
Aku selalu men4gih kasih sayang isteri tapi dia selalu tolak sampai aku putus asa. Tiba – tiba ada staff baru masak. Kami berbalas chat di whatsapps, bertukar kepada bergurau senda di pejabat. Aku beranikan diri panggil dia, sayang…
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku Daun (33M) dah berkahwin dengan Bulan (35F) selama 10 tahun dan dikurniakan 2 orang anak lelaki, berumur 5 dan 2 tahun. Mungkin kisah aku ini akan membangkitkan rasa s4kit jiwa. Aku dan Bulan berkenalan di tempat kerja sebelum kahwin, kami couple dalam tempoh 5 tahun dan tunang 1 tahun.
Aku kenalkan sedikit per4ngai Bulan, dia seorang yang tidak boleh str3ss apabila str3ss habis semua jadi m4ngsa termasuk aku dan bila Bulan str3ss habis semua kesalahan aku diungkit, contohnya jika aku terlupa ingin membasuh baju kerja dia segala kesalahan sebelum kahwin akan diungkit.
Bulan sangat berg4ntung pada aku sebelum kahwin lagi dan aku pun tak kisah cuma Bulan dan aku mempunyai waktu berkerja yang berbeza. Bulan kerja mengikut waktu pejabat manakala aku pula shift dan Bulan berkerja lebih dekat dengan rumah berbanding aku yang jarak rumah ke pejabat dalam 45 minit jadi kadang – kadang aku memang akan ambil Bulan lewat sedikit jika aku aku shift pagi.
Tetapi menjadi masalah apabila aku shift malam aku akan pulang lewat sedikit sebab kena tutup pejabat, Bulan akan telefon aku dan tanya bila mahu balik dan akan menyuruh aku pulang segera untuk tidurkan anak – anak. Jika anak – anak aku buat hal maka Bulan akan str3ss dan apabila Bulan str3ss aku lah tempat Bulan lemparkan str3ssnya.
Jika Bulan boleh lemparkan str3ssnya dengan cara baik aku tidak kisah. Namun setiap kali Bulan str3ss Bulan seakan terlupa aku suaminya. Setiap kali lepas berg4duh aku ada menegur Bulan namun jawapannya “siapa suruh buat macam itu”.
Aku dan Bulan sudah lama tidak memainkan peranan sebagai suami isteri sejak Bulan lahirkan anak kedua ku. Pernah sesekali aku mengajak untuk bersama namun Bulan menolak dengan alasan penat. Apabila cuti atau balik kerja, aku akan buat kerja rumah Bulan hanya masak saja atau lipat kain dan aku juga pernah cuba bermanja dengan Bulan namun sering kali ditolak.
Aku yang men4gih kasih sayang daripada Bulan akhirnya putus asa jadi tempat aku bermanja adalah bersama anak – anak. Sebelum berkahwin aku pernah curang dengan tunang orang tanpa Bulan tahu, namun disebabkan perempuan itu tunang orang dan aku tak mahu dik4tegorikan sebagai per4mpas dan keluarga aku malu, jadi aku putus dengan tunang orang itu.
Dan aku berkahwin dengan Bulan dengan niat ingin bahagiakan Bulan, walaupun sebelum kahwin aku sudah 50-50 untuk berkahwin dengannya, namun seperti aku cakap sebabkan tak nak family aku malu jadi aku teruskan juga. Tahun lepas company aku ada ambil pekerja baharu bernama Melur (bukan nama sebenar). Melur mempunyai rupa yang biasa, pendek dan periang sedikit kasar.
Melur sangat ramah dengan rakan sekerja tidak kira lelaki atau perempuan, semua Melur layan sama saja. Tetapi aku dan Melur jarang berbual hanya sekali dua sahaja. Sampai satu hari Melur mengalami masalah hal kerja yang melibatkan aku.
Jadi Melur whatsapps aku ingin meminta bantuan, lalu aku menolong Melur. Jadi dari situ Melur dan aku sering berbalas chat. Melur pernah beritahu yang dia minat dengan kawan aku, namun disebabkan kawan aku macam blur tak nampak isyarat Melur jadi dia putus asa.
Kemudian dari situ perkenalan kami lebih mendalam dari berbalas chat di whatsapps kemudian bertukar kepada bergurau senda di pejabat. Kadang – kadang aku ada mencuri pandang Melur dan Melur pun begitu sehingga satu hari aku beranikan diri memanggil Melur, sayang.
