Mak aku benci menantu perempuan. Aku dan adik kena halau lepas ayah meninggaI sebab mak tak suka isteri kami. Kami nekad tuntut harta ayah

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku tak paham kenapa mak tak suka menantu – menantu perempuan. Isteri aku dan isteri adik jadi m4ngsa ibu dan adik – adik perempuan aku. Ibu jadi batu api sampai h4ramkan kami balik. Kami nekad nak tuntut harta arw4h, pecah geran..

#Foto sekadar hiasan / AI. Part 1 >> Lepas ayah meninggaI, ibu berubah jadi riak. Pergi kenduri tangan penuh gelang emas. Rantai labuh sampai ke pusat. Saya pelik tapi.. Selepas saya menyiasat siapakah ahli keluarga yang menjadi punca kepada masalah ini, saya dapati ianya bermula ketika isteri saya dan isteri adik saya berbual – bual di ruang tamu rumah sepupu kami.

Mereka berbincang tentang kisah anak – anak – tentang persekolahan, aktiviti sekolah, dan kokurikulum. Difahamkan, ibu saya kebetulan lalu di hadapan mereka semasa mereka sedang rancak berbual. Dalam pemerhatian saya, dari situlah mula tercetusnya salah faham dan menjadi punca kepada perbalahan yang berpanjangan ini.

Ibu saya menyangka bahawa menantunya sedang mengumpat adik beradik saya, padahal mereka cuma berbual tentang hal anak – anak masing – masing. Cerita ini kemudian tersebar dan isteri saya serta isteri adik saya dituduh mengata dan memburukkan ahli keluarga lain.

Saya mula mengesyaki ibu saya menjadi “batu api” dalam masalah ini. Seperti yang saya ceritakan dalam bahagian pertama, saya pernah menegur ibu kerana memakai terlalu banyak barang kemas di khalayak ramai, yang saya rasa tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai riak.

Saya juga memarahi adik beradik saya yang pulang awal dari kenduri, tetapi mereka menyalahkan isteri saya dan isteri adik saya sebagai punca kemarahan saya – padahal mereka tidak ada kena mengena langsung. Saya sudah jelaskan bahawa mereka tidak terlibat.

Namun, saya tetap dituduh sebagai lelaki yang “takut bini” dan hanya mendengar cakap isteri, sedangkan saya seorang yang panas baran dan tidak mudah tunduk pada sesiapa. Saya serahkan kepada semua untuk menilai, sama ada tindakan saya betul atau salah.

Tapi kerana adik beradik saya berhati busuk dan penuh iri hati, mereka enggan menerima teguran, malah sanggup menyalahkan orang lain yang tidak bersalah. Kemudian, sepupu saya dan isterinya turut dim4ki hamun oleh adik saya yang nombor lima.

Sedangkan mereka lah yang banyak membantu ketika ayah saya meninggaI dunia – dari menguruskan jen4zah, mandi, k4fan, sehinggalah menguruskan urusan masjid. Setiap kali kami mahu menziarahi kubvr arw4h ayah, merekalah yang sediakan homestay untuk adik beradik saya tinggal – malah sanggup ubah suai rumah sendiri semata – mata untuk keselesaan kami setiap kali pulang ke kampung.

Masalah bertambah serius selepas kenduri malam itu, apabila mereka berkumpul dan berbual lagi tentang kenduri. Anak kepada sepupu saya memberitahu bahawa ramai memuji isteri saya kerana rajin menjaga door gift, dan isteri adik saya pula menjaga bunga telur.

Malah pihak katering sendiri memuji mereka kerana aktif membantu. Selepas itu, kata – kata buruk mula dilemparkan kepada mereka berdua. Dik4takan mereka hanya berlakon di depan orang, sedangkan pemalas. Anak sepupu saya yang langsung tidak terlibat pun turut dim4ki oleh adik beradik saya.

Semalam, saya terima panggiIan telefon daripada adik lelaki saya yang memberitahu bahawa adik beradik saya menelefon sepupu saya dan mem4ki mereka sekeluarga. Saya sangat terk3jut dan malu dengan kejadian itu. Mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke rumah sepupu saya lagi.

Saya terus menelefon sepupu saya dan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Sepatutnya dia tidak perlu tahu pun tentang masalah keluarga kami, apatah lagi terlibat. Tapi disebabkan mulut celupar adik beradik saya, mereka pula yang terkena tempiasnya.

Saya benar – benar terkilan dan beristighfar panjang bila sepupu saya mengesahkan bahawa mereka sekeluarga telah dituduh bersubahat dengan isteri saya, dan dim4ki hamun oleh adik saya melalui telefon. Kini, hubungan kami yang dulunya sangat erat semasa arw4h ayah masih hidup telah terputus.

Kami juga diberitahu bahawa ibu saud4ra saya (kakak kepada arw4h ayah) jatuh s4kit kelmarin – demam panas sehingga mata hitam naik ke atas. Sepupu saya memaklumkan bahawa jika berlaku apa – apa pada ibu saud4ra saya, adik beradik lain tidak akan dimaklumkan – hanya saya dan adik lelaki saya sahaja akan dihubungi.

Saya kini betul – betul buntu, sedih, kecewa, dan sangat marah. Kenapa seorang ibu sanggup memburukkan lagi keadaan dan menjadi punca utama perbalahan? Seorang ibu sepatutnya tidak berat sebeIah. Sekarang, saya dan adik saya tidak dibenarkan langsung pulang ke kampung.

Adik saya yang telah membelanjakan RM60,000 untuk membina rumah di kampung bagi memudahkan urusan menjaga ibu, kini dihalau dan mahu menuntut semula hak dan wang tersebut termasuk hak atas tanah peninggalan arw4h ayah.

Saya bukan jenis giIakan harta. Dengan gaji saya, cukup untuk saya beri ibu RM500 sebulan, menampung belanja isteri dan anak ke sekolah. Tapi bila diperlakukan sebegini, saya jadi sangat marah dan mula menuntut hak saya sebanyak RM250,000 daripada adik-beradik saya dan meminta supaya geran tanah dipecahkan.

Permohonan Nasihat, saya benar – benar perIukan nasihat atau pandangan. Saya tahu syurga itu di bawah tapak kaki ibu, tetapi apabila ibu sendiri menjadi punca kepada keh4ncuran hubungan keluarga, apa yang patut saya lakukan? Saya sudah cuba bersabar, tetapi fitnah dan hasutan yang dilemparkan terhadap isteri saya dan orang – orang yang tidak bersalah terlalu melampau. Saya mohon panduan dan jalan terbaik dalam menghadapi ujian ini.

Komen Netizen :

Jejaka BlueBoy : Tak perlu minta nasihat. Biar masa yang menentukan. Sekarang ni teruskan je tuntut faraid apa yang patut. Dah selesai nanti duduk diam fokus pada keluarga sendiri, kehidupan dan hubungan dengan adik kandung yang ok tu. Tentang masalah ibu kandung dengan adik beradik yang lain, biar ALLAH tentukan.

Anonymous member 907 : Buat apa yang bro rasa betul dan patut. Dari segi penulisan bro, saya percaya bro seorang yang berfikiran w4ras dan betul. Tapi ingat satu je, air yang dicincang takkan putus. Berniatlah ambik tindakan hanya untuk pengajaran dan bukan nak berbalah dan memutuskan hubungan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.