Saat suami miskin, saya bantu suami, kami bahagia. Bila suami berduit, ada 200k, dia mula pasang skandal dan kahwin baru. Madu saya cantik sangat

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Waktu suami susah, saya tanggung semua A sampai Z. Sampailah suami dapat kerja yang lebih baik, saya bagi suami modal supaya dia lebih berjaya. Cukup simpanan suami 200k, diam – diam suami kahwin lain. Dengan wanita cantik…

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam admin. Mohon sembunyikan Facebook saya. Coretan saya pada hari ini hanyalah sekadar luahan dan minta pendapat pembaca semua. Saya dari utara, sudah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan tiga orang anak. Saya ada perniagaan sendiri manakala suami saya bekerja di kampung sahaja.

Pada awal perkahwinan kami saya tidak bekerja, hanya suami yang bekerja. Walaupun hidup cukup – cukup makan sahaja, kami tetap bahagia. Sehinggalah selepas setahun berkahwin kami dikurniakan cahaya mata sulung. Suami ada masalah kerja, sejak dari itu saya cuba berniaga kecil – kecilan. Alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan.

Selepas saya berbisnes, suami banyak lepas tangan dari segi nafkah, mungkin kerana saya boleh buat duit sendiri. Semua tanggungan keluarga dari A hingga Z saya yang tanggung, dia hanya tanggung diri sendiri sahaja. Sampailah satu masa suami dapat kerja yang jauh lebih baik.

Saya menyokongnya seratus peratus dengan harapan kerja tersebut dapat mengubah kehidupan saya dan keluarga dengan lebih baik. Saya banyak keluarkan modal untuk suami dengan harapan dia juga boleh berjaya memandangkan dia tidak ada simpanan langsung. Saya tidak kisah semua itu, saya cuma mahukan keluarga saya hidup lebih baik.

Saya tidak pernah sekali pun rasa menyesal kerana saya yang menanggung keluarga saya sebelum ini. Saya halalkan segalanya walaupun suami tidak mampu memberi duit untuk sara keluarga dan perbelanjaan saya asalkan kami bahagia. Sehinggalah satu masa suami ada simpanan RM200k.

Sejak dari hari itu semuanya mengubah hidup kami. Dalam diam suami telah berkahwin dengan wanita lain. Benarlah orang kata “kesetiaan wanita diuji ketika lelaki tidak memiliki apa – apa, kesetiaan lelaki diuji disaat dia memiliki segalanya”. Ya setelah dia memiliki segalanya, walaupun tidak kaya raya namun jumlah itu buat dia buta.

Bukan saya hendak merungut, saya terlalu banyak melakukan peng0rbanan untuk keluarga dari A hingga Z sepanjang perkahwinan saya. Saya sangat – sangat tidak sangka suami boleh menduakan saya setelah begitu banyak peng0rbanan yang saya lakukan sebelum ini. Madu?

Saya tidak akan sesekali burukkan dia. Apa yang saya lalui biarlah Allah sahaja yang menilainya. Kata orang wanita yang baik tidak akan sesekali meIukai wanita lain kan. Walaupun untuk permulaan saya berat untuk terima, sehinggalah kami bercerai dan kami rujuk kembali demi anak – anak.

Ya, saya sangat sayangkan keluarga saya ketika itu. Madu saya seorang yang cantik, saya akui. Sepanjang hubungan mereka suami tidak percayakan madu saya. Saya tidak tahu masalah apa yang mereka lalui sehinggakan suami saya tidak mampu pulang ke rumah saya.

Dari awal saya bermadu sehingga ke hari ini tidak pernah satu malam pun dia tidur di rumah saya. Dia balik cuma dua hingga empat jam sehari, mungkin rindu anak – anak. Selebihnya waktu dia dengan madu. Mana hak saya sebagai bermadu tidak salah, saya redha. Saya anggap itu jodoh mereka, ajaI m4ut dan jodoh ketentuan Allah sejak azali. Siapalah saya untuk menidakkan hal ini.

