil hati kan. Korang mesti ada yang fikir, part family sendiri aku tak complaint pulak. Bukan tak complaint, tapi rumah ibu ayah, masing – masing ada bilik masing – masing, privacy masing – masing.
Ibu ayah dan adik beradik aku takkan saja – saja jengah bilik kelamin beradik lain. Plus rumah ibu ayah, memang ibu ayah dah pesan, pempes anak masing – masing, tanggungjawab masing – masing, jangan sampai ibu ayah pula kena buangkan.
Ibu ayah aku tegas. Jadi kami adik beradik memang berdisiplin dan cukup jaga bab aurat dah batas sesama bukan mahram. Masa awal aku kahwin dengan suami dulu pun, cukup payah aku nak ubah dia. Suami aku dulu bukan orang yang jaga solat.
Sebab dia sendiri mengaku dia tak diajar solat. Suami aku pun tak pandai mengaji. Dulu masa awal kenal, suami pakai seluar pendek, pakai rantai. Akulah yang usaha ubah dia, tegur dia, and ingatkan dia bab tak boleh salam bukan mahram.
Masa awal kahwin dulu, suami aku memang zero. Duit pun takde. Duit hantaran pun dia buat loan. Masatu pendidikan dia pun di tahap sijil sahaja. Tapi Alhamdulillah aku dorong dia dan sokong dia. Tahun lepas, dia berjaya menamatkan pengajian di peringkat master dan sekarang mempunyai kerjaya yang baik.
Belum masuk lagi bab pilih kasih. Mak mertua aku ni, ada sikap pilih kasih sikit. Cucu dari anak perempuan dia cukup ditatang. Tapi cucu dari menantu perempuan, dia buat tak layan. Sedangkan kalau ikut dari 12 orang cucu dia, hanya anak – anak aku je penyambung keturunan dia, sebab suami aku sahaja yang ada anak – anak lelaki.
Ada tak korang yang lalui situasi macam ni? Kadang – kadang tu time Syawal aku rasa nak lari je. Aku tak nak balik dua – dua kampung bagi adil. Sebab aku letih hadap situasi yang sama tiap tahun. Tapi aku kesian suami aku. Sebabtu even dah 10 tahun aku hadap situasi ni, aku tetap sabar. Aku tahu korang akan judge aku. Tapi aku yang lalui situasi ni, penat. – Jalen (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Nor Suhada Razali : Situasi hampir sama. Cuma bukan rumah mertua. Ok first kena ingat, kita yang masuk keluarga dorang. Dah memang itu yang diajar oleh mak bapaknya jadi kita nak ubah pun susah sebab semua dah besarkan. Jadi biar la awak tu jadi yang asing.
Saya lagi lah takde bilik memang tido ramai – ramai dekat luar. Jadi kita ambik port yang paling hujung, nak susukn anak senang, tido maintain pakai tudung. Pakai je tudung sarung sentiasa mudah, baju menyusu jenis selak. Nak susu anak pun cari port hujung – hujung. Pakai nursing cover ke..
Bab tukar baju memang terus ambik baju masuk toilet, tukar terus baju kat situ. Setakat ni saya rasa awak boleh hadapkan. 10 tahun dah kawen. Jangan samakan didikan mak ayah kita dengan didikn keluarga dorg. Nak cari homestay pun kalau saya tak berbaloi sebab jauh giIer. Ni situasi saya ye. Lagipun duduk sehari je. Setahun sekalikan itupun kalau raya beIah suami jadi boleh hadap.
Khalas Qabbani : Akar semua cerita perempuan kat ni semua sama, salah pilih suami. Perkenalan singkat. Tak sangka itu ini. Kalau kau memang dah tau dari awal sebelum kahwin dia memang tak solat tak ngaji, pakai seluar pendek, pakai rantai, kau yang solehah kenapa pergi pilih si polan camtu jadi suami? Kan tengok je dah tau manusia jenis apa macam tu.. kalau bab keluarga dia apa la lagi kan? hah, sekarang kau sendiri serabut.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.