
Pagi tadi aku nampak handphone suami yang dia selalu main game, buat tengok video. Macam ada s3tan rasuk, aku campak phone tu ke dinding sampai pecah. Perkahwinan ni bukan bawa aku ke syurga tapi aku m4kin dekat ke ner4ka.
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua pembaca. Aku Bulan, 30 tahun, SAHM. Dah berkahwin hampir 3 tahun. Kami suami isteri kenal 9 tahun sebelum berkahwin (7 tahun LDR). Anak kami sekarang lebih setahun. Ini hanyalah luahan. Sepanjang perkahwinan kalau ada apa – apa masalah, nak meluah, nak mengadu memang aku direct kat suami.
Aku suka communicate atau pillow talk, tapi kebelakangan nie aku sedar tak semua perkara boleh selesai melalui communication maybe boleh cuba cara menyantau. Hehe, gurau. Sebelum kahwin aku berazam nak hidup rumah tangga yang tenang tapi harapan tu meleset.
Selepas nikah, pada tahun pertama hubungan suami isteri kami aktif cuma dua bulan pertama je, lepas tu hubungan jadi jarang, sebulan sekali atau dua bulan sekali, dan kebanyakan masa aku yang initiate. Aku dah cuba goda dia, pakai s3ksi, wangi – wangi, tapi dia macam tak pandang.
Entah macam mana kantoi dia selalu tengok video blue masa aku tidur. Sedih sangat sebab isteri halal dia tidur sebelah tapi dia pilih layan video. Aku pernah confront, dia buat lagi berulang kali, akhirnya aku stop confront sebab kecewa dan cakap pada dia maybe skill dia hanya tengok video saja, bukan real.
Lepas pada tu aku cuma buat hal sendiri tapi kalau dia minta aku memang tak pernah tolak kecuali uzur. Awal kahwin kami selalu solat jemaah, tapi sekarang aku solat sendiri, bila ajak dia solat dia kata “nanti”. Susah nak nampak dia solat, pergi solat Jumaat pun payah sangat. Aku rasa rumah yang kami bina macam tak ada tiang.
Bila aku bagi cadangan atau nasihat, dia kerap persoalkan aku siapa, padahal aku isteri dia, bila dia cakap macam tu aku s4kit hati sangat. Sebenarnya sebelum kahwin suami ada history dengan seorang perempuan dalam game aku namakan dia, Nadia.
Suami aku pernah tangkap cinta dengan si Nadia ni tapi Nadia pula anggap dia macam kawan je. Aku ingat bila dah kahwin dia akan stop, tapi rupa – rupanya tak. Dia masih cari dan kadang – kadang main game dengan Nadia. Aku pernah minta dia stop contact Nadia sebab aku tak selesa dan aku minta dia respect perasaan aku as his wife, dia slow down sikit tapi aku tahu dia diam – diam masih cari.
Masa aku awal pregnancy, suami pernah suruh aku makan nenas, aku ingat dia bergurau. Dia juga tanya tentang klinik yang buat ab0rtion dan even pernah cakap soal gugvrkan kandungan aku sedih sangat. Masa sarat mengandung nak pilih nama anak dia sempat cadang nama anak “Nadia” masa kami pillow talk, aku meng4muk sebab rasa dia belum move on.
Esoknya aku pm Nadia minta block suami dari semua social media dan games dan Nadia hantar screensh0t yang dia block. Sekarang anak dah lebih setahun dan dua bulan kebelakangan ni kami kerap berg4duh. Mak mertua pula selalu nak take control pasal anak buat majlis, pilih pakaian, semuanya tak tanya pendapat aku.
Suami anak sulung, anak kami cucu sulung, jadi faham – faham la. Aku ikut suami pindah negeri asal dia masa awal kahwin jadi aku tak ada family dekat sini rasa sunyi sangat, kat sini cuma ada anak aku. Aku tak rapat dengan family in laws sebab dari sebelum bertunang lagi ayah mertua macam dah set the boundaries.
Tiga bulan lalu suami berhenti kerja dan sebulan lepas baru dapat kerja baru. Aku banyak tolong support komitmen dia: belanja dapur, keperluan baby, settle beberapa bulan tunggakan kereta sampai kena tarik, gadai barang kemas yang aku beli sendiri walaupun aku hanya SAHM yang tak bergaji.
Dia tak bagi duit belanja bulan – bulan untuk aku, aku support dia tapi pendapat dan nasihat aku kerap tak didengari. Aku tanya dia boleh handle komitmen dia ke, dia kata boleh tapi bila jadi masalah, aku yang tanggung. Minggu lepas aku hidu dia contact Nadia semula, dorang main game sama – sama lagi dan memang betul, kantoi juga dia layan video lagi.
