Sejak kahwin baru tahu suami baran. 2 minggu sekali sikap suami akan berubah. Dia ambik barang bah4ya dan ugvt. Saya lari balik rumah mak ayah

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku perasan seminggu sekali atau dua minggu sekali suami akan tantrum tanpa sebab. Dia meng4muk sampai ambik benda bah4ya dan ugvt aku. Aku sempat masakkan untuk suami, sebelum lari. Dah masuk 3 kali suami ugvt nak ambik nyawa aku. Aku tak nak nanti nama aku masuk berita, suami r4gut nyawa isteri..

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi semua. Aku nak luahkan dan minta pendapat. Bercinta 6 tahun dan 1 tahun kahwin, jadi total dah kenal bersama 7 tahun lebih. Suami dari dulu sampai sekarang memang jenis baran tak bertempat. Dulu masa zaman bercinta tak pernah berkasar atau naik tangan, tapi lepas kahwin dia jadi kasar macam hempas – hempas barang, genggam lengan kuat – kuat sampai Iebam, tolak – tolak bila berg4duh.

Lepas kahwin sempat duduk bersama 3 bulan, kemudian dia balik ke laut dan long distance 8 bulan sebab dia kerja atas kapal. Tahun ni dia dah sign off, balik bercuti dan rezeki dapat kerja di d4rat, jadi sekarang dah tak long distance lagi. Sejak dia balik cuti, aku perasan seminggu sekali atau dua minggu sekali dia akan tantrum, moody, meng4muk, marah – marah, tengking, herdik, h1na, caci m4ki (kadang – kadang) tanpa sebab.

Memang tak ada sebab yang valid, tak ada isu orang ketiga atau apa – apa pun. Selama 7 tahun bersama, dia memang tak pernah ada perempuan lain. Dia sangat setia. Nak tulis semua dekat sini panjang sangat, kalau rajin nanti aku tulis di ruang komen apa yang dia pernah buat waktu tantrum tanpa sebab tu.

Dia punya tahap “sewel” tu, memang tak ada isu apa pun tapi boleh tiba – tiba meng4muk, tantrum, moody tanpa sebab. Dah banyak kali aku bincang dan suarakan isu ni tapi dia ambil remeh je dan ulang lagi (seminggu atau dua minggu sekali dia buat per4ngai macam ni).

Biasanya aku tak akan balas balik atau meIawan sebab bila seorang jadi api, seorang lagi kena jadi air. Kemuncak masa Ogos lepas sampai awal September tu, sabar aku dah maksimum. Ada seminggu tu dapur tak berasap langsung. Ingatkan dia nak minta maaf, tapi dia lagi prov0ke aku.

Dari zaman bercinta lagi aku dah suruh dia pergi kaunseling atau jumpa pakar psikiatri untuk periksa kesihatan mental dia, tapi dia tak nak. Tahun ni masa kami berg4duh tanpa sebab yang jelas, dia pernah ambil barang merbah4ya dan nak tik4m aku.

Minggu lepas kami salah faham lagi. Sejak Ogos tu sabar aku dah menipis, jiwa pun kosong. Aku minta izin nak balik rumah mak ayah untuk rileks kejap beberapa hari dan aku siap siapkan makanan sebelum tinggalkan dia. Dia setuju. Lepas 5 hari aku balik rumah, aku dah siap masak untuk makan malam dan lipat baju, tapi bila dia balik kerja terus marah – marah, meng4muk, herdik, tengking, h1na, m4ki aku sebab katanya dia malu mak aku WhatsApp tanya kami berg4duh ke.

Padahal masa aku duduk rumah mak ayah, aku dah bagitahu mak ayah yang suami izinkan aku duduk sekejap beberapa hari je. Jadi hanya sebab tu je dia meng4muk. Padahal mak aku tanya pun biasa je. Dan sekali lagi dia sebut nak ced3rakan aku, dua kali dia sebut malam tu.

