
Bibir anak kering, suami salahkan aku kenapa tak bagi air masak. Anak itu, ini, semua salah aku. Anak lambat cakap (speech delay detect) pun salah aku. aku yang dipertanggungjawabkan. Dia sebagai seorang ayah, apa dia buat?
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum… Terima kasih admin tolong post luahan hati aku. Aku seorang suri rumah, masuk tahun keempat, ada dua anak lelaki berumur 1 tahun 6 bulan dan 3 tahun lebih. Sejujurnya, aku rasa hilang semangat hidup. Penat mental dan fizikal.
Aku dan anak – anak banyak masa terkurung saja dalam rumah sebab suami sibuk. Aku tak pandai drive, tak ada lesen, pandai bawak motor saja. Sejak nikah memang duduk jauh dari family ikut suami. Ceritanya hari ini, appointment anak pasal perkembangan dia.
Pagi – pagi lagi aku dah kena sound dengan nurse kaunter sebab aku nak bayar cash RM1, tapi zaman sekarang rupanya kena transfer walaupun RM1 saja. Dia cakap, pinjam saja sesiapa dulu transferkan, dengan nada marah – marah. Semua yang duduk dekat situ tengok aku.
Aku ni baru tahu apa – apa kena online transfer sebab lama dah aku tak berurusan dengan kaunter – kaunter ni. Aku jarang main sosiaI media, tak tahu isu – isu semasa. Aku sambil dukung anak terpinga – pinga nak pinjam orang, malu. Last – last aku keluar cari suami, minta dia transferkan dekat kaunter.
Sebabnya, Maybank2u aku ada masalah Secure2u lepas tukar telefon, kena aktifkan dekat ATM dulu. Jadi, tak boleh nak buat transaksi. Suami datang, terus nurse tu blah. Dia tahu kot, aku cerita dekat suami yang dia marah – marah aku tadi.
Dengan suami pun aku s4kit hati sebenarnya. Aku tengok orang lain, suami teman isteri masuk sekali. Aku ni asyik seorang diri handle. Apa salahnya dia masuk sekali, dengar apa doktor nak cakap pasal perkembangan anak? Tapi tak, dia fikir semua tu tanggungjawab aku, bab anak.
Dari sekecil – kecil perkara tentang anak, aku yang dipertanggungjawabkan. Bibir anak kering, dia salahkan aku kenapa tak bagi air masak. Anak itu, ini, semua salah aku. Anak lambat cakap (speech delay detect) pun salah aku. Aku rasa aku buat yang terbaik saja untuk anak, aku jalankan tugas aku tapi dia sebagai seorang ayah, apa dia buat?
Dia rasa dia bekerja, dah cukup tugas dia dekat situ. Balik, just tidur atau main telefon. Aku terlalu penat. Satu lagi, aku tak boleh luah apa – apa dekat suami sebab pada pandangan aku, suami kurang empati dekat aku sebagai isteri dan ibu. Sebab tiap kali aku luah, berakhir dengan g4duh.
Walhal aku menangis – nangis bila meluah, tapi akhirnya macam curah air ke daun keladi saja. Dia selalu cakap aku dekat rumah banyak rehat, tak penat, nak dibandingkan dengan dia. Aku ni, dari anak pertama, aku seorang berjaga malam, bangun malam, menyusu anak, sambung pula anak kedua.
Bila je aku betul – betul rehat? Aku baring pun terus anak nak menyusu. Tidur pun sambil menyusu. masak pun sambil berper4ng dengan anak. Jangan harap anak tidur, aku boleh buat kerja, sebab anak aku tidur kejap saja kalau tak ada mak dia.
Pasal milestone chart anak tu, dia kata dekat aku, nanti aku cakap sendiri dengan Kak Long (kakak ipar aku, doktor aka kakak suami). Sebab dia kata s4kit kepala nak fikir benda – benda macam ni semua. Sebab Kak Long pun ada bincang pasal perkembangan anak – anak aku dengan suami.
Aku down sebab urusan anak saja nak serahkan dekat aku seorang. Ayah pun kena main peranan bantu anak bercakap. Aku sedih sebab rasa macam aku ibu tak guna. Dua – dua anak, aku sendiri nak kena monitor sebab yang sulung pun berat mulut dengan orang luar, jadi orang suspect speech delay.
Tapi dengan mak dia banyak je mulutnya. Hmm, apa – apa semua salah aku kan? Salah isteri lagi sebagai isteri, serba tak kena. Ya Allah, aku penat, banyak kali aku termenung, tiba – tiba nangis sendiri. Sejak bersalin sampai sekarang, aku kerap s4kit dan migr4in teruk.
Badan kurus tak terurus, berat aku 38kg je. Suami balik boleh rehat 5 – 6 jam tanpa gangguan anak sebab aku selalu pastikan anak tak ganggu dia tidur. Tapi dia tak pernah offer bagi aku rehat sejenak dari anak. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan mancing. hmm.
Komen Netizen :
Noor Halizah EyzaHmmm : Awak terlalu baik untuk suami awak. Malas nak bagi nasihat sebenarnya sebab benda – benda macam ini awak sendiri yang kena usaha merubah segalanya. Jangan diam saja bila suami buat macam itu, awak kena Iawan.
Sebab itu suami awak buat sesuka hati dan lepaskan semua tanggungjawab pasal anak dekat awak, sebab awak terlalu baik, sis. Cuba bangkit, sekali – sekala meng4muklah depan suami, bagi dia terduduk dan sedar dengan kata – kata awak.
Beritahu saja semua perkara ini dekat kakak ipar awak yang doktor itu, supaya dia boleh nasihatkan adik dia yang bing4i itu. Banyak cantik semua pasal anak dan pasal rumah nak lepas dekat awak sorang – sorang. Tak belajar agama ke sampai tanggungjawab pun tak reti nak pikul bersama?
Nasib baik suami aku ikut cakap walaupun kepala batu juga, tapi bab pasal anak dan kerja rumah, kami buat sama – sama. Sebab dari awal kahwin aku sudah training suami. Aku takkan bagi dia pijak – pijak maruah diri aku. Dapat suami baik, kita lagi lah akan buat seratus kali lebih baik, tapi bila dia ani4ya, memang takkan aku bagi muka.
Mizar Nur : Sebab itu lah aku tak sanggup beranak ramai – ramai. Walaupun anak seorang saja, umur 12 tahun dah. Aku tak sanggup weh bila masuk umur 40 tahun kena naik motor panas – panas hantar anak pergi ambil sekolah, basuh ber4k anak. Tak larat weh. Mental emosi tak stabil. Main panas, kulit habis burn. Nak beli skincare lagi lah. Utamakan anak dulu. Bila kita tak lawa, orang lelaki ini senang saja cari lain. Sepatutnya kita yang kena tukar suami.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.