Yang paling s4kitnya, sehari selepas dia layan video tu aku ada initiate nak bersama tapi dia tolak. Aku tahu sebab aku tengok tarikh history browsing data tu. Lepas kantoi tu aku message dia masa dia kerja, aku doakan dia m4ti pucuk. Aku cakap aku tak redha segala belanja yg aku keluarkan yang sepatutnya jadi tanggungjawab dia. Kesabaran aku dah hilang.
Rasa lega juga sebab aku baru ambil perancang dua minggu yang lepas. Aku harap aku dah tak bernafsu lepas ni. Sebelum ni aku nak ambil perancang tapi suami tak bagi kononnya takut ada side effects pada hormon atau badan aku. Dia ada dua fon: satu bawak kerja, satu lagi untuk main game di rumah, fon rumah tu selalu jadi medium dia main game dengan Nadia sampai 2 – 3 pagi. Dia pula langsung tak pernah bangun malam untuk tolong tukar pampers anak.
Aku pelik sangat sebab Nadia tu pun dah berkahwin ada anak, mula – mula dorang main game sekali dengan suami Nadia, tapi lately memang kerap main sesama dorang je. Jadi aku pelik sebab sebelum ni aku dah cerita kat Nadia yang laki aku ni macam ni tapi kenapa si Nadia still contact dengan suami aku sedangkan dia tahu aku tak suka.
Kenapa seorang perempuan tak boleh faham perasaan perempuan yang lain nak – nak si Nadia comes from broken family. Sekarang ni nama dia memang dah tak de dalam doa aku, aku memang dah taw4r hati sangat tapi aku masih jalankan tugas aku sebagai isteri, aku masak untuk dia, kemas rumah, sediakan baju kerja dia macam biasa.
Cuma aku tak boleh tengok muka suami, aku dah tak sambut bila suami balik dari kerja, dah tak de senyuman aku boleh bagi untuk dia. Aku s4kit hati, dah hilang rasa hormat seorang isteri terhadap suami dan setiap hari dalam hati aku m4ki hamun suami aku.
Pagi tadi aku terpandang fon suami yang dia selalu main game and tengok video tu, rasa macam ada setan rasuk dalam badan, aku campak fon game dia ke dinding sampai pecah screen. Aku terfikir dalam seminggu nie, sehari tak pernah missed aku m4ki dia dalam hati.
Walaupun perkataan tu tak keluar dari mulut tapi aku tahu aku berd0sa. Perkahwinan ni bukan bawak aku ke syurga sebab setiap hari aku rasa macam aku m4kin dekat ke ner4ka. Aku tak tahu macam mana aku nak pulihkan rasa hormat yang dah hilang.
Dan boleh ke aku expect perkara yang sama dari suami aku? Rasanya hanyalah angan – angan saja. Sekarang perkataan menyesal kahwin dengan dia memang hanya di hujung lidah. – Bulan (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Nadin Mas : Iktibar kenapa yang masuk syurga sikit sebab ramai manusia tak bersyukur. Contoh manusia yang tak bersyukur ada isteri diabaikan, buang masa main game boleh sampai 2 pagi, qiyamuilail tak nak buat, solat tak jaga, subuh gajah hampir setip hari, nak baca al quran tadabbur malas, tak ada masa tapi ada masa main game setiap kali masa terluang, berkawan pula dengan isteri orang.
Dari nasihat seorang kaunselor berpengalaman puluhan tahun, manusia seperti ini sangat ramai. Majoriti, jadi puan yang Allah swt bagi rahmat sentiasa ingin rumahtangga dibawah redha Allah tapi suami masih hidup dalam tipu daya dunia.
Pertama, kena belajar terima hakik4t inilah ujian dunia bagi orang yang mencari redha Allah swt. Kedua fokus pada amal kebaikan diri utk bawa ke akhir4t nanti. Ketiga jika tak mampu lagi bolehlah buat apa yang sepatutnya. Innallah hamaassobirin.
Qaisara Aishah : Cerai je. Minta taklik nafkah tak bayar, tak tolong jaga anak, tak jaga ikhtilat, amik gamba history phone dia tengok p0rn tu dan main game dengan nadia. Segala resit bayar kete, jual emas semua, beli barang anak dan dapur pon photostat. Amik gambar conversation mentua t0xic yang atur – atur birthday anak tu. Senang nak prove kat court. Blah jelah daripada laki t0xic tu. U deserve better. Wat pe simpan nanti mental.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.