Lepas mak meninggaI, ayah tiri yang jaga kami adik beradik. Sehinggalah, ayah tiri nak jodohkan aku dengan lelaki kampung, kerja kebun

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Masa mak hidup, mak pernah cakap yang ayah tiri taknak ada anak lain sebab takut terpilih kasih antara anak – anak. Malam tu aku tengok ayah kat hall tengok TV, aku terus duduk kat kaki dia. Aku menangis, aku mintak ampun maaf..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Sejak akhir akhir ni aku sangat buntu, runsing dan susah hati sangat. Ayah tiri aku seorang lelaki yang budiman. Tak macam ayah kandung aku. Ayah kandung tak bertanggungjawab, kaki perempuan, kaki hutang, kaki pukuI.

Aku anak sulung, bawah aku ada dua adik lelaki. Masa mak aku diceraikan oleh ayah kandung, lama jugak mak aku single dan nak kena hadap per4ngai giIa talak bapak aku. Sampailah dia berjodoh dengan ayah tiri. Ayah tiri aku anak teruna masa tu. Tapi dia terima ja mak aku yang janda anak tiga ni.

Kami hidup sangat susah sebelum mak aku berkahwin. Ayah tiri pun kerja kampung ja, tapi sangat rajin kerja. Sebelum mak kahwin, hidup kami memang makan berkais. Lepas ada ayah tiri, kami sentiasa cukup makan. Beras tak pernah habis.

Lepas kahwin dia dah tak bagi mak kerja. Dia suruh mak duduk rumah ja. Kekurangan figure seorang ayah dalam hidup kami diisi dengan baik oleh ayah tiri. Dia sangat penyayang, baik hati, bertanggungjawab besarkan kami semua. Sekali pun dia tak pernah marah atau tinggi suara baik kat kami ataupun mak.

Mak nampak sangat happy lepas kahwin dengan ayah. Kami pun happy jugak. Dah takde air mata lepas ayah ada dalam hidup kami. Mak pernah cakap, ayah taknak anak dengan mak sebab risau nanti dia terpilih kasih antara anak kandung dan anak tiri.

Tak lama lepas tu, mak kena c4ncer. Ayah tiri la jaga mak. Aku masa tu sekolah. Oh ya, ayah tiri pastikan kami semua dapat education yang cukup. Aku dan adik – adik dapat pelajaran tinggi kerana ayah tiri setiap kelas atau tuisyen, dia mesti hantar kami.

Dia tak bagi kami kerja ka apa ka. Pasal duit ke apa pun semua dia urus. Tau – tau la kan, nak masuk universiti perIukan duit yang banyak. Ayah takde kereta, hanya motor buruk yang sampai sekarang dia pakai. So apa – apa pun akan panggil Pakcik Hassan, jiran kami. Dia ada teksi.

So urusan c4ncer mak pun sewa teksi Pakcik Hassan. Aku masih ingat macam mana ayah jaga mak. Rasanya kami yang anak pun tak mampu jaga sebaik ayah tiri kami jaga. Masa tahu mak c4ncer pun mak dah teruk dah. Doktor suruh bawak balik rumah ja la.

Mak ada pesan, ayah sangat baik. Ayah takde anak sendiri tapi ayah anggap kami la anak dia sendiri. Mak mintak kami jaga ayah baik – baik. Memang kami pun tak lupa dan tak akan lupa jasa ayah. Kami sayang sangat ayah tiri kami tu.

Lepas mak meninggaI pun dia takde kahwin lain sampai sekarang. Focus dia hanya kami saja. Sekarang kami masing – masing dah berjaya ada kerja bagus. Dia masih kerja buat kebun. Cuma aku tahu, dia ada impian nak jodohkan aku dengan Bad.

Bad ni budak kampung sini jugak. Aku dah berusia jugak tapi masih tak kahwin sebab aku macam busy urus kerja. Ayah memang pernah tanya, ada calon tak.. masa tu memang takde.. tapi aku pun takde bagi keputusan ke apa. Aku memang tak bersedia masa tu.

Cuma ayah suruh Bad kenal – kenal dulu. Bad takde la belajar tinggi macam aku. Tapi dia rajin tolong kebun ayah aku. Dia memang ambil bahagian pertanian. Tapi sijil ja. Bad ada number aku sebab ayah bagi. So dia rajin text aku. Banyak share info agama, info am. Macam tu la style dia.

