
Sejak mak aku pandai guna WhatsApp, dia jadi terlalu rapat dengan telefon. Aku menyesal ajar dia guna handphone. Dulu aku boleh pinjam HP mak sekarang jangan harap. Aku mula syak sesuatu..
#Foto sekadar hiasan / AI. Bismillah.. Harap admin terima perkongsian aku ni. Tadi aku terbaca satu cerita pasal seorang mak yang ada hubungan dengan lelaki lain. Aku ingatkan aku seorang saja yang sedang lalui benda macam tu, rupanya ada juga yang nasib lebih kurang sama dengan aku.
Entahlah, aku ni jenis bukan pandai nak bagi nasihat, aku cuma nak meluahkan saja. Kalau ada sesiapa yang baca dan rasa nak kongsi pendapat, aku sangat hargai. Aku seorang pelajar universiti, belajar jauh dari keluarga. Tahun lepas masa raya aku balik kampung, aku dapat satu berita yang memang buat hati aku luluh.
Mak aku beritahu yang dia dengan ayah aku dah nak bercerai. Masa tu aku rasa macam langit runtuh atas kepala aku. Tapi perceraian tu tak jadi sebab ayah aku tak nak lepaskan mak. Korang nak tahu kenapa? Meh aku cerita. Ayah aku ni ramai orang kenal.
Ramai juga yang suka sebab dia pandai bab agama. Walaupun dia tak ada sijil tinggi – tinggi, tapi dia memang kuat ilmu agama. Orang kampung selalu rujuk dia kalau ada hal hukvm hakam. Tapi terus terang aku cakap, aku tak suka ayah aku. Dia panas baran, suka marah sebab benda kecil.
Ya, memang aku bersyukur dia didik aku dan adik beradik dengan ilmu agama. Tapi dengan per4ngai panas baran dia tu, siapa yang boleh tahan lama – lama? Kadang – kadang benda remeh pun nak jadi isu besar. Tambah pula dia jenis suka maIukan anak depan saud4ra mara.
Dari aku kecil sampai besar, aku masih ingat cara dia buat aku rasa tak berharga. Mula – mula aku boleh terima, tapi lama – lama aku jadi m4kin s4kit hati. Kalau dia ada di rumah, aku lebih rela kunci diri dalam bilik. Bukan aku seorang, adik beradik lain pun sama.
Tapi aku ni jenis yang ikut saja, tak pernah tinggi suara. Aku tahan je dalam diam, sampai bila – bila pun aku rasa macam tu. Pasal duit, ayah aku memang tak pernah bertanggungjawab sepenuhnya. Gaji dia lebih banyak habis pada barang – barang dia sendiri.
Bil api air pun selalu mak aku yang tanggung. Kalau ayah bayar pun separuh jalan. Sebab tu aku perasan dia tak nak lepaskan mak aku, sebab gaji mak lebih banyak bantu keluarga. Ayah aku boleh bergaya pakai kereta besar pun hasil titik peluh mak aku sebenarnya.
Aku bukan nak buka aib, tapi tipu la kalau dia tak tahu hukvm agama tentang nafkah. Dia sendiri yang selalu ajar orang lain pasal tanggungjawab suami, tapi pada rumah tangga sendiri tak buat. Itu yang buat aku m4kin keliru, siapa sebenarnya ketua dalam keluarga aku?
Aku tetap tak boleh suka ayah aku. Bila mak aku cakap nak bercerai, aku memang sokong. Aku nampak macam mana mak aku kuat bertahan selama ni. Aku perempuan, aku faham hati perempuan macam mana. Lagi – lagi aku anak perempuan, jadi aku lebih cenderung nak sebelah mak aku.
Masuk bab mak aku pula. Sejak mak aku pandai guna WhatsApp, dia jadi terlalu rapat dengan telefon. Kadang – kadang aku rasa menyesal jugalah sebab aku yang mula – mula ajar dia guna handphone ni. Dulu aku boleh pinjam telefon dia bila – bila, tapi sekarang jangan harap. Aku mula syak sesuatu, tapi aku buat – buat tak tahu.
Sampai satu hari aku terbaca mesej mak aku dengan kawan dia. Rupanya mak aku ada nak pinjam tiga ribu ringgit sebab nak tolong seorang lelaki yang dia kenal. Masa tu aku rasa dunia aku gelap. Hati aku betul – betul pecah. Aku faham mak aku dah tak tahan dengan per4ngai ayah aku, tapi sampai nak cari kawan lelaki lain? Aku buntu weh, aku tak tahu nak salahkan siapa.
Kalau aku nak cerita semua memang panjang. Sebenarnya ini pertama kali aku luah pasal keluarga aku. Kawan baik aku pun tak tahu, pakwe aku pun tak pernah aku cerita. Aku simpan semua ni sorang – sorang. Setiap kali lepas solat, aku mengadu dekat Allah.
Aku menangis sebab aku tak nak keturunan aku jadi macam ni. Aku rasa keberkatan dalam rumah tangga kami dah lama hilang. Walaupun gaji mak ayah aku besar, tapi rumah kami tak pernah rasa tenang. Aku tahu mesti ada yang cakap aku tak patut aibkan mak ayah.
Aku bukan nak burukkan, aku cuma nak luah sebab aku betul – betul penat simpan seorang diri. Doa aku, moga Allah beri aku kebahagiaan dan keberkatan dalam keluarga aku. Pesan aku untuk lelaki, jangan jadi macam ayah aku. Jangan gunakan duit isteri saja, jangan biarkan isteri tanggung semua beban.
Kalau betul nak jadi ketua keluarga, tunjuk dengan tanggungjawab. Jangan harap orang hormat kalau dalam rumah sendiri pun gagal. Aku minta maaf kalau tulisan aku agak kasar. Aku pun cuba tahan emosi masa tulis ni. Semoga yang baca dapat ambil pengajaran. Tolong doakan aku kuat hadap semua ni. – Mona (bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Siti Aishah : Ambil hp mak ko rendam dalam air. Lap bersih – bersih, kering – kering letak kat tempat asal. Biar dia lost contact dengan laki tu. Pasal cerai, kau bawa mak ko pergi mahkamah, kaunseling dulu. Patut muda – muda dulu cerai, ni kolagen dah takde baru nak cerai. Aduuuii rugi betul. Takpe, ada jodoh lain dapatla ko bapak baru ye.
Adnidail Kitchen : Tapi rasanya mak tu sedang dipergunakan oleh lelaki tu sebab lelaki tu nak pinjam duit mak sampai mak kau sanggup pinjam dari orang lain. Situasi mak kau ni dah macam keluar mulut buaya masuk mulut harimau.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.