Ibu kahwin dengan ayah tiri, tapi pelik keluarga ibu tak bagi aku bercakap, rapat dengan ayah tiri. Dekat rumah kena pakai sopan, berkurung..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sejak ibu dan ayah bercerai, ayah langsung tak datang jumpa kami. Aku pernah terserempak dengan ayah dekat pasar tapi ayah buat tak tahu. Sehinggalah tiba masa aku nak kahwin, aku teruja nak jumpa wali aku…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi semua. Nama aku Rose, berumur 26 tahun. Dah lama aku nak luahkan apa yang selama ni aku pendam. Nak luah pada suami, tak terluah. Aku perIukan kata – kata dari orang yang aku tak kenal. Macam ni kisah aku, tr4uma mak ayah bercerai masa kecik memang betul ye wahai pembaca semua.

Aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah sejak umur aku 2 tahun. Ibu dan abah bercerai ketika ibu masih mengandungkan adik. Kata ibu, selepas mereka bercerai abah dah pun kahwin lain. Waktu ibu bersalin abah tak datang, nenek yang azankan adik.

Masa berlalu, abah tak datang jenguk kami apatah lagi beri duit belanja untuk ibu besarkan kami. Ibu terp4ksa keluar bekerja sedang kami dijaga oleh nenek. Aku sentiasa berasa sedih terutamanya di sekolah. Aku cemburu melihat kawan – kawan aku yang dihantar dan dijemput oleh ayah mereka.

Setiap hari aku dan adik tinggal di rumah nenek. Lepas ibu balik dari bekerja, ibu bawa kami pulang ke rumah sewa. Tapi aku tak suka dengan kelakuan ibu. Ibu selalu bawa teman lelaki dia ke rumah. Jiran – jiran juga mengumpat sampai ke telingan aku.

Aku memang masih kecil tapi aku faham apa yang aku lihat. Waktu umur aku 11 tahun, ibu pun berkahwin dengan teman lelaki dia. Sejujurnya aku tak suka. Aku lebih senang dengan kehidupan aku bersama ibu dan adik sahaja. Aku juga tak pernah bercakap dengan ayah tiri sebab ahli keluarga ibu melarang.

Mereka takut aku terlalu rapat dengan ayah tiri. Risau terjadi hal lain. Tinggal di rumah sendiri seolah – olah di ner4ka, tak bebas. Pakaian juga mesti kena sopan. Aku hanya boleh berkurung dalam bilik. Selepas ibu melahirkan anak bersama dengan ayah tiri, aku dapat rasakan kasih sayang ibu berkurang untuk aku.

Pernah suatu hari, adik tiri aku mengusik barang – barang aku. Aku jadi marah sambil melepaskan apa yang aku pendam, ibu melenting. Ibu cekik aku macam kena rasuk h4ntu. Semenjak kejadian tu, aku pindah dan tinggal bersama nenek.

Kehidupan aku lebih sedih sebabnya aku seperti hilang ayah dan juga seorang ibu. Aku terus dengan kehidupan aku sendiri dan akhirnya aku bertemu jodoh. Aku merasa mungkin inilah masanya aku dapat berjumpa ayah kandung aku sebagai wali.

Ibu ada pernah cakap yang abah tinggal berdekatan kami. Aku juga pernah terserempak dengan abah di pasar. Aku sangat kenal raut wajahnya melalui gambar. Kami berselisih dan saling berpandangan. Aku yakin itulah abah. Aku berharap dia menyapa aku tapi tidak.

Dia hanya pandang tepat ke muka aku dalam waktu yang lama. Kata makcik aku yang pernah terserempak dengan dia juga, abah dah pun ada 3 orang anak perempuan. Dah besar semuanya. Hari pernikahan aku sem4kin hampir, aku sibuk mengisi borang nikah.

Ketika itu ibu minta nenek beritahu aku tentang hal sebenar. Nenek menyusun ayat satu persatu. Bahawasanya aku ni adalah anak luar nikah. Mengikut hukvm, abah tak boleh walikan aku. Aku menangis walaupun sebenarnya aku sudah tahu lama.

Aku pernah terbaca diari ibu dulu. Cuma aku tak tahu yang anak luar nikah tidak boleh diwalikan oleh bapanya. Kenyataan itu memang pahit. Tapi tak setimpal dengan apa yang aku lalui dari kecil. Walau macam mana pun, harapan untuk berjumpa dengan abah dan ada hubungan baik dengan dia musn4h. Aku nikah berwali kan Wali Raja.

Kata orang, ayah adalah cinta pertama anak perempuan kan. Tapi apa la ertinya melalui hari bahagia tanpa diiringi oleh seorang ayah. Selepas aku berkahwin, alhamdulillah kehidupan aku sem4kin baik. Aku dapat merasa kasih sayang dari seorang lelaki.

Aku juga dapat menumpang kasih dari ayah mertua. Tapi hanya dalam waktu yang singkat, ayah mertua aku dijemput ilahi. 5 bulan berlalu, aku mengandung. Aku juga terp4ksa berhenti kerja selepas melahirkan. Kewangan kami agak kurang stabil.

Aku memang dah terbiasa susah dari kecil. Tapi apa yang selalu aku harap abah ada dengan aku untuk aku kongsi kesusahan ni. Aku juga teringin nak merasa macam mana perasaan ada seorang ayah. Mungkin begitu jugalah perasaan adik aku.

Adik pernah beritahu yang dia bencikan abah. Dia dilahirkan tanpa abah, sedangkan aku sempat merasa dijaga oleh abah ketika aku dilahirkan. Kalau la abah baca ni, mungkin Rose dan adik bukan anak yang terbaik untuk abah. Tapi Rose tak pernah lupakan abah. Rose berbintikan abah dan bawa nama abah ke mana – mana. Tapi kenapa abah.. Kenapa abah seolah – olah tidak wujud dalam hidup kami? – Rose (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Cik Puan Adawiah Hassan : Kadang – kadang sis, kita terlalu nak kejar yang tiada depan mata sampai kita lupa nak hargai siapa yang ada dan hargai kita sekarang, masa susah dan senang. Dah terjadi dalam keluarga saya.. sayangi kehidupan realistik sis sekarang. Mungkin kalau sis dapat jejak kasih dengan ayah sis pun, keadaan akan jadi lebih pahit dan buat sis jadi lebih sedih. PeIuk civm dari saya, moga dipermudah urusan sis, Allah bagi apa DIA nak bagi bukan apa yang kita minta

Tun Ramos : FOKUS. Fokus kepada kehidupan confessor sekarang. Bina hidup bersama suami dan anak. Cukup. Tidak perlu tagih kasih si bapa, penyumbang sp3rma tidak bertanggungjawab. Dia bukan lelaki baik. Dia ‘sentuh’ emak tanpa akad. Mengapa perlu cari kasih nya?

Sekali lagi, FOKUS pada kehidupan kini. Tutup buku lama. Get lost everyone yang memberi kesan sedih dalam hidup confessor. Raikan keluarga kecil. Tolong suami naikkan taraf ekonomi keluarga. Kerisauan itu lebih bermakna.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.