Dia jenis pemalu, sopan. Kira jenis budak – budak baik la. Tapi perasaan tu takde untuk dia. Kalau nak berkawan, dia memang kawan yang baik. Nak jadi cerita, aku kenal satu laki nama Syam. Awal – awal kenal aku dah rasa spark dengan dia. Lama – lama aku dah bercinta dengan Syam.

Tapi berat nak bagitau ayah, sebab aku tahu ayah tak suka Syam. Syam ni jenis kasar sikit. Aku pun kadang – kadang ada ja g4duh dengan dia sebab dia memang suka naikkan d4rah aku. Tapi aku selesa dengan dia walaupun dia suka buat per4ngai ann0ying. G4duh nanti dia pujuk balik. Tapi aku memang sayang sangat kat dia. Aku tahu dia pun sama.

Baru ni ada majlis kat rumah, aku jemput Syam datang untuk kenal dengan family aku. Ayah memang nampak tak selesa la dengan dia. Mungkin ayah dah set dalam otak, Bad ja yang sesuai untuk aku. Akhirnya aku bagitau ayah, aku suka Syam. Nak kahwin dengan Syam. Ayah banyak diam.

Ayah tanya Bad macam mana. Aku cakap kitarang kawan ja tak de apa – apa. Aku takde perasaan kat Bad walaupun Bad memang suka aku. Tiba – tiba ayah aku cakap macam ni, ayah kurang gemar dengan Syam tu. Ayah tak rasa dia sesuai untuk kakak.

Aku pulak beriya la nak backup Syam. Aku cakap dia nampak ja kasar, tapi dia baik. Kakak kenal dia lama dah. Bla bla bla. Ayah just diam ja. Ayah cakap tapi ayah lagi kenal Bad, ayah jugak kenal kakak. Ayah rasa Bad calon yang sesuai. Ayah tengok Syam, ayah tak rasa dia boleh jaga kakak. Ayah tengok cara dia, ayah tak berkenan.

Tiba – tiba adik laki aku menyampuk. Adik aku kata, tapi soal jodoh ni bukan pasal siapa yang kita suka ayah, tapi tentang siapa orang yang nak hidup tu suka. Abang Bad memang baik, tapi yakin ka kakak boleh bahagia kalau hidup dengan dia.

Baik saja tak cukup, perasaan tu kena ada. Tambahan kakak dah suka abang Syam. Macam mana nak suka abang Bad pulak. Aku terk3jut, ayah pulak nampak terkedu dengan kata – kata adik aku. Ayah macam angguk – angguk ja. Aku macam marah la adik aku.

Tiba – tiba ayah cakap, betul la kata wali kakak tu. Ayah mintak maaf, nanti suruh la keluarga dia datang merisik. Pastu ayah terus keluar, start motor. Aku apa lagi terus g4duh dengan adik la. Adik pulak kata dia just nak backup aku ja. Entah la, aku rasa serabut sangat.

Yang menekan aku sekarang ayah guna perkataan wali tu. Korang fahamkan apa maksud dia. Dia rasa dia takde hak langsung la tu. Sedangkan aku tak fikir macam tu pun. Tengah aku serabut – serabut, Bad pulak buat drama. Dia kata ayah ada jumpa dia mintak maaf. Katanya aku tak dapat terima dia sebab dah ada orang lain. Ayah kata dia rasa bersalah kat Bad.

Aku just cakap sorry. Lepas tu dia cakap takpe la. Dia sedar diri la apa la. Hari tu kan Syam datang majlis tu. Dia ada ja jumpa Syam. Dia kata aku sepadan dengan Syam. Sama – sama kerja bagus la, belajar tinggi la. Dia rendah – rendahkan diri dia, kata dia sedar diri dia orang kampung la apa la.

Aku kata bukan macam tu. Hati ni dah suka. Dia kata ye tak pe la. Dia undur diri la bla bla bla. Yang tak tahan, ayat last tu buat aku tercengang. Dia kata ayah aku cakap kalau anak kandung mungkin dengar cakap dia. Tapi ayah tak boleh lebih – lebih sebab dia bukan siapa – siapa.

Ya Allah, kenapa ayah fikir macam tu. Pastu cakap kat Bad pulak tu. Kenapa tak bagitau aku ja. Malam tu aku menangis teruk. Aku mengadu kat Syam, dia suruh aku pulak buat keputusan. Aku rasa macam pentingkan diri kalau aku pilih Syam. Sedangkan ayah dah k0rban macam – macam untuk aku, untuk adik – adik aku.