Dia juga pernah h1na mak aku sebab ayah aku kahwin dua dan tak berapa adil, jadi mak aku memang tak bahagia dari dulu sampai sekarang. Itu pun dia pernah h1na depan aku. Kebetulan malam tu aku memang nak keluar sambut hari jadi kawan, jadi aku terus keluar walaupun dia tak bagi.

Mestilah aku keluar, dua kali dia ugvt nak bvnvh aku, tambah pula aku dah janji nak sambut birthday kawan. Lepas tu aku terus stay dekat rumah mak ayah sampai sekarang. Tapi mak ayah aku tak tahu sebab sebenar, sebab aku jenis tak buka aib rumah tangga dekat keluarga.

Esoknya lepas dia balik kerja, dia datang rumah mak ayah. Tapi bukan untuk pujuk, untuk berg4duh mulut lagi. Dia ajak jumpa di luar tapi aku tak nak sebab pernah ada pengalaman sekali masa jumpa di luar, dia sesuka hati tinggi suara dekat tempat awam.

Jadi demi keselamatan diri, aku ajak jumpa dekat tangga rumah mak ayah saja. Dan ya, dia tetap tinggi suara, herdik aku, dan sempat juga sebut kalau dia nak buat apa – apa sekarang pun dia boleh buat. Aku cakap jom ke mahkamah untuk cerai, tapi akhirnya dia kata tak nak pula.

Beberapa hari ni dia WhatsApp pujuk tapi aku memang tak reply. Dua hari lepas dia minta izin nak call, jadi aku angkat sebab dia merayu. Dia minta maaf, kata menyesal, janji akan berubah. Tapi tr4uma aku ni dah 3 kali dia sebut nak ced3rakan aku, kalau bleh sampai dah tak payah hidup lagi, jadi korang paham la kan betapa seriusnya. Mana boleh hilang sekelip mata.

Sayang tu memang masih ada sebab dah 7 tahun bersama, tapi tr4uma, takut dan rasa was – was tu susah nak hilang. Sekarang aku pula jadi ragu – ragu nak teruskan perceraian lepas dengar dia merayu nak diberi peluang lagi. Yang tahu pasal aku ni cuma 3 orang kawan rapat je, ahli keluarga langsung tak tahu.

Aku tak sampai hati nak cerita sebab family aku semua rapat dan hormat dia, mesti terk3jut kalau tahu per4ngai sebenar dia. Untuk pengetahuan semua, aku jalankan tanggungjawab aku dengan baik. Masak setiap hari selama setahun lebih ni walaupun tengah berg4duh teruk.

Hubungan suami isteri pun okay. Aku tak pernah tinggi suara atau meIawan bila dia tengah marah meng4muk, walaupun aku dih1na aku diam je. Aku tak pernah merajuk teruk – teruk. Dia suami yang rajin, kemas dapur dan buang sampah lepas aku masak setiap hari, dan dia juga selalu sapu dan mop rumah, kadang – kadang sidai baju.

Kerja rumah memang kami buat bersama atas kerelaan dia. Dia selalu ambil berat pasal aku; kalau aku s4kit, kerja, atau apa – apa, memang dia ada dengan aku. Senang cerita dia jenis peduli emosi aku dan dia bukan lelaki yang membosankan.

Dia tak tengok bahan Iucah. Akaun media sosiaI dia pun bukan penuh dengan perempuan s3ksi macam lelaki lain. Tak pernah ada isu orang ketiga. Solat cukup sempurna, dan kadang – kadang dia ajar aku mengaji. Dia bukan jenis main telefon 24 jam macam lelaki lain, dia suka habiskan masa dengan isteri, kadang – kadang kami keluar berjalan sama – sama.

Nafkah duit pun ada, dapat beberapa ratus sebulan. Barang dapur semua memang guna duit dia. Apa yang aku teringin makan, selalunya dia akan belikan, dia jenis tak berkira bila ada duit. Rumah ni pemberian ayah aku lepas kami kahwin, tak perlu bayar sewa, cuma bayar bil api air je.

