
Setiap hari aku yang kena masak untuk semua orang tapi takde sorang pun nak bantu jaga anak – anak aku. Bila makanan dah siap hidang, semua pelahap makan sampai habis tak tinggal, Pinggan letak je dalam sinki. Makanan anak aku sorok bawah sayur pun hilang, anak saud4ra curi makan..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum… di sini aku nak meluah rasa hati. Aku ini suri rumah, anak tiga orang. Bermula cerita str3ss aku apabila suami dipindahkan kerja dan kebetulan pindahnya dekat kampung suami. Al kisahnya, mertua ajak tinggal sekali di rumah mereka dan suami pun ikutkan. Bermulalah semuanya.
Tinggal dalam rumah dengan ipar duai dan anak – anak buah suami. Awalnya semua baik – baik sahaja. Aku ini jenis yang rajin memasak. Setiap minggu akan beli lauk banyak – banyak untuk makan ramai – ramai. Suami kerja, tinggallah aku dengan anak – anak di rumah waktu siang. Betullah rutin harian… urus anak, memasak untuk orang rumah.
Tapi lama kelamaan aku jadi str3ss. Sebab aku ada tiga orang anak yang masih kecil – kecil dan yang bongsu asyik merengek bila aku sedang sibuk di dapur. Tapi maIangnya tak ada siapa nak pujuk budak tu. Tahu tak str3ssnya sambil buat kerja anak menangis.
Punya kelam kabut nak siapkan makan. Selesai sahaja memasak, cuci pinggan kuali, siap hidang makanan… punyalah laju manusia – manusia dalam rumah ni hadap makan. Yang tadi tak peduli nak pujuk anak – anak aku yang tengah menangis.
Lepas sahaja makan, semua pakai letak je pinggan di sinki macam ada orang gaji nak basuh. Kadang – kadang aku terp4ksa tunggu suami balik kerja baru nak mandi sebab anak – anak tak ada siapa nak jaga. Suami balik baru makan sama – sama.
Beberapa kali juga aku tak sempat makan sebab lauk habis. Orang lain makan macam tak ingat dunia. Tak fikir orang lain belum makan. Lepas makan, kena basuh pinggan mangkuk yang melambak di sinki. Sampai s4kit belakang hari – hari kena hadap.
Orang dalam rumah ni langsung tak ada disiplin. Jenis aku memang tak suka sinki kotor, dah jadi kebiasaan aku. Sebab tu aku buat, dah kalau nak tunggu dorang buat memang takkan buat, akhirnya aku yang buat dengan pinggan bertimbun.
Ada satu hari, anak aku tak sihat. Aku tak memasak tengah hari. Aku ke dapur, tiba – tiba terdengar anak buah suami siap mem4ki sebab takde makanan bawah tudung saji. S4kitnya hati aku dengar. Kalau ikutkan hati, nak sahaja aku m4ki dia balik, tapi aku fikir aku menumpang rumah mertua.
Kalau ada salah faham, susah nak hadap nanti. Tengok per4ngai orang semua macam ambil kesempatan atau memang jenis malas. Banyak sahaja perempuan dalam rumah ni, tapi masak untuk orang tua pun malas. Kalau masak pun untuk diri sendiri. Lepas masak, selerak tak reti nak kemas.
Anak buah pula suka ambil makanan yang aku simpan untuk anak sampai anak aku tak sempat makan. Simpan makanan dalam peti ais pun selalu hilang. Walaupun sembunyi bawah sayur. Aku sembunyi tu makanan anak aku yang tak sempat mereka makan.
Dan yang paling aku s4kit hati, masa aku sibuk masak di dapur, anak sulung terpecahkan kaca. Anak bongsu pula ambil kunyah. Allahu… jantung aku masa tu macam nak gugur. Mana orang dewasa dalam rumah? Di luar rumah tengah lepak santai tak peduli anak – anak aku buat hal masing – masing.
Mengadu dengan suami semuanya, per4ngai orang dalam rumah yang tak peduli dengan anak – anak sedangkan aku sibuk di dapur nak bagi perut mereka kenyang. Start dari tu, aku tak peduli lagi urusan masak untuk mereka. Aku cuma masak untuk suami, anak – anak dan mertua sahaja. Pinggan mangkuk pun sama.
Aku basuh pinggan suami dan anak – anak sahaja. Dahlah lauk aku yang beli, aku yang masak, mereka sesedap hati sahaja. Aku tak kisah semua tu. Yang aku s4kit hati, lepas makan semua santai tak nak buat kerja. Sekarang lantak koranglah… makan tak makan, kebulur ke, lantak korang.
Sekarang aku urus suami dan anak – anak sahaja. Jenis keluarga aku ini jenis makan teratur dari kecil lagi. Makan tiga kali sehari wajib. Tapi tengok keluarga suami ni, jenis makan tak makan… aku dah tak peduli. Kalau mereka bersyukur dan bertimbang rasa, tolak ansur, mereka juga yang senang.
Tapi sayangnya jenis pemalas. Sekarang aku dah okey urus suami dan anak – anak. Makan untuk kami sahaja. Untuk stok makanan ringan anak – anak aku simpan dalam bilik sahaja sebab kalau letak luar habis oleh anak buah yang suka ambil.
Dalam masa sehari sahaja, biar satu tong pun boleh habis oleh mereka. Tapi bila mereka ada makanan, suka tunjuk depan anak – anak aku pastu tak nak bagi. Sampai anak aku menangis. Sekarang ni biarlah orang cakap aku kedekut, pemalas. Aku tak buat dah semua tu sebab aku jaga emosi aku untuk suami dan anak – anak. Suami protes tak? Taklah sebab dia faham sangat dah. Ada tak yang sama nasib macam aku?
Komen Netizen :
Eyfa Epa : B0dohnya suami ikutkan sahaja ajakan maknya suruh duduk sebumbung tanpa berbincang dengan isteri. Dan b0dohnya suami kata faham situasi isteri konon memahami tapi masih tak bawa isteri keluar dari rumah tu. Kalau aku pun boleh mental duduk sebumbung dengan mentua ipar duai ramai – ramai macam tu.
Tapi aku bernasib baik sebab dapat suami yang jenis utamakan hati perasaan isteri dulu lebih dari sesiapa pun. Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan isteri boleh buka aur4t juga termasuk dalam salah satu nafkah. Jadi suami tu sila berfungsi sikit otak tu carikan rumah sewa untuk anak isteri. Sampai bila nak anak isteri hidup macam tu, makanan anak pun nak kena sorok dalam bilik. Kalau letak dalam peti, habis diambil.
Nur Saffiyah Osman : Benda ni berulang – ulang kali orang nasihat elakkan duduk serumah dengan mertua tambah – tambah ada ipar duai sekali. Dalam Islam pun tak digalakkan duduk serumah dengan mertua atau ibu bapa sendiri. Duduk dekat tak apa, janji asing.
Suami tu kena bijak handle mak dia. Jangan mengikut sahaja sebab dia ibu. Kadang – kadang ibu mertua ni dengan menantu dia masih anggap orang luar dan rumah dia dialah queen. Kadang – kadang juga trick nak kita duduk situ sebab untuk buat segala kerja rumah sebab dia tahu kita tak bekerja.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.