Sepatutnya aku bersalin normal, tiba-tiba kena Czer. Aku benci anak. Aku ingat dapat anak lelaki, rupanya perempuan. Aku benci anak..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku rasa suami aku dah tak sayang aku. Suami aku sayang anak aku je. Aku rasa jealous sebab suami aku sanggup bersengkang mata demi anak. Suami aku lebihkan anak. Bila dia lebihkan anak, aku rasa tak disayangi dah…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hidup aku berubah selepas ada anak. Bermula daripada aku czer, sepatutnya aku normal, tapi disebabkan aku tak kuat nak teran, aku emergency czer. Aku macam tak dapat terima aku czer. Apa yang aku doa, yang aku amalkan sewaktu pregnant mengaji Surah Maryam selalu tapi Allah tak izinkan untuk bersalin normal.

Aku tr4uma. Hati aku belum cukup kuat untuk redha. Aku tahu kehendak Allah tu yang terbaik, tapi bila diri sendiri yang lalui, tak boleh nak reda. Aku tak rasa sayang sangat kat anak aku. Aku mengharapkan aku dapat anak lelaki. Masa pregnant pun, instinct aku kata aku dapat anak lelaki.

Orang – orang pun tengok perut aku, kata laki. Baby kuat tendang, ingat lelaki. Rupanya perempuan. Aku jadi takut nak didik anak perempuan. Lepas bersalin, aku langsung tak tahu jantina anak aku. Aku tak dapat tengok. Esoknya baru dapat tengok.

Kadang – kadang aku terdetik, ni betul ke anak aku? Sampai rasa entah – entah tertukar. Tapi ni bukan drama. Aku tahu tu. Lepas aku boleh discharge, wad pula, anak aku still kat wad. Aku tak nak jaga pada mulanya sebab aku takut. Susu aku belum keluar.

Aku positifkan diri aku since aku ni orangnya sangat positif. Masa jaga anak, aku tak dapat nak direct feeding sebab anak tak reti latch, nipple aku inverted. Lagi aku down, rasa macam mak yang tak berguna. Dah jaga anak pula, waktu malam meragam.

Aku tahu tu biasa je untuk baby. Nurse pula cakap, “Anak awak paling kuat nangis.” Lagi aku down. Hari – hari aku doa masa pregnant, aku dapat anak yang mudah diuruskan. Nampak aku salahkan takdirkan? Aku tahu tu semua tak patut untuk aku rasa. Aku hanya h4mba.

Aku rasa Allah tak makbul doa – doa aku sebab aku banyak d0sa. Aku tahu d0sa aku setiap hari terlampau banyak. Aku jadi nak nangis sentiasa. Aku tetap jaga anak sebaik mungkin, walau aku rasa aku jaga tu sebab kesian ke, sebab apa entah. Aku belum ada rasa sayang yang kuat untuk anak aku.

Setiap hari aku rasa ada yang berbisik, baik anak kau tu takde. Kau tu tak layak lagi jadi ibu. Kau tak kuat dari masa bersalin lagi. Dah balik rumah pula, aku sambung nangis, tapi sorok – sorok. Aku rasa suami aku dah tak sayang aku. Suami aku sayang anak aku je.

Sampai aku rasa nak je cakap kat suami aku, cari je la ibu yang boleh jaga anak ni. Tapi aku tak cakap la. Semua aku pendam, apa yang aku rasa. Setiap hari aku rasa aku tak cukup kuat nak jadi ibu. Anak aku dah balik rumah, minggu pertama dan kedua tak banyak ragam.

Waktu malam elok je tidur sebab dia kuning. Masuk je minggu ketiga, dia dah tak nak tidur malam, nak beriba je sampai aku penat. Suami aku baik sangat jaga anak aku. Tu pun aku rasa jealous sebab suami aku sanggup bersengkang mata demi anak. Suami aku lebihkan anak.

Nampak kan aku tak bersyukur? Aku tahu apa yang aku rasa tu salah, tapi aku tak dapat deny apa yang aku rasa. Aku cuba untuk sayang anak aku. Ada perasaan sayang tu, cuma tak banyak. Aku yang minta kat Allah aku nak anak. Allah dah bagi aku anak.

Bila dah dapat, aku rasa aku belum layak jadi ibu. Aku tak bersyukur, kan? Setiap hari aku fikir, apa aku nak buat untuk hilangkan rasa ini? Apa yang perlu aku buat untuk sayang anak aku sepenuh hati? Aku nak bagi susu ibu, anak aku tak nak.

Aku pump susu bagi anak aku minum susu aku. Aku nak anak aku sihat dengan minum susu aku, walaupun susu aku sikit. Aku campur susu formula nak bagi anak kenyang. Setiap hari aku risaukan keadaan anak aku. Adakah tu rasa sayang? Tapi aku rasa aku kesian je kat anak aku.

Suami aku cakap dia nak tengok anak aku membesar. Lagi aku rasa serba salah kalau tak jadi ibu yang baik. Bila teringat ayat tu, aku nangis. Sebelum ada anak, suami aku curahkan kasih sayang sepenuhnya untuk aku. Bila dah dapat anak, aku rasa kasih tu dah tak ada untuk aku.

Suami aku masih sayang aku, cuma perasaan aku je yang rasa macam tu. Dia buatkan macam – macam untuk aku. Tapi bila dia lebihkan anak, aku rasa tak disayangi dah. Aku tahu perasaan aku tu tak valid. Mula la akan terdetik lagi macam – macam. Baik kau m4ti je, takde orang dah sayang kau.

Bila anak kembung, suami aku cakap aku makan yang berangin. Bila ada tak kena sikit dekat anak, semua tala ke aku salahnya. Aku start rasa nak nangis balik. Aku pun risau la kat anak. Aku pandang muka anak aku. Aku minta maaf kat dia sebab tak dapat jadi ibu yang baik.

Kadang – kadang aku rasa baik aku m4ti, nanti orang boleh jaga anak aku dengan baik, kan? Apa – apa pun, aku tahu apa yang aku rasa ni salah. Aku macam menyalahkan takdir. Aku tak bersyukur. Aku tak reda. Apa yang perlu aku buat? – Riri (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.