Kereta dia pun kereta lama dibeli tunai, jadi hutang dia cuma PTPTN. Aku ada kereta sendiri dan aku bayar sendiri sebab aku bekerja juga. Gaji bersih dia RM5.5k, umur hampir 30, dikira stabil sebab tak ada komitmen lain. Sebagai isteri aku dah banyak memudahkan dia, family aku pun baik, siap bagi rumah lagi.

Aku tak tahu apa masalah orang baran macam ni. Tambah pula aku kahwin masa masih anak d4ra, bukannya “barang terpakai”, tapi pelik kenapa dia layan isteri teruk macam tu. Bukan setiap hari dia tantrum atau meng4muk. Hari lain dia okay je, suka bergurau, bermesra, tapi bila datang waktu dia moody meng4muk tu, memang kena siapkan mental dan fizikal sebab tak boleh jangka.

Bila benda sama asyik berulang, tipulah kalau mental tak penat. Lagi – lagi dah 3 kali dia ugvt nak bvnvh. Aku dah buat laporan ke JKM pasal ni, cuma polis je belum, dan aku akan buat untuk dapatkan IPO. Dia tak ada ambil barang terlarang, memang bersih dan w4ras.

Jadi apa pandangan semua, patut ke aku teruskan dengan penceraian atau bagi dia peluang terakhir? Jujur aku dah selesa duduk dekat rumah mak ayah dan rasa sangat tenang tanpa dia. Sekarang dia pujuk, tapi aku was – was dan tr4uma tu tak boleh hilang sekelip mata.

Dia tanya apa dia boleh buat dan katanya dia sanggup hantar aku jumpa doktor untuk rawat tr4uma aku. Hidup ni bukan eksperimen. Aku tak nak nanti nama aku masuk berita sebab m4ti di tangan suami sendiri. Dekat Malaysia ni banyak sangat kes isteri m4ti sebab suami atau bekas suami.

Aku buat keputusan nak bercerai pun sebab utama ialah keselamatan diri. Aku tak nak risiko nyawa sendiri. Walaupun ajaI m4ut di tangan Tuhan, tapi sebagai manusia kita kena jaga diri juga. Memang per4ngai dia masa normal sangat baik, dambaan ramai wanita.

Tapi tr4uma masa dia meng4muk dan ugvt bvnvh tu sangat menakutkan. Kebaikan dia bukan alasan untuk buat jahat tanpa sebab pada isteri. Aku plan nak berpisah secara baik di mahkamah tanpa cerita sebab sebenar. Tapi sekarang hati aku dah 50 – 50 lepas dengar dia call haritu.

Tipulah kalau aku kata tak sayang sebab sebagai suami dia memang hampir sempurna. Kadang – kadang aku sedih, aku terfikir kalau jadi janda nanti, boleh ke aku dapat lelaki sebaik dia. Valid untuk aku rasa macam tu sebab dia memang bagus, cuma aku risau kalau nanti dapat pasangan yang lagi teruk pula hoho. Jadi boleh tak semua bagi pandangan. Terima kasih.

Komen Netizen :

Nik Shamsiah : Tak normal kalau ugvt bvnvh… tu dah s4kit mental. Cuba periksa keluarga dia, ada keturunan s4kit mental ke? Dia nampak normal masa keadaan okay, tapi bila tengah mer0yan, awak pun dia tak kenal. Baik cerai je… sayang pun tak guna, baik sayang nyawa lagi.

Lis Maya : Macam mana kau senang dengan kebaikannya, kau kena terima kekurangan dia juga. Itu ujian buat kau. Tapi bila kau dah tr4uma, takut dan was – was tentang keselamatan diri, jalannya berpisah saja lah. Dalam Al-Quran pun ada sebut, perkahwinan ini untuk kita merasa tenteram.

Bila dah tak tenteram dan terasa terancam, lebih baik mencegah sebelum terjadi. Berpisah lah dulu. Mungkin dengan berpisah dia akan berubah, dan mungkin juga lepas berpisah jodoh kamu masih kuat dengannya. Kita tak tahu kan macam mana keadaan di masa depan nanti?

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.