Yang membuat saya sangat kecewa suami tidak berlaku adil kepada saya. Hampir setahun begini saya tidak boleh bertahan lagi. Yang tidak merasai boleh sahaja suruh meninggaIkan dia. Banyak kali berbincang, banyak kali juga berg4duh kerana hal ini.

Tetapi suami tidak akan sesekali ceraikan saya kali ini. Nak mohon fasakh tidak semudah itu. Memang sampai hari ini dia tidak pernah beri nafkah kepada saya. Mohon pertanyaan bukti yang bagaimana yang diperIukan sekiranya memohon fasakh dia tidak memberi nafkah dan tidak berlaku adil kepada saya.

Awal – awal bermadu dia ada beri, tetapi sekarang tidak lagi. Hanya beberapa kali sahaja sepanjang hidup saya. Sekarang kerja yang dia buat itu banyak tidak menjadi, duit banyak habis entah ke mana. Mungkin sudah hilang keberkatan itu sebab sudah buat isteri dia macam ini.

Satu lagi yang buat saya m4kin sedih, baru – baru ini anak saya s4kit demam panas. Saya jaga seorang diri malam – malam. Saya ajak suami bawa anak ke klinik tetapi dia buat tidak peduli. Katanya dia sibuk uruskan madu dia. Saya menangis dalam bilik sambil peIuk anak yang menggigil.

Saya masak bubur sendiri, beli ubat sendiri, pergi klinik sendiri. Sepanjang anak s4kit seminggu itu, suami hanya datang rumah dua jam sahaja untuk tengok sekejap, lepas itu balik semula ke rumah madu. Saya bukan tidak redha bermadu, tetapi saya manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Sampai badan saya sendiri jatuh s4kit kerana berjaga malam.

Saya teringat janji suami dulu nak jadi pelindung keluarga, nak jaga saya dan anak – anak, tetapi sekarang saya rasa macam saya isteri yang dibuang tepi. Awalnya saya boleh terima bermadu, sekarang saya tidak boleh lagi. Terlalu banyak dis4kiti.

Bagaimana saya boleh berbaik dengan madu seandainya suami tidak boleh berlaku adil. Saya rindukan hidup saya dengan keluarga ketika dulu. Walaupun susah, walaupun saya lah segalanya yang tanggung keluarga tetapi saya bahagia. Saya nak berpisah tetapi saya buntu.

Beratnya kaki nak ke pejabat agama, perasaan takut semua ada. Yang melalui sahaja yang akan faham apa yang saya rasa. Nak tuntut fasakh apa yang saya perIukan. Saya str3ss apa yang saya dengar mohon fasakh memakan masa proses. Apa yang saya inginkan berpisah cara baik demi anak – anak. Bila naik mahkamah semestinya banyak cab4ran yang bakal saya lalui.

Komen Netizen :

Harlina Ali Harlina Ali : Kuatnya awak. Jika benar masih sayang, teruskan bertahan. Cari point untuk dia pandang awak semula. Buang segala rasa s4kit hati pada saat dia ada di rumah. Pakai cantik – cantik. Layan dia macam layan manja – manja. Cakap yang baik – baik. Ajak bergurau. Cipta bahagia semula.

Mula – mula dia akan rasa rimas. Tapi lama – lama nanti dia akan rindu. Percayalah. Main tarik tali. Jangan sampai nampak awak yang terhegeh – hegeh. Faham kan maksud saya. Jadikan diri tu kalau dia tak ada pun tak apa. Jadikan diri awak seperti isteri nombor dua.

Memang s4kit sikit dik, tapi itulah yang awak kena buat. Nanti lama – lama dia akan bagi nafkah. Percayalah. Sebab dia cakap saja dia tak nak lepaskan awak. Sebenarnya dia masih sayangkan awak. Kalau betul dia tak sayang awak, dia dah lepaskan awak. Jika memang dah tak ada hati dan perasaan, pasang peguam. Bina hidup baru.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.