
1 bulan 12 hari pinjaman daripadaNya, dan anak aku diambil kembali. Anak aku semasa hidup mulut sentiasa terbuka, tak boleh rapat, tapi dia pergi dengan rapat mulutnya dan senyum.. 3 minggu pun berlalu, aku diuji suami mengalami masalah mental, diagnosis mdd accute with physcosis, suami masih tak boleh terima kehilangan anaknya..
#Foto sekadar hiasan / AI. Saya baru melahirkan anak syurga, peny4kit yang mungkin rare di malaysia dsymorphic child with holoprocensephaly. Doktor dari awal bagitahu mungkin jangka hayat baby tak lama berg4ntung pada kekuatan baby, bila scan kepala baby m4kin membesar setiap 1cm.
Doktor terangkan kalau boleh shunt, kita buat lepas beranak. Dalam hati yakin anak sihat, tak macam doktor cakapkan. Mungkin anak nak keluar awalkan, jangkaan bersalin 21/9/2025 tapi anak saya lahir awal 14/8/2025 dari tarikh asal. Jadilah ia anak pramatang 34w 4d melalui e-czer..
Lepas 5 hari dah cabut tiub baru dapat tengok anak, sebelum tu suami dah tengok anak, dia bagitahu “adik ada telinga sebelah je sayang, kecik, sebelah lagi takde, baby pakai tiub, dengan bantuan oksigen sebab adik nafas pendek”. Hati sendiri dengar pun rasa sedih.
Dari awal doktor bagitahu dan scan otak anak ada 30% tisu lebihannya cecair, ya betul memang 30%, dan doktor pakar nak cabut oksigen nak tengok anak boleh bernafas sendiri atau tak. Kepala anak lembut terlalu lembut dan besar kepala ya.. tapi aku terima redha dan bincang dengan suami, cabutlah oksigen adik kalau dia bernafas sendiri dia kuat, kalau dia tak mampu tanggung biar dia pergi.
Hari yang doktor cabut oksigen bantuan dan doktor mintak misi bagi baby kat aku, aku pangkukan di riba bersama abahnya di sebelah usap kepala anak, kali pertama abah dia cakap baby tersenyum.. suami cakap “dia senyum tengok sayang”.
Aku senyum dalam tangisan, baby pun nafas dengan sendiri dalam sejam doktor biarkan, aku bisik dekat anak, “adik nak pergi, pergi la, mummy daddy redha, jangan tahan s4kit”. Aku bagi jari aku dekat anak, genggaman sangat kuat anak pegang seolah dia berikan semangat dia akan bersama kami.
Aku tak dapat sambung lebih panjang, sepanjang menulis airmata menitik rindu kan anak dan nasib suami. Tanggal 21/8 aku bawak balik ke rumah lepas nursing dengan baby belajar sedut kahak dan bagi susu guna tiub makan, oleh sebab pramatang baby mungkin tak pandai menelan.
Bawak balik dan mandikan macam biasa susu badan aku pam dan berikan pada anak dari NICU baby dah dapat susu badan aku. Seminggu sebelum anak pergi, aku tengok keadaan anak aku m4kin merosot dan badan yang sehat bugau pun m4kin mengecil, munt4h – munt4h reject susu.
Aku mandi nak siapkan baju anak semua, aku dukung aku usap kepalanya, aku civm, aku cakap kalau adik s4kit tak tahan pergi la sayang, mummy halalkan susu yang mummy bagi. Pandangan mata anak aku memandang seolah memahami dan mahu dibelai.
Tepat jam 3 pagi aku bangun nak berikan susu, anak aku pun dah pergi, aku tak nampak lagi jantung dia berdegup laju lagi. Aku panggil mak dan suami bagitahu anak dah takde, anak aku pergi dengan mulut tutup rapat dan senyum, sebab anak semasa hidup mulut dia terbuka dan tak boleh rapat, tapi dia pergi dengan rapat mulutnya dan senyum, entah bid4dari mana yang membawa dia pergi bermain kat sana.