Tapi aku tak pernah balas satu pun kebaikan ayah. So aku fikir kalau kahwin dengan Bad boleh buat ayah happy, aku pilih ja Bad. Aku bagitau Syam, dia nampak sugul. Untuk first time dia hanya diam. Kalau tak ada ja nak paku aku apa – apa.

Dia just cakap mama dengan babah dia hanya tunggu tarikh ja bila aku nak jadi menantu. Dia kata dia tak tahu nak bagi alasan apa. Kalau kata aku pilih Bad, nanti nampak aku jahat. Dia tak nak macam tu. Ye, mama dengan babah dia memang sangat baik. Diorang sayang aku. Tapi aku tak mampu nak puaskan hati sapa – sapa.

Sekarang aku hanya nampak hati ayah ja yang aku perlu jaga. Aku akan ikut apa saja kehendak ayah. Tapi Syam ada la marah. Dia cakap ayah aku tak de otak. Dia kata ni la fikiran setengah manusia, buat baik harapkan balasan. Dia kata patutnya ayah pentingkan kebahagiaan aku. Bla bla bla.

Apa lagi, g4duh la aku dengan Syam. Aku kata kau takde hak nak cakap apa pun pasal bapak aku. Dia tanya habis aku macam mana. Kau mainkan perasaan aku la, macam – macam la dia kata. Aku penat weh, penat sangat main dengan emosi ni.

Dia pulak pi bagitau family dia. Mama dia call kata nanti dia pujuk ayah. Aku dah macam why complicated sangat ni. Malam tu aku tengok ayah kat hall tengok TV, aku terus duduk kat kaki dia. Aku menangis, aku mintak ampun maaf sebab aku dan adik aku dah Iukakan hati dia.

Aku cakap aku nak terima Bad. Aku nak buat apa saja yang ayah akan happy. Tapi ayah cakap tak perlu. Katanya dia dah bagitau kat keluarga Bad apa semua. Dia cakap mungkin aku takde jodoh dengan Bad. Dia pun mintak maaf jugak kalau menekan aku dalam soal jodoh ni.

Dia just cakap suruh family Syam datang merisik. Tapi entah la, lepas semua benda ni, tiba – tiba semua orang dah macam kekok antara satu sama lain. Dah tak dapat nak mesra macam dulu. Rasa macam masing – masing nak elak antara satu sama lain.

Adik aku cakap nanti – nanti ok la tu. Tapi nak ok macam mana. Aku tahu ayah aku tak happy. Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Aku sayang sangat ayah aku walaupun dia ayah tiri ja. Hari ni aku rasa macam tak dapat pegang janji arw4h mak nak buat ayah happy.

Kalau la awal dulu aku kahwin ja dengan Bad tanpa perlu kenal Syam, pasti semua orang happy ja kan sekarang ni. Tapi sekarang, berapa banyak hati dah aku h4ncurkan. Ya Allah, serabutnya rasa. – Izati (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Mas Azha Azha : Sedih baca cerita ni. Tiba – tiba je akak menangis. Akak letakkan diri akak pada tempat ayah. Susahnya nak cari orang baik macam ayah tu. Bela anak tiri sehingga akhir. Tak kahwin dan taknak ada anak. Buat lah pilihan terbaik dik. Kalau akak di tempat adik pun, sukarnya. sekarang ayah dah terIuka.

Aishaa Humayraa : Aku cuma nak cakap something. Yang mak aku pesan dulu – dulu waktu aku bujang. Katanya lebih kurang camni. Orang perempuan kena cari lelaki yang bersungguh sayang dan suka kita, melebihi perasaan kita ni. Sebab apa?

Jenis macam ni selalunya yang akan banyak berk0rban utk kita. Berbanding dengan kita yang beria – ia sayang lelaki tersebut, tapi lelaki tersebut buat lebih kurang je dengan kita. So pendek kata mak aku tu, pilih orang yang betul – betul sayangkan kita, bukan kita yang terhegeh – hegeh sayang kat orang.

Kita ni perempuan, memang kena cari lelaki yang betul – betul sanggup berk0rban untuk kita. Kena cari lelaki yang bertanggungjawab. Yang ikhlas dan jujur sayangkan kita. Dan paling penting, tolong la buat solat istikharah dulu. Mana yang awak rasa tenang dan senang. Bukan soal cinta tapi soal rasa tenang, selamat dan jiwa rasa damai bila bersama dengan dia. Semoga dapat pilihan yang tepat untuk hidup awak.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.