Aku kahwin dengan duda anak 3. Suami tengking aku bila aku suruh anak tiri umur 16 tahun basuh cawan sendiri. Anak tiri siap mengadu dekat ibu kandung

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Anak tiri dah remaja, selalu suruh aku beli barang barang dalam tiktok. Dia suruh aku ambil hantar dia pergi tuisyen. Bila aku tolak, dia teruk mengadu dekat ibu kandung. Bekas isteri suami siap ugvt dan hasut suami untuk menceraikan aku. Dia mengadu jugak dekat keluarga mertua sampai adik ipar menjerit dekat aku..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, aku seorang isteri dan ibu menetap di ibu kota. Ini Adalah perkahwinan yang kedua. Sebelum ini aku adalah seorang janda mempunyai seorang anak. Buat masa sekarang ini aku sedang hamil baru masuk 1st trimester.

Aku berkahwin dengan duda berkerja dalam sektor kerajaan dan mempunyai tiga orang anak, aku berkenalan dengan suami dalam tempoh 6 – 7 bulan. Aku mempunyai bisnes sendiri dan sekarang tengah alahan teruk. Memang 24 jam di rumah sahaja urus keluarga termasuklah anak – tiri tiri.

Suami aku gaji bersih hanya RM2,000 sahaja untuk menyara 3 orang anaknya. Segala urusan berkaitan anak aku, semua nya 100% aku biaya sendiri tanpa mengharapkan suami. Pada minggu pertama perkahwinan, aku diganggu oleh ibu kandung iaitu ex wife aku dengan kata caci m4kian kononnya aku ni mengabaikan anak perempuannya.

Anak tiri aku menganggap aku tidak berkerja disuruhnya aku untuk menghantarnya tuisyen, jemput ambik balik sekolah, demand makan minum, meminta aku belanja barang – barang di tiktok. Biasala anak d4ra nak melaram. Aku terp4ksa menolak untuk hantarnya tuisyen disebabkan tuntutan kerja dan masa yang bercanggah dengan jadual kerja aku.

Hal ini menimbulkan kemarahan anak tiri aku dan menjadi tali barut dalam rumah ini dengan menceritakan segala hal privasi kami suami isteri kepada ibu kandung nya. Ex wife suami siap mengugut dan menghasut suami untuk menceraikan aku.

Dan seterusnya, bermula drama bersama keluarga mertua. Ex wife suami menghasut dan memberitahu keluarga suami bahawa aku ni tidak ikhlas / layanan tidak elok pada cucu mereka bertiga. Hal ini menyebabkan aku dijerit dih1na dim4ki dan dik4takan play v1ctim oleh adik ipar. Dan macam – macam kata cacian mereka lemparkan.

Tak cukup dengan itu, mereka meminta nombor telefon mak aku dan menceritakan keburukan aku dan suami kononnya aku ibu tiri yang jahat. Mereka siap mengatakan aku menumpang anak dia, tak sedar diri, mer4mpas kasih sayang cucu mereka dan mengasingkan anak bongsu suami yang 10 tahun tidur berasingan.

Katanya dari kecil dah biasa tidur dengan ayahnya tapi semenjak menikah terp4ksa tidur berasingan. Memang aku sangat berkecil hati dan melepaskan amarah terhadap suami. Dan sehingga kini aku tidak berhubung dengan mereka untuk mejauhkan diri oleh kerana hasutan yang melampau oleh pihak sana.

Ok, bermula pada kisah gaji suami. Seluruh perabot dan baraag rumah sepenuhnya barang aku beli sendiri oleh kerana ketika menjejakkan kaki ke sini umpama rumah bujang. Aku banyak membantu suami mengutamakan duit aku dalam menyediakan makan minum dan pakaian untuk suami dan anak – anak tiri.

Tapi yang menyebabkan aku taw4r hati ialah apabila suami meminta aku agar beli lebih makanan aku mengidam untuk bagi anak anak tiri rasa sekali dan tidak membenarkan aku menegur anaknya untuk membantu aku membuat kerja rumah.

Aku alahan yang amat teruk dan meminta anak – anak membantu untuk membasuh cawan yang mereka gunakan selepas makan dengan nada yang berhemah tapi suami mengherdik dan menengking aku supaya jangan menyuruh anaknya yang besar panjang 16 tahun/ 14 tahun/ 10 tahun untuk membantu aku.

Dan satu perkara lagi. Suami aku memang rajin bekerja dia membuat part time sebagai pemandu e-hailing untuk menampung belanja persekolahan anaknya. Dan jarang sekali dia menghulurkan kepada aku untuk membeli barang basah atau mengutamakan untuk membayar semula wang yang telah aku dahuIukan.

Korang bayangkan anak aku 5 tahun sorang je tapi aku kena biaya 4 orang termasuk suami dan anak – anak dengan kurangnya sales sebab tidak keluar berkerja ketika alahan. Duit m4kin hari m4kin habis tapi suami tak pernah ambik peduli. Yang lebih menyedihkan ketika mengandung. Aku terbeban dengan penat menguruskan alahan dan menjaga anak – anaknya sewaktu suami tiada di rumah.

Kadang – kadang ada benda aku mengidam suami aku tak pernah belikan malah dia marah aku disebabkan aku beli sebekas untuk aku sahaja dia marah sebab aku tak membeli untuk anaknya sekali. Allahu sedihnya hati. Masalahnya makanan yang aku beli tu aku simpan dan sorok tunggu nak makan belah malam sebab aku morning s1ckness teruk belah siang. Tapi dia marah kenapa aku tak beli lebih.

Korang bayangkan? Aku takde sales sebab alahan, aku dah beli ape yang mengidam pakaii duit sendiri tapi aku disalahkan sebab tak beli untuk setiap isi rumah. Kalau aku ada duit, makanan yang aku beli tu mampu milik tak jadi masalah. Tapi suami memang tak pernah faham aku.

Aku tak tahu lagi macam mana nak kemudi kapal ni. Nak hadap anak yang bakal lahir yang mana suami w4rning siap – siap untuk aku 50/50 bab pengurusan anak ni. Dengan nak hadap uruskan anak – anak yang sedia ada di rumah yang langsung tidak membantu. Ya Allah aku buntu sangat. Aku sangat tertekan. Korang boleh tak bagi aku semangat dan nasihat untuk anak yang bakal lahir ni.. aku sedihhh… – Amy (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Faz Li Dya Midd : Kahwin duda anak tiga, gaji cuma dua ribu, anak tiri duduk sekali. Sebelum kahwin bincang apa je ya? Ada bincang berapa nafkah bakal isteri dan anak – anak, macam mana nak bahagi dua ribu tu? Ada jumpa anak – anak tiri, tengok per4ngai masing – masing macam mana?

Ada selidik cara didikan bakal suami terhadap anak – anak? Ada agak penerimaan keluarga bakal suami? Ada ambil tahu latar belakang bekas isteri? Sebab lepas kahwin baru nampak semua benda t0ksik. Serius tak faham macam mana boleh buat keputusan nak kahwin siap dengan pakej jaga anak tiri. Dah lah perkahwinan kedua. Tak ada beban batu digalas. Tiada nasihat, lari je lah. Tu pun kalau tak nak anak kandung sendiri terseret hidup t0ksik tu.

Marina Ibrahim : Allahu, kesiannya. Tujuan kahwin nak cari redha Allah. Nak capai sakinah, mawaddah, w4rahmah — ketenangan dan kasih sayang. Tapi kalau dah jadi macam ni, dah menyimpang dari tujuan asal perkahwinan. Kamu dulu elok – elok boleh sara diri sendiri dan anak lima tahun, sekarang kena tanggung lagi empat orang.

Pergi pejabat agama, kaunseling dengan suami. Bagi dia tahu apa sebenarnya tanggungjawab dia. Kalau dia tak faham – faham juga, kamu fikir pasal masa depan kamu dan anak – anak kamu saja. Perkahwinan yang t0ksik hanya akan menjatuhkan kamu.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.