
Suami lari tinggalkan saya dalam kereta dengan pintu berkunci. Saya tekan semua butang, tapi masih tak boleh buka pintu. 2 jam saya terkurung, saya tekan hon kuat – kuat. Barulah ada orang datang, tolong call bomba..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum saya tak tahu nak bercerita dan nak luahkan dekat siapa. Saya dah dua tahun lebih bernikah dan alhamdulillah tahun lepas saya hamil, sekarang usia kandungan nak masuk 8 bulan. Sepanjang saya hamil suami tak pernah kisah, suami selalu sangat buat saya rasa sedih.
Saya tak tahu kurang di mana saya ni, tapi alhamdulillah sepanjang saya hamil banyak hal saya belajar. Saya bukan la orang yang senang seperti yang orang luar nampak. Saya risau sangat nak beranak pun tak ada duit, dah pelbagai usaha cuba cari kerja ke sana sini tapi masih tiada rezeki lagi.
Setiap hari saya menangis sebab dah tak tertahan str3ss. Saya sedih sangat dengan diri saya kenapa suami begitu kej4m dengan saya. Suami pernah sengaja Ianggar lari saya di hadapan rumah . Bayangkan teruk tak teruk sampai saya dimasukkan ke ICU.
Saya yang uruskan diri sendiri dekat dua bulan saya terbaring di katil. Keluarga memang tak bagi saya balik rumah takut suami buat giIa lagi. Tapi saya degil tetap balik rumah sendiri dan pilih untuk tinggal sepajang tempoh untuk sembuh. Entahlah kenapa saya macam bod0h sangat.
Kemudian suami muncul dan kebiasaan minta maaf saya tarik report polis sebab fikir kalau suami ke dalam kesian. Malam tahun baru kami berg4duh sebab parking, tapi nasib saya baik ada yang tolong sampai call bomba untuk selamatkan saya di dalam kereta.
Bulan lepas usia kandungan 7 bulan, suami str3ss sebab jalan jem dan car park card expired dia bawa saya ke office car park konon nak renew sebelum itu suami lepaskan kemarahan dekat saya, saya jadi mangsa sampai biru muka. Saya tak meIawan sebab risau baby dalam perut.
Suami turun kereta cakap dekat saya tunggu kejap nak renew card. Belum sempat saya nak buka pintu lari keluar suami lock pintu dekat 2 jam saya dalam kereta berusaha nak keluar. Macam – macam button tekan tak terbuka saya bunyi kan hon sampai orang officer car parking tu datang tolong dan m4kin ramai datang membantu tetapi tak berjaya terp4ksa call bomba.
Alhamdulillah dapat buka saya tinggalkan kereta di situ dan pergi ke balai polis untuk buat laporan. Tetapi tiada sebarang tindakkan. Saya kecewa. Suami saya selalu sangat tipu dan dia sangat baik dengan semua orang kecuali saya. Begitu teruk layanan dia pada saya sedangkan saya isterinya dan sedang mengandung zuriat untuk dia.
Suami sering cakap, “eee .. tak cantik, tak nak dah,” sedangkan orang lain cakap saya biasa saja tak gemok pun. Suami sangat berkira bab duit. Nafkah tak pernah diberi. Saya menikah dengan suami, mas kawen dan hantaran hanya Rm1k tetapi tak dibayar sehingga hari ini.
Saya banyak maafkan perbuatan suami. Banyak bagi peluang. Saya tak pernah baIas dan tak ada niat nak buat apa yang suami buat dekat saya. Suami saya curang bukan lima kali lebih berpuluh kali saya masih sabar. Suami kantoi di kelab malam, saya masih boleh senyum dan reIax. Tidur dengan perempuan jangan cakap la, sini sana perempuan lain, WhatsApp gambar mereka.
Dah dua kali saya ambil suami di rumah perempuan lain, siap tolong suami angkat baju barang dia lagi. Saya mengandung ni suami tak balik rumah kerap sangat. Balik pun busuk m4buk bau rok0k saya yang tolong suami bersihkan. Balik rumah pun dah subuh, hanya saya dan suami je tahu hal ini .
Depan keluarga saya dia baik sangat tapi dalam baik dia, sebenarnya dia cuba nak meng0rat kakak saya. Dia pernah luahkan perasaan dekat kakak saya, dalam hp dia banyak gambar kakak saya, bff, dan perempuan lain. Dia burukkan saya dekat kawan – kawan sampai la kawan saya nasihatkan supaya hati – hati dengan laki kau sebab dia try aku. Saya tak faham kenapa dia pilih untuk menikah dengan saya sedangkan dia tak berubah dan hati dia banyak wanita lain. Hari ni ada perempuan DM di Instagram cakap yang saya
Komen netizen :
Aisyah Nur Humairah : Assalamualaikum, saya nak pesan dan nasihat, awak boleh minta fasakh. Mas kahwin RM1k pun dia tak bagi, apatah lagi nafkah awak sebagai isterinya. kenapa nak terus terusan sokong dia dalam kemaksi4tan?
Tak perlu minta cerai, tetapi minta fasakh di mahkamah, dan tunjuk bukti kepada mahkamah. Saya memang tak galakkan kalian bercerai. Tetapi, sebaik baiknya fikirkan anak dalam kandungan awak tu. Lagi parah bila suami awak tu berz1na dengan perempuan lain, awak pula boleh biarkan dan sabar.
Sejujurnya, awak bukan isteri yang layak dan baik untuk dia. Nauzubillahiminzalik, sebaiknya awak tahajjud, taubat dan istikharah serta istisyarah sekali untuk keputvsan fasakh. Minta maaf jika rasa tersinggung, tetapi ini terbaik dan jalan paling baik buat awak dan bakal anak awak lahirkan.
Usia pernikahan awak dengan saya sama, saya nak masuk anak kedua, awak anak pertama. Awak perlu fikirkan sebaiknya. Suami macam ni sepatutnya dia dengan dunia dia, kalau awak tegur pun tak jalan. Dengan kaki m4buk, masuk kelab, berz1na, awak tak takut HlV? AlDS? sifiIis? Ya Allah, mohon berikan petunjuk dan kekuatan dengan perempuan ni. Fasakh adalah jalan terakhir untuk awak.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.