Pada mulanya aku ingat Melur tak mahu balas. Kemudian setelah Melur masuk ke pejabat baru Melur balas sayang aku. Pada malam itu aku beranikan diri untuk hantar Melur pulang ke rumah dan dia setuju. Kemudian dia ada tanya adakah aku okay jadi boyfriend dia.
Tetapi soalan itu aku tanyakan kepada Melur kerana Melur tahu status aku sebagai lelaki orang. Melur diam membisu. Melur seorang yang mudah terhibur jadi tak susah untuk membuat dia gelak dan gelak Melur ni boleh tahan kasar ya, namun dia sangat setia mendengar cerita aku.
Pernah beberapa kali dia pujuk untuk aku baiki hubungan dengan Bulan dan aku sudah cuba, namun seperti biasa Bulan akan menolak aku dan akhirnya Melur saja tempat aku meluah segala keluhan. Melur kasar dari segi apa? percakapan.
Melur tak segan silu jika ingin mengata aku dan kadang – kadang agak s4kit sebab Melur sejenis bercakap lepas. Namun dia sering meminta aku menegurnya jika ada perkataan yang kurang enak untuk didengar. Pernah sekali hampir kantoi dengan Bulan pasal Melur itu pun sebab Melur hantar emoji love dekat aku.
Aku beritahu Bulan Melur pasti tersilap hantar tapi perempuan mana akan percaya cerita macam itu. Sewaktu hampir kantoi sebulan juga aku layan Melur acuh tidak acuh. Apabila Melur telefon aku tak angkat dan chat tidak berjawab dan aku layan Melur di pejabat pun tidak seperti dulu.
Namun suatu hari aku nampak mata Melur merah dan berkaca seakan baru saja menangis. Malam itu Melur hubungi aku dan beritahu jika sudah tak mahu dia, tolong lepaskan secara baik. Aku tahu ketika itu aku sudah patut lepaskan Melur, namun aku rasa susah sangat untuk lepaskan dia, jadi aku ambil keputusan untuk teruskan.
Melur ada luah pada aku yang dia dah tutup hati untuk lelaki lain selepas kejadian itu. Aku sayang Melur namun pada masa yang sama aku takut jika aku bercerai aku akan kehilangan anak – anak. Melur tahu yang anak – anak adalah nyawa aku dan dia tak pernah marah jika anak – anak jadi alasan aku tak boleh berjumpa dan Melur juga sering ambil tahu perihal anak – anak aku.
Melur pernah beri amaran jika mahu bernikah dengan dia biarlah secara sah di sisi undang – undang, erti kata lain Melur bantah untuk nikah di Thailand. Bagaimana aku sedar yang aku sudah sayangkan Melur? Ketika aku sendirian wajah dan gelak tawa Melur di dalam ingatan aku.
Aku akui aku rindu rasa dicintai dan bercinta.. Pelbagai cara aku lakukan untuk Bulan datang dekat dengan aku namun semuanya ditolak, jadi apabila Melur muncul rasa itu hidup kembali. – Daun (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Shayna : Isteri tak taat, taknak bagi nafkah batin, lepaskan ajelah dengan baik. Dah cerai barulah cari jodoh baru. Kalau masih berkahwin tapi dah curang, tu namanya bongok sebab mencari d0sa. Kan boleh buat dengan cara yang betul. Ada prosesnya. Cerai, lepastu nak cari awek lain silakan. Kenapalah suka sangat buat benda b0doh mengundang lebih banyak d0sa. Tak takut api ner4ka ke?
Donna Karen : Kenapa bila bulan cakap kasar, ko terasa, s4kit hati, kena ingat pangkat ko tu suami, padahal bulan tu yang jaga anak – anak bila ko takde, penat dan s4kit melahirkan anak 2 orang pun tak habis lagi tapi susah kan ko nak faham?
Tapiii…
Bila melur si buah hati yang bercakap kasar, ehhh… dan – dan boleh pulak buat ko giIa bayang sampai terangau – angau teringatkan senyuman melur. Padahal dia tuh komitmen pun takde, memang tiptoplah melayan ko sorang je. Wellll…apepun hebat betul permainan s3tan kalini.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.