Suami baran, suka tengking kalau benda kecil pun dia tak puas hati. Malam-malam kalau aku nak tidur pun akan rasa takut. Takut buat salah..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Duit simpanan semua dah habis, emas semua dah tergadai. Aku tanggung macam – macam, susu anak, pampers, taska, bil rumah, sampai hutang kereta pun aku yang bayar. Malam semalam anak aku demam panas, aku dah takut nak ajak suami pergi klinik. Aku suruh suami minta gaji advance untuk bawa anak ke klinik…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi, aku cuma nak meluah sikit. Lately ni aku rasa terlalu str3ss dengan keadaan sekeliling atau mungkin aku sendiri yang terlalu bawa emosi. Cerita dia macam ni. Aku ada seorang anak berumur setahun empat bulan. Anak aku ni jenis lasak, aktif tak berhenti, kadang – kadang pening kepala juga nak kejar dia.

Tapi yang buat aku terbeban bukan sebab anak, tapi sebab suami. Aku tak tahu nak mula dari mana, tapi sejak awal perkahwinan kami memang tak tenang. Dulu masa mula – mula kahwin, hidup kami alhamdulillah dari segi kewangan ok, tapi dari segi keharmonian rumah tangga memang jauh sangat dari perkataan bahagia.

Banyak campur tangan orang luar dalam urusan kami sampai aku pernah cakap dalam hati lantaklah nak jadi apa pun. Masa tu suami aku kerja bawa lori, gaji boleh tahan. Aku pun kerja, bukan suri rumah. Tapi sebab per4ngai tamak dia, selalu buat kerja tepi.

Katanya nak cari lebih, nak tolong aku katanya. Tapi bila aku tegur jangan buat sebab takut kantoi, dia boleh marah balik. Katanya aku ni tak sokong suami, konon aku takut dia kaya. Aku senyum je, malas nak g3duh. Tapi akhirnya benda tu betul – betul jadi, dia kantoi.

Syarik3t bagi dua pilihan, sama ada berhenti secara sukarela atau laporan polis. Akhirnya dia pilih berhenti, dan dari situ la bermulanya kisah aku yang hidup m3kin tunggang langgang. Emas – emas yang aku beli masa bujang dulu satu – satu tergadai.

Sampai sekarang tak mampu nak tebus balik. Suami kerja baru pun tak menentu, tak ada gaji tetap, dibayar ikut trip. Balik pun lewat malam, alasan biasa banyak lori kena tarik, banyak pelanggan nak jumpa. Tapi aku dah mula rasa lain. Satu malam aku ternampak mesej dalam telefon dia, perempuan lain hantar emoji love.

Aku tak nak tuduh membuta tuli, aku tanya elok – elok. Tapi dia terus melenting, kata aku tak percaya dia, katanya perempuan tu cuma kawan sekerja. Aku cuba sabar, tapi hati perempuan mana yang tak s4kit bila nampak suami main mesej dengan perempuan lain pukuI dua pagi.

Lepas tu per4ngai dia m4kin menjadi. Balik rumah buat muka, makan pun senyap, tangan sibuk pegang telefon. Bila aku ajak borak, langsung tak dilayan. Bila aku dah diam, dia pula cari pasal, marah aku kononnya tak pandai layan suami.

Kadang – kadang aku terfikir, apa sebenarnya yang dia nak. Malam – malam aku nak tidur pun rasa seram. Dia baran, suka tengking kalau benda kecil pun dia tak puas hati. Pernah sekali aku tengah bancuh susu anak, anak menangis kuat sebab lapar, dia boleh jerit dari ruang tamu cakap aku lambat.

Aku tahan air mata sebab tak nak anak nampak aku menangis. Tapi bila aku duduk diam, dia kata aku sombong. Bila aku tegur, dia kata aku banyak bunyi. Aku dah tak tahu nak jadi macam mana. Hari – hari aku ulang alik kerja jauh, lebih kurang enam puluh lima kilometer pergi balik.

Balik pula kena ambil anak dekat taska, masak, kemas rumah, siapkan barang untuk esok. Kadang – kadang bila badan dah betul – betul penat, aku cuma nak duduk dan rehat sekejap. Tapi bila nampak suami asyik main telefon, rasa sedih tu datang.

Aku bukan nak dia tolong buat semua benda, cukup la kalau dia tanya aku penat ke hari ni pun dah buat hati lega. Tapi tak, yang ada cuma bunyi ketawa dia dari skrin telefon, entah chat dengan siapa lagi. Pernah aku cuba cakap baik – baik, aku luahkan yang aku penat, yang aku dah tak kuat nak tanggung semua benda seorang diri.

Tapi jawapan dia seolah – olah pis4u yang menik4m hati, kalau rasa susah sangat berhenti kerja la duduk rumah jaga anak. Aku boleh tanggung katanya. Tapi aku tahu itu cuma cakap besar dia. Realitinya kalau aku berhenti kerja, siapa nak bayar hutang. Siapa nak beli susu anak.

Dah la duit gaji dia selalu lesap entah ke mana. Kadang – kadang aku tanya, dia kata bagi mak ayah, kadang – kadang kata bayar hutang. Tapi peliknya bila aku tanya hutang apa, dia sendiri pun tak boleh jawab. Malam semalam aku betul – betul penat.

Aku cakap dengan dia yang aku dah tak mampu nak tampung semua ni. Hutang m4kin banyak, duit m4kin susut, anak pula demam. Aku takut nak cakap dengan suami tapi aku terp4ksa jugak. Aku minta tolong dia minta advance dengan bos sebab nak bawa anak ke klinik.

Tapi dia boleh cakap, bawa je esok pergi klinik kesihatan ubat sama je. Aku pandang muka dia lama – lama, rasa macam hati aku h4ncur. Aku menangis senyap – senyap, bukan sebab kata – kata dia, tapi sebab aku rasa gagal jadi seorang mak.

Anak aku tengah s4kit tapi aku kena tunggu sebab tak cukup duit. Kadang – kadang aku fikir, aku ni isteri ke orang luar. Dia boleh senyum – senyum depan telefon tapi dengan aku muka masam mencuka. Kadang – kadang bila aku tegur, dia marah kata aku cemburu tak tentu pasal.

Tapi kalau aku diam, dia cakap aku bosan. Aku betul – betul letih dengan permainan emosi macam ni. Duit simpanan semua dah habis, emas semua dah tergadai. Aku tanggung macam – macam, susu anak, pampers, taska, bil rumah, sampai hutang kereta pun aku yang bayar.

Tapi dia masih boleh buat macam tak ada apa. Kadang – kadang bila aku cakap penat, dia boleh jawab aku pun kerja cari duit. Entah, aku dah tak tahu apa lagi aku kena buat supaya dia sedar. Aku masih bertahan, bukan sebab aku b0doh tapi sebab aku fikirkan anak.

Aku tak nak anak aku membesar tanpa ayah walaupun hakik4tnya ayah dia ada pun tak banyak beza. Aku masih berdoa semoga Allah buka pintu hati dia untuk berubah walau sekecil zarah. Tapi kalau satu hari nanti hati aku dah betul – betul m4ti, aku rasa tak ada apa lagi yang boleh diselamatkan.

Komen Netizen :

Amaii Sembilan Puluh : Tak perlu pun pergi klinik swasta kalau tak mampu. Boleh pergi hospital kerajaan 24 jam, masuk je bahagian kecemasan, cuma kena tunggu lama sikit je. Bab suami kau tu, kau kena bagi dia masa sampai enam bulan cukup. Kalau dia gagal sebagai suami, kau tinggalkan je. Ada suami pun macam tak ada suami, baik kau hidup berdua dengan anak je lagi bagus. Sekarang pun kau yang tanggung semua kan, jadi apa bezanya. Memandangkan dia totally gagal.

Gingerperdana4947 : Dia macam ni kak, kalau kita tak ada duit atau tak cukup, tak perlu pergi klinik berbayar mahal. Saya selama ni hanya pergi klinik kesihatan. Ubat pun bayar sikit je. Kalau dah teruk sangat pernah juga ke klinik biasa, kena dalam RM100 – 290 sebab ubat mahal.

Saya tengok dan dengar, mana – mana suami pun sama je per4ngai macam kat atas tu. Kalau penat, marah, cuba jangan terus menangis. Saya tahu rasa burn out tu macam mana. Banyakkan berzikir, sis. Nak tahu zikir apa, cuba tengok dekat TikTok ada banyak jenis zikir. InsyaAllah Allah cukupkan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5154 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.