Sepanjang kahwin, suami tak bagi nafkah, tak buat kerja rumah, tak jaga anak-anak. Rupanya ada skandal dekat pejabat, isteri orang, tengah mengandung

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku dengan anak – anak catu makan tapi suami dekat pejabat boleh belanja betina tu. Kadang – kadang belanja satu team konon nak menunjuk. Bila dah kantoi tu aku meng4muk. Boleh pula buat per4ngai serupa beruk kat ofis.

#Foto sekadar hiasan / AI. Baru – baru ni trending cerita ‘Curang Tanpa Niat’. Cerita tu ada sedikit persamaan dengan kisah saya sendiri. Saya nak share kisah saya ni agar dapat jadi pengajaran dan iktibar kepada suami – suami dan isteri – isteri orang ni.

Saya seorang auditor, accountant yang bekerja di sebuah firma audit. Selepas beberapa tahun bekerja saya decide untuk resign dan plan untuk start business on my own. Kebetulan dalam masa yang sama suami pun dapat offer kerja baru di sebuah GLC. Saya sendiri yang tolong dia dalam proses interview tu.

Ditakdirkan pula, sebulan selepas resign dapat tau saya pregnant. Unplanned pregnancy sebenarnya. So plan untuk buat business sendiri tu tertangguh sampai la baby dah lahir. Lepas tu memang saya sendiri yang jaga anak – anak dan rumah sepenuhnya. Kiranya fulltime housewife la.

Semua saya buat sendiri dari memasak mengemas jaga anak – anak ambil dan hantar anak sekolah. Buat pengetahuan semua, saya memang takde maid. Suami saya bukan jenis yang rajin bantu isteri. Everyday memang saya penat menguruskan rumah dan anak – anak. Tambah pula ada baby kecil ni.

Tapi saya tak pernah mengeluh pun. Cuma kalau tak sempat masak saya akan minta suami tapau makanan bila dia balik nanti. Suami pun tak pernah bagi duit nafkah or belanja rumah. Memang masa saya bekerja dulu saya pun tak pernah minta.

Tapi lepas resign dan takde income pun dia tak pernah nak bagi duit belanja. Kalau dia pergi kedai sendiri memang dia belikan la. Tapi kalau saya yang beli barang dapur, saya pakai je balance gaji yang saya ada. A few months before resign tu memang saya simpan je gaji saya.

Itu yang bantu saya beli barang – barang dapur dan barang – barang sekolah anak. Tapi itu pun saya tak pernah mengeluh sebab saya tak nak susahkan suami yang terp4ksa tanggung commitment lain macam rumah dan kereta. In fact masa bersalin pun saya pakai duit simpanan saya sendiri. Takde pun pakai duit suami. Saya ok je. Ikhlas tak nak susahkan suami.

Sampai suatu masa, saya nampak dia asyik dengan fon. Tersenyum – senyum tengok fon bila balik dari kerja. Sikit pun takde nak tolong saya dengan kerja rumah atau jaga baby dan anak – anak walaupun masa tu saya tak menang tangan nak handle semua.

Terkejar – kejar suap anak tengok homework malam – malam tapi dia boleh buat tak tau sibuk dengan fon. Suatu hari saya senyap – senyap tengok fon suami dan nampak chatting dia dengan officemate perempuan. Saya namakan perempuan tu MM.

Siap bagitau MM tu work wife dia dan MM pun admit dia la orang yang paling sesuai jadi work wife suami. Masa tu saya kecewa betul. Saya berhempas pulas uruskan rumah makan pakai dia dan anak – anak tapi suami boleh pula berseronok dengan MM di ofis.

Saya dapat tau diorang ni everyday bre4kfast berdua kat luar ofis. Dengan saya dia belikan 1 nasi lemak bungkus je everyday dan tinggal je atas meja. Tak pernah tanya saya sempat makan ke tidak. Lunch pun kadang – kadang diorang pergi berdua and of course suami yang belanja. Keluar naik kereta bersama.

Alasan suami, orang lain tak nak join makan / keluar. MM je yang nak ikut setiap kali suami ajak. Dua – dua spesis tak tau malu. M4ti agaknya kot makan sorang – sorang. Bayangkan saya kat rumah siap catu duit untuk beli barang dapur.

Kadang – kadang satu team dia belanja makan nak tunjuk dia tu team lead yang terpaling baik agaknya. Belanja coffee mahal to the whole team bagai. Imagine berapa banyak duit yang suami spent sedangkan dengan isteri sendiri tak pernah bagi duit.

Bayangkan perasaan saya bila tau semua tu. Speechless. Lepas balik kerja sibuk berchatting pula dengan MM. Tak cukup masa kat ofis sambung pula kat rumah. Apa ntah masing – masing dok bercerita nak tagih simpati bagai. Saya tak baca the whole chat between them sebab suami terus delete. Kalau takde apa – apa buat apa kelam kabut nak delete.

Tapi apa yang lagi teruk saya dapat tau MM tu isteri orang! Dan tengah pregnant! Saya pun tak faham ada juga perempuan macam ni. Pada saya sesuai dipanggil betina. Kalau tak jaga maruah sendiri pun kena la jaga maruah suami. Suami saya tu memang clearly gatal la kan. Saya tak nafikan. Isteri sendiri dia tak ambil kisah tapi sibuk dengan bini orang.

Saya sendiri yang bekerja sebagai auditor ni memang setiap hari jumpa businessman dato – dato tan sri. Tapi tak pernah pula saya nak ambil kesempatan nak berbaik – baik dengan client luar daripada batasan. Habis during office hour sahaja walaupun ada a few clients yang memang cuba masuk jarum. Tapi kita tau la kan status kita as a wife and a mother. Kita jaga maruah diri dan suami.

Bila dah kantoi tu saya memang marah betul. Boleh pula buat per4ngai serupa beruk kat ofis. Gatal tak tentu hala. Saya suruh suami cerai je kalau nak menggatal sangat. Cukup – cukup la menyusahkan saya. Pergi la kahwin dengan MM yang tak tau malu tu.

Tak boleh tahan marah dah masa tu sebab saya memang tak boleh terima apa dia buat kat saya dan anak – anak. Kami ni memang bercatu semua perkara termasuk makanan sebab harapkan duit simpanan saya je. Anak kami 5 orang dah masa tu. Kesian anak – anak.

Saya cakap kat suami saya nak kerja balik and buat per4ngai macam MM sebab dia suka perempuan macam tu. So kalau saya kerja balik boleh la saya melayan semua clients and officemates saya macam MM buat. Tau pula takut and suami tak izinkan saya bekerja balik.

Suami cakap MM tu memang betina yang suka melayan semua orang. Tiba – tiba boleh pula panggil MM tu betina. Kalau dua – dua tak menggatal takde la jadi macam tu. Sampaikan masa berpantang pun dia sibuk wish birthday suami pukuI 3/4 pagi.

Orang lain wish dalam group ofis je. Dia sibuk nak personal message bagai konon dia la terpaling ingat birthday suami. Jijik saya dengan betina macam ni. Saya memang devastated sangat lepas tu. Tapi apa yang saya boleh buat? Saya terperuk kat rumah jaga anak – anak je. Cuma saya berdoa je pada Allah bagi saya kesabaran and kekuatan untuk terus jaga anak – anak dengan baik.

Tak lama lepas tu dapat berita department diorang ni dapat management baru. Maksudnya bukan lagi under GLC tapi under company baru. So masing – masing pun sibuk cari kerja lain since benefit semua pun dah berkurangan, tak sama macam dulu. MM pun tak lagi kerja kat situ.

Suami pun tak happy dengan management baru. Pindah kerja juga tapi kena double standard dengan bos baru. Saya lihat perkara ni sebagai baIasan dari Allah. Tapi saya pun tak pasti diorang masih contact lagi atau tak. Apa yang saya nak tekankan kat sini Allah tu ada untuk h4mba Nya yang terani4ya.

Ada juga terniat nak bagitau suami MM tentang per4ngai murahan dia tapi tak sampai hati pula. Saya tengok suami MM tu baik orangnya. Mesti dia kecewa. Jadi saya senyap je la dengan harapan MM akan insaf sendiri. Jadi nasihat saya kepada suami dan isteri orang, jaga la batas pergaulan semasa kerja tu.

Be professional dan jangan nampak murah sangat. Appreciate pasangan masing – masing dan jangan sampai pasangan lost trust. Jujur cakap saya memang tak percaya dah kat suami walaupun dah bertahun kejadian ni berlaku sebab terlalu percaya kat suami.

Memang tak terfikir langsung suami akan buat macam tu. Memang suami ada admit dia salah dan minta maaf tapi saya dah hilang trust. Memang tak akan sama dah sampai bila – bila. – Mysara (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Effy Yaacob : Dik suami awak tu hidup lagi, jadi segala tanggungjawab suami serah pada dia. Jangan pernah rasa nak berk0rban sorang – sorang taknak susahkan suami. 3 benda yang awak kena tagih dari suami – duit, masa, tenaga dia. Kebanyakan lelaki bila tak ditagih 3 benda ni dia akan perasan bujang macam takde tanggungjawab.

Dsadar Bebakar : Kalau aku cakap kikis je duit suami nanti ada pula yang marah. Dari pengalaman aku terlalu guna duit sendiri lelaki akan habiskan kelain. Kalau boleh beli spender rm 5 pun minta je. Suami buat hal dalam keadaan dia dah berhabis kat kita akan kurang sikit s4kit ati tu. Curang – curang dapat rumah, curang – curang dapat kereta baru, curang – curang penuh ASB. Dari curang – curang satu sen tak ada sebab terlalu berk0rban.

Part 2 >> Kantoi bercinta dengan isteri orang, saya ‘baIas d3ndam’. Saya minta gaji sebab jadi surirumah. 10 sen pun saya tuntut suruh suami bayar balik

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.