Genap 44 hari, anak aku pergi lepas aku habis pantang, 1 bulan 12 hari pinjaman daripadanya, dan dia ambil kembali. 3 minggu pun berlalu, aku diuji suami mengalami masalah mental, diagnosis mdd accute with physcosis, suami masih tak boleh terima kehilangan anaknya.
Aku dah hilang 1 punca pendapatan, suami tak dapat bekerja bila tertekan, tempat kerja pun suruh dia berhenti dan berehat, tapi suami tak nak berhenti sebab dia tak nak teringat arw4h anak bila duduk umah. Aku nak tolong, nak kerja, tapi aku tak boleh lagi bawak motor, sekarang suami pun dah diberhentikan.
Duduk rumah dan termenung, suami cakap kita ada duit ini untuk kita surv1ve sampai dia cari kerja lain yang boleh terima dia ada masalah mental. Aku cakap dengan suami, nanti la rehat dulu, suami cakap tak boleh, kubvr adik nanti takde kepuk, harga pun dekat RM900 lebih kita tak kaya yang, takde siapa nak tolong.
Adik pergi pun takde ramai datang, kita ni tak penting, adik pergi pun semua salah ayang (suami ).. ayang yang punca dia s4kit. Suami kerap salahkan diri sendiri sejak anak pergi. Maaf kalau ayat terabur tunggang langgang. Saya sendiri pun serabut bila tengok suami macam ni, tapi saya lah penguat semangat dia untuk hidup, dan saya tak boleh tengok lemah depan dia, nanti dia akan mula sedih dan rasa semua punca sebab dia.
Terima kasih sudi membaca, doakan suami saya sehat seperti dulu dan kuatkan semangat saya hadapi dugaan ini. Doakan anak saya sambut kami di pintu syurga nanti ya. Bukan seorang tapi 2 lagi anak syurga saya menanti di pintu syurga (gugur 8 minggu dan 12 minggu). – Sila rahsia (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nuriah Abdrazak : Andai perlu untuk jumpa psikiatri, pujuklah husband untuk buat treatment. Usia masih muda, tahap sembuh tuu ada. To ur husband, hidup ini masih panjang. Bukan semua yang berkahwin, Allah bagi rasai anak. Ramai juga yang Allah pinjamkan, ramai juga yang boleh melihat anak – anak membesar. Kita kena percaya pada rezeki dan waktu yang tepat. To u, kuatkan semangat, pasti ada jalan keluar. Thank you sebab tak mer0yan dan layan emosi, sentiasa tenang. Ujian manusia berbeza tapi penyelesaian itu ada.
Fara Halim : Allah sis. Moga sis dengan suami kuat. Pengalaman saya sendiri ada 2 wildan syurga. Anak sulung saya lahir cukup bulan, lahir pun berat 3.17kg. Anak sulung sempat hidup 96 hari je sis. Allah sayang lagi. Allah uji lagi kehilangan anak kedua pulak.
Tahun yang sama kehilangan anak sulung. Anak kedua Allah pinjamkan 4 hari je. Anak lahir cukup bulan jugak, berat 2.86kg. Masa tu saya baru umur 23 tahun. Lama saya mikir, apa hikmah Allah nak bagi. Moga sis dgn suami kuat, cuba untuk kuat. Ada hikmah Allah nak bagi, Allah sayang sis dengan suami.
Profile picture saya ni gambar saya dengan anak sulung saya. Dah 10 tahun berlalu, kalau ada lagi 2 beradik ni sorang dah 11 tahun, sorang lagi 10 tahun. Bukan senang kite nak redha tu sis, saya cuba tiap hari, tiap masa untuk redha. Perjalanan pergi balik keje pun saya kena lalu ‘rumah’ anak – anak syurga. Tiap kali lalu tu memang auto mulut bagi salam, Assalamualaikum Anas, Nafis. Ommi balik keje ni. Rindu tu berat, kite cuba untuk kuat.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.