
Memang dah ramai jiran komplen, ada tu lagi kesian, mercun sampai masuk dapur rumah. Kucing dorang pun memerut dekat laman rumah aku. Aku ni baru je berhajat nak bagi juadah hari raya..
#Foto sekadar hiasan / AI. Dua hari lalu, depan laman rumah aku, ada kontraktor datang dan mesin rumput. Setelah mereka beredar, aku pun nak kautlah rumput – rumput mesin itu dan ingat nak longgok dekat sekeliling pokok serai aku, supaya jadi baja tambahan untuk serai yang bakal aku gunakan untuk buat rendang nanti. Selalu serai tu aku ambil untuk buat tomyam.
Tapi semalam, aku memang naik h4ntu. Aku tengok pokok serai aku dijilat api. Jiran sebeIah aku ini duduk menyewa, si laki nya jatuh muflis sebab bisnes terlungkup. Anak dia dah main mercun depan laman aku dan bakar pokok serai kesayangan aku, aku menjeritlah beritahu suami, dia keluar dan pancut air macam bomba dah. Budak yang menyebabkan kebakaran lari masuk rumah.
Aku panggil – panggil mak dia, h4ram nak menyahut. Aku pun mulalah nak bagi kaw kaw kat dia, sebab aku tahu seluruh keluarga dia akan dengar, cuma takut nak bertentang mata dengan aku. Yang menjadikan aku marah, bukan apa. Bulan lepas laki dia yang separa beng0ng (akibat tidak boleh terima kebankrapannya itu) dah bakar pokok pisang montel aku.
Aku pun tak tahu lah apa d0sa aku, sepanjang berbelas tahun kami duduk di sini, kami tak pernah ada masalah dengan jiran – jiran lain, bila dia masuk sahaja orang sebeIah ni. semua orang komplen, sebab lakinya suka sangat membakar rumput – rumput kering di sekitar kawasan kami.
Aku sampai takut nak tinggalkan rumah, takut dia bakar pula rumah kami. Aku g4ntung notis di pokok pisang itu. “Tolong jangan bakar pokok pisang ini…” lagipun bukan di kawasan dia, walaupun itu “No Man’s Land”. Aku nampak anak dia balik sekolah kejap tadi, aku keluar rumah aku tanya kat dia, “Kenapa kau bakar pokok aku? Kau ini ada sawan bakar eh?” Dia tunduk je, macam alim dan baik. Mak dia nampak aku, terus lari…
Aku tak pernah berg4duh dengan jiran – jiran aku, sebab kami semua faham tanggungjawab masing – masing. Aku rasa dorang sekeluarga memang ada masalah, sebab laki dia tak pernah bawa bini dan keluarganya berjalan – jalan macam orang lain, mungkin tiada duit lah kot.
Budak tu pernah masuk pagar rumah aku. Mungkin, dia tersepak bola lintas masuk kawasan rumah. Selamba sahaja buka pagar aku yang berkunci, handal budak itu boleh buka pagar yang berkunci. Dia ambil bola, lepas itu biarkan pagar terkangkang, siapa tidak hangin. Dah lah orang asing ramai kat sini.
Dia juga ada kucing, kalau dia lepaskan kucing dia itu, mesti kucing dia “memerut” depan rumah aku sebab berpasir. Jiran – jiran pun semua komplen. Dia buat muka seposen je la macam tidak ada perasaan sahaja. Aku kesian tengok bini dia itu, mungkin juga tekanan.
Asyik terperap sahaja dalam rumah uruskan anak – anak dan juga kadang – kadang laki bawa balik “rakan – rakan” seperjuaangan bermalam di rumah itu. Aku tak mahu menjadi kepo tetapi aku kesian dengan perempuan itu, pada usia yang muda, satu pembaziran hanya duduk di rumah, takde kemahiran untuk membantu suami yang sudah rosak itu.
Tapi lantak kau lah, jangan kau bakar pokok serai aku lagi sudah. Ini kalau dibiarkan, mahu bakar kereta orang ini sebab anak – anak dia suka main mercun baling masuk rumah orang, Tapi dua hari ini budak – budak itu senyap sahaja, macam tikus jatuh ke beras.
Boleh tahan ke berjiran dengan orang macam itu? Kitorang diam bukan maknanya diorang boleh buat sesuka hati diorang. Aku tak heran kalau dia tak ganggu hidup jiran – jiran kat sini tapi ini dah mengganggu. Mak ayah pun h4ram keluar nak minta maaf.
Aku tanya jiran lagi seorang tu, lagi parah. Anak dia baling mercun padi, meIetup – Ietup masuk ke dapur dia. hah. Kalau terbakar macam mana? Yang bakar pokok pisang aku tengah berbuah itu si BAPAK nya, itu lah pasal anak – anak pun ikut per4ngai bapak.
Sekarang aku tak layan secara lisan dah, aku diam sahaja. Aku perhati je budak tu, tunduk sahaja dia setiap kali mata aku bertentang dengan dia. Kalau tak rasa dan tak kena, tak tahu macam mana geramnya kita. Masalahnya dorang tidak ada rasa hormat kat harta orang lain, jiran – jiran. Jadi macam mana kita nak hormat dia orang??
Kat sini ada juga ahli persatuan bercakap – cakap, keluarga itu tak pernah bayar yuran tetapi setiap kali ada makan – makan atau jamuan persatuan, dia anak beranak akan datang dan siap TAPAU lagi. Aku kesian tapi sikap sombong dan berlagak itu yang aku tak tahan.
Satu lagi, laki dia ni pernah melastik burung waktu pagi (sewaktu para suami keluar bekerja) dan batu lastiknya tu kena cermin kereta aku, retak lah. Tapi aku takut nak jumpa dia sebab laki dia ini beng0ng sikit, nanti dia meng4muk TOK MUDIM. Maklumlah orang tengah masalah ni, tekanan memanjang…
Hah.. masih boleh suruh sabar ke????? Kalau minta ganti rugi, mesti dia kata dia tidak ada duit. Apa macam? Elok – elok aku nak bagi dia juadah di hari raya ni, langsung aku batalkan niat aku. Ini lah dugaan di bulan puasa…
Komen Netizen :
Raisya : Banyakkan bersabar di bulan mulia ini. Aku pun hangin juga dengan jiran. Duduk apartment, faham – faham jelah. Jiran tingkat atas macam tak reti nak hormat jiran bawah. Bising manjang… ketuk – ketuk lah dan sebagainya. Tapi bulan puasa ini kurang sikit pula… alhamdulillah lah. Sabar saja lah ya.
Intan : Sabar bebanyak ye. Tekanan kot jiran ko tuh. Laki tengah tak ada duit. Anak plak ligat agaknyer. Erm… sekurang – kurang dia datang ler mintak maaf sebab anak dia dah terbakar pokok serai ko tuh. Tapi dia boleh main cak – cak lak dengan ko.
Lepas ni, ko tanam jauh – jauh skit dari kawasan dia tu. Kalau pokok – pokok serai tu, ko tanam dalam pasu dan boh dalam pagar rumah ko. Kalau dia masuk bakar gak pasu ko tu, memang anak dia ada masalah mental ler aku